Anda di halaman 1dari 91

KONSEP DAN TEORI

GLOBALISASI
Menurut Princeton N. Lyman, Felo Kanan di Institut
Keamanan, Amerika Syarikat dan bekas Duta negara itu ke
Afrika Selatan, globalisasi biasanya diertikan sebagai
merujuk kepada rapid growth of interdependency and
connection in the world of trade and finance.
Tetapi beliau sendiri berpendapat bahawa globalisasi tidak
boleh dihadkan kepada fenomena perdagangan dan
pengaliran kewangan yang berkembang dan kian meluas.
Ini kerana There are other trends driven by the same
explosion of technological capability that have facilitated the
financial changes. Globalization of communications is one
such trend.

Dalam terbitan yang menjelaskan agenda penyelidikannya,


Pusat Kajian Globalisasi dan Regionalisasi, Universiti Warwick,
England juga menolak pengertian globalisasi yang yang terhad
kepada fenomena ekonomi. Di samping itu, ia tidak dapat
menerima pandangan yang mengatakan bahawa apa yang
disebut globalisasi hanyalah merupakan fenomena Amerika
Utara, bukannya fenomena Eropah.

Insitut itu menekankan pendiriannya bahawa kefahaman


tentang globalisasi mengambil pelbagai dimensi, iaitu politik,
ideologi, ekonomi dan budaya. Banyak benda boleh
diglobalisasikan. Antaranya, goods, services, money, people,
information, effects on the international order as well as less
tangible things such as ideas, behavioural norms and cultural
practices.

David Loy, seorang pensyarah dari Universiti Bunkyo,


Jepun dan salah seorang pembentang kertas di
Persidangan Globalisasi anjuran JUST melihat
globalisasi sebagai a complex set of developments:
economic, political, technological and cultural.
Perisytiharan yang dikeluarkan di akhir Persidangan
yang sama telah membuat kesimpulan berikut:
Globalization refers to the interconnectedness of human
activity on a global scale, to the unprecendented flows of
capital and labour, technology skills, ideas and values
across state and national boundaries, but in ways which
neither states nor nations can adequately control.

Akhirnya, memandangkan bahawa globalisasi


ekonomi pada umumnya dianggap sebagai teras
fenomena yang dinamakan globalisasi, maka ingin
diturunkan di sini satu definisinya yang dikira dapat
membantu kita merumuskan erti dan ciri-ciri
globalisasi secara komprehensif.

Economic globalisation is a deepening process of


interdependence of world economies in various fields,
including production and market, which optimize the
distribution of various production factors and
resources by promoting cross-border flows of human
resources, capital, commodities, services, technology
and information.

Dengan mengambil kira ide-ide ini kita dapat


mengemukakan makna komprehensif globalisasi seperti
berikut.
Globalisasi ialah suatu himpunan proses pengaliran
global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan
pelbagai bidang aktiviti manusia. Objek yang
diglobalisasikan boleh jadi fizikal atau bukan fizikal.
Boleh jadi ia dalam bentuk maklumat, ide, nilai, institusi,
atau sistem. Himpunan proses pengaliran global ini dan
bidang aktiviti manusia yang terlibat kian kait mengait,
saling bergantung dan kompleks sifatnya.

Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat


yang tidak dapat dipertikaikan. Kita juga mengambil
pendirian di sini bahawa hakikat yang dinamakan
globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi
diperkenalkan lagi. Globalization was a reality without a
name.
Globalisasi tanpa nama ini sudah wujud bukan sahaja
dalam era penjajahan dan imperialisme Barat yang
bermula di sekitar tahun 1500 tetapi juga sebelumnya
dalam era tamadun Islam menguasai dunia. Malahan
trend globalisasi dalam era dominasi Islam pula dapat
dikesan akar umbinya ke zaman pra Islam.

GLOBALISASI DALAM ERA


DOMINASI ISLAM
Globalisasi dalam era Islam tertonjol dalam empat
bidang iaitu bidang ilmu, bidang ekonomi
khususnya perdagangan, bidang agama dan
bidang sains dan teknologi.
Bukanlah suatu perkara yang menghairankan kita
kalau Islam muncul sebagai pencetus dan
penggerak utama globalisasi pada masa lampau
atau pada bila-bila masa. Sesebuah kuasa atau
sesuatu peradaban tidak boleh menjadi penggerak
globalisasi sekiranya ia tidak memiliki semangat
globalisme.

Salah satu sumbangan besar Islam terhadap peradaban


dunia ialah semangat globalisme dan kesejagatan yang
telah dipupuknya dan ditiupnya ke segenap penjuru
dunia. Semangat inilah yang telah memungkinkan Islam
menjadi pengasas penulisan sejarah dunia, ilmu
perbandingan agama, sosiologi, tradisi sains sejagat,
institusi saintifik bertaraf antarabangsa dan
penggembaraan dunia.
Tanpa terasas semua amalan yang berdimensi global ini,
sudah pasti kemajuan dunia dan proses globalisasi di
zaman-zaman berikutnya lebih perlahan.

Di samping mempunyai semangat globalisme, Islam juga


mempunyai institusi yang berperanan besar dalam
meniupkan roh globalisasi di sepanjang zaman. Institusi haji
merupakan agen terpenting globalisasi dalam peradaban
Islam. Peranan institusi ini memang unik. Ia mencetuskan
dan menggerakkan globalisasi dalam berbagai-bagai bidang
termasuklah globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi
politik.
Oleh kerana institusi ini kekal sifatnya, maka peranannya
sebagai agen terpenting globalisasi dalam Islam juga
berkekalan. Hari ini pun, pada ketika dunia Islam tidak
bermaya menghadapi cabaran globalisasi kontemporari,
institusi hajilah satu-satunya institusi yang dapat menjamin
semangat globalisme akan terus dihayati oleh dunia Islam.

Sikap positif Islam terhadap semua jenis ilmu


pengetahuan telah memungkinkan tercetusnya
gelombang pertama globalisasi ilmu yang pernah
disaksikan oleh dunia.
Dalam zaman kemegahannya, institusi ilmu seperti
universiti betul-betul telah berperanan sebagai agen
globalisasi ilmu dalam pengertian yang difahami hari ini.
Pelajar-pelajar bukan Islam dari Cina di sebelah Timur
dan dari England sebelah Barat seperti Roger Bacon
dari Oxford telah menuntut di pusat-pusat ilmu dunia
Islam untuk menimba ilmu pengetahuan.

Globalisasi moden tidak mungkin menjadi suatu


kenyataan sekiranya tidak ada tradisi pelayaran
dan penggembaraan global sebelumnya.
Kemunculan peradaban Islam sebagai sebuah
peradaban global telah membuka suatu era baru
dalam dunia pelayaran dan pengembaraan.
Zaman yang sama juga telah menyaksikan
peningkatan globalisasi keagamaan menerusi
aktiviti global dakwah Islam.

Kedatangan Shaykh Ismail, utusan Sharif Mekah, ke


Samudra pada kurun ketigabelas M. untuk
berdakwah dengan disertai oleh bekas Raja Maabri
(Coromandel coast), Sultan Muhammad, yang
sanggup turun takhta demi dakwah dan kedatangan
Makhdum Karim (Tuan Sharif Awliya) ke Sulu pada
kurun keempatbelas M. untuk menyebarkan Islam di
kawasan itu harus dilihat dalam konteks globalisasi
dakwah yang mendapat momentum baru mulai kurun
ketigabelas M.
Sebagai akibat dua dimensi globalisasi ini, Islam
telah berkembang pesat di alam Melayu. Peradaban
Melayu-Islam muncul sebagai peradaban terbesar
dan paling berpengaruh di Asia Tenggara

Amat munasabah jika gelombang besar kedua


globalisasi dianggap sebagai bermula di sekitar
1500 M. Tarikh ini menandakan bermulanya
kejatuhan Islam sebagai kuasa dunia dan Islam
sebagai peradaban terkemuka dunia.
Serentak dengannya ialah bermulanya era dunia
Barat Kristian sebagai kuasa dunia dan era
peradaban Barat sebagai peradaban tergagah di
dunia.

Dari perspektif global, ada tiga peristiwa besar


lagi penting yang melambangkan era baru
globalisasi.
1. Peristiwa pertama ialah kejatuhan benteng
terakhir Kerajaan Islam Andalusia (Sepanyol)
di Grenada pada tahun 1491.
2. Peristiwa kedua, pelayaran Christopher
Columbus ke Dunia Baru dan penemuan
benua Amerika olehnya pada tahun 1492.
3. Peristiwa ketiga ialah kejatuhan Kerajaan Islam
Melaka di tangan bangsa Portugis pada tahun
1511M.

Dunia Islam dan peradabannya tidak jatuh seluruhnya


serentak. Peradaban naik dan turun mengikut hukumhukum alamnya sendiri. Ia tidak naik secara tiba-tiba
dan tidak turun dengan serta merta.
Setelah merosot ke suatu tahap, ia boleh naik semula
ke puncak baru. Dalam era yang diperkatakan ini
masih muncul kuasa baru dari kalangan umat Islam.
Khasnya, Turki telah muncul sebagai kuasa dunia
yang digeruni Eropah. Seluruh Balkan ditaklukinya.
Tentera Turki mara hingga ke gates of Vienna. Tetapi
pada umumnya, proses kemerosotan peradaban
Islam telah bermula.

Dari segi pandangan kuasa-kuasa Barat sendiri,


semangat globalisasi dalam gelombang kedua ini
disemarakkan oleh tiga G yang masyhur, iaitu God,
Gold and Glory.
Dalam bahasa Melayunya, 3 K, iaitu Ketuhanan,
Kekayaan dan Keagungan. Amat mustahak kita
memahami semangat tiga G ini sekiranya kita ingin
menyelami psiki (psyche) Barat yang mendorong
mereka untuk mendominasi bukan sahaja globalisasi
era penjajahan ini tetapi juga globalisasi kontemporari.
Ada kesinambungan semangat antara dua era
globalisasi ini.

Merujuk kepada G atau K yang pertama (God atau


Ketuhanan), Barat berminat untuk menyebarkan
agama Kristian ke seluruh dunia. Agama Kristian
macam juga agama Islam adalah agama tabligh. Tetapi
Islamlah yang mula-mula menglobalisasikan agama.
Dunia Barat menglobalisasikan agama Kristian sebagai
reaksi dan persaingan kepada Islam yang telah pun
menjadi agama global.
Fakta ini akan terus menjanjikan perebutan pengaruh
dan pengikut antara dua agama ini. Implikasi politiknya
juga banyak. Sepanyol dan Portugal yang merupakan
dua kuasa dunia terawal dari Barat dalam era
globalisasi yang diperkatakan ini telah berjaya
menjadikan benua Amerika Selatan sebagai benua
Katolik.

Asia Tenggara turut menerima kesan globalisasi agama


Sepanyol yang mula tiba di kawasan ini di pertengahan kedua
kurun keenambelas M. Kepulauan Filipino telah diKristiankan.
Hanya keberanian dan kegagahan bangsa Moro yang telah
menyekat kemaraan Kristianisasi ke Filipina Selatan.

Apa pun, konflik 300 tahun di Filipina Selatan yang masih


berterusan adalah kesan berpanjangan globalisasi agama yang
diterajui oleh Sepanyol. Walaupun selepas kurun ketujuhbelas
M pengaruh agama Kristian di Barat mengalami kemerosotan,
namun di Afrika dan Asia agama itu terus berkembang. Dewasa
ini, banyak kumpulan gereja di Barat bergerak cergas sebagai
agen globalisasi agama Kristian. Kumpulan evangelical muncul
sebagai penggerak yang paling aktif dan agresif.

Merujuk kepada G dan K yang kedua (Gold atau


Kekayaan yang dilambangkan oleh emas), kuasakuasa Barat berminat untuk mengaut kekayaan tanah
jajahan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.
Perebutan emas dan sumber kekayaan lain di tanah
jajahan di tiga benua dan monopoli perdagangan dunia
merupakan penggerak utama globalisasi era ini.
Mereka telah berperang sesama sendiri kerananya.
Alam Melayu terjejas bermacam cara dengan konflik di
kalangan kuasa-kuasa kolonial ini. Khususnya,
pembangunan dan kemajuan peradaban Melayu-Islam
terjejas teruk.

Di peringkat awal era penjajahan ini, maksud glory


yang meliputi ide kebanggaan dan kemegahan
ditujukan kepada raja dan bangsa.
Kemudian, apabila timbul kesedaran meluas terhadap
hakikat peradaban Barat yang dikongsi bersama oleh
pelbagai bangsa Eropah, konsep keagungan mula
dipindahkan kepada peradaban Barat. Hari ini yang
diagungkan ialah nilai-nilai Barat seperti nilai dan
sistem demokrasi, yakni sistem pemerintahan.
Dalam konteks zaman ini, tiga G merujuk kepada
gold, governance, and God.

Definisi umumGLOBALISASI
ekonomi

Globalisasi merupakan satu proses:


Peningkatan pergantungan ekonomi negara
terhadap negara lain
Kerterbukaan ekonomi negara kepada dunia luar

Proses globalisasi:
Pertumbuhan perdagangan antarabangsa
Aliran modal yang pesat
Peningkatan komponen perkhidmatan dalam
perdagangan
Proses pengeluaran secara global dan kesediaan
negara untuk bekerjasama dama ada dalam
konteks liberalisasi pelbagai hala atau serantau

Faktor-faktor yang meransang globalisasi


Perkembangan/perubahan dalam teknologi :
ICT

Perubahan dalam teknologi pengeluaran:


mass production
transferable technology
Suasana pasaran yang liberal:
sekatan pada paras yang minimum
liberalisasi dan komitmen di bawah WTO

Perjanjian-perjanjian serantau seperti EU, NAFTA


dan ASEAN.
Perjanjian-perjanjian
Kawasan
Perdagangan
Bebas Duahala, seperti Singapore-New Zealand
FTA.

Proses liberalisasi
peraturan domestic

undang-undang

dan

Kesan Globalisasi

PENGARUH GOBALISASI
TERHADAP PERADABAN
Menurut Chandra, lapan aspek positif globalisasi
ialah
(1) peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan
pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di
sebilangan negara,
(2) peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas
menengah,
(3) peluang yang lebih luas untuk mendapatkan
maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan
berkat teknologi baru komunikasi dan maklumat,
(4) komunikasi yang lebuh mudah dan juga murah,

(5) peluang yang lebih luas untuk manusia dari


berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama
berinteraksi,
(6) peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan
rasa keperimanusiaan mereka terhadap mangsamangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi
buatan manusia di seluruh dunia,
(7) penonjolan idea-ide dan amalan pemerintahan yang
baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan
undang-undang dan hak-hak asasi manusia dan
akhir sekali
(8) penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Jika diperhatikan, maka kita dapati bahawa


sebahagian besar manfaat globalisasi adalah
yang berkaitan dengan dimensi ekonomi
manakala bakinya berkaitan dengan dimensi
politik dan sosial.
Namun seperti yang ditegaskan oleh Chandra,
semua aspek globalisasi yang dianggap positif
ini sepatutnya dialu-alukan oleh semua agama.

Dari segi keburukan globalisasi pula, tigabelas


perkara yang disenaraikan oleh Chandra ialah:
1. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot
sebagai akibat terlalu mementingkan faktor
keuntungan.
2. Pembangunan yang tidak seimbang dan
jurang perbezaan ekonomi yang semakin
melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah
negara dan antara sektor-sektor ekonomi.

3. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat


termiskin di banyak negara terutamanya di negaranegara Selatan
4. Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran
seperti kilat sebagai akibat amalan baru yang
menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan.
5. Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang
perbezaan pendapatann yang semakin melebar di
negara-negara Utara sendiri.
6. Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan
dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral yang
murni dan yang merendahkan martabat keinsanan
manusia.

7. Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya


global yang homogen menerusi peranan yang
dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media
komunikasi global.
8.Penyebaran budaya pop Amerika yang
menyegarkan pancaindera dan mematikan roh.
9. Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk
memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu
pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursuskursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakat.
10.Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.

11. Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah


memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak
asasi manusia untuk mendominasi politik dunia.
12. Pengantarabangsaan jenayah yang
menyukarkan jenayah dibendung.
13. Pengantarabangsaan penyakit.

Senarai buruk baik globalisasi yang diberikan


oleh Chandra ini sudah cukup komprehensif.
Perspektif peradaban adalah perspektif
jangka panjang.
Dalam perspektif jangka panjang, kita lebih
mengutamakan isu-isu yang lebih pokok
sifatnya seperti isu nilai-nilai kemanusiaan
dan kemasyarakatan dan isu pembentukan
institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial
yang lebih kekal sifatnya.

Senarai buruk baik globalisasi tersebut mengesahkan


kedudukan dimensi ekonomi sebagai dimensi
terpenting globalisasi masa kini dan juga yang paling
berpengaruh.
Punca utama globalisasi ekonomi meninggalkan
banyak kesan negatif dalam pelbagai bidang
kehidupan manusia sejagat ialah sifat dan ciri
fenomena kapitalisme global yang menjadi teras dan
tumpuan dimensi globalisasi berkenaan.

Kapitalisme menekankan ide dan amalan


perdagangan bebas, liberalisasi pasaran
kewangan dan pengaliran bebas modal tetapi
nampaknya konsep kebebasan dan liberalisasi
yang difahami dan diamalkan ini betul-betul bebas
dari nilai-nilai murni yang diperjuangkan oleh Islam
dan agama-agama lain.

Globalisasi ekonomi dalam era Islam juga mengamalkan


pasaran dan perdagangan bebas tetapi amalan itu
berdasarkan nilai-nilai kerohanian dan moral seperti
keadilan dan kamakmuran bersama. Peradaban ekonomi
yang negara ini perlukan ialah sistem, institusi dan
amalan ekonomi yang didasarkan kepada nilai-nilai
seperti itu.
Prinsip-prinsip ekonomi dan ajaran-ajaran lain yang
relevan dengan ekonomi seperti yang terkandung dalam
al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. boleh memberi
sumbangan besar terhadap usaha untuk membentuk
peradaban ekonomi yang dihajatkan ini. Tetapi
malangnya, dari segi teori dan amalannya, prinsip-prinsip
ini agak terbiar. Apa yang disebut-sebut sebagai ekonomi
Islam oleh beberapa kalangan perlu dikaji semula

Di Barat sendiri ada wacana tentang konsep pembangunan yang


berasaskan keimanan dan kepercayaan agama (faith-based
development). Misalnya, baru-baru ini dialog telah diadakan di
Universiti Harvard antara agama-agama tentang konsep
pembangunan ini.

Dialog itu dianjurkan oleh beberapa pihak dan beberapa buah badan
termasuk World Peace Foundation, Archbishop of Canterbury, Aga
Khan Foundation dan World Bank. Tumpuan perbincangan ialah
kepada pendekatan Islam terhadap isu pembangunan yang
berasaskan keimanan.

Institusi ekonomi yang didasarkan kepada ibadat haji dan prinsip


zakat adalah contoh penting pembangunan ekonomi dalam
pengertian yang diperkatakan. Ini menunjukkan bahawa ide
pembangunan ekonomi yang berteraskan ajaran-ajaran Islam boleh
diglobalisasikan.

Dari segi globalisasi maklumat dan ilmu, Chandra


telah menyimpulkan dengan baiknya apabila beliau
menyatakan bahawa kesan terburuk dimensi ini ialah
pembanjiran maklumat yang tidak berguna. Islam
sebagai agama yang menekankan kecintaan
terhadap ilmu dan hikmah memandang dengan
cukup serius masalah maklumat dan ilmu yang tidak
berguna.
Bahaya maklumat tidak berguna ini perlu diatasi
dengan segera kerana ia boleh membantut usaha
kita untuk melahirkan manusia yang benar-benar
berilmu dan usaha mewujudkan budaya ilmu yang
sihat.

Merujuk kepada globalisasi politik, kita perlu menghadapi


cabaran penyebaran ide-ide seperti demokrasi, pluralisme
dan hak-hak asasi manusia dengan berpandukan ajaranajaran yang ada dalam agama dan tradisi kita. Yang
nyatanya, wacana tentang ide-ide tersebut perlu
dipertingkatkan.
Sebilangan intelektual Muslim yang menetap di Barat
menegaskan bahawa demokrasi bukanlah sistem yang ideal
tetapi mereka juga berpendapat bahawa dalam konteks
zaman ini ia merupakan yang terbaik untuk manusia.
Apa pun pandangan kita tentang demokrasi, isu ini perlu
ditangani dalam suasana bebas dan tenang. Kita yakin boleh
diwujudkan sistem demokrasi yang lebih baik lagi dan yang
serasi pula dengan ajaran Islam.

Begitu juga dengan isu pluralisme dalam pengertiannya


yang luas, termasuklah pluralisme keagamaan,
kebudayaan dan kepercayaan politik.
Dari segi globalisasi keagamaan, kami berpendapat
bahawa trend masyarakat Cina untuk memeluk agama
Kristian akan berterusan dan mungkin berkembang jika
kita asaskan kepada perkembangan keagamaan
masyarakat keturunan Cina di Taiwan, Singapura dan
Hongkong. Apa implikasinya kepada masa depan
pluralisme keagamaan di negara ini sukar hendak
diramalkan.

Kesan-kesan Negatif globalisasi

Keupayaan untuk bersaing dari negara-negara yang sedang


membangun:
tahap teknologi
kos yang kompetitif dari pengeluar di kalangan negara-negara maju
(economies of scale)
Globalisasi telah mendorong mergers and acquisition oleh MNCs:
bidang automotif, kewangan, industri pengeluaran ubat-ubatan.
Menimbulkan kuasa monopoli/oligopoli

40

Dalam sektor kewangan, globalisasi telah


memberikan implikasi negatif:
spekulasi matawang
krisis ekonomi dan kewangan
industri belum matang
produk-produk baru yang tidak
negara-negara membangun.

difahami oleh

41

Ekonomi Malaysia dalam


Pasaran Global

Kawasan Perdagangan
Bebas ASEAN-China
(ACFTA)

KANDUNGAN
Pendahuluan
Coverage
of
Rangka Kerja
Agreement
Perdagangan
Trade
in Goods
Barangan
Rules
of Origin
Peraturan
Tempasal
(ROO)
(ROO)
Sijil Keutamaan
Certificate
of Origin
(Form E)
(CO)
Liberalisasi
Sektor
Trade
in Services
Perkhidmatan
Investment
Pelaburan
Kerjasama Ekonomi

Dana Pelaburan
ASEAN-China
Ekspo ASEAN-China
Prospek Kawasan
Perdagangan Bebas
ASEAN-China
(ACFTA)
Impak ACFTA
Kesimpulan

PENDAHULUAN
Rangka Kerjasama Ekonomi Komprehensif
antara ASEAN dan China telah ditandatangani
oleh peminpin-peminpin negara ASEAN dan
China semasa sidang Kemuncak ASEAN-China
di Phnom Penh, Kemboja pada 4th November
2002.
Pelaksanaan
ACFTA
telah
sepenuhnya pada 1 January 2010.

bermula

Ministry of International Trade and Industry

PENDAHULUAN
Pada 1 Januari 2010, duti import bagi 90%
produk-produk dagangan antara ASEAN-6
(Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand
and Singapore) dan China telah dimansuhkan.
Pemansuhan duti bagi 150 baris Kod Kastam
(NT2) akan dimansuhkan secara berperingkat
menjelang 2012.
Bagi negara Kemboja, Laos, Myanmar dan Viet
Nam (CLMV) pemansuhan duti kategori NT1
akan
tercapai
menjelang
2015.
Walau
bagaimanapun,
pemansuhan
duti
secara
berperingkat adalah dibenarkan ke atas 250
baris tarif bagi kategori NT2 sehingga 2018.
Ministry of International Trade and Industry

RANGKA KERJA
PERDAGANGAN BARANGAN:
- Pelaksanaan bermula 1 Julai 2005.
- (Early Harvest Programme (EHP) pada
2004.
Pemansuhan duti secara berperingkat
menjelang
2010.
PERJANJIAN
PERDAGANGAN
SEKTOR
PERKHIDMATAN:
- Pakej Pertama telah ditandatangani pada
14 Januari 2007 dan dikuatkuasakan pada
July 2007. Protokal
bagi pakej kedua dijangka dikuatkuasana
pada 1
Ministry of International Trade and Industry
Januari 2012.

PERDAGANGAN BARANGAN
- Peralatan Fotograf
- Peralatan Elektrik
- Gandum dan beras
- Tembakau
- Minyak sayuran
- Tepung
- Barangan kimia
- Lain-lain: kopi & lada, gula, makanan &
minuman
tin, bahan api galian, barangan plastik
dan getah

Ministry of International Trade and Industry

PERATURAN TEMPASAL (ROO)


ASEAN dan China telah menguatkuasa
527 baris tarif bagi Peraturan Produk
Spesifk (PSR) seperti:
-

tekstil and pakaian;


produk plastik;
produk kasut;
produk besi dan keluli;
Produk ikan tin
minyak kelapa sawit dan aiskrim
barangan kemas.

Ministry of International Trade and Industry

PERATURAN TEMPASAL (ROO)


Dengan pelaksanaan Peraturan Produk
Spesifk, pengeksport/pengeluar dari ASEAN
and
China
mempunyai
pilihan
dalam
memenuhi kriteria produk tempasal i.e.,
samada 40% Regional Value Content (RVC)
atau Peraturan Produk Spesifk (PSR), untuk
layak ACFTA preferential rate.
Pengeksport
dari
Malaysia
perlu
mendapatkan
Sijil
Keutamaan
Syarat
Tempasal (Form E) daripada MITI untuk
menikmati konsesi tarif yang ditawarkan
oleh China di bawah ACFTA.
Ministry of International Trade and Industry

LIBERALISASI PERKHIDMATAN
Komitmen Malaysia Bagi Pakej Pertama:
i) WTO Doha Round;

dan

ii) Sektor-sektor bagi pakej Pertama, Kedua


dan Ketiga Perjanjian Rangka Kerja ASEAN
bagi Perkhidmatan (AFAS):
- arkitek;
- telekomunikasi;
kejuruteraan;
perkhidmatan
kewangan;
- pendidikan;- perubatan;
- pelancongan.
Ministry of International Trade and Industry

LIBERALISASI PERKHIDMATAN
Tawaran China bagi Pakej Pertama:
- Perkhidmatan berkaitan komputer;
- Perkhidmatan konsultasi pentadbiran;
- Pembinaan;
-Perkhidmatan alam sekitar;
-Perkidmatan rekreasi;
- Perkhidmatan pengangkutan

Ministry of International Trade and Industry

LIBERALISASI PERKHIDMATAN
Rundingan bagi Pakej Kedua Perjanjian
Perdagangan Dalam Perkhidmatan telah
dimuktamadkan dan akan dikuatkuasa pada
I January 2012.

Ministry of International Trade and Industry

PELABURAN
Perjanjian Pelaburan ASEAN-China telah
ditandatangan pada 15 Ogos 2009 dan mula
dikuatkuasa pada 1 Januari 2010.
Objektif Perjanjian Pelaburan Asean-China
adalah
untuk
meningkatkan
aliran
pelaburan dan mewujudkan persekitaran
pelaburan yang liberal, fasilitasi, telus dan
berdaya saing antara ASEAN dan China.

Ministry of International Trade and Industry

Aliran FDI ke ASEAN


(US$ Million)
Value

Partner country/region
2007

2008

2009

2007-2009

ASEAN

9,682.0

10,461.5

4,428.9

24,572.4

USA

8,067.6

5,132.6

3,357.7

16,557.9

Japan

8,828.7

4,657.8

5,308.4

18,794.9

17,765.5

9,520.1

7,297.2

34,582.8

1,684.3

2,109.5

1,509.5

5,303.3

European Union (EU)


China
Republic of Korea

2,715.5

Australia

1,491.5

India

1,583.5

1,421.8

5,720.8

919.7

700.9

3,112.1

1,466.2

698.6

983.6

3,148.4

Canada

394.1

799.4

310.9

1,504.4

Russia

31.0

82.3

157.3

270.6

New Zealand

100.7

(165.1)

239.9

175.5

Pakistan

21.1

5.9

8.0

35.0

52,248.2

35,805.7

25,724.2

113,778.1

Total selected partner countries/regions


Others
Total FDI inflow to ASEAN

22,147.1
74,395.3

13,694.1
49,499.8

13,898.8
39,623.0

49,740.0
163,518.1

Source : ASEAN Secretariat

Ministry of International Trade and Industry

KERJASAMA EKONOMI
Bidang Kerjasama Ekonomi :
Pertanian;
Meningkat daya saing syarikat-syarikat
SME;
Standard, kerjasama kastam dan
halangan-halangan teknikal dalam
perdagangan;
ICT;
Pembangunan Sumber Manusia (HRD);
Pelaburan; dan
Mekong River Basin Development

Ministry of International Trade and Industry

DANA PELABURAN ASEAN-CHINA


Perjanjian Dana Pelaburan ASEAN-China
berjumlah
US$ 10 billion telah diumumkan pada April
2009.
Dana tersebut diwujudkan bagi menyediakan
bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat
ASEAN dan China untuk meningkatkan
perjanjian ekonomi antara China dan negaranegara ASEAN.

Ministry of International Trade and Industry

DANA PELABURAN ASEAN-CHINA


Dana pelaburan bagi setiap projek adalah antara US$50 juta US$150
juta.
Projek-projek Infrastruktur terlibat:
- Pengangkutan (jalan raya, jalan keretapi, pelabuhan dan lapangan
terbang);
- Tenaga (tenaga termal dan nuklear, tenaga grid);
- Tenaga yang boleh diperbaharui (angin, hidro, solar,
biomas and geothermal);
- Utiliti (pelupusan sisa kumbahan dan pembentungan,
sistem bekalan air bersih, sistem bekalan gas);
- Telekomunikasi (menara dan kabel telekomunikasi);
- Saluran paip dan tangki simpanan (tangki simpanan dan
saluran bagi penghantaran minyak dan gas );

Infrastruktur Sosial (sekolah, hospital, dan pusat


perubatan dan kesihatan).

EKSPO ASEAN-CHINA
Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) yang ke-7 telah
diadakan pada 19-24 Oktober 2010 in Nanning, China.
Ekspo ini merupakan acara tahunan dan Malaysia
melalui
Malaysia
External
Trade
Development
Corporation (MATRADE) telah menyertai ekspo ini
sejak mula diperkenalkan pada tahun 2004.

Tema bagi CAEXPO ke-7 ialah "CAFTA and New


Opportunities.

Sebanyak 101 buah syarikat Malaysia dengan 128 gerai


pameran terlibat dalam ekspo ini.

CAEXPO ke-8 akan diadakan pada 21-26 October 2011


di Nanning.
Ministry of International Trade and Industry

EKSPO ASEAN-CHINA
Produk-produk yang dipamerkan oleh syarikat
Malaysia:
Produk-produk makanan dan minuman;
Produk-produk kesihatan dan kecantikan;
Produk-produk am;
Perkhidmatan;
Motosikal;
Agensi Kerajaan Tempatan;
Agensi Kerajaan.

Ekspo China-ASEAN
Ekspo ini dilihat oleh syarikat-syarikat Malaysia
sebagai
platform
penting
dalam
usaha
menembusi dan mempromosikan barangan dan
perkhidmatan bagi pasaran China.
Hasil Jualan pada CAEXPO ke-7:
Jumlah Jualan Sebenar = RM 23.1 juta
Jumlah Potensi Jualan
=
RM 42.6 juta
Jumlah Potensi Pelaburan
=
RM
129.0 juta
Jumlah Pertanyaan
=
6,270
Ministry of International Trade and Industry

Pencapaian Perdagangan
ASEAN-China
ASEAN-CHINA PERDAGANGAN / PELABURAN
Perdagangan
(Jumlah US$ billion)
Tahun

Export

Import

Jumlah Dagangan

2009:
81.4 95.3
176.7
2008:
85.5 106.0
191.5
2007:
77.9 93.2
171.1
Pelaburan
Pelaburan China ke ASEAN bagi tahun 2009
berjumlah US$1.5 billion, berbanding US$2.1
billion pada 2008.
Kadar purata pertumbuhan pelaburan 19.8%
(2004-2009) China rakan dagang terbesar ASEAN
Ministry of International Trade and Industry

PERDAGANGAN DUA HALA


MALAYSIA CHINA (2005-2010)
Year

Total
Export
(US$ bil)

Growth of
Export
(%)

Total
Import
(US$ bil)

Growth of
Import
(%)

Total
Trade
(US$ bil.)

Growth of
Total Trade
(%)

Trade
Balance
(US$ bil.)

2010

25.03

19.86

20.63

9.52

45.66

14.95

4.40

2009

19.14

6.00

17.34

-9.26

36.48

-1.83

1.80

2008

19.05

19.60

20.08

3.35

39.13

10.48

-1.03

2007

15.42

24.44

18.81

11.08

34.23

16.72

-3.39

2006

11.61

21.24

15.88

16.8

27.49

18.64

-4.27

2005

9.28

8.88

13.16

27.01

22.44

18.83

-3.88

PERDAGANGAN DUA HALA


MALAYSIA CHINA

PENCAPAIAN PERDAGANGAN
ASEAN-CHINA
2010, China merupakan:
- Rakan dagangan terbesar (2 tahun
berturut-turut);
- Eksport destinasi kedua terbesar;
- Penyumbang import kedua terbesar.

Ministry of International Trade and Industry

5 EXPORT TERTINGGI KE
CHINA
Export Utama (2010)
Produk Elektrik dan Elektronik
Minyak Kelapa Sawit
Bahan kimia dan produk
berasaskan bahan kimia
Produk berasaskan getah
Pembuatan logam
4.4

%
50.8
12.3
8.7
5.1

5 IMPORT TERTINGGI DARI


CHINA
Import Utama (2010)
%
Produk Elektrik & Elektronik
46.4
Jentera , komponen dan perkakas

10.7

Bahan kimia dan produk


berasaskan bahan kimia
7.8
Pembuatan logam
Peralatan Optik and saintifk
4.3

5.9

FAEDAH KAWASAN
PERDAGANGAN BEBAS ASEANCHINA
Meningkatkan
akses
produk
Malaysia
menembusi pasaran negara China melalui
penurunan dan pemansuhan duti.
Memansuhkan non-tariff barriers bagi eksport
produk Malaysia ke China.
Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi
eksport perkhidmatan Malaysia.
Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas
akan
mengurangkan
peraturan-peraturan
perdagangan eksport dan import.
Ministry of International Trade and Industry

FAEDAH KAWASAN
PERDAGANGAN BEBAS ASEANCHINA
Mewujudkan pasaran yang besar berjumlah
1.9 billion pengguna, GDP serantau US$2
trillion
dan
jangkaan
jumlah
dagangan
US$1.23 trillion.
Pemansuhan halangan-halangan tarif antara
ASEAN dan China akan mengurangkan kos
pengeluaran
melalui
peningkatan
skala
ekonomi, perdagangan antara rantau serta
kecekapan ekonomi.
Syarikat-syarikat ASEAN dan China akan lebih
efsyen dan menggalakkan pengkhususan.
Maka
ini
akan
menyumbang
kepada
peningkatan produktiviti dan taraf ekonomi
serta menarik lebih banyak pelaburan ke
rantau ini.
Ministry of International Trade and Industry

PROSPEK KAWASAN PERDAGANGAN


BEBAS ASEAN-CHINA
Dengan
liberalisasi
pasaran
China,
terdapat
prospek
yang
lebih
bagi
barangan Malaysia menembusi pasaran
China yang besar.
Faktor WTO - penurunan halangan tarif
dan bukan tarif (tariff and non tariff
barriers).
Proses perindustrian yang pesat di China,
mewujudkan
peningkatan
permintaan
bagi
keperluan
barang
metah
dan
barangan separuh siap.
Ministry of International Trade and Industry

PROSPEK KAWASAN
PERDAGANGAN BEBAS ASEAN CHINA
Prospek eksport perkhidmatan Malaysian ke
China
adalah
lebih
terbuka
dengan
termeterainya perjanjian perdagangan dalam
sektor perkhidmatan.
China penawarkan
peluang-peluang dalam pelbagai sektor untuk
diterokai oleh Malaysia:

perkhidmatan pembinaan;
ICT;
kesihatan;
projek-projek utiliti;
pendidikan;
kursus/latihan/kemahiran;
pelancongan;
konsultasi.
Ministry of International Trade and Industry

IMPAK KAWASAN PERDAGANGAN


BEBAS ASEAN-CHINA
Dengan liberalisasi pasaran barangan dan
perkhidmatan, pesaingan di pasaran global
akan lebih mencabar dan sengit.
Syarikat-syarikat Malaysia perlu bersedia
untuk
menawarkan
barangan
dan
perkhidmatan yang lebih berkualiti pada
harga yang kompetitif. Syarikat perlu
sentiasa
kompetitif
dengan
merangka
strategi jangka panjang bagi pemasaran
dan pembangunan produk.

Ministry of International Trade and Industry

KESIMPULAN
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China
(ACFTA) adalah salah satu pendekatan bagi
mempercepatkan liberalisasi perdagangan.
Melalui ACFTA Malaysia akan mendapat
faedah pengecualian pengurangan tarif
bagi barang-barang yang dikategorikan
sebagai senarai sensitif dan amat sensitif .
Dalam rundingan ACFTA, Malaysia akan:
Mewujudkan
dan
meningkatkan
peluang-peluang perniagaan;
Memastikan kepentingan produk-produk
dan
sektor-sektor
yang
berkaitan
terpelihara
serta
menyediakan
persekitaran ekonomi yang kondusif bagi
perdagangan .

Isu Dan Cabaran Masa


Hadapan

ISU-ISU UTAMA EKONOMI


1.

Pertumbuhan & agihan

Pertumbuhan dan pembangunan yang tidak


seimbang contohnya antara pantai barat &
pantai timur dan antara bandar dan desa.
Agihan kekayaan dan pendapatan yang tidak
adil antara kelas sosial dan kelompok etnik.

ISU-ISU EKONOMI.

2. Equality & Special Privileges

Perkara 153: Kedudukan istimewa orang Melayu dan


bumiputera.
Perkara 8: Semua orang sama rata dari segi undangundang.
Perkara 8 (2):kecuali sebagaimana dibenarkan dengan
nyatanya oleh Perlembagaan.

3. Pegangan ekuiti

Tidak mencapai matlamat DEB.

Dasar Negara
Dasar diwujudkan berikutan menangani
cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh
negara dalam membangunkan lagi sektor
pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.
DEFINISI DASAR NEGARA
Garis panduan pentadbiran yang merangkumi
segala arahan dan peraturan untuk mencapai
matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah
negara yang gemilang.

TUJUAN DASAR
MEMBANTU NEGARA
MENCAPAI
1. Matlamat keselamatan
negara.
2. Perpaduan dan
kestabilan negara.
3. Kesejahteraan sosial dan
ekonomi rakyat dan
masyarakat.

DEFINISI DASAR AWAM


Public Policy is Whatever Goverments choose to
do or not to do.
(Thomas R. Dye-Understanding Public Policy, 1975)
Usaha Kerajaan menghadapi/ mengatasi masalah yang
membebankan semua atau sebahagian masyarakat untuk
kebajikan umum.
SESUATU DASAR KERAJAAN ADALAH PENGISTIHARAN
HASRAT DAN NILAI (VALUES) KERAJAAN TERHADAP
SESUATU FENOMENA, PERKARA, ISU, KEADAAN
ATAU MASALAH DI DALAM MASYARAKAT.
Dr. Abdullah Ab. Rahman, Masalah dan Isu Dalam
penggubalan dan Pelaksanaan Dasar Awam.

ISU ISU YANG MELIBATKAN ASPEK


DASAR
YANG
UTAMA
DAN
MEMERLUKAN
PENGGUBALAN
DASAR YANG KHUSUS.
ISU EKONOMI
Arah dan kadar pertumbuhan ekonomi negara.
Masalah pengeluaran yang menurun dan
kekurangan tenaga buruh.
Asas sektor pembuatan/perkilangan yang sempit.
(Tertumpu kepada industri elektronik, tekstil dan
beberapa jenis industri gantian inport).
Kadar produktiviti yang secara relatifnya masih
rendah.
Perbezaan pendapatan dan status sosio-ekonomi
rakyat antara kaum, wilayah dan kawasan
bandar dan luar bandar.

ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK


DASAR
YANG
UTAMA
DAN
MEMERLUKAN
PENGGUBALAN
DASAR YANG KHUSUS.
ISU POLITIK DAN PENTADBIRAN
Polarisasi kaum.
Penyalahgunaan dasar dan pengedaran
dadah antarabangsa.
Keperluan pembentukan budaya kerja dan
sikap yang positif untuk pembangunan.
Masalah kemiskinan mutlak yang berterusan
walaupun menurun dari segi peratusnya.
Saiz sektor awam yang masih besar beban
perbelanjaan yang tinggi.
Isu pencemaran alam yang lahir daripada
aktiviti pembangunan yang tidak terkawal.

ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK


DASAR
YANG
UTAMA
DAN
MEMERLUKAN
PENGGUBALAN
DASAR YANG KHUSUS.
ISU ANTARABANGSA
Pergeseran politik kuasakuasa besar di rantau ini.
Masalah politik di rantau
Asia.
Pendatang tanpa izin.
Kecenderungan kuasa
besar untuk menguasai
dan menentukan arus
politik dan sistem ekonomi
antabangsa dan lain-lain.

DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN


I.

DASAR-DASAR EKONOMI

Wawasan 2020
RRJP (RM 6)/ DPN
Dasar Perindustrian Negara
Dasar Persyarikatan Malaysia
Dasar Penswastaan
Dasar pertanian Negara
Dasar
Halacara
Baru
Dalam
Pembangunaan Kampung Dan Luar Bandar

DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN


II.

DASAR-DASAR
SOSIAL/ETIKA KERJA
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar/Program
Pembaharuan
Dan Peningkatan Produktiviti:-

Dasar Pandang Ke Timur


Dasar
Bersih,
Cekap
Dan
Amanah
Kepimpinan Melalui Teladan
Program-program Pembaharuan
dan Peningkatan Produktiviti
Dalam Perkhidmatan Awam

Dasar
Penerapan
Nilai-Nilai
Murni Dalam Pentadbiran
Dasar Wanita Negara
Dasar Sosial Negara

III.

DASARDASAR
LUAR
NEGERI
Kawasan
aman, bebas
dan
berkecuali
(ZOPFAN)
Antartika

PENERANGAN DASAR-DASAR UTAMA


KERAJAAN
DASAR EKONOMI BARU

Dilancarkan ekoran peristiwa berdarah 13 Mei


1969.
Ia merupakan Rancangan Pembangunan
Ekonomi secara berperingkat selama 20 tahun.
(1979-1990)
Objektif DEB ialah membasmi kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat.
Strategi perlaksanaan DEB ialah Serapang Dua
Mata iaitu:-

i.

ii.

iii.

Membasmi
kemiskinan
dengan
menambah
pendapatan
dan
memperbanyakkan
peluang
pekerjaan, mengadakan perkhidmatan sosial percuma
atau dibantu tanpa mengira kaum.
Menyusun semula masyarakat untuk akhirnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsifungsi ekonomi.
Pencapaian matlamat DEB haruslah dalam kontek
perkembangan ekonomi negara yang berterusan.

PROGRAM PENYUSUNAN SEMULA


MASYARAKAT MELIPUTI:-

Usaha meninggikan pengeluaran pendapatan dan mutu


kehidupan golongan miskin di mana 64.8% adalah Melayu,
26.2% Cina dan 38.2% India. (86% berada di luar bandar)
Usaha menseimbangkan struktur gunatenaga supaya
menjelang 1990 ianya mencerminkan susunan penduduk
mengikut etnik.
Usaha menambahkan pemilikan modal rakyat Malaysia
khususnya Bumiputra dalam Syarikat Berhad. (Bumiputra
2.4%, bukan Bumiputra 34.3% dan pelabur asing 63.3%)
Usaha membentuk satu masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan Bumiputra supaya pada 1990
mereka akan memiliki dan menguruskan sekurangkurangnya 30% daripada kegiatan dagangan dan
perindustrian.
Usaha memajukan negeri dan kawasan yang mundur
melalui Program Pembangunan Wilayah.

SUNGGUHPUN TEMPOH DEB TAMAT


PADA TAHUN 1990, MENGIKUT YAB
PERDANA MENTERI USAHA
MENCAPAI MATLAMATNYA AKAN
DITERUSKAN DALAM RANCANGAN
PEMBANGUNAN JANGKA PANJANG
MALAYSIA KEDUA 1991-2020.

Rancangan Malaysia Ke 10
Teras:
Mencarta pembangunan ke arah negara berpendapatan
tinggi
Sasaran pertumbuhan 6 peratus
Pendapatan perkapita dijangka meningkat kepada
RM38,845 (US$12,139) pada 2015
Membentuk ekonomi yang diteraju sektor swasta
Menyokong pertumbuhan yang diteraju oleh inovasi
Pekerjaan sepenuhnya
Penstrukturan subsidi

Peruntukan
RM230 bilion: 60 peratus pembangunan
fizikal; 40 peratus pembangunan bukan
fizikal
Peruntukan sektor: ekonomi 55 peratus,
sosial 30 peratus, keselamatan 10 peratus,
pentadbiran am 5 peratus

MENCARTA PEMBANGUNAN KE ARAH NEGARA


BERPENDAPATAN TINGGI

Ekonomi dipacu faktor dalam negeri, disamping mengambil kira


persekitaran luar negara
Memanfaatkan kepelbagaian di arena antarabangsa
Transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi
pengkhususan
Menjayakan pertumbuhan yang diterajui produktiviti dan inovasi
Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan
Memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah
terjejas
Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif
Menyokong perkongsian pintar dan berkesan
Menghargai khazanah alam sekitar
Kerajaan umpama syarikat berdaya saing

Meningkatkan penyertaan bumiputera


dalam ekonomi
Sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera
kekal
Membangunkan komuniti komersil dan perindustrian
Bumiputera
Mewujudkan peneraju industri yang lebih kukuh dan
berdaya saing
Memperluas dan mempertingkat pemilikan kekayaan
secara kekal dan berterusan
Menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam pekerjaan
berpendapatan tinggi melalui peningkatan keupayaan dan
insentif permintaan pasaran

Anda mungkin juga menyukai