Anda di halaman 1dari 1

M11 TUTORIAL (2) – SJHK 3063

Umum mengetahui bahawa, pelaksanaan pentaksiran adalah untuk menilai


keupayaan dan kefahaman murid terhadap ilmu yang telah dipelajari semasa Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP). Begitu juga dengan mata pelajaran Sejarah, turut serta menggunakan
sistem ini sebagai usaha meninjau tahap keberkesanan pembelajaran Sejarah kepada murid.
Bertitik tolak daripada itu, pentaksiran dapat membantu guru Sejarah mengesan masalah,
kelebihan dan kekurangan sama ada pada PdP, sukatan pelajaran dan banyak lagi yang
memberi impak kepada keputusan murid. Maka dengan adanya pentaksiran, dapat membuka
peluang dan ruang untuk guru merancang, mengubahsuai dan meningkatkan kaedah PdP.

Lanjutan daripada huraian tersebut, pentaksiran untuk mata pelajaran Sejarah adalah
diwajibkan untuk membantu murid memperbaiki dan menambahbaik proses pembelajaran
mereka untuk kesediaan bagi penilaian di masa depan. Sebagai contoh, murid diuji dengan
menyuruh mereka menyatakan fungsi Institusi Di Raja di Malaysia namun memberikan
jawapan yang salah dan kurang tepat. Jadi, dari fenomena itu, guru dapat memberi fokus
yang lebih kepada kesalahan tersebut dan berusaha menaiktaraf pengetahuan murid
terhadap pelajaran tersebut supaya apabila dinilai sekali lagi kelak, mereka mampu belajar
dari kesilapan.

Selain itu, pentaksiran dapat memberi peluang kepada murid untuk menguji
pengetahuan sedia ada yang dipelajari dari mata pelajaran Sejarah. Sama seperti sistem
peperiksaan, tetapi pentaksiran ini lebih tertumpu dan relevan. Sebagai contoh, sebelum guru
Sejarah memulakan PdP berkaitan topik Identiti Negara Kita, boleh diuji pengetahuan murid
menggunakan lembaran kerja mengenai topik Yang diPertuan Agong. Maka dari situ, guru
boleh meneruskan PdP sekiranya murid berjaya menguasai topik dan jikalau gagal, boleh
menukar strategi PdP dengan mempelajari sekali lagi topik yang belum dikuasai.

2. 5.
Lengkapka Lengkapkan
3. Pastikan
1. n Laporan 4. Tahap
Graf
Lengkapka Tahap Lengkapkan Penguasaan
Pencapaia Setiap Murid
n Laporan Penguasaa
n Murid Maklumat Selepas Sesi
Murid n Untuk
Betul Standard
Membuat
Penilaian Kandungan

*Berikut merupakan carta alir pelaksanaan PBD mata pelajaran amnya Sejarah

Anda mungkin juga menyukai