Anda di halaman 1dari 20

PROSES RAKAMAN DAN

TRANSKRIP
Bab 4
Lihat video ini. Ia menggambarkan
peringkat awal sebelum wawancara
dijalankan.
Proses Sejarah Lisan
Tahap 1: Persediaan

• Dapatkan penasihat
• Tentukan skop kajian – garis panduan
perkara yang akan diberi tumpuan dalam
kajian
• Siapa yang hendak ditemubual – senarai
nama-nama orang yang akan ditemubual
(interviewee) berdasarkan latarbelakangnya,
pengalaman dan pengetahuan tentang
perkara yang hendak dikaji
• Perlu hantar surat kepada interviewee
maklumkan tujuan, tatacara, kandungan
temuramah dan kaedah temu bual.
• Teknik yang hendak digunakan
Aspek teknikal sebelum temubual dijalankan
1. Latihan menggunakan alat perakam walaupun
penggunaannya mudah atau sudah biasa dilakukan oleh
penemuramah itu sendiri.
2. Jarak dan volume yang sesuai untuk memastikan
rakaman dapat dilakukan. Jika volumenya rendah dan
jarak antara alat perakam dengan orang sumber itu
berjauhan maka sudah pasti kualiti rakaman sangat
rendah.
3. Rakaman yang juga bergantung kepada tempat rakaman
itu dilakukan
4. Selepas melakukan rakaman wawancara pula
penemuramah perlu memasang semula rakaman yang
telah dibuat bagi melihat kesannya. Tape atau hasil
rakaman yang dilakukan perlu dipastikan daripada jenis
yang tahan untuk disimpan
Tahap Kedua: Kaedah Sejarah Lisan

 Persediaan Pengkaji – mesti tahu perkara yang hendak


dikaji. Buat bacaan terlebih dahulu.
 Sediakan soalan-soalan sebagai garis panduan – ini
memungkinkan pengkaji mengetahui interviewee bias
atau tidak serta mendorong kerjasama interviewee
 Soalan hanya sebagai garis panduan - jangan baca secara
langsung. Tunjukkan pengkaji mempunyai ilmu tentang
perka yang dikaji.
 Soalan perlu berkisar kepada 5 W dan 1 H
 Elak ganggu interviewee atau kemukakan soalan
mengkritik
Perkara Perlu Dipatuhi oleh Interviewer
1.Pastikan orang sumber selesa dengan situasi wawancara
 Richard Downer (2006) kebanyakan orang sumber tidak
dapat mengelak perasaan gugup ketika ditemuramah.
Apatah lagi jika mereka tahu bahawa wawancara
tersebut melibatkan proses rakaman. Kebanyakan orang
sependapat dalam mengatakan bahawa menyerahkan
hasil rakaman kepada orang lain akan menimbulkan
banyak perkara negatif kepada diri orang sumber itu
sendiri.
 Robert Havey (2012 mengatakan bahawa bahan
temuramah ada yang bersifat sensitif sama ada bagi pihak
yang ditemuramah atau pun ke atas pihak-pihak yang
terlibat dalam peristiwa yang dirakamkan.
2. Nyatakan secara jujur tujuan wawancara diadakan
kepada orang sumber.
 Penemuramah harus membebaskan dirinya daripada
sebarang prasangka atau membuat pertimbangan
sendiri sebelum rakaman
 Hal ini bagi mengelak soalan-soalan yang mengarah
kepada kesimpulan yang diharapkan atau
dijangkakan.
 ada baiknya soalan-soalan yang akan dikemukakan itu
diberikan terlebih dahulu secara bertulis kepada orang
sumber untuk diteliti
 Penemuramah harus menerima hakikat bahawa orang
sumber berhak untuk tidak menjawab atau tidak
bersedia menerima soalan-soalan yang tidak
disukainya. Pilihan orang sumber ini harus dihormati.
3. Penemuramah harus peka akan kesihatan orang sumber
 faktor kesihatan juga boleh mempengaruhi wawancara
 Keputusan menemuramah orang yang sihat dengan orang
yang sakit tentulah berbeza
4. Penemuramah tidak harus menunjukkan bahawa mereka
lebih tahu daripada orang sumber
 soalan yang bertubi-tubi dan mendedak harus dielakkan.
5. Beri perhatian sepenuhnya ketika mereka menjawab
soalan yang diajukan
6. bahasa badan dan bertentang mata harus diutamakan
 Elakkan suasana yang terlalu formal sama ada dari segi
pemilihan tempat wawancara atau pun dari segi pakaian
penemuramah
7. Pemilihan tempat harus dititik beratkan. Sebaiknya
biarkan orang sumber menentukan sendiri tempat
selesa yang diinginkannya bukan interviewer yang
menentukan.
8. Penemuramah harus sudah benar-benar yakin
bahawa kelengkapan rakaman telah berada dalam
keadaan baik.
9. Kemudahan fizikal seperti kerusi meja jika
diperlukan haruslah disesuaikan dengan proses
rakaman wawancara
Ciri-ciri Soalan
1. Ringkas dan mudah difahami
2. Nutral –tidak bias
3. Tidak bersifat kontroversi
4. Open ended question
5. Memerlukan lebih daripada 1 jawapan
6. Melibatkan 5W dan 1 H
7. Berkaitan dengan interviewee
8. Ditanya secara kronologi –dari mudah ke
susah
9. Mesti spesific - fokus
Langkah-langkah Penyoalan
1. Permulaan
 Pengenalan
 Soalan mudah/ latar belakang interviewee
 Gunakan memories clues
2. Bahagian Pertengahan
 Soalan berhubung tajuk menjadi fokus
 Soalan-soalan berkisar objektif kajian
3. Bahagian Akhir
 Interviewee diminta membuat rumusan dan
menyatakan pandangan mereka (thought questions)
Tutorial
Nyatakan perkara-perkara yang perlu dilakukan
oleh seseorang pengkaji untuk memastikan kualiti
rakaman wawancara yang baik dapat dihasilkan

ISL
Cadangkan langkah-langkah praktikal bagi
menjadikan sejarah lisan sebagai kaedah
utama dalam pengkajian sejarah.
Tahap ketiga: Memproses Rakaman
 Teknik pendaftaran, menyalin semula, mengedit,
emmbuat salinan kekal atau transkrip, peraturan
penggunaan dan teknik penyimpanan.
 Rakaman diproses supaya dapat dihasilkan sejarah lisan,
dalam 2 bentuk iaitu rakaman dan transkrip.
 Rakaman perlu diproses mengikut peraturan khusus agar
ia boleh digunakan.
a. Perlu dibuat pendaftaran (tajuk, tarikh, tempat, masa
temuramah dijalankan, nama interviwee, nama
interviewer, kelajuan rakaman, nombor track)
b. Salin semula kandungan rakaman perkataan demi
perkataan hingga terhasil draf transkrip. Draf ini
kemudian diedit, dengan menentukan perenggan yang
sesuai. Draf ini mestilah sama seperti yang terdapat
dalam rakaman.
c. Selesai draf ini dibuat, ia perlu diberikan salinan kepada
interviewee. Tujuan untuk memberi peluang meneliti
testimoni yang dibuat. Tambahan, pandangan dan edit
boleh dibuat. Interviewee boleh membuat pembetulan
tetapi tidak boleh memadam apa yang ditemubual.
Soalan perlu dilampirkan bersam draf. Interviewee boleh
menambah jawapan/ pandangan. Perlu jaga etika
temubual.
d. Selepas itu, draf ini dipulangkan untuk dijadikan
transkrip kekal. Catatkan tujuan bibliografi, catat nama
interviewee, tarikh, tempat interview, tajuk.
Perkara Perlu diberi perhatian untuk
membuat transkrip
 penyelidik perlu mendengar terlebih dahulu pita
rakaman sesuatu temuramah yang telah dilakukan. Ini
adalah untuk membiasakan penyelidik kepada loghat,
perkataan dan sebutan orang yang diwawancarakan.
 Penyelidik memulakan transkrip dengan pengenalan
yang merangkumi tajuk, tarikh, tempat wawancara
dijalankan, nama pewawancara dan orang yang
diwawancara dan sesi wawancara.
 Penyelidik perlu menaip transkrip dengan kemas dan
cermat dan perlu jarakkan barisan bagi memudahkan
pembetulan dan penambahan keterangan.
 Penyelidik memasukkan tanda bacaan pada tempat yang
diperlukan tetapi jangan memendekkan ayat-ayat
panjang.
 Penyelidik harus menggunakan perenggan yang baharu
untuk perkara atau tajuk yang berlainan.
 Penyelidik perlu mengekalkan ungkapan-ungkapan yang
terdapat dalam rakaman temuramah.
 Perkataan-perkataan yang digunakan oleh penyelidik
sebagai penggerak perbualan tidak harus ditranskripkan
sebab perkataan-perkataan itu tidak bermakna.
 Penyelidik tidak mentranskripkan perkataan dan ayat
yang diulang oleh orang yang diwawancara.
 Nama-nama orang dan tempat mestilah ditulis dengan
ejaan yang betul
Tutorial
Perincikan ciri-ciri soalan yang sepatutnya
dikemukakan semasa mengemukakan soalan kepada
orang yang ditemuramah.
ISL
Kemukakan langkah-langkah penting yang harus
anda patuhi bagi memastikan orang sumber selesa
dengan situasi wawancara yang dilakukan.
Rumusan Tatacara Melaksanakan
Sejarah Lisan
1. Apa yang hendak dikaji?
 Mesti tahu apa yang hendak dikaji.
 Apa tujuan, fungsi serta kepentingan aspek yang hendak
dikaji
 Ini akan menentukan siapa yang hendak ditemubual dan
bagaimana maklumat hendak dikaji
2. Menentukan informan / orang sumber
 Adakah orang itu betul-betul pakar
 Adakah orang itu betul-betul terlibat dengan peristiwa
 Orang sumber yang bagus adalah orang sumber yang
masih hidup dan terlibat secara langsung dengan
peristiwa yang hendak dikaji
 Perlu mendapat kepercayaan dari orang sumber
3. Merekod dan Merakam Maklumat/ sumber
 Maklumat perlu dirakam dengan tepat sekali
 Tidak menambah atau menggunakan idea sendiri pada
rakaman
 Jangan guna random sampling pada maklumat yang
diperolehi
 Perlu juga dapat maklumat tambahan – contoh guna soal
selidik
 Maklumat juga perlu disokong oleh data-data dari sumber
bertulis.
Videoini merangkumkan semua
maklumat diatas.

Anda mungkin juga menyukai