Anda di halaman 1dari 9

FAKTOR-FAKTOR YANG

MEMPENGARUHI
KONSEP KENDIRI
FIKRI, YAT, MUAZ, AUGUST, RUSYAIDI, SYAZWI
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI
SECARA AM.
❏ Pemberian penghormatan, penerimaan dan mengambil berat tentang individu

tersebut oleh orang yang berkepentingan.

❏ Peristiwa kejayaan yang dialami, status dan kedudukan dipegang oleh individu

❏ Sikap atau respons individu terhadap penurunan nilai (misalnya ejekan) yang

dihadapi
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI
SECARA KHUSUS
A. Faktor baka
B. Faktor keadaan individu
C. Faktor keluarga
D. Faktor guru dan sekolah
E. Faktor rakan sebaya
F. Faktor pengaruh masyarakat setempat
FAKTOR BAKA
- Baka ibu bapa mempengaruhi bentuk tubuh badan, keadaan fizikal, kecerdasan tubuh
badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya.

- Perbandingan fizikal (dipengaruhi oleh baka) kerap dilakukan ketika bersosial diantara
murid-murid sekolah rendah dan remaja.

- Setiap insan perlu menerima ciri-ciri unik yang dikurniakan melalui kelahiran.

- Jika seseorang dapat menerima dan menyayangi diri mereka dengan sepenuhnya maka
mereka akan memiliki pembentukan konsep kendiri yang poditif.
FAKTOR KEADAAN INDIVIDU
- Individu yang memiliki pengalaman pahit dan mengalami kegagalan
dalam kehidupan akan mengalami sindrom self-fulfilling prophecy.

- Sentiasa meletakkan diri pada peringkat yang rendah dan tidak mahu
mencuba perkara baru kerana berasa akan berulang mengalami
kegagalan.

- Kebiasaannya dialami oleh individu bermasalah kesihatan seperti lelah


dan kecacatan fizikal.

- Kurang keyakinan dan sering membandingkan diri dengan rakan sebaya


yang lain.
FAKTOR KELUARGA
❖ Ibu bapa perlu memeberi pengiktirafan, pujian dan ekspresi rasa bangga terhadap perkara
yang dilakukan oleh anak-anak.
❖ Walaupun penetapan matlamat tinggi mendorong seseorang untuk mencapai potensi yang
maksimum, jangkaan yang terlalu tinggi daripada ibu bapa kadang-kala menyebabkan anak
berasa tertekan dan tidak yakin diri.
❖ Ibu bapa harus mengelakkan diri daripada membandingkan sesama adik beradik dan rakan
sebaya.
❖ Didikan dan disiplin dengan wajar perlu diterapkan kepada anak-anak supaya sikap anak
adalah baik serta mempunyai sifat kepimpinan yang diperlukan dalam seharian.
FAKTOR GURU DAN SEKOLAH
- Sikap guru yang suka marah dan mengkritik, mengejek-ejek gelaran nama dan rupa paras murid
dan sebagainya akan memberi kesan negatif kepada konsep kendiri murid

- Guru yang mempunyai jangkaan rendah terhadap muridnya akan berkurang berinteraksi, bertanya
soalan rendah serta kurang memberi peluang untuk murid mencuba.

- Guru harus berhati-hati dalam menangani murid-murid pencapaian rendah semasa pelaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran

- Tutur kata, sikap dan tingkah laku guru meninggalkan kesan yang amat kuat dalam perkembangan
konsep kendiri murid

- Kejayaan atau kegagalan menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di sekolah
membawa kesan terhadap kendiri seseorang

- Kekurangan kemudahan pembelajaran, lokasi sekolah kawasan yang tidak menguntungkan boleh
mempengaruhi pembentukan konsep kendiri murid
FAKTOR RAKAN SEBAYA
★ Seseorang individu mestilah memilih rakan sebaya yang baik dan menghindarkan diri
dengan rakan-rakan yang mempunyai sikap yang negatif
★ Rakan yang mempunyai sikap yang negetif akan gemar untuk melakukan perkara yang tidak
bermoral dan dia akan mengajak seseorang individu lain untuk melaklukan perkara tersebut
bersama-sama
★ Rakan sebaya yang baik pula akan melakukan perkara-perkara yang baik dan dia juga akan
mengajak orang lain untuk melakukan perkara yang baik tersebut.
★ Kesilapan memilih rakan sebaya akan menimbulkan pelbagai masalah yang boleh menyebabkan
pelbagai masalah seperti keruntuhan maruah dan sebagainya.
FAKTOR PENGARUH MASYARAKAT
SETEMPAT
● Budaya masyarakat amat penting dalam pembentukan konsep kendiri kerana kanak-
kanak hidup dan dibesarkan di dalam masyarakat. Oleh itu, sudah tentu berlakunya proses
asimilasi tabiat budaya di dalam diri kanak-kanak tersebut.
● Budaya lain seperti hedonisme juga merupakan faktor yang membentuk konsep kendiri kanak-kanak
tersebut.
● Pada masa yang sama, media massa juga memainkan peranan yang penting. Pada peringkat ini, media
massa merupakan satu agen penyiaran yang penting kerana kanak-kanak banyak menonton televisyen.
● Justeru, media massa perlu bertanggungjawab dalam memastikan konsep kendiri positif dapat dibentuk
dalam diri kanak-kanak dengan menyiarkan saluran-saluran yang berfaedah dan dapat menjana
perkambangan minda kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai