Anda di halaman 1dari 10

KEPENTINGAN IKLIM

SEKOLAH YANG POSITIF


May 30, 2011

Definisi iklim sekolah yang positif

Ciri-ciri sekolah seperti struktur fizikal bangunan dan interaksi antara pelajar dan guru-guru

merupakan dua faktor besar yang mempengaruhi dan membantu dalam member takrifan

terhadap konsep iklim sekolah yang sangat luas ini. Iklim sekolah telah dikaji oleh para pengkaji

beberapa tahun yang lalu dan masih lagi berterusan untuk dikenalpasti dan diperhalusi lagi

sebagai satu keputusan yang signifikan yang mempengaruhi hasil-hasil dalam bidang

pendidikan.

Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan

bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana

guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya,

Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu

yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981)

mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan

persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Para

pengkaji telah mengenalpasti faktor-faktor berikut dapat mempengaruhi iklim sekolah:

1. Bilangan dan kualiti perhubungan antara orang dewasa dan para

pelajar (Kupermine, Leadbeater dan Blatt, 2001)


2. Persepsi pelajar terhadap dan guru terhadap persekitaran

sekolah,atau personaliti sekolah (Johnson, Johnson dan

Zimmerman,1996)

3. Faktor-faktor persekitaran (seperti keadaan fizikal bangunan dan

bilik darjah serta bahan-bahan yang digunakan)

4. Pencapaian akademik (Johnson & Johnson, 1993)

5. Perasaan terhadap keselamatan dan saiz sekolah (Freiberg, 1998)

6. Perasaan terhadap kepercayaan dan hormat antara pelajar dan guru

(Manning and Saddlemire, 1996)

Jelasnya, iklim sekolah adalah suatu dimensi pelbagai yang mempengaruhi banyak individu

termasuklah para pelajar, ibubapa, para pentadbir dan komuniti. Iklim sekolah secara

signifikannya dapat memberi impak kepada persekitaran dalam pendidikan. Freiberg (1998)

menyatakan "iklim sekolah boleh menjadi satu pengruh yang positif yang member kesan

terhadap persekitaran pembelajaran yang sihat" (p.22). Walaupun istilah iklim sekolah yang luas

ini telah dikaji selama beberapa tahun, namun takrifan yang tepat tentang iklim sekolah masih

lagi tidak dapat dirumuskan secara lebih spesifik.

Ciri-ciri iklim sekolah yang positif


Banyak pengkaji telah membuat pengukuran terhadap iklim sekolah. Penilaian-penilaian ini

mengambil kira pelbagai faktor di dalam system persekolahan dengan menggunakan pengukuran

secara langsung seperti soal selidik dan temuramah serta pengukuran secara tidak langsung

seperti tahap disiplin dan rekod kedatangan (Freiberg, 1998). Soal selidik " The School Climate

Survey" mengandungi tujuh dimensi terhadap iklim sekolah dan memberikan persepsi pelajar

terhadap bidang-bidang seperti pencapaian motivasi, keadilan, arahan dan disiplin, penglibatan

ibu bapa, perkongsian sumber, hubungan sesama pelajar dan hubungan pelajar dan guru

(Hayness, Emmons and Comer, 1993). Pengukuran yang lain terhadap iklim sekolah telah

banyak dikaji antaranya adalah "The Organisational Climate Index"(Hoy, Smith dan Sweetland,

2002) dan "Organizational Climate Description Questionaire" (Halpin and Croft, 1963).

Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri seperti

guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan; guru-guru tidak rasa tertekan dan

mengambil perhatian tentang kemajuan murid-muridnya; pengetua merasa penuh yakin terhadap

kerjanya, serta bertimbang rasa; dan pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

Sesebuah sekolah berkesan daripada kaca mata Islam pula tidak sempurna sekiranya tidak wujud

suasana keagamaan (iklim dini) di sekolah, khususnya jika majoriti warga sekolah sama ada

pelajar, guru dan kakitangannya adalah beragama Islam. Ini bertepatan dengan pandangan

Rosnani dalam muqaddimah buku Ali Mohammed (2002:x) yang mengatakan bahawa sesebuah

sekolah bukan sahaja perlu efektif, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana guru dan

pelajarnya yang kuat pegangan agama Islam berusaha untuk membawa sekolah berkenaan ke

puncak kejayaan. Menurut Fathiah (2005), suasana sekolah yang mencerminkan ciri keislahan

yang sebenar, boleh menyediakan persekitaran harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat
menghormati serta pelaksanaan aktiviti pendidikan yang membawa kepada kejayaan sahsiah dan

pencapaian murid-murid.

Kepentingan Iklim Sekolah Yang Positif

    Kajian telah menunjukkan bahawa iklim sekolah dapat mempengaruhi banyak perkara yang

melibatkan ahli-ahli organisasi sekolah. Sebagai contohnya, iklim sekolah yang positif telah

dikaitkan dengan pengurangan masalah tingkahlaku dan emosi pelajar (Kupermine et al, 1997).

Tambahan pula, kajian yang lebih spesifik terhadap sekolah yang berada di kawasan bandar yang

berisiko tinggi menunjukkan bahawa iklim sekolah yang positif, saling bekerjasama dan

kesedaran terhadap budaya sekolah dapat memberikan kesan secara signifikan terhadap

pencapaian akademik di kalangan pelajar bandar (Hayness & Comer,1993). Ini menunjukkan

bahawa bahawa sekolah yang beriklim positif dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai jati

diri dan kemahiran bersosial yang baik di samping menyediakan suasana pembelajaran yang

sihat. Ini dapat dibuktikan oleh kajian yang dijalankan oleh Hayness, 1998. Beliau mendapati

bahawa iklim sekolah yang positif menjadi faktor pelindung terhadap pelajar-pelajar lelaki dan

boleh menyediakan kepada pelajar yang bermasalah (high risk students) persekitaran

pembelajaran yang menyumbang kepada perkembangan yang sihat seterusnya dapat

mengelakkan tingkah laku antisosial di kalangan mereka.

Perhubungan interpersonal yang positif dan peluang pembelajaran yang optimum terhadap para

pelajar di dalam semua persekitaran yang positif dapat meningkatkan aras pencapaian pelajar dan
mengurangkan Tingkahlaku Maladaptive (McEvoy & Welker, 2000). Jelas menunjukkan

bahawa sekolah yang beriklim positif bukan sahaja dapat menyediakan prasarana yang kondusif,

tetapi dapat membina keperibadian pelajar yang cemerlang.

Iklim sekolah boleh menyumbang kepada peningkatan motivasi dan kepuasan kerja guru-guru

dan staf. Berdasarkan peranan yang dimainkan oleh guru-guru dan pihak pentadbir, Taylor dan

Tashakkori (1995) mendapati iklim sekolah yang positif berkaitan dengan peningkatan kepuasan

kerja bagi kakitangan sekolah.

Persepsi pelajar adalah penting sepanjang pertukaran sekolah. Contohnya di Malaysia,

pertukaran daripada murid darjah 6 ke tingkatan 1. Kemasukan ke sekolah baru merupakan

perkara yang ditakuti oleh pelajar dan boleh mempengaruhi persepsi pelajar dan dan hasil

pembelajaran. Oleh sebab itu, kajian telah menunjukkan bahawa menyediakan suatu sekolah

yang beriklim positif sangat penting dalam melicinkan dan memudahkan proses pertukaran ke

sekolah baru (Freiberg, 1998).

Iklim sekolah juga dapat memainkan peranan yang signifikan di dalam menyediakan atmosfera

sekolah yang positif dan sihat. Freiberg,1998 menyatakan "interaksi antara pelbagai faktor

sekolah dan iklim bilik darjah dapat mewujudkan suatu sistem sokongan yang yang

membolehkan semua pelajar dan guru dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang

optimum" (p.22).

Kesimpulannya, telah dapat dibuktikan bahawa iklim sekolah yang sihat dapat menghasilkan

pendidikan dan objektif yang positif kepada pelajar dan guru serta kakitangan sekolah. Dengan

kata lainnnya, iklim negatif dapat menghindari daripada berlakunya pengajaran dan
pembelajaran berkembang secara optimum terhadap semua pihak (Freiberg, 1998; Johnson &

Johnson, 1993, 1997; Kuperminc et al., 1997; Kuperminc, Leadbeater & Blatt, 2001; Manning &

Saddlemire, 1996).

Kesimpulan

Sesebuah sekolah dapat memperbaiki iklim sekolah yang sedia ada kearah yang lebih positif. Ini

dapat dijalankan dengan mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

1. Melaksanakan ciri-ciri pendidikan berasaskan nilai-nilai moral

seperti pendekatan budaya Islam

2. Peningkatan penyertaan ibu bapa dan komuniti

3. Guru dan pengetua melayan pelajar secara adil, saksama dan

hormat

4. Menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat (Harris and

Lowey, 2002)

5. Elakkan tindakan membuli (Peterson and Skiba, 2001)


Justeru itu, iklim sekolah perlu disepadukan antara iklim yang bersifat disiplin dalaman (nilai

kerohanian) seperti penerapan nilai keagamaan dalam kehidupan seharian di sekolah dan iklim

bersifat luaran seperti persekitaran sekolah yang bersih dan cantik serta hubungan komunikasi

yang baik. Dengan kesepaduan iklim-iklim ini, pihak sekolah bukan sahaja mampu mewujudkan

suasana motivasi pembelajaran tinggi, tetapi juga berjaya menghasilkan pelajar yang cemerlang

dari segi akademik dan sahsiah.

RUJUKAN

Freiberg, H. J. (1998). Measuring school climate: let me count the

ways. Educational

Leadership, 56(1), 22-26.

Halpin, A.W. & Croft D.B. 1963. The organizational climate of school.

Chicago: Midwest

Administration Center, University Of Chicago.

Howard, E.R. 1974. School climate improvement. Education Digest 39 (8):

333-336.

Haynes, N. M. (1998). Creating safe and caring school communities: Comer

school
     development program schools. Journal of Negro Education, 65, 308-314.

Haynes, N. M., & Comer, J. P. (1993). The Yale school development

program process,

    outcomes, and policy implications. Urban Education, 28(2), 166-199.

Haynes, N. M., Emmons, C., & Comer, J. P. (1993). Elementary and middle

school

    climate survey. New Haven, CT. Yale University Child Study Center.

Hoy, W. K., Smith, P. A., & Sweetland, S. R. (2002). The development of the

organizational

climate index for high schools: its measure and

relationship to faculty trust. The High School

Journal,86(2), 38-49.

Johnson, W. L., & Johnson, M. (1993). validity of the quality of school life

scale: a

    primary and second-order factor analysis. Educational & Psychological


Measurement, 53(1), 145-153.

Johnson, W. L., Johnson, A. M., & Zimmerman, K., (1996). Assessing school

climate

    priorities: A Texas study. The Clearing House, 70(2), 64-66.

Kuperminc, G. P., Leadbeater, B. J., Emmons, C., & Blatt, S. J. (1997).

Perceived school

    climate and difficulties in the social adjustment of middle school students.

Applied Developmental Science, 1(2), 76-88.

Manning, M. L., & Saddlemire, R. (1996). Developing a sense of community

in

    secondary schools.

National Association of Secondary School Principals. NASSP

    Bulletin, 80(584), 41-48.

McEvoy, A., & Welker, R. (2000). Antisocial Behavior, Academic Failure,

And School
    Climate: A Critical Review. Journal of Emotional and Behavioral

Disorders, 8(3), 130-

140.

SHARE

Anda mungkin juga menyukai