Anda di halaman 1dari 12

SEMESTER :

A221

KOD KURSUS:

SGDY 4022

KUMPULAN:

PIBM 3 / GROUP C

TAJUK:

“THE RON CLARK STORY”:


MOVIE ANALYSIS

PENSYARAH:

PROFESOR MADYA DR. FAUZIAH MD. JAAFAR

DISEDIAKAN OLEH:

BIL NAMA NO. MATRIK

1 SANA’ MURSYIDA BINTI AHMAD SHOLAHUDIN 830979

2 INTAN SHAHIRA BINTI SHAHIDI 831179

3 IRNA NURUL SYUHADA BINTI ISHAK 831194

4 NURUL SYAFIQAH BINTI MOHAMAD ROSLI 831210

5 NURAISYA FAQIHAH BINTI MOHD SODRI 831228


ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN 1-2

2 PERBINCANGAN 3-7

2.1 ISU-ISU YANG TERDAPAT DALAM FILEM


2.2 TEORI VYGOTSKY
2.3 TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK OLEH
JEAN PIAGET
2.4 TEORI PELAZIMAN OPERAN B.F SKINNER

3 ASPEK FILEM YANG MENARIK PERHATIAN 8

4 KESIMPULAN 9

5 RUJUKAN 10
1.0 PENGENALAN

Guru adalah salah satu komponen yang terpenting dalam pendidikan. Keberhasilan seseorang
murid dalam dunia pendidikan bergantung kepada kemahiran guru dalam mendidik dan
membimbing muridnya ke arah keberhasilan yang diharapkan. Tugas guru bukan sahaja perlu
menguasai teknik pengajaran dalam bilik darjah akan tetapi tugas guru haruslah mempunyai
kepribadian yang baik supaya dapat diteladani oleh murid-murid.

Dalam meniti kehidupan pada marcapada, kita dikejutkan dengan pelbagai khabar
berkaitan guru yang melakukan perbuatan negatif, tindakan guru yang sedemikian telah
mencerminkan bahawa guru tersebut sudah tidak mempunyai nilai-nilai kepribadian sebagai
seorang guru yang sepatutnya dimiliki. Antara tindakan negatif tersebut adalah seperti melakukan
gangguan seksual terhadap murid, memalukan dan menyuruh murid melakukan perkara yang tidak
sepatutnya dan lain-lain lagi. Tugas seorang guru juga bukan sahaja perlu memastikan muridnya
cemerlang dalam akademik sahaja bahkan guru juga seharusnya memberi contoh teladan yang
baik dan dapat membimbing muridnya untuk mempunyai sahsiah dan tingkah laku yang baik. Oleh
hal demikian, guru mestilah mendalami ilmu psikologi dalam pendidikan, menurut Nur Fazlina
Andi Sofyan & Wan Wano Wan Sulaiman (2018) psikologi pendidikan merupakan satu cabang
bidang psikologi yang secara khusus mengkaji tingkah laku, emosi dan pemikiran individu dalam
situasi pendidikan. Ibu bapa dan para pendidik perlu terlebih dahulu memahami beberapa konsep
teori-teori psikologi berkaitan dengan pendidikan sebelum mengaplikasikannya.

Justeru, di dalam filem yang berjudul “The Ron Clark Story”, terdapat banyak input-input
positif yang kita boleh ambil untuk dijadikan panduan dan teladan. Secara ringkasnya, filem ini
mengisahkan tentang seorang guru yang bernama Encik Clark telah menginspirasikan anak
didiknya. Encik Clark adalah seorang guru yang berwatakkan penyayang, prihatin, tidak mudah
berputus asa, sentiasa bersemangat dalam mengajar, kreatif dan inovatif. Pada tahun 1994, Encik
Clark telah menjadi guru di Snowden Elementary School di Aurora, North California selama 4
tahun. Kisah ini bermula dengan Encik Clark meninggalkan kampung halamannya yang terletak
di North Carolina, kemudiannya menjadi guru di sekolah Inner Harlmen Elementary School di
daerah New York City. Murid-murid di sekolah itu diasingkan mengikut pencapaian dan potensi
mereka. Encik Turner merupakan guru besar di sekolah itu ingin menempatkan Encik Clark di
kelas yang berprestasi tinggi akan tetapi Encik Clark telah memilih untuk mengajar kelas di kelas
yang paling berpretasi rendah kerana ingin menolong murid-murid di kelas tersebut. Sebelum
memulakan sesi mengajar di kelas itu, Encik Clark terlebih dahulu telah membuat lawatan ke
rumah-rumah anak murid kelasnya. Beliau telah melihat pelbagai jenis latar belakang sesebuah
keluarga muridnya. Encik Clark juga mendapati bahawa ada sebilangan ibu bapa muridnya tidak
mementingkan pelajaran. Keadaan ketika hari pertama beliau memasuki kelas tersebut adalah di
mana muridnya tidak mengendahkan keberadaan beliau di dalam kelas.

Sehubungan dengan itu, Encik Clark telah menetapkan pelbagai jenis peraturan dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat muridnya. Melalui penggunaan peraturan
khas yang dilakukan untuk bilik darjahnya, teknik pengajaran yang sangat inovatif dan kreatif,
semangat yang tidak putus diberikan untuk muridnya terus cemerlang hal ini telah membantu
muridnya menyelesaikan masalah pembelajaran mereka dan mampu membuat perubahan yang
signifikan dalam kehidupan murid-muridnya.

Tuntasnya, di dalam filem “The Ron Clark Story” terdapat banyak input yang boleh
diambil iktibar dan contoh teladan khususnya untuk bakal guru dan yang telah bergelar guru. Filem
ini juga banyak berkait rapat dengan konsep teori-teori psikologi pendidikan.

2.0 PERBINCANGAN

2.1 ISU-ISU YANG TERDAPAT DALAM FILEM

Terdapat beberapa isu yang telah dikenal pasti memberi kesan kepada tingkah laku pelajar-
pelajar di sekolah tersebut. Antara faktor yang menyumbang kepada perubahan dan perkembangan
remaja di dalam filem ini adalah keluarga, status ekonomi keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan
budaya.

Isu yang pertama ialah keluarga. Melalui filem ‘The Ron Clark Story’ ini, dapat kita lihat
bagaimana seorang remaja perempuan iaitu Shameika yang berusia 12 tahun terpaksa melakukan
kerja rumah seperti memasak dan menjaga tiga orang adiknya sehingga tidak mempunyai masa
untuk belajar di rumah. Sahameika mengambil alih tugas ibunya kerana ibunya membuat dua
pekerjaan setiap hari untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Kemudian, watak Tayshaw
sebagai remaja lelaki yang bermasalah kesan daripada penderaan emosi, mental dan fizikal
daripada keluarga angkatnya. Kesan daripada persekitaran yang tidak elok di rumah menjadikan
remaja-remaja ini memberontak di sekolah.

Isu kedua yang terdapat di dalam filem ini ialah masyarakat yang mempunyai pelbagai
budaya dan latar belakang. Terdapat percampuran bangsa, etnik, budaya dan agama di sekolah
tersebut seperti Amerika, Amerika Afrika, Latin dan India. Kesemua bangsa ini berada di dalam
satu kelompok sosial masyarakat. Dari sudut budaya pula, dapat kita lihat daripada watak Badriyah
yang mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin menjadi doktor. Tetapi disebabkan amalan
budaya di rumahnya Badriyah menjadi seorang pasif dan pendiam. Dia tidak mampu menyuarakan
pendapatnya serta bergaul dengan rakan-rakan sekelas kesan daripada budaya yang diamalkan di
rumahnya. Azizi (2008) menyatakan pengaruh kebudayaan memberi kesan kepada personaliti
seseorang. Mereka diasuh supaya patuh dan mengikut standard kebudayaan yang telah ditetapkan
sejak dari kecil.

Isu seterusnya ialah pengurusan tertinggi daripada institusi sosial iaitu pengetua sekolah.
Pengetua sekolah yang hanya peduli tentang keputusan peperiksaan sahaja tanpa menghiraukan
tentang masalah yang terjadi kepada pelajar mereka. Mereka memilih untuk tidak mencari solusi
kepada masalah yang sedang berlaku dan golongan ini juga hanya mengkritik pelajar tanpa
menyiasat latar belakang serta punca tingkah laku pelajar tersebut.

Kemudian isu yang berlaku disebabkan pengaruh rakan sebaya. Antara babak Tyshawn
yang bergaul dengan rakan-rakan yang terlibat dengan masalah sosial. Pergaulan ini secara tidak
langsung akan memberi impak kepada perkembangan remaja. Remaja pada peringkat ini mudah
dipengaruhi dengan apa yang mereka lihat dan dengar daripada rakannya. Hasil daripada kajian
Nursyairah dan Nasir (2018), terdapat hubungan di antara pengaruh rakan sebaya dengan
perubahan tingkah laku remaja.
Kesan daripada isu-isu yang tidak ditangani ini, maka lahirlah pelajar yang mempunyai
masalah disiplin seperti mengganggu proses PdPc, ponteng sekolah, tidak menghormati guru dan
sebagainya. Antara babak tidak menghormati guru di dalam filem ini adalah ketika mana Shameika
memberikan reaksi yang tidak sopan serta menjawab pertanyaan guru dengan cara yang
menjengkelkan. Shameika juga berpaling dari gurunya dan bercakap tentang penggilap kuku
dengan rakannya. Watak Julio Vasquev juga tidak sopan dimana dia sentiasa duduk di atas meja
serta membelakangi guru. Pelajar-pelajar lain juga tidak menumpukan perhatian serta
memperlekehkan guru. Terdapat juga pelajar yang membaling buku ketika Encik Clark
memulakan pembelajaran dan pengajaran. Seterusnya para pelajar juga melakukan vandalisme di
kelas sebagai tanda memberontak. Mereka menconteng dinding dengan cat dan merosakkan
peralatan di dalam kelas. Isu-isu ini dilihat memberi impak yang besar dalam perkembangan dan
perubahan tingkah laku pelajar.

2.2 TEORI VYGOTSKY

Menurut teori Vygotsky pengaruh persekitaran mempengaruhi proses perkembangan mental


pelajar. Persekitaran pembelajaran kondusif dimaksudkan sebagai suatu tempat untuk pelajar agar
mampu melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran
(Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2016). Guru memainkan peranan utama dalam
menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif. Terdapat banyak peranan guru yang boleh
dilaksanakan dalam menjayakannya. Peranan guru terbahagi kepada tiga aspek iaitu dari aspek
pengurusan persekitaran fizikal, psikososial serta peraturan dan rutin bilik darjah.

Menerusi filem “The Ron Clark Story”, Encik Clark merupakan seorang guru yang mengajar
di sekolah Halemn School. Beliau sangat memainkan peranannya dalam menguruskan
persekitaran fizikal iaitu menyusun atur kerusi dan meja pelajar secara teratur dan dengan ini
menyebabkan ruang pembelajaran di dalam kelas menjadi selesa. Hal ini dapat dilihat berdasarkan
guru dan pelajar yang mudah untuk bergerak ke satu-satu tempat tanpa halangan sekaligus
memudahkan proses pemantauan mudah dilakukan guru.
Selain itu, Encik Clark juga menekankan aspek kebersihan dengan cara menyediakan sebuah
tong khas supaya pelajar-pelajar dapat membuang sisa gula-gula getah yang telah dikunyah ke
dalamnya. Perkara ini menyebabkan perabot dan dinding kelas bebas daripada lekatan sisa gula-
gula getah sekaligus menjamin keselesaan kelas.

Seterusnya, dari aspek psikososial, Encik Clark mengaplikasikan kemahiran komunikasi


bersama pelajarnya dengan baik sekali. Beliau telah menggunakan bahasa yang sesuai ketika
mengajar dan menegur. Selain itu, beliau menggunakan kontak mata iaitu melalui pandangan mata
saat berbicara atau mendengarkan orang lain merupakan unsur penting dalam sebuah komunikasi
kerana mata akan menjelaskan berbagai hal tanpa harus ada pembicaraan. Hal ini, menyebabkan
pelajar- pelajar selesa untuk berbicara dengannya serta mengamalkan komunikasi dua hala.

Peraturan dan rutin bilik darjah juga diaplikasikan oleh Encik Clark. Aspek-aspek yang
ditekankan kepada pelajar untuk memahami peraturan dan rutin bilik darjah ialah mendemonstrasi,
melatih bersama dan memberi maklum balas pada peringkat awal pelaksanaannya. Hal ini jelas
ditunjukkan oleh Encik Clark sewaktu mengarahkan pelajarnya akan rutin keluar bilik darjah
untuk ke kantin. Kesannya, berlaku penjimatan masa dan proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku dengan lancar dan tenteram.

2.3 TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK OLEH JEAN PIAGET

Antara teori yang dapat dilihat dari filem Ron Clark ialah teori perkembangan kanak-kanak oleh
Jean Piaget. Encik Clark telah mencipta pengalaman pembelajaran kelasnya menjadi lebih menarik
dan relevan, supaya mereka boleh hubungkan dengan kandungan dan konsep yang diajar. Oleh itu,
Encik Clark telah mencipta skema baharu. Dalam teori Piaget, skema adalah asas blok pemikiran
seseorang. Ia adalah sistem tindakan atau pemikiran yang teratur yang membolehkan kita
melakukannya secara mental atau "berfikir tentang" objek dan peristiwa di persekitaran kita.
Apabila pengalaman berlaku dan maklumat baru diberikan, skema baru diwujudkan dan skema
lama diubah suai.

Selain itu, Encik Clark mengajar murid-muridnya dalam bentuk yang mudah untuk
menjadikan proses pembelajaran menyeronokkan. Hal ini demikian kerana Encik Clark berusaha
untuk menarik minat murid-muridnya. Antara usaha yang dilakukan oleh Encik Clark ialah
mencipta sebuah lagu Rap yang mengandungi nama-nama Presiden. Ternyata, murid-muridnya
lebih mudah mengingat nama-nama Presiden dengan menyanyikan lagu.

Di samping itu, Encik Clark telah mengajar salah seorang pelajarnya iaitu Julio subjek
Matematik, dengan menggunakan kad kerana Julio seseorang yang suka akan pertaruhan. Hal ini
bertepatan dengan teori Piaget bahawa seseorang juga mewarisi kecenderungan untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Dua proses asas terlibat dalam penyesuaian iaitu
asimilasi dan akomodasi. Asimilasi melibatkan cubaan untuk memahami sesuatu yang baru
dengan menyesuaikannya dengan apa yang kita sudah sedia tahu manakala akomodasi berlaku
apabila kita menukar skema sedia ada untuk bertindak balas kepada situasi baru. Dalam situasi ini,
Julio telah menyesuaikan diri belajar subjek Matematik menggunakan kad seperti yang dia lakukan
ketika bermain dalam pertaruhan.

Menurut teori Piaget, pengetahuan dibentuk oleh murid itu sendiri dalam lingkungan atau
objek yang sedang dipelajarinya (Muhammad & Tiyas). Oleh itu, penekanan perlu diberi kepada
murid supaya lebih aktif dan tidak berfokus kepada guru semata-mata. Guru juga penting untuk
mendalami cara murid berfikir, pengalaman murid, dan cara murid menyelesaikan persoalan. Hal
ini juga ditunjukkan oleh Encik Clark apabila beliau cuba mengetahui aktiviti seharian murid-
muridnya. Beliau membuat kajian mengenai kehidupan dan latar belakang murid-muridnya. Encik
Clark juga banyak mementingkan penglibatan murid-muridnya dalam aktiviti bilik darjah.

2.4 TEORI PELAZIMAN OPERAN B.F SKINNER

Selain itu, dalam filem ‘The Ron Clark Story’ ini juga menggunakan teori B.F Skinner iaitu
pelaziman operan. Pelaziman Operan ialah kaedah pembelajaran yang berlaku melalui peneguhan
dan hukuman untuk tingkah laku, yang mana pelajar belajar melakukan tingkah laku tertentu
dengan lebih kerap kerana ia menghasilkan ganjaran, dan belajar untuk mengelakkan tingkah laku
lain kerana ia mengakibatkan hukuman atau akibat buruk.
Apabila pelajar membuat keputusan yang tidak baik dan melanggar peraturan, pelajar akan
dikenakan hukuman dan hukuman Encik Clark adalah membina dan membantu pelajar malah
memberi manfaat kepada mereka.

Pada minit 25:32, Encik Clark memberi hukuman untuk mengurangkan tingkah laku
pelajar dengan mengunci pintu. Hal ini kerana, pelajar tidak beratur untuk pergi makan tengah
hari. Dan apabila seorang pelajar tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Encik Clark,
seluruh pelajar menerima akibat dan hukuman tersebut. Encik Clark juga, bekerjasama dengan
pihak pentadbiran sekolah untuk tidak memberikan makanan jika pelajar beliau tidak beratur
dalam barisan untuk pergi makan tengah
hari.

Menurut teori pelaziman operan B.F Skinner dengan peneguhan positif dan negatif
mempunyai warisan yang berkekalan dalam penyelidikan tingkah laku dan perkembangan bayi
(Gewirtz & Pelaez). Peneguhan adalah respon positif dalam pembelajaran yang diberikan guru
terhadap perilaku peserta didik yang positif dengan tujuan mempertahankan dan meningkatkan
perilaku tersebut. Peneguhan merupakan respon terhadap suatu tingkah laku yang sengaja
diberikan agar tingkah laku tersebut dapat terulang kembali. Peneguhan yang diberikan oleh guru
merupakan hal yang sangat penting bagi anak didiknya (Barnawi & Mohammad Arifin)

Konklusinya, adalah penting bahawa seorang guru menggabungkan pelbagai teori


pembelajaran pendidikan dalam pengajaran mereka kerana ia akan memastikan bahawa seseorang
itu memenuhi kepelbagaian, meminimumkan isu tingkah laku pelajar apabila pelajar terlibat dalam
pengalaman pembelajaran mereka. Guru mestilah memahami ciri-ciri dan keperluan murid-
muridnya serta sentiasa berupaya untuk memotivasikan murid-murid untuk belajar. Guru mestilah
bijak memberi peneguhan positif dan negatif kepada pelajar.
3.0 ASPEK FILEM YANG MENARIK PERHATIAN

Antara babak di dalam filem Ron Clark yang dirasakan menarik perhatian ialah ketika Encik Clark
menekankan salah satu peraturan di dalam kelasnya bahawa mereka adalah sebuah keluarga. Encik
Clark menekankan bahawa sebagai sebuah keluarga, mereka perlu saling membantu dan saling
menyayangi. Hal ini sangat menyentuh hati kerana Encik Clark menganggap murid-muridnya
seperti sebuah keluarga dan tidak sekadar hubungan antara guru dan murid. Hal ini perlu dicontohi
supaya murid-murid berasa lebih dekat dan selesa apabila berhadapan dengan guru.

Selain itu, babak yang menarik perhatian ialah ketika mana Encik Clark patah semangat
untuk mengajar muridnya yang nakal tetapi hadirnya Maurice, seorang wanita yang dikaguminya
memberinya semangat agar tetap berjuang dan membuktikan bahawa dirinya mampu
menaklukkan keadaan anak didiknya yang begitu berbeza dengan murid-muridnya lain. Hal ini
perlu dicontohi oleh guru-guru diluar sana agar tidak mudah patah semangat apabila menghadapi
situasi sebegini.

Antara aspek menarik yang dapat dilihat dari filem ini adalah apabila Encik Clark
berpindah sekolah ke bandar New York. Hal ini membuktikan bahawa Encik Clark berani keluar
dari zon selesanya di sekolah lama untuk mencari pengalaman baru di New York. Apatah lagi,
apabila beliau melapor diri di sekolah baru, beliau ingin mengajar di kelas yang kurang cemerlang.
Babak ini menunjukkan ciri-ciri seorang guru yang tekun mengajar tidak mengira latar belakang
murid.

4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, adalah penting bagi seorang guru untuk mengaplikasikan pelbagai teori
pembelajaran pendidikan dalam pengajaran mereka kerana ia akan memastikan bahawa seseorang
itu memenuhi kepelbagaian, meminimumkan isu tingkah laku pelajar apabila pelajar terlibat dalam
pengalaman pembelajaran mereka. Beberapa pengajaran yang dapat dipetik daripada filem “The
Ron Clark Story” di mana sebagai seorang guru kita mestilah memahami tingkah laku, sifat
kepribadian, ciri-ciri dan keperluan setiap murid serta sentiasa berusaha sedaya upaya
memotivasikan dan menarik minat murid-murid untuk belajar.

Berdasarkan filem “The Ron Clark Story”, Encik Clark telah menunjukkan teladan yang
baik dan sepatutnya dicontohi oleh para pendidik. Encik Clark telah memberi inspirasi kepada
murid-muridnya untuk mengubah kehidupan mereka. Semasa pembelajaran dalam bilik darjah,
beliau telah berkomunikasi dengan murid-muridnya dengan baik. Sehubungan dengan itu, guru
juga perlu mempelbagaikan teknik penyampaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran agar
bersesuaian dengan tahap dan pengetahuan sedia ada murid. Di samping itu, Encik Clark juga
memastikan persekitaran bilik darjah mereka selesa dan menyeronokkan.

Selanjutnya, Encik Clark juga bijak memberi peneguhan positif dan negatif kepada pelajar.
Oleh itu, para pendidik perlu mencontohi tindakan ini dengan memberikan hukuman yang
sewajarnya apabila murid membuat kesalahan supaya dapat memberikan manfaat kepada murid.
Melalui cara ini, proses untuk melahirkan murid yang cemerlang selari dengan Falsafah
Pendidikan Negara (FPK) akan dapat direalisasikan.
5.0 RUJUKAN

Wan Sulaiman, Wan. (2018). Kepentingan Psikologi Pendidikan Terhadap Pengajar dan

Pembelajaran ke Arah Revolusi Industri 4.0. 10.13140/RG.2.2.27897.77928. Universiti

Malaysia Sabah (UMS).

Azizi Yahaya (2008), Pembentukan personaliti remaja. Journal of Science & Mathematics

Education UTM.

Nursyairah & Nasir (2018), Tingkah laku Delinkuen pelajar dan faktor-faktor yang

mempengaruhinya. Journal Wacana Sarjana. V 2 (1): 1-9.

Muhammad Khoiruzzadi & Tiyas Prasetya. (2021). Perkembangan kognitif dan implikasinya

dalam dunia pendidikan (ditinjau dari pemikiran Jean Piaget dan Vygotsky). Jurnal

Madaniyah, 11(1), 1-14.

Amin Jaenuri (2011), Pengelolaan Kelas Dalam Filem The Ron Clark Story dan Implikasinya

Terhadap Penanaman Kedisiplinan Siswa, Jurusan Kependidikan Islam Fakulti Tarbiyah

dan Keguruan Universiti Islam Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta.

Haliza Hamzah dan Samuel, J. N. (2014). Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik Darjah dan

Tingkah Laku. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Gewirtz, J. L., & Pelaez-Nogueras, M. (2011). B.F. Skinner's legacy to human infant behavior and

development. American Psychologist.

Barnawi & Mohammad Arifin (2012), Etika dan Profesi Kependidikan, (Yogyakarta: Ar-Ruzz,

2012), hal. 208

Anda mungkin juga menyukai