Anda di halaman 1dari 3

CASE 14.

3 STARTS WITH BANG ENDS WITH WHIMPER


Soalan 1 : Apakah ciri kecemerlangan yang kurang dalam pasukan ini?
Antara ciri-ciri kecemerlangan yang kurang dalam pasukan ini adalah:
a) Matlamat yang jelas
Kim sebagai seorang ketua yang telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai satu
pasukan untuk menjalankan kajian sepatutnya menetapkan visi dan matlamat yang
jelas mengenai apa yang harus ahli kumpulan capai pada akhir kajian ini. Kim gagal
dalam menetapkan dan menjelaskan matlamat yang seharusnya dicapai pada awal
perjumpaan. Ini menyebabkan terdapat banyak salah faham berlaku dalam kalangan
ahli pasukan menyebabkan kepada kegagalan kajian dan keberkesanan kerja
berpasukan.
b) Ketahanan mental emosi dan fizikal yang tinggi.
Sebagai penjana perubahan dan ketua pasukan Kim seharusnya mempunyai
ketahanan mental emosi dan fizikal yang tinggi sepanjang pelaksanaan sesuatu
tugas. Tetapi dalam kes ini, didapati Kim tidak mempunyai ketahanan mental dan
emosi yang kuat. Kelemahan dalam ketahanan mental dan emosi menyebabkan Kim
tidak dapat menghadapi cabaran dan halangan yang mendatang dari segi
perselisihan pendapat dalam pasukan, kedatangan yang merosot, tidak menepati
masa untuk menghadiri mesyuarat dan kegagalan ahli pasukan melengkapkan
tugasan yang diberi. Kim didapati tidak bijak dalam menangani emosi menyebabkan
Kim menjadi lebih tertekan dan tidak melaporkan masalah tersebut kepada pihak
atasannya.
c) Kemahiran diagnosis yang efektif.
Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah satu lagi ciri
yang perlu dimiliki oleh seorang ketua dalam menangani masalah pasukannya.
Sebarang masalah yang dihadapi oleh ahli pasukan memerlukan penyelesaian yang
cepat dan betul. Dalam erti kata lain, Kim perlu mempunyai kemahiran diagnostik
dalam mmenjalankan peranannya sebagai ketua pasukan. Ketua pasukan perlu bijak
mengenal pasti dan menyelesaikan setiap masalah. Namun dalam kes ini Kim tidak
bertindak cepat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pasukannya
menyebabkan masalah dalam pasukan menjadi semakin kronik dan menyebabkan
tugas yang diberikan tidak dapat diselesaikan.
d) Kemahiran komunikasi yang berkesan
Ketua pasukan perlu mengamalkan komunikasi yang berkesan dalam melaksanakan
setiap tugas dan program. Kim seharusnya perlu menerangkan dengan jelas

berkenaan matlamat, kenapa, mengapa dan bagaimana tugas ataupun program itu
hendak dilaksanakan. Jika ketua tidak dapat berkomunikasi dengan baik, visi dan
wawasan pasukan tidak dapat diperjelaskan. Ketua perlu memahami proses, pola
dan saluran komunikasi yang betul supaya matlamat dapat disampaikan dan diterima
oleh ahli-ahli yang lain. Melalui cara ini jurang komunikasi antara ketua dan ahli-ahli
kumpulan dapat dikurangkan. Dalam hal ini, Kim gagal didapati mempunyai
kemahiran komunikasi yang lemah menjadikan Kim tidak dapat menguruskan
pasukan dengan baik.
Soalan 2 : Apakah ciri-ciri kecemerlangan yang terdapat dalam tugasan ini?
a)

Komited kepada tugas

Ketua pasukan perlu mempunyai dan menunjukkan sikap komited pada tugasnya.
Adalah bercanggah sekiranya pengetua meminta ahli pasukan melakukan tugas
sedangkan beliau sendiri tidak menunjukkan minat dan kesungguhan yang tinggi
dalam melaksanakan tugas itu. Beliau perlu menjadi contoh dan teladan yang baik
kepada ahli yang pasukan yang lain. Kim berjaya dalam menunjukkan contoh dan
komitmen yang tinggi terhadap tugas yang diberikan. Malah pada awalnya
keseluruhan ahli pasukan menunjukkan komitmen tang tinggi terhadap tugas dan
tanggungjawab yang diberikan.
b) Ahli pasukan yang kompetatif.
Sesuatu tugasan memerlukan pasukan yang kompetatif dan pakar dalam bidang
yang tertentu. Kepakaran yang ada pada ahli pasukan akan digunakan secara
maksimum untuk memastikan kejayaan sesebuah pasukan itu. Dalam kes ini, ahli
pasukan yang terbaik telah dipilih dan diletakkan di bawah satu pasukan untuk
melengkapkan tugasan yang diberi. Namun begitu kepakaran itu tidak digunakan
secara maksimum menyebabkan kegagalan dalam tugasan yang diberikan.
Soalan 3 : Bagaimanakah anda klasifikasikan Kim sebagai seorang pemimpin?
Bagi pendapat saya, saya dapati Kim merupakan seorang pemimpin yang lemah
yang tiada daya tahan dan kebolehan komunikasi yang baik. Kim juga gagal dalam
memastikan tugasan yang diberikan dijalankan dengan sempurna. Selain itu kim juga
mempunyai kekurangan dari segi kemahiran berfikir secara dinamik. Melalui kemahiran ini,
masalah kurang hubungan, sokongan dan komitmen daripada ahli pasukan dapat ditangani
dengan mudah dan berkesan. Selain itu, kemahiran ini juga penting kepada ketua pasukan
bagi membuat ramalan dan jangkaan berkenaan cabaran dan masalah yang bakal dihadapi

dalam pasukannya. Paling penting adalah membuat perancangan berkenaan agenda yang
hendak dilaksanakan dalam kumpulan itu.

Soalan 4 : Apakah tindakan yang akan anda ambil jika anda seorang ketua bagi
tugasan ini?
Jika saya mengetuai projek atau tugasan ini, saya akan memastikan bahawa saya
mengikut beberapa langkah yang penting diamalkan dalam kerja berpasukan. Antaranya
ialah saya akan bertindak sebagai perancang, di mana saya akan bijak merancang dan
menyusun perancangan. Perancangan yang dibuat perlu diteliti dan mempunyai tujuan yang
jelas. Seterusnya saya akan bertindak sebagai pelaksana. Sebagai pelaksana, saya akan
berusaha menjalankan ataupun memenuhi kehendak ahli-ahli pasukan saya. Dalam aspek
ini, saya perlu mengambil kira susunan tugas ahli kumpulan mengikut keperluan dan
kepakaran masing-masing selaras dengan matlamat organisas. Seterusnya saya akan
berperanan sebagai ahli ataupun sebahagian daripada ahli kumpulan. Sebagai ketua,
saya perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ahli-ahli kumpulan yang lain.
Seterusnya amat penting untuk saya mengawasi hubungan antara ahli kumpulan. Tugas
ketua adalah menjaga ahlinya supaya tidak berlaku perselisihan dan berusaha
membangunkan hubungan yang harmoni serta semangat bekerjasama antara setiap
ahlinya. Akhirnya saya akan menjadi pemberi ganjaran, pujian ataupun hukuman. Ketua
sebaik-baiknya dapat menggembirakan hati ahli-ahlinya yang kuat bekerja serta memberi
banyak sumbangan kepada kumpulannya melalui ganjaran. Saya boleh memberikan
ganjaran berbentuk pujian apabila ahli kumpulan saya melaksanakan tugas dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai