Anda di halaman 1dari 2

Kes 4.

2 Page 88
Secara keseluruhannya, saya mendapati Susan Parks merupakan seorang yang
sangat konsisten dan mengutamakan peningkatan dalam perniagaan yang dijalankan.
Susan bekerja keras bagi memastikan perniagaan beliau dapat mengekalkan reputasi dan
pertumbuhan yang seimbang. Susan juga terlalu memaksa diri dengan melakukan pelbagai
tugas dalam satu masa untuk terus meningkatkan jualan. Keadaan ini sejajar dengan
struktur pemula (initiating structure) dalam kajian yang dilaksanakan oleh Universiti Ohio
State dimana ianya merujuk kepada kelakuan pemimpin yang lebih mengutamakan prestasi
dan pengeluaran daripada hal-hal kerja yang lain dan giat mencapai peringkat-peringkat
pengeluaran yang tinggi. Keadaan mentaliti sebilangan pekerja Susan tidak menyukai cara
Susan bekerja memandangkan bagi mereka Susan terlalu mendesak mereka semasa
menjalankan tugas.. Keadaan ini seiring

dengan Kajian Universiti Michigan yang

mengenalpasti orientasi pengeluaran (production orientation) sebagai salah satu tingkah


laku kepimpinan yang menekankan aspek teknikal dan produksi pekerja. Ini secara tidak
langsung menyebabkan wujudnya perasaan tidak selesa dalam diri sebilangan pekerja.
Marcapada itu, keadaan Susan yang bekerja selama 50 jam 1 minggu serta
kurangnya komunikasi antara majikan dan pekerja menyebabkan wujudnya satu jurang
yang besar antara majikan dan pekerja menyebabkan suasana bekerja menjadi tidak
selesa. Ini bersesuaian dengan Grid Pengurusan Blake Dan Mouton skala 9.1(pengurusan
kuasa) yang lebih mengutamakan tugasan dan kehendak kerja tanpa menghiraukan
perasaan orang lain tetapi menganggap pekerja perlu mengikut arahan dan sempurnakan
tugasan yang diberikan. Tiada komunikasi yang mesra dan pengurus ini lebih suka
mengongkong, mengarah, tegas dan sombong. Komunikasi yang kurang berkesan
kemungkinan besar akan menyebabkan pengurangan kualiti kerja dalam kalangan pekerja.
Pada pandangan saya Susan Park perlu menukar gaya kepimpinan beliau bagi
memastikannya mengekalkan prestasi Marathon Sports. Walaupun ada dalam kalangan
pekerja yang menyenangi cara Susan bekerja namun sebahagian besarnya kurang selesa
dengan cara pimpinan Susan. Memandangkan kebanyakkan pekerja Susan merupakan
golongan pelajar maka satu suasana bekerja yang santai harus diwujudkan oleh Susan.
Kemungkinan besar dengan keadaan yang lebih santai akan membantu meningkatkan
dalam jualan tahunan kerana pekerja akan menjadi kurang tertekan dan arahan yang
diterima dapat dilaksanakan dalam keadaan yang konsisten.

Susan Park perlu menjadi lebih cenderung dalam menjaga kebajikan diri sendiri di
samping menjaga kebajikan orang di sekelilingnya. Kebajikan yang terjaga apabila
disatukan dengan cara bekerja yang sistematik dan rajin sudah semestinya akan membantu
dalam meningkatkan hasil jualan Marathon Sports. Selain itu Susan perlu belajar untuk
meletakkan kepercayaan kepada orang lain untuk melaksanakan sesuatu tugas. Pada
pendapat

saya

sendiri,

masalah

yang

dihadapi

Susan

ini

menjurus

kepada

ketidakupayaannya untuk meletakkan kepercayaan pada orang lain. Ini menyebabkan


Susan lebih cenderung untuk menjadi seorang yang mahu melakukan semua perkara
sendiri dan menjadi seorang yang pesimis terhadap orang lain.
Secara keseluruhannya dapat saya rumuskan di sini bahawa Susan boleh
mengaplikasikan Grid Pengurusan Blake Dan Mouton skala 9.9 (pengurusan berpasukan)
dalam cara pimpinannya di Marathon Sport. Semangat kerja dan hubungan berpasukan
yang kuat kemungkinan besar akan meningkatkan hasil jualan Marathon Sport. Hubungan
kerja yang baik antara pemimpin dan pekerja akan menjadi anjakan yang paling berkesan
untuk menaikkan jualan Marathon Sport. Susan perlu menukar cara pimpinan organisasi
agar perniagaan berkesan dan konsisten. Keadaan persekitaran yang kondusif dan selesa
akan dapat memacu prestasi kerja pekerja Marathon Sport.

Anda mungkin juga menyukai