Anda di halaman 1dari 31

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS JALAN BEHOR PULAI,01000 KANGAR, PERLIS

Jenis-Jenis Ekonomi Dalam Tamadun Yunani,Mesir, dan Hwang Ho

Ahli Kumpulan: Amir Farid Bin Khairuddin Mohd Haziem Bin M. Baseri Ashaari Bin Selamat Mohd Ubaidillah

Ekonomi

Konsep dan sistem ekonomi : -Yunani -Mesir -Hwang Ho

Perkembangan ekonomi : -Yunani -Mesir -Hwang Ho

Empayar Yunani

Negara kota Yunani mewakili sistem politik, ekonomi, dan sosial masyarakat. Setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi kawasan pertanian. Dalam negara kota terbahagi 3 bahagian iaitu Acropolis, Agoran dan Kawasan Pertanian. Agora adalah tempat pertemuan dan pusat ekonomi sesebuah negara kota

Athens merupakan negara kota yang mengutamakan perdagangan dan perindustrian


Bandar-bandar di Athens mengkhususkan sektor perdagangan dan perindustrian dan mengabaikan sektor pertanian. Pertambahan penduduk menyebabkan permintaan makanan meningkat. Pada abad ke-4 M, Athens terpaksa mengimport 75% gandum. Gandum dan ternakan tiba dari Thrace dan kawasan Laut Hitam.

Athens
Mengenakan

cukai import dan eksport yang rendah. Sebahagian besar perdagangan dilakukan melalui jalan laut kerana jalan-jalan darat ketika itu amat mundur. Pembangunan ekonomi dibantu oleh pelabuhan utama yang menerima dan mengagihkan barangan ke kawasan lain Contoh : Pelabuhan Peiraens di Athens

Senarai Barang Dagangan


Import
ikan, daging, garam, buah-buahan, arak dan bahan mentah seperti bahan galian dan kain bulu.

Eksport
Eksport : minyak zaitun, perak, batu marmar, bahan buatan dan lukisan.

Perdagangan luar berkembang pesat pada abad ke-8 S.M. dan ke-7 S.M. Negara Greek berdagang dengan koloni-koloninya di selatan dan sekitar laut Hitam, Mesir, Syria dan Phoenicia. Negara kota Corinth mengimport barang-barang keperluan dari selatan dan Athens cuba mendapatkannya tetapi dinafikan. Masalah bekalan makanan amat amat penting sehingga kerajaan meluluskan undang2 menghadkan eksport bijian.

Manakala kerajaan Sparta tidak menggalakkan perdagangan dan perniagaan walaupun buminya subur dan mempunyai bahan galian seperti bijih besi.
Memastikan masyarakat yang ingin dilahirkan oleh masyarakat militer. Menggalakkan penduduknya bertani Tidak dibenarkan mengadakan hubungan dagang dengan dunia luar. Bimbang kemasukan barangan luar dan kemewahan akan merosakkan moral penduduk.

Tamadun Mesir
Konsep dan sistem ekonomi Mesir: 1) Bergantung kepada kegiatan pertanian. 2) Seluruh tanah dan hasil pertanian dimiliki oleh Firaun. 3) Perdagangan dimonopoli oleh Firaun. 4) Byblos sebagai pelabuhan utama. 5) Ekspedisi perdagangan diketuai oleh Pesuruhjaya Diraja Mesir. 6) Sektor perindustrian berkembang pesat pada 3000 S.M.

Senarai Barang Dagangan


Import
Barang-barang import adalah emas,perak,gading gajah,wain,minyak zaitun,dan kayu balak

Eksport Barang-barang eksport utama Mesir adalah gandum,linen,fabri k,kertas,ikan masin,tembikar dan jagung.

Konsep dan sistem ekonomi Mesir


Kaedah Memperolehi Barang Perdagangan 1) Menghantar ekspedisi-ekspedisi diraja untuk mendapatkan bahan-bahan galian spt tembaga dan batu Firus Turquoise dari Sinai.
2)

Memperoleh brg2 dagangan dari pedagang2 asing dari Afrika di pusat-pusat perdagangan yg terletak di kawasan seperti Elephantine. Menghantar ekspedisi-ekspedisi tentera laut utk mendapatkn kayu balak dari Byblos dan pelabuhan-pelabuhan di Phonesia.Ratu Hatshepsut menghantar ekspedisi ke Punt pd tahun 1495 S.M.

3)

Wajah-Wajah Firaun

Perkembangan Ekonomi Tamadun Mesir


1) Sistem Cukai

5) Sistem Ukuran
Perkembang an Ekonomi

2) Sistem Canselor

4) Sistem Urusniaga

3) Sistem Perakaunan

Perkembangan Ekonomi Tamadun Mesir 1) Sistem Cukai Sumber pendapatan utama negara diperolehi melalui cukai.

Sumber Cukai :
1-Rumah-rumah berhala yang memiliki ladang-ladang pertanian. 2-Individu-individu khususnya tenteratentera veteren yang memiliki tanah. 3-Pedagang dan tukang-tukang.

Perkembangan Ekonomi Tamadun Mesir


2) Sistem Canselor Firaun akan melantik seorang Canselor untuk mengawasi hal ehwal ekonomi dan menguruskan sistem percukaian.

Tugas-Tugas Utama Canselor : -Menetapkan gaji yg perlu dibayar kepada peladang Raja. -Mengetuai dan menguruskan hal ehwal ekonomi rumah berhala. -Menyimpan rekod tentang rumah berhala,keluasan tanah,jumlah hasil pertanian,jumlah tenaga buruh,dan gaji. -Menguruskan pembayaran gaji dan elaun-elaun khas kepada pendita.

Perkembangan Ekonomi Tamadun Mesir 3) Sistem Perakaunan Perkembangan pesat dalam perdagangan menyebabkan orang Mesir mengetahui unsur-unsur perakaunan dan penyimpanan kira-kira.

Pedagang-pedagang Mesir menggunakan resit-resit dokumen pemilikan harta,perjanjian bertulis dan wasiat.

Perkembangan Ekonomi Tamadun Mesir 4) Sistem Urusniaga Pada zaman Remesside,gelang-gelang yang dibuat daripada emas,perak,dan tembaga digunakan sebagai media pertukaran dalam menjalankan urusniaga yang besar. Urusniaga kecil-kecilan oleh petani dan penduduk bandar yang miskin dilakukan dalam barter. Penggunaan mata wang bermula apabila orang Parsi memperkenalkan mata wang perak Shekel.

Perkembangan Ekonomi Tamadun Mesir 5) Sistem Ukuran Sistem ukuran bagi bijirin diperoleh daripada mitos mata Horus. Ukuran panjang terdiri daripada jari,tapak tangan,kubit(20.6 inci). Ukuran yang standard bagi keluasan kawasan ialah khet persegi, 100 kubit persegi ataupun 2/3 ekar. Ukuran Jar digunakan bagi bir ,susu, madu, dan wain.

TAMADUN HWANG HO
Terletak di lembah sungai Hwang Ho atau Sungai Kuning utara China Antara dinasti awal dalam Tamadun Hwang Ho ialah dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 22051766S.M ,dinasti Shang sekitar tahun 1766-1050S.M dan juga dinasti Chou dari tahun 1050-256S.M

PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN HWANG HO

Tarik- lembah Hwang Ho yang subur menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina penempatan Banpo- tapak banpo yang berhampiran Bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho Aktiviti- penduduk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang, mengumpul hasil hutan dan memburu. Bandar- perkembangan petempatan awal mewujudkan beberapa buah Bandar antaranya Anyang yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang Selatan- semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze

EKONOMI TAMADUN HWANG HO

Pada zaman Dinasti Shang (1500-1100SM), jelai dan gandum merupakan bijirin utama di tanam di negara China. Petani juga memelihara lembu, kerbau, kuda, dan kambing. Kemajuan dalam bidang ekonomi di negara China dapat dikesan semasa dinasti Chou dan Han.

Tamadun awal China di Lembah Sungai Hwang Ho menampakkan kegiatan pertanian yang pesat. Di situ ditanam dengan sekoi, barli, padi dan gandum.

Pada zaman Dinasti Chou, terdapat sistem pengairan dan latan pertanian yang diperbuat daripada besi. Mereka juga mengusahakan penternakan seperti lembu, Khinzir, kambing dan ulat sutera. Pada mulanya kegiatan ekonomi itu dilakukan sebagai sara diri tapi kemudian menjadi komersil apabila industri tenunan telah wujud. Mereka mengusahakan tekstail dan bulu secara komersil.

Pada zaman Dinasti Chin, sistem timbang dan sukat mula digunakan. Kemajuan dalam sistem pengairan dan penggunaan baja telah menambahkan pengeluaran bijirin seperti beras, gandum, barli dan sekoi. Maharaja Han Wu Ti dari Dinasti Han telah membina tempat menyimpan padi, membuat terusan (yang menghubungkan Sungai Yangtze dengan Sungai Barat), parit dan tambak bagi mengawal banjir. Dinasti Han juga telah membuat dasar memindahkan penduduk untuk membangunkan kawasan yang kurang subur di wilayah-wilayah utara dan sempadan Mongolia. Pada tahun 198SM seramai 100,000 orang terlibat dalam pemindahan ini.

Perusahaan yang dijalankan ialah membuat tembikar, barangan ukiran daripada kayu, gangsa dan jed serta menenun tekstil dan bulu. Pada zaman Dinasti Han, China menjalin hubungan perdagangan dengan India, Mesir, Mesopotamia dan Rom. China mengeksport sutera, tembikar, barangbarang ukiran daripada kayu, gangsa , kulit binatang, kertas dan jed. Barang-barang buatan tangan China mendapat permintaan yang menggalakkan dari luar negeri.

Sutera dieksport ke Rom dengan jumlah yang banyak. Selain dari Rom, sutera China juga dieksport ke Asia Tengah, Siberia dan Timur Tengah.

Barang-barang importnya pula ialah gading dan kuda baka baik (dari negara-negara tropika), kaca, kain bulu dan linen (dari Asia Barat), alfalfa dan anggur (dari Asia Tengah), mutiara dan karangkarangan (dari Laut Merah).
Sebenarnya, China lebih banyak mengeksport dari mengimport, menyebabkan China bertambah kaya.

PEMBANDARAN TAMADUN HWANG HO

di lembah Hwang Ho sama juga seperti tamadun lain iaitu daripada sebuah perkampungan, berkembang menjadi bandar-bandar metropolis seperti Shang, Anyang, Loyang dan Changgan kerana penduduk yang bertambah ramai Anyang merupakan bandar yang besar di negara China. Di antara ciri-ciri bandar Anyang ialah merupakan bandar pertama di tebing Sungai Hwang Ho, muncul kira-kira pada tahun 1800SM, merupakan bandar tertua di negeri China dan menjadi ibu kota Dinasti Shang.

SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO

1. Kesusasteraan

dan Kesenian

->Sejarah kesusasteraan cina bermula seawal kurun ke-14 SM dan diteruskan perkembnagannya sehingga lebih 300 tahun. Bahasa cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah ditalukki oleh orang asing seperti mongol (dinasti Yuan, 1279 1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644 1911). Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik. Sifat yang berbentuk grafik ini telah meninggalkan kesan terhadap kesusasteraan cina dan penyebarannya.

Terdapat pelbagai genre sastera cina klasik seperti puisi, prosa, drama dan juga fiksyen. Antologi puisi cina yang terawal ialah Shi jing yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11 SM 771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM 476 SM). Antologi ini dikumpul pada masa konfusius (551 SM 479 SM) di kawasan Lembah Huanghe. Secara amnya, puisi cina berhubung rapat dengan muzik dan ia bersifat padat dan singkat. Puisinya juga lebih naratif atua diskriptif yang mempunyai fungsi sosial dan politik.

2.SAINS DAN TEKNOLOGI

Kajian arkeologi menunjukkan sain dan teknologi Cina telah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Pada awalnya teknologi kejuruteraan digunakan dan dikembangkan kerana untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Antara lain-lain teknologi adalah dalam bidang astronomi, perubatan, optik dan kimia. Di zaman dinasti Zhou dalam kurun ke11 hingga ke 3 SM, orang cina telah mampu menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dengan terciptanya peralatan astronomi.

Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon. Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan.

Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.

Anda mungkin juga menyukai