Anda di halaman 1dari 1

Antara 3 peringkat pelaksanaan kerja dalam mengendalikan sesuatu wawancara

ialah, membuat persediaan awal sebelum mewawancara orang sumber. Dalam peringkat
persediaan, kita perlu membuat perancangan atau jadual kerja sebelum membuat
wawancara. Perancangan yang teliti penting bagi memastikan projek berjalan dengan
lancar. Selain itu, kita juga harus mengenalpasti tokoh yang ingin diwawancara.

Seterusnya, sebelum wawancara dilakukan, kita perlu menghubungi tokoh untuk


memastikan hari dan Tarikh untuk ditemu bual. Hal demikian adalah untuk memastikan
tokoh tersebut tidak sibuk dengan urusan-urusan lain. Kita juga harus menyediakan soalan-
soalan sebelum mewawancara tokoh. Hal demikian adalah untuk mendapatkan semua
maklumat dan memastikan maklumat adalah mencukupi daripada tokoh yang diwawancara.
Selain itu, sediakan pita rakaman atau perakam video untuk menunjukkan hasil temu bual.
Ini adalah untuk mentranskrip semula percakapan tokoh untuk dipindahkan dalam bentuk
tulisan.

Pada peringkat ketiga, adalah mengembangkan wawancara. Pada peringkat ini,


pengkaji perlu mengajukan soalan berkaitan tajuk. Selain itu pengkaji boleh menanyakan
soalan-soalan mudah disamping jawapan yang diberikan kepada tokoh. Pada peringkat ini,
pengkaji diingkatkan agar tidak memaksa tokoh untuk menjawab setiap persoalan yang
telah dikemukakan. Pengkaji perlu meluaskan skop yang telah dirancang dan mencelah
soalan dalam skop yang dirancang bagi meransang tokoh untuk terus bercakap dengan
menggunakan soalan open-minded.

Anda mungkin juga menyukai