Anda di halaman 1dari 13

SGDG 1023

SOSIOLOGI PENDIDIKAN
---------------------------------------------NAMA

: SAZILA BT MOHAMAD NATA

STUDENT ID : 821239
CLASS

: KB SEM A 153

LECTURER

: PUAN WAN ZALINA WAN ZIN

Page | 1

DISIPLIN SEKOLAH.
Disiplin sekolah merupakan konsep yang mempunyai pengertian yang luas.
Ia merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para
pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undangundang sebuah Negara. Menurut Kamus Oxford, disiplin didefinasikan sebagai Is
the practice of training people to obey rules and order and punishing them if they
do not. Manakala mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Baru terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (1989), mendefinasikan disiplin sebagai
Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri
mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya
hukuman atau denda akan dikenakan.
Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah
para pelajar. Ia adalah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang
berkait rapat berkenaan tataterib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Namun,
melanggar disiplin sekolah atau salah laku pelajar sudah menjadi masalah yang
lumrah dalam sekolah. Di dalam filem berjudul Ron Clark banyak mempamerkan
masalah disiplin dan salah laku pelajar samada berlaku di dalam kelas ataupun di
luar kelas. Di permulaan cerita di dalam filem Ron Clark, pelajar menunjukkan sikap
yang biadap terhadap guru mereka iaitu Ron Clark. Kebanyakkan daripada mereka
tidak menghormati guru dan memanggil guru mereka dengan gelaran yang kurang
sopan seperti Yo, little fool, damn teacher dan pelbagai gelaran lagi. Mereka
juga sengaja membuat bising dalam kelas serta tidak mengendahkan guru kelas
mereka.
Jolio Vazquez, merupakan pelajar berkulit hitam yang mempunyai ibu
berwatak penggoda. Julio merupakan pelajar yang suka mencuri dan suka bertaruh.
Ketika kunjungan Ron Clark ke rumahnya, Julio didapati secara sembunyi sedang
mencuri duit dari beg tangan ibunya. Kedua , dia ditangkap oleh gurunya iaitu Ron
Clark dalam kelas kerana mencuri. Apabila disoal oleh Ron Clark, Julio
mengatakan bahawa perbuatannya mencuri duit ibunya adalah tidak salah. Hal ini
merupakan bentuk perilaku yang buruk ditonjolkan oleh Julio dan mungkin
Page | 2

perbuatannya tidak pernah ditegur dan dihukum oleh ibunya kerana jelas bahawa
dia tidak tahu sama sekali perbuatannya itu adalah salah. Sebagai pengajaran, Ron
Clark menetapkan hukuman bahawa Julio dikehendaki membuat ulangkaji
dengannya selama 3 jam. Tindakan Ron Clark adalah wajar kerana dengan
mengenakan hukuman itu akan memberi hint kepada Julio bahawa perbuatannya
adalah salah. Shameika, pelajar yang mempunyai karakter yang keras, suka
melawan, berani namun dia seorang pelajar yang bijak. Dia sering berlaku biadap
terhadap Ron Clark di dalam kelas. Antaranya, dia menghempas bukunya ke lantai
ketika sesi perkenalan. Keduanya, ketika Ron Clark bertanyakan tugasan yang
diberikan kepadanya, dia membelakangi dan tidak menghiraukan pertanyaan
gurunya itu. Dia sering membantah setiap arahan dari Ron Clark. Malah dia juga
memanggil Ron Clark dengan gelaran yang tidak sepatutnya. Jika diperhatikan,
pelajar yang sering melanggar disiplin sekolah adalah pelajar yang mempunyai
latarbelakang keluarga yang bermasaalah.
Di dalam filem Ron Clark ini, terdapat dua teori punca salah laku pelajar
antaranya teori fungsionalis dan teori konflik.

Teori fungsionalis melihat

masyarakat seumpama organisma hidup. Jika kesemua bahagian dalam organisma


hidup saling bekerjasama untuk memastikan ia terus hidup, maka begitulah juga
dengan masyarakat. Kesemua bahagian dalam masyarakat harus saling bekerjasama
bagi memastikan ia terus berkembang, kekal dan stabil. (Zakiah, 2001). Tetapi, apa
yang berlaku di dalam kisah Ron Clark ini adalah sebaliknya. Pelajar-pelajarnya
banyak terlibat dengan masalah disiplin dan salah laku berpunca daripada
kegagalan institusi kekeluargaan. Antara punca-punca disorganisasi sosial ialah
golongan remaja tidak disosialisasikan secukupnya kerana terdapat masalah dalam
institusi kekeluargaan. (Zakiah, 2001). Melalui watak Tasyawn, seorang yang
sering memberontak, suka bergaduh dan terlibat dengan masalah sosial adalah
berpunca daripada keluarganya yang pincang. Tasyawn mempunyai ayah yang
sering memukulnya dan ibu yang tidak menghiraukannya menyebabkan dia
menjadi liar. Dia seorang pelajar yang paling bermasaalah di dalam kelasnya kerana
sering bergaduh dengan kawan-kawannya malah sering tidak hadir ke kelas. Kisah
Ron Clark ini, memaparkan bahawa punca salah laku dan masalah disiplin pelajar
Page | 3

berpunca daripada kegagalan institusi sekolah dan keluarga memainkan peranan


mereka. Ibubapa yang tidak peduli tentang anak mereka menyebabkan anak
menjadi tidak terkawal dan liar manakala ibubapa yang terlalu mengongkong
menjadikan anak mereka sering memberontak.
Teori kedua yang dapat dikaitkan dengan cerita Ron Clark adalah Teori
konflik. Teori konflik melihat ketegangan yang berlaku dalam masyarakat adalah
disebabkan perbezaan jurang sosio ekonomi dan budaya. Manakala, perbezaan
dalam konteks sekolah adalah dari segi tahap pencapaian akademik. Pelajar yang
bijak dan cemerlang diletakkan dalam kelas yang pertama dan mendapat perhatian
dari guru, manakala pelajar yang kurang cerdik diletakkan dalam kelas yang
tercorot. Perbezaan itu sangat jelas kelihatan dalam filem Ron Clark di mana
pelajar yang pintar diasingkan dengan pelajar yang lemah dan bermasalah.
Buktinya, jelas boleh dilihat apabila Pengetua Turner membandingkan antara
kedua-dua kelas apabila dia memuji kelas yang pandai dan memandang rendah
kelas yang akan diajar oleh Ron Clark seolah-olah dia mendiskriminasi pelajar
yang bermasaalah. Mereka juga tidak dibenarkan bergaul antara satu sama lain.
Jika dilihat, kebanyakkan pelajar Ron Clark terdiri daripada pelajar yang
bermasaalah berpunca daripada persekitaraan keluarga yang negatif. Persekitaran
yang dimaksudkan adalah sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif
atau positif bergantung kepada kedudukan dan suasana persekitaran keluarga,
masyarakat, media dan sebagainya. Shameika, mempunyai sikap suka melawan
dan memberontak setiap kali waktu kelas. Sebenarnya dia merupakan seorang anak
yang bijak tetapi harus komited dalam menjaga ketiga-tiga adiknya yang masih
kecil setiap hari sehingga tiada masa untuk belajar. Perwatakannya yang suka
memberontak itu, disebabkan oleh status ekonomi keluarganya yang miskin
sehinggakan ibunya terpaksa melakukan 2 hingga 3 kerja untuk menyara keluarga
dan hidup di kawasan setinggan. Teori konflik juga boleh dilihat melalui watak
Pengetua Turner yang bersifat egois dan kurang bijak sebagai seorang Pengetua
sekolah. Beliau memandang rendah terhadap pelajar-pelajar Ron Clark yang lemah
dalam akademik dan menganggap mereka tidak mampu untuk mencapai keputusan
cemerlang. Ron Clark cuba mengubah suasana kelasnya untuk menarik perhatian
Page | 4

pelajarnya untuk minat belajar malahan ditegur dan tidak disukai oleh Pengetua
Turner. Beliau mengatakan kepada Ron Clark my school, my rule and my way dan
menganggap usaha Ron Clark untuk mengubah sikap pelajarnya tidak akan berjaya
dan sia-sia. Sikap Pengetua Turner melambangkan berlakunya teori konflik. Teori
konflik menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan
kumpulan-kumpulam dalam sesebuah masyarakat untuk bersaing mendapatkan
kepentingan masing-masing.
Di dalam cerita Ron Clark terdapat unsur-unsur teori humanistik.
Pendekatan humanistik menjelaskan masalah disiplin dikatakan berpunca daripada
individu yang mengalami kerisauan. Maka, guru perlu peka terhadap perubahan
tingkahlaku pelajarnya agar dapat mengesan tingkah laku yang tidak normal.
Sebelum Ron Clark memulakan tugasnya, dia terlebih dahulu melakukan
penyiasatan latarbelakang setiap pelajarnya sebagai persiapan untuk mengajar
kelak. Usaha Ron Clark itu mengambarkan bahawa seorang guru perlu mengambil
berat terhadap pelajarnya. Mengikut pendekatan humanistik, seorang guru yang
baik haruslah mengetahui latar belakang keluarga, budaya dan personaliti anak
didiknya. Di dalam filem ini, Ron Clark, menggunakan kaedah untuk mengenali
pelajarnya dengan lebih dekat iaitu home visit home. Kaedah yang dilakukan oleh
Mr. Clark sangat mengagumkan dimana sebelum dia mengajar, dia mengunjungi
rumah pelajarnya satu persatu untuk mengenali karakter bakal pelajarnya serta
keluarga mereka. Dari setiap kunjungan itu, Mr Clark mengetahui latar belakang
pelajarnya, Badriyah. Seorang anak yang berasal dari India, dimana anak
perempuan tidak dibenarkan bersuara tetapi dia seorang anak yang bijak dan suka
membaca. Daripada kunjungan tersebut, Ron Clark memahami setiap karakter
pelajarnya, ada yang pemalu, pemberontak dan emosi. Antara pendekatan
humanistik yang lain digunakan oleh Ron Clark ialah cuba membentuk suasana
bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan pelbagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira, dan harmonis. Dia
menetapkan beberapa peraturan seperti We are family dan We are respect each
other untuk mencipta suasana kekeluargaan dan saling tolong menolong sesama
mereka. Selain itu juga, Ron Clark menggunakan cara bercerita, menyanyi dan
Page | 5

memberi penghargaan kepada pelajaranya. Contohya, Ron Clark mengubah cara


penyampaian matapelajaran sejarah iaitu mengingati nama-nama presiden Amerika
kepada bentuk nyanyian setelah mendapati tiada pelajarnya yang lulus ujian
tersebut. Ideanya sangat berkesan apabila pelajarnya menunjukkan minat dan lulus
dengan baik. Ini menunjukkan pendekatan humanistik yang diaplikasi oleh Ron
Clark sangat berkesan apabila mereka mula menyukai Ron Clark sebagai guru
kelas mereka.

PENGLIBATAN IBU BAPA


Penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak merujuk kepada peranan
ibu bapa dalam pendidikan anak-anak disekolah mahupun di rumah. Penglibatan
mengambil kira sama ada hadir di sekolah, berkomunikasi dengan guru-guru tau
membantu tugasan sekolah anak-anak di rumah (Christenson, et al. , 1992; Epstein,
2001). Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan di sekolah ini di ambil kira dalam
pelbagai bentuk penyertaan. Ibu bapa memberi sokongan terhadap persekolahan
anak-anak dengan menghadirkan diri dalam majlis dan program di sekolah. Ibu
bapa boleh melibatkan diri dengan membantu anak-anak mereka dalam
memperbaiki tugasan sekolah termasuklah menyusun jadual dan meyediakan
tempat belajar yang sesuai, menunjukkan sikap keperihatinan, memantau kerja
rumah dan membimbing anak-anak dalam pelajaran di rumah.
Keibubapaan ialah seseorang yang memberikan kanak-kanak penjagaan
asas, arahan, sokongan, perlindungan dan bimbingan. Ianya merujuk kepada
keupayaan ibu bapa untuk membimbing atau menuntun anak-anak dalam bentuk
seorang insan yang berjaya dan berguna serta membentuk keperibadian yang
unggul (Razali & Razali 2013). Gaya keibubapaan pula adalah nilai piawaian yang
ditetapkan oleh ibu bapa dalam tingkah laku mereka semasa berinteraksi dengan
anak-anak. Di dalam filem Ron Clark, terdapat 3 jenis gaya keibubapaan iaitu
Otoritarian, Niglek dan Permisif. Gaya Otoritarian bermaksud gaya berkuasa
penuh. Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan yang bersifat kawalan yang tinggi
Page | 6

tetapi kurang dari segi tanggungjawab (Yahaya&Latif, 2005). Shameika Wallace


dan gaya keibubapaan yang diterapkan ibunya adalah Otoritarian. Shameika
disuruh ibunya menjaga 3 orang adiknya ketika waktu tidak bersekolah dan waktu
pulang dari sekolah kerana ibunya membuat 2 pekerjaan dan sangat sibuk. Disini ,
boleh dilihat bahawa ibunya menetapkan peraturan kepada Shameika dengan
menyuruhnya mengasuh adik-adiknya. Shameika terpaksa akur kerana ibunya
seorang yang tegas dan secara tidak langsung Shameika tidak mempunyai masa
untuk mengulangkaji pelajaran. Kesannya, Shameika menjadi seorang anak yang
tidak pernah berpuas hati, agresif dan pemberontak. Gaya keibubapaan Badriyah ,
juga adalah gaya Otoritarian. Badriyah seorang anak yang berasal dari India
merupakan seorang anak yang bijak, suka membaca tetapi pendiam. Karakternya
itu disebabkan oleh budaya asal keluarganya dimana anak perempuan tidak boleh
lantang bercakap, kerana budaya India, lelaki lebih mendominasi. Gaya
keibubapaan Shameika dan Badriyah menepati ciri-ciri gaya Otoritarian kerana
anak-anak tidak ada peluang untuk berbincang tentang peraturan yang dikenakan ke
atas mereka, dan mereka mematuhinya tanpa banyak soal.
Gaya keibubapaan seterusnya dalam filem Ron Clark adalah permisif.
Gaya keibubapaan permisif ialah di mana ibu bapa adalah rendah dari segi desakan
tetapi tinggi dari aspek kemesraan. Anak dibenarkan untuk mengawal aktiviti
mereka sendiri dan mereka juga tidak dijangka untuk mematuhi piawaian luaran.
Persekitaran gaya keibubapaan ini lebih berkemungkinan mewujudkan iklim
laisserz-faire di mana ibu bapa tidak menghukum dan mendenda. Ibubapa Julio
mengamalkan gaya permisif. Julio seorang yang suka mencuri samada di rumah
atau di sekolah. Semasa kunjungan Ron Clark, dia secara sembunyi sedang mencuri
duit dari beg ibunya. Apabila di soal oleh Ron Clark kenapa dia mencuri, dia
menjawap mencuri duit ibunya bukan satu kesalahan. Di situ, didapati bahawa
ibunya tidak pernah menghukum atau mendenda Julio atas kesalahan mencuri.
Ibunya tidak mengawal segala tingkah laku Julio menyebabkan di berbuat sesuka
hatinya. Ibu Julio boleh juga dianggap menggunakan gaya niglek kerana
tingkahlaku anak-anak sering tidak diawasi dan anak boleh saja melakukan apa
yang mereka mahu.
Page | 7

Tyshawn mempunyai gaya keibubapaan yang niglek. Gaya niglek


mengambarkan ibu bapa yang kurang menekankan kawalan kemesraan. (Darling,
2002, Maccoby&Martin, 1983). Gaya ibubapa ini juga dikenali sebagai ibu bapa
yang membiar saja anak mereka. Ibu bapa Tysmhwan tidak menunjukkan
keperihatinan kepada kebajikan atau keperluan anak mereka . Tingkahlaku anak
sering tidak diawasi dan anak boleh melakukan apa saja yang mereka mahu.
Disebabkan tiada pengawasan dari ibubapanya, Tyshawn terlibat dengan masalah
sosial antaranya terlibat dengan kegiatan budak-budak nakal, sering bergaduh dan
ponteng sekolah.

SEKOLAH BERKESAN
Sekolah yang berkesan adalah sekolah yang mampu melahirkan pelajar
yang berkembang lebih dari yang diharapkan jika diambil kira latarbelakang
mereka. (Mortine, 1991). Manakala Balantine (2001) menyifatkan sekolah
berkesan sebagai sekolah yang menekankan gabungan formal dan tidak formal
sebagai perkara penting dalam iklim sekolah.
Perubahan yang perlu dilakukan dalam filem Ron Clark untuk mencapai
matlamat sekolah berkesan mestilah bermula dengan pengetua sekolah iaitu Mr.
Turner. Mr Turner seorang yang ego, kurang bijak serta sering melakukan
diskiriminasi terhadap pelajarnya. Sikap Mr Turner yang tidak peka terhadap proses
perubahan yang dialami pelajarnya salah satu ciri sekolah yang tidak berkesan. Dia
juga tidak memberi sokongan terhadap usaha Ron Clark untuk menjadikan
pelajarnya yang bermasalah kepada pelajar yang terbaik. Malah, dia tidak berpuas
hati apabila Ron Clark cuba mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas agar pelajar berasa seronok. Dia juga memarahi Ron Clark kerana
berperangai seperti budak-budak kerana Ron Clark cuba menyelami tingkahlaku
pelajarnya dengan penyertai permainan lompat tali bersama pelajarnya. Pengetua
Turner juga mendiskriminasi pelajar kelas yang pandai dengan pelajar yang
bermasalah. Dia sentiasa memuji kelas yang bagus. Untuk mencapai sekolah yang
Page | 8

berkesan, seorang pengetua mestilah mempunyai perwatakan yang lembut dan


mesra sosial agar dapat memahami perubahan tingkahlaku pelajarnya dan
adakalanya dia memerlukan personaliti yang tegas dan garang. Selain itu, tugas
pengetua bertanggungjawab untuk memastikan matlamat-matlamat sekolah
diterjemahkan kepada amalan pengajaran dalam bilik darjah oleh guru-guru. Ia
dilakukan dengan pengetua harus memberi sokongan dan melalui penyeliaan secara
tidak rasmi pengajaran guru-guru dalam bilik darjah. Namun, cirri-ciri yang
ditonjolkan oleh Pengetua Turner menunjukkan cirri-ciri sekolah tidak berkesan
iaitu struggling.
Perubahan yang kedua adalah, tahap komitmen guru mestilah tinggi dalam
usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Ron Clark merupakan
seorang guru yang aktif, tidak mudah berputus asa, kreatif serta komited. Sebelum
memulakan kelas, dia melakukan penyiasatan latarbelakang keluarga setiap
pelajarnya. Dari situ, dia memahami setiap karakter pelajar-pelajar di dalam
kelasnya. Dia tidak mudah berputus asa apabila diejek oleh pelajar malah berusaha
keras untuk merubah sikap pelajarnya. Walaupun dia kurang sihat dan terpaksa di
masukkan ke hospital namun dia masih ingin mengajar dengan menyediakan
rakaman video kepada pelajarnya agar mereka tidak akan ketinggalan pelajaran. Di
situ menunjukkan Ron Clark sangat peka terhadap pelajarnya agar mereka dapat
membuat persediaan yang baik untuk ujian yang hampir tiba. Ron Clark
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas untuk
mamastikan pelajarnya memahami apa yang diajar. Antaranya, dia bercerita sambil
menggunakan kek, setiap pelajar disuruh untuk meniup lilin tersebut, bermain
bersama

pelajarnya,

belajar

dengan

menggunakan

rakaman

video

dan

menggunakan lagu supaya pelajar mudah ingat apa yang diajar. Ternyata, setiap
kaedah yang diaplikasikan oleh Ron Clark sangat berkesan, dan hasilnya dari kelas
yang paling tercorot kepada kelas yang paling bagus.
Selepas Ron Clark mengajar di sekolah tersebut menunjukkan 85% sekolah
tersebut menjadi sekolah berkesan (moving) selepas perubahan demi perubahan
dilakukan oleh Ron Clark. Sikap Pengetua Turner mula berubah dan memuji
Page | 9

segala usaha Ron Clark dan turut serta memberi kerjasama dan sokongan. Selain
itu, penglibatan ibu bapa pula semakin baik apabila mereka turut sama hadir
semasa hari penyampaian hadiah untuk memberi sokongan kepada anak mereka.
Perhubungan ibu bapa dengan guru juga semakin baik

apabila ibu Shameika

membenarkan Ron Clark memberi kelas tambahan kepada anaknya. Akhir sekali,
sekolah mengiktiraf prestasi pelajar-pelajar Ron Clark apabila mereka diberi
penghargaan di atas keputusan yang cemerlang.
Pada permulaanya sekolah yang diajar Ron Clark merupakan sekolah yang
tidak berkesan dan merangkak (struggling). Guru guru yang mengajar tidak peka
terhadap keadaan sekolah, pelajar dan gurunya terutama sekali Pengetua Turner.
Dia hanya menekankan

pelajar untuk skor sahaja tanpa peduli masalah yang

dihadapi oleh pelajar dan gurunya. Dia juga meletakkan target yang rendah
terhadap kelas yang bermasaalah tanpa ada usaha untuk membantu pelajar kelas
tersebut. Namun, situasi berubah apabila Ron Clark mula mengajar di situ dan
sekolah tersebut menjadi sekolah berkesan , bergerak (moving). Ini kerana, Ron
Clark mampu meningkatkan prestasi akademik pelajarnya lebih dari apa yang
dijangkakan. Sikap pelajarnya turut berubah menjadi lebih positif. Ibubapa pelajar
juga memainkan peranan yang serius apabila turut serta memberi sokongan kepada
anak-anak mereka untuk berjaya. Pengetua Turner mula memberi sokongan kepada
Ron Clark atas usaha yang dilakukan untuk memastikan pelajarnya berjaya dengan
cemerlang.
Kesimpulannya, filem Ron Clark ini sangat bagus untuk dijadikan
pangajaran terutama sekali kepada guru-guru yang menghadapi situasi yang sama.
Selain itu, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh Ron
Clark boleh diaplikasikan oleh guru-guru di dalam kelas untuk menghasilkan
persekitaran kelas yang seronok. Untuk menjadi seorang guru, sikap Ron Clark
perlu dicontohi iaitu sangat komited, tidak mudah berputus asa serta kreatif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Page | 10

Rujukan
Ballantine, J. H. (2001). The Sociology of Education: A systematic Analysis. New Jersey:
Prentice Hall.

Christenson, S, L. , Rounds, T. , & Gorney, D. (1992). Family factors and student


achievement : An avenue to increase students success. School Physchology
Quarterly, 7, 178 -206.

Darling , N. (2002). Parenting Style and Its Correlates, 7469(217). Clearing house on
Elementary and Early Childhood Education . Retrieved from http:// ecap .crc.
Illinois. edu/ eecearchieve /digests /1999/ darlin99.pdf.

Epstein , J, L. (2001). Building bridges of home, school, and community: The Importance
of design. Journal of Education for Students Placed at Risk, 6(1&2), 161-168.
Joyce M. Hawkins (2002). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi ketiga. Shah Alam:
Fajar Bakti Sdn . Bhd.

Kamus Dewan (Edisi Baru). 1989. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maccoby, E. E., & Martin , J. A. (1983). Socialization in the context of the family :
Parent-child interaction . In P. H. Mussen (Ed) & E. M. Hetherington (Vol. Ed.),
Hanbook of child psychology : Vol. 4 . Socialization, personality and social
development (4th ed., pp. 1-101). New York: Wiley.

Mortimore, P. (1991) School effectiveness research: which way at the cross-roads? Paper
presented at the Fourth International Conference for School Effectiveness and
Improvement, Cardiff.
Page | 11

Razali , A., & Razali, N. A. (2013). Parent Child Communication and Self Concept
among Malays Adolescence, 9 (11), 189-200, doi 10.5539/ass.v9n11p189.

Yahya, A., & Latif, J, S. (2005). Membentuk Identiti Remaja. Pahang : PTS Publications
& Distributions SdnBhd.

Zakiah Jamaluddin (2001). Masalah Sosial Remaja: Tinjauan daripada perspektif


sosiologi. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
.

Page | 12

Page | 13

Anda mungkin juga menyukai