Anda di halaman 1dari 53

TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan pentingnya kesihatan diri dan keluarga dalam kehidupan harian; 2. Menerangkan pentingnya pemeliharaan kesihatan secara berterusan; 3. Mengenal pasti amalan asas kesihatan, perawakan diri dan pemeriksaan fizikal; dan 4. Mengenal pasti penyakit berjangkit, bawaan air dan makanan.

PENGENALAN
Kesihatan yang baik merupakan idaman ramai orang. Setiap orang bertanggungjawab menjaga dan memelihara kesihatan dirinya. Mencuaikan kesihatan bukan sahaja mendatangkan kesankesan buruk pada diri sendiri tetapi juga ke atas keluarga dan masyarakat. Oleh yang demikian, kita harus tahu langkah-langkah asas memperoleh serta mengekalkan kesihatan yang baik.

5.1 KESIHATAN DIRI


Setiap golongan manusia dalam semua peringkat komuniti, kebangsaan atau antarabangsa perlu menjaga dan mengawal kesihatan diri demi kesejahteraan sejagat. Konsep ini penting kerana kerjasama setiap anggota masyarakat amatlah perlu untuk membendung penyakit berjangkit pada peringkat yang paling awal agar tidak merebak ke kawasan yang baru.

5.1.1 Amalan Asas Kesihatan


Kebersihan diri adalah amat penting untuk menjaga kesihatan diri kita. Menjaga kebersihan itu termasuk tubuh badan dan peralatan peribadi. Kita juga seharusnya menjaga kebersihan muka, tangan, kaki, kulit, kuku, mulut, kasut, tuala dan pakaian. Bagi meningkatkan kesihatan diri, amalan penjagaaan kebersihan diri adalah perlu. Berikut adalah amalan kebersihan untuk menjaga dan meningkatkan kesihatan anda. Amalan Rajah kebersihan kebersihan.

5.1

menyatakan

langkah-langkah

berkaitan

amalan

Rajah 5.1: Langkah-langkah Mari kita bincang langkah-langkah tersebut dengan lebih lanjut. a. Menjaga kebersihan tangan i. Amalan ini perlu dalam situasi berikut:

amalan

kebersihan

Sebelum dan selepas makan; dan Selepas menggunakan tandas, membersihkan tangan dengan sabun adalah mencukupi untuk membersihkan kotoran dan kuman yang disentuh.

ii. iii.

Semasa mencuci tangan, bersihkan tapak tangan dan juga celah-celah jari tangan dengan baik kerana kotoran dan kuman melekat pada celah-celah jari. Kuku jari yang panjang perlu dipotong supaya kotoran dan kuman tidak terlekat di dalamnya dan bagi memastikan ia tidak mencengkam pada isi.

b. Menjaga kebersihan kaki i. ii. iii. Pakai alas kaki seperti kasut atau selipar. Kaki perlu dibasuh dan dikeringkan. Pakai stoking dan kasut yang bersih supaya tidak dijangkiti penyakit kulit.

c. Menjaga kebersihan gigi i. ii. iii. iv. Berus gigi selepas makan, sebelum tidur dan selepas bangun supaya sisa makanan tidak melekat di celah-celah gigi dan menjaga gigi supaya tidak rosak. Semasa memberus gigi, gunakan berus gigi yang sesuai; berus yang lembut dan ubat gigi yang sesuai memastikan gigi dan gusi gigi tidak dirosakkan. Anda mesti memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa makanan dapat dibersihkan dengan berkesan. Dapatkan rawatan berkala sekurang-kurangnya 6 bulan sekali supaya kerosakan gigi dapat dikesan lebih awal dan mengelakkan gigi dicabut.

d. Menjaga kebersihan pakaian Pakaian seperti baju, seluar, sarung kaki, kasut dan sebagainya perlu dibasuh dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan semula bagi mengelakkan dari penyakit kulit dan lain-lain. Pakaian yang lembap boleh mengakibatkan pembiakan kulat kulit badan. e. Menjaga kesihatan kulit i. ii. Penjagaan kebersihan kulit meliputi pemeliharan kulit luar dan kulit dalam. Perkara yang penting ialah mewujudkan kesihatan yang baik kerana ia merupakan prasyarat bagi kulit yang baik. Oleh itu, makanan kita seharusnya seimbang untuk memastikan tiada masalah kesihatan. Kulit yang sihat memerlukan senaman. Kulit mengandungi otot dan otot perlu sentiasa digunakan untuk memeliharanya dalam keadaan yang baik. Senaman memastikan kulit didedahkan kepada udara bersih dan cahaya matahari serta perubahan suhu mengekalkan ton otot. Kelenjar peluh dan kelenjar minyak menolong pelaziman kulit apabila kita senaman. Kebersihan kulit seharusnya dijaga dengan baik. Lubang-lubang halus pada kulit sentiasa tersumbat, jadi kita perlu membasuh kulit dengan air dan sabun yang sesuai. Penggunaan sabun patut diawasi supaya minyak kulit tidak dihapuskan sama sekali.

iii.

iv.

v.

Kulit muka perlu dijaga dengan menghapuskan selaput minyak yang memerangkap kuman dan debu; sabun atau cecair pembersih muka yang khas boleh digunakan. Membersih muka sebelum tidur adalah satu amalan yang baik. Muka dibasuh kemudian dibilas dengan air suam dan diikuti dengan air sejuk. Amalan mandi 1-3 kali sehari adalah baik dalam keadaan panas dan berdebu. Mandi membantu membersihkan kulit dan memberi ton yang sesuai kepada kulit. Secara fisiologi, mandi melazimkan sistem "vascomotor" mengawal saluransaluran darah untuk mengelakkan kesesakan aliran darah. Selepas makan, kita boleh mandi selepas berehat selama satu jam.

vi.

f. Menjaga kesihatan rambut i. ii. Rambut perlu dibasuh dengan syampu yang sesuai mengikut keadaan rambut, sama ada kering atau berminyak. Rambut seharusnya disikat setiap hari untuk memastikan minyak rambut dialir sama rata dan memberi stimulasi kepada kulit kepala dengan menggalakkan peredaran darah di kulit kepala. Menyikat rambut juga membantu untuk membuang kotoran dan sel-sel yang mati. Amalan memberus rambut sekurangsekurang dua kali sehari adalah baik.

Amalan Pemakanan Makanan ialah bahan yang diambil oleh manusia dan benda-benda hidup untuk mendapat tenaga, untuk perkembangan dan untuk terus hidup. Kualiti diet menolong menentukan sama ada kita mempunyai tenaga yang cukup, rambut dan kulit yang sihat dan sama ada gigi dan tulang kita adalah kuat. Makanan yang kita makan setiap hari kebanyakannya memang berzat. Masalahnya ialah sama ada kuantiti dan bahagian-bahagiannya adalah betul. Contohnya, nilai kalori makanan, makanan seimbang, kelas-kelas makanan, cara menyedia dan menghidang makanan. Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum dan agama. Setiap kaum dan agama biasanya mempunyai amalan-amalan tersendiri berkenaan dengan pemakanan. Setiap orang pasti mahu melalui kehidupan seharian yang sihat dan ceria. Tapi, bagaimana? Ikuti 10 tips penting amalan mudah yang boleh menjadi amalan anda setiap hari, sila rujuk Rajah 5.2. Mulakan dari sekarang!

Rajah 5.2: Amalan mudah untuk hidup Mari kita bincang langkah-langkah tersebut dengan lebih lanjut.

secara

sihat

a. Jangan tinggalkan sarapan pagi Jika tidak sarapan, bermakna anda menyediakan tubuh anda tanpa tenaga! Biar bagaimana sibuk sekalipun, peruntukan waktu untuk mengambil sarapan pagi. Mungkin bijirin atau roti. b. Tinggalkan kasut tinggi Tidak ramai wanita memikirkan tentang osteoporosis. Sedangkan, kalau diikutkan kajian, 50 peratus wanita mengalaminya berbanding lelaki. Apakan puncanya? Kasut tinggi anda! Malah kadar kesihatan pada bahagian kaki lebih tinggi dalam kalangan wanita yang

memakai kasut tumit tinggi melebihi dari dua inci. Bukan bermakna anda tidak boleh memakainya langsung. Cuma, kurangkanlah kadar ketinggiannya. Pakailah kasut yang ketinggiannya kurang dari dua inci. Jika masih mahu mengenakan kasut lebih tinggi dari dua inci, pakailah hanya pada waktu majlis-majlis tertentu sahaja. c. Makan Badam Berdasarkan kajian di Universiti California, jika individu mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dan dalam diet hariannya memakan badam, paras kolestrol menurun. Para penyelidik berpendapat badam kaya dengan 'polyunsaturated fat'. Jadi jangan berlengah lagi, jika anda terlebih kolestrol, berusaha untuk mengurangkannya dengan mengambil badam setiap hari. d. Sebiji oren setiap hari Kajian di British menunjukkan sebahagian 20 peratus dari punca sakit jantung ialah usia, tekanan darah, paras kolesterol dan merokok. Kajian yang di lakukan ke atas 20,000 orang di sana, menunjukkan dengan menambahkan 50 gram vitamin C dalam diet harian, cukup untuk membuat jantung sihat. Jika anda mahukan jantung anda terus sihat, amalkan memakan oren sebiji setiap hari, tak kiralah pada waktu bila sekalipun. e. Ketawa Tapi, awas pastikan anda ketawa bersebab. Mungkin dengan menonton filem komedi, membaca buku cerita lucu, mahupun berbual-bual dengan rakan yang suka berjenaka. f. Tambahkan potassium Tahukah anda, bagi individu yang kurang potassium di dalam tubuh, berisiko tinggi untuk diserang stroke. Jadi, perhatikan makanan yang boleh menambahkan potassium dalam tubuh anda. Antaranya ialah pisang. Memakan sebiji pisang setiap hari juga sudah cukup untuk membolehkan potassium dalam tubuh anda sentiasa stabil. Selain itu anda boleh mengambil tembikai dan kentang rebus. g. Kuasa bunga Anda mungkin antara penggemar bunga segar. Mungkinkah anda juga selalu harapkan pemberian bunga dari orang lain. Mungkin, dari suami, kekasih, sahabat karib, malah sesiapa sahaja. Tapi cuba anda pergi ke kedai bunga, pilihlah jambangan bunga yang anda idamkan. Bawa pulang dan anda akan dapati, bunga yang anda beli membawa satu perubahan pada perasaan anda. Kesegarannya boleh berubah suasana di ruang yang anda letakkan bunga itu. h. Katakan 'cheese' Kenapa begitu? Maknanya senyumlah. Dua ulas bibir yang tersenyum bukan sahaja menggambarkan diri anda ceria. Bahkan, ia sebenarnya membantu diri untuk melalui kehidupan seharian dengan benar-benar gembira.

i. Jangan biar perut kosong Selepas makan pagi, jangan biarkan perut kosong. Ambillah biskut, kentang goreng mahupun bijirin. Perut yang kosong dan anda dalam keadaan lapar bermakna kadar gula dalam darah anda turun. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini, jangan biarkan perut kosong. Makanlah sesuatu, tetapi sedikit sahaja. Nanti terlebih makan, berat pula naik mendadak. j. Tidur berkualiti Tidur berkualiti bukan bermakna masa tidur yang panjang! Sebaliknya tidur apabila mata sudah mengantuk. Bangunlah apabila tubuh sudah terasa segar. Titiskan beberapa titis minyak lavender pada bantal. Tidur anda lebih selesa. Pastikan perut juga tidak terlalu kenyang sebelum melelapkan mata.

Cadangan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kesihatan dalam Kurikulum Prasekolah dan Awal Persekolahan. Menjaga kesihatan diri:

Menyanyi lagu dan membuat gerakan membersih diri. Tunjukkan cara membasuh tangan, menggosok gigi, memotong kuku dan cara menggunakan alatan dengan betul. Tunjuk cara menggunakan tandas dengan betul. Membuat carta aktiviti harian dari pagi sehingga waktu tidur dan berbual mengenainya. Membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Membersihkan diri selepas membuat sesuatu tugas. Mengemas dan membersihkan tempat setelah digunakan. Berlakon-main peranan cara mengawal tabiat baik semasa makan, bermain dan sebelum tidur. Memakai kasut semasa keluar kelas/rumah. Menjemput pegawai perubatan/ pegawai kesihatan memberi penerangan. Bercerita melalui pengalaman sendiri. Berbual tentang penyakit melalui gambar. Menjaga kebersihan pakaian, tempat dan peralatan. Bersoal jawab tentang pentingnya menjaga kebersihan pakaian.

Aktiviti mencuci pakaian sendiri. Murid membersihkan sendiri secara individu atau kumpulan peralatan yang telah digunakan. Menyediakan dan mengemas tempat makan.

5.1.2 Perawakan Diri


Perawakan diri adalah tanggapan kita terhadap tret mental-emosi, rohani dan sosial yang wujud daripada pandangan dan pengalaman kita serta maklum balas yang kita terima daripada orang lain. Antara komponen-komponen adalah imej kendiri, postur, penghargaan diri, imej kendiri psikologi dan imej fizikal (sila rujuk Rajah 5.3).

Rajah 5.3: Hubungkaitan di antara komponen-komponen Mari kita bincang komponen-komponen tersebut dengan lebih lanjut.

perawakan

diri

a. Postur Postur merujuk kepada cara seseorang membawa dirinya. Postur adalah cara kita menyokong badan kita khususnya bahagian belakang, bahu dan kepala. Apabila kita berjalan, duduk, berdiri dan melakukan pergerakanpergerakan yang lain. Postur yang

baik

adalah

suatu

petanda

kesihatan

yang

baik.

Postur kita menunjukkan sama ada kita seorang periang, bertenaga atau sebaliknya. Oleh yang demikian, adalah penting bagi kita untuk memperoleh dan memelihara postur yang baik. b. Imej Kendiri Psikologi Terdapat beberapa tret imej kendiri psikologi yang ketara dalam kalangan kita iaitu pemalu, jujur, peramah dan agresif. Sesetengah orang mempunyai satu daripada sifatsifat ini atau kesemuanya sekali. Keempat- empat sifat ini melibatkan kedua-dua jantina dalam perawakan diri masing-masing. c. Imej Fizikal Imej kendiri fizikal ialah tanggapan kita terhadap ciri dan kebolehan fizikal kita. Antara beberapa ciri fizikal berkaitan dengan imej kendiri fizikal ialah tinggi, berat, bentuk badan, bentuk muka, warna mata dan ciri kejantinaan sekunder. Kebanyakan ciri ini diwarisi daripada ibu bapa. Beberapa ciri lain seperti berat badan yang berlebihan boleh wujud akibat daripada tabiat, amalan kita sendiri. Contohnya memakan makanan yang banyak dan kurang mengamal senaman boleh menyebabkan kegemukan maka imej kendiri fizikal ini boleh mempengaruhi perawakan seseorang dari segi postur semasa duduk, semasa berdiri atau ketika berjalan. d. Imej Kendiri Tanggapan kita terhadap diri mungkin berbeza daripada tanggapan orang lain terhadap kita. Misalnya, kita mungkin menganggap diri sebagai seorang yang murah hati tetapi bagi orang lain, kita hanya menunjuknunjuk sahaja. Tanggapan kita terhadap diri sendiri, tanggapan orang lain terhadap kita dan diri kita yang sebenar akan membentuk imej kendiri kita. Imej kendiri merangkumi imej fizikal, imej sosial dan imej mental-emosi. Imej kendiri kita boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pengalaman dan kepercayaan diri, faktor-faktor sosial dan media massa. e. Penghargaan Diri Penghargaan diri boleh dianggap sebagai penghargaan terhadap keupayaan dan potensi fizikal serta mental berdasarkan pembentukan imej kendiri. Penghargaan diri bermula dengan keyakinan diri. Remaja yang mempunyai keyakinan diri berbangga dengan keupayaan dan potensi fizikal serta psikologinya. Bukan semua remaja mempunyai sifatsifat ini. Oleh itu, remaja yang mempunyai penghargaan diri mempunyai daya tarikan yang menyumbang ke arah perawakan diri.

5.1.3 Pemeriksaan Fizikal

Pemeriksaan fizikal boleh dilakukan serta merta seperti semasa kecemasan atau pun secara berkala dari semasa ke semasa untuk mengesan sebarang masalah kesihatan. Pemeriksaan fizikal dilakukan untuk menentukan keadaan kesihatan keseluruhannya, mengenal pasti dan mengesan sesuatu masalah yang telah pun disedari atau pun bagi mengenal pasti dan mengesan masalah pada peringkat awal atau sesuatu keadaan yang berpotensi untuk menjadi masalah. Pemeriksaan fizikal melibatkan usaha-usaha mengumpul kajian sejarah, pemeriksaan klinikal dan ujian-ujian. Pemeriksaan fizikal berupaya untuk memperoleh maklumat tambahan bagi membuat diagnosis ke atas masalah perubatan dan pergigian. Berikut adalah beberapa pemeriksaan fizikal yang biasa dilakukan oleh seseorang doktor perubatan atau pergigian: a. Pemeriksaan telinga, hidung dan tekak; b. Pemeriksaan tekanan darah; c. Pemeriksaan gigi dan gusi; d. Pemerikssan jantung; e. Pemeriksaan kulit; f. Ujian darah; g. Ujian air kencing; dan h. Ujian mata.

5.2 KESIHATAN KELUARGA


Rajah 5.4 menyatakan tiga faktor utama di dalam memelihara kesihatan keluarga.

Rajah 5.4: Saling kaitan dinamik antara kesihatan fizikal, sosial dan jantina dalam kesihatan keluarga Keluarga adalah institusi yang paling penting bagi menjamin kehidupan yang bermakna, penuh dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Dalam sesebuah keluarga, aspek-aspek kesihatan fizikal adalah sangat perlu. Ini kerana kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang bergantung rapat kepada kesejahteraan fizikal. Seseorang mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada yang lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan yang sihat. Kita bersama-sama menjaga kesihatan keluarga dengan sentiasa bersenam, mengamalkan pemakanan yang seimbang, bijak menangani stres dan yang penting sekali menyayangi diri sendiri. Kementerian Kesihatan memainkan peranan utama dalam mempromosi dan mempertingkatkan kesihatan keluarga dari segi fizikal, mental dan sosial. Usahausaha Kementerian Kesihatan ke arah pembangunan kesihatan keluarga diterajui oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Bahagian ini menyediakan pelbagai perkhidmatan dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mempromosi dan mempertingkatkan kesihatan semua ahli keluarga seperti ibu mengandung dan ibu selepas bersalin, bayi, kanak-kanak, murid-murid sekolah, remaja, orang dewasa dan warga tua. Sesebuah keluarga boleh dan perlu melibatkan diri dalam usaha mempromosi dan menyelenggara kesihatan mereka. Ahli-ahli keluarga harus mengamalkan cara hidup sihat yang

merangkumi pelbagai amalan yang positif. Semua keluarga perlu mempunyai sikap yang positif dan menganggap kesihatan sebagai satu aset dan sumber untuk kehidupan demi mencapai kesejahteraan, produktiviti yang lebih tinggi dan peningkatan kualiti hidup.

5.2.1 Aspek Fizikal


Aspek Fizikal adalah berkenaan dengan sistem pembiakan lelaki dan perempuan; perubahan fizikal, emosi dan psikologi yang berlaku semasa akil baligh, serta proses fisiologi persenyawaan manusia. Baca nama dan bahagian organ pembiakan seperti yang telah dinyatakan di dalam Jadual 5.1 dan rujuk Topik 3 untuk maklumat tentang sistem pembiakan lelaki dan perempuan. Nyatakan pelbagai bahagian dan fungsi organ anatomi sistem pembiakan lelaki dan perempuan dengan menggunakan maklumat yang berkenaan. Jadual 5.1: Ciri-ciri Sistem Pembiakan Perempuan dan Lelaki Sistem Pembiakan Perempuan

Sistem Pembiakan Lelaki


Vulva Mons pubik Labia majora

Buah zakar Zakar Ereksi (erection) Air mani Skrotum Sperma Semen mani) Testosteron Androgen Epididimis (air

Labia minora Kelentit Salur Kencing Faraj

Selaput dara Serviks Rahim

Endometrium Tiub Fallopia

Vas deferens Vesikal Seminal Duktus Ejakulasi Kilang Prostat Kelenjar Cowper Uretra

Ovari

Ovum Progesteron

Estrogen

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perubahan fizikal dalam kalangan remaja antaranya: a. Genetik ahli keluarga; b. Persekitaran kehidupan; dan c. Pemakanan yang berkhasiat.

5.2.2 Aspek Sosial


Aspek sosial meliputi tajuk tentang tingkah laku seksual, seksualiti alam kanakkanak dan alam remaja, kasih sayang, pergaulan dan perhubungan, kehamilan remaja, kesusilaan dan kesopanan. Kesihatan keluarga dan aspek sosial pula merujuk kepada keberkesanan seseorang itu dalam konteks hidup bermasyarakat dan keupayaannya memenuhi tugas dan tanggungjawab sebagai seorang anggota keluarga. Sebagai seorang guru pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan mahupun ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak atau murid-murid kita untuk memupuk amalan makan secara sihat bersama keluarga mereka. Ini adalah kerana makan bersama keluarga mendatangkan banyak faedah. Waktu makan boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mendidik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mendidik ahli keluarga tentang amalan pengambilan makanan yang baik dan sihat. Menurut pakar-pakar sekiranya ahli-ahli keluarga dapat berkumpul bersama di meja makan dengan lebih kerap, anak-anak akan mendapat faedah dari segi peningkatkan prestasi akademik

dan harga diri. Penyelidikan juga mendapati bahawa perbualan pada waktu makan dapat memperkayakan perbendaharaan kata anak-anak. Ibu bapa boleh mengambil kesempatan semasa waktu makan untuk berbual dengan anak-anak untuk mengetahui perkembangan semasa dan menyusuli aktiviti harian anak-anak mereka. a. Seksualiti Manusia Sikap seksualiti kanak-kanak dibentuk dari awal kanak-kanak, tetapi dorongan seksual tidak muncul sehingga akil baligh. Semasa akil baligh, banyak perubahan berlaku dalam budak lelaki dan perempuan. Terdapat pertambahan yang pesat. Ciri seksual peringkat sekunder tubuh muncul dan bentuk badan semakin dewasa. Dorongan seksual dalam kalangan orang muda, terutamanya lelaki menyebabkan ketidakstabilan sahsiah yang dipandang oleh orang tua sebagai sahsiah yang lain dan bermasalah. Rasa hati orang muda tidak tetap. Mereka impulsif. Mereka dapati sukar untuk menumpukan perhatian terhadap apa-apa perkara bagi tempoh panjang. Kadangkala prestasi pencapaian di sekolah merosot. Remaja lelaki selalunya tidak suka berkumpulan, melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Remaja perempuan lebih suka berkhayal dan tumpuannya juga terganggu. Mereka mula mewujudkan personaliti tersendiri dan kehidupan berdikari. Hal ini dilihat sebagai penarikan emosi daripada keluarga dan kemerosotan komunikasi antara orang muda dengan ibu bapanya. b. Kasih Sayang Kasih sayang ialah perkongsian kasih sayang dan tindakan mengambil berat. Kasih sayang perlu ditunjukkan melalui tindakan dan perlakuan. Kasih sayang memerlukan masa dan pengorbanan. Kalau kita tak dapat memberi kasih sayang, tidak mungkin kita akan menerima kasih sayang. Kasih sayang tidak bermakna persetujuan secara mutlak dalam semua hal. Kasih sayang ialah faktor yang membina dan mengekalkan keluarga. Kita boleh menyayangi ramai orang dalam pelbagai cara dan menunjukkan kasih sayang kita dalam pelbagai peringkat kepada orang yang berlainan. Kasih sayang bukan hanya perasaan tentang perhubungan. Kasih sayang hanya bermakna apabila dilahirkan dalam perlakuan. Ia boleh diluahkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada orang yang kita sayang. Kasih sayang adalah komitmen. Kasih sayang memberi tenaga dan bukan menghabiskan tenaga. c. Kehamilan Remaja Pengetahuan kita tentang proses kehamilan dan kelahiran remaja menyakinkan kita

bahawa kehamilan dikalangan wanita remaja yang berumur kurang daripada 15 tahun membawa risiko yang lebih tinggi berbanding dengan kehamilan wanita yang berumur 20an. Empat masalah yang biasa, telah banyak dikaji: i. ii. iii. Remaja lebih berkemungkinan menghadapi anemia semasa kehamilan. Remaja lebih berkemungkinan menghadapi toksemia, yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, sawan dan kematian. Remaja lebih berkemungkinan menghadapi tempoh kelahiran yang lebih panjang yang boleh memudaratkan ibu dan bayinya.

d. Faktor Mempengaruhi Gejala Sosial Terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan remaja terjebak dalam gejala sosial, antaranya: i. ii. iii. iv. Pengaruh rakan; Tekanan hidup dalam keluarga; Budaya barat untuk mencari keseronokan; dan Maklumat internet yang menghayalkan.

5.2.3 Aspek Jantina


Aspek jantina adalah berkenaan dengan ekspektasi peranan, peranan lelaki, peranan perempuan dan stereotaip jantina. Keharmonian akan tercapai jika nilai kesihatan keluarga dan budaya hidup yang positif dapat diterapkan dalam diri setiap ahli keluarga. a. Ekspektasi Jantina Nampaknya budaya tertentu yang mementingkan sikap tertentu dan menyembunyikan sikap yang lain dalam kebanyakan masyarakat di mana kanak-kanak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza sejak dilahirkan. Pada umur 2 atau 2 tahun kanakkanak mengenal pasti diri sendiri sebagai lelaki atau perempuan dan mereka secara terbuka mencari dan menerima maklumat tentang sifat lelaki atau perempuan. Anak perempuan akan menjadi seperti ibunya manakala anak lelaki disuruh jangan menjadi "pondan" dan anak perempuan disuruh bersopan. Anak lelaki tidak digalakkan menunjukkan emosi dan anak perempuan dihalang menjadi agresif. b. Peranan Jantina Peranan jantina ialah set tingkah laku yang ditetapkan oleh masyarakat sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan. Kejantinaan merujuk kepada jantina biologi sebenar, sama ada lelaki atau perempuan. Setiap budaya menentukan peranan seks yang sesuai. Apa

yang diterima oleh sesuatu dari segi tingkah laku kelelakian dan kewanitaan tidak semestinya diterima dalam masyarakat lain. Dari segi sejarah dalam budaya kita, konsep kelelakian dan kewanitaan dibeza langsung. Kaum lelaki dianggap bersifat "kelakian" dan wanita dianggap "kewanitaan". Banyak kajian telah dibuat terhadap perbezaan jantina, semua kajian ini menunjukkan tidak terdapat banyak perbezaan kecuali perbezaan jantina genetik. c. Faktor Mempengaruhi Kecelaruan Jantina Banyak faktor yang boleh mempengaruhi remaja menjadi celaru dalam jantina antaranya: i. ii. iii. iv. v. vi. Persekitaran keluarga yang menggalakkan; Bilangan jantina dalam keluarga tidak seimbang; Pendidikan agama tidak kuat; Rakan pergaulan sama fikiran; Internet; dan Majalah atau media massa.

AKTIVITI 5.1
Dalam kumpulan bertiga. Bincang dan tuliskan setuju (S) atau tidak setuju (TS) selepas setiap penyataan yang diberikan seperti di bawah. Kemudian kumpulkan data pengundian Kontinum untuk semua kumpulan dalam kelas kuliah anda. Bentang dan bincang hasil pengundian itu dalam kuliah. Pengundian Kontinum/nilai: 1. Tempat setiap orang wanita ialah di rumah. 2. Anak perempuan yang pandai bersukan sepatutnya dibenarkan dalam pasukan lelaki. 3. Kaum lelaki sepatutnya membuat keputusan kerana mereka berfikir sebelum bertindak, manakala kaum wanita bertindak berdasarkan emosi mereka. 4. Suami dan isteri perlu berkongsi membuat kerja rumah dan menjaga anak. 5. Lelaki dan perempuan dicipta berlainan dan sepatutnya bertindak dalam cara yang amat berlainan.

6. Tidak salah untuk lelaki menangis. 7. Alimoni sepatutnya dihapuskan. 8. Kaum wanita mempunyai sifat keibuan semula jadi. 9. Anak perempuan sepatutnya bebas mengajak anak lelaki keluar. 10. Kebanyakan wanita tidak mahu berdikari, tetapi mahukan lelaki menjaga mereka. 11. Kaum wanita mempunyai kelebihan dalam, masyarakat kita kerana mereka dilindungi, diberi masa kesenggangan, dan bebas daripada tekanan untuk mencapai kejayaan.

5.3 PENYAKIT BERJANGKIT


Penyakit berjangkit amat mudah merebak dalam sesuatu komuniti masyarakat malahan ia boleh merebak dengan cepat dari satu negara ke satu negara yang lain. Oleh itu penyakit berjangkit perlu dikawal sepenuhnya mengikut cara ia merebak dengan langkah-langkah kawalan yang sesuai. Selalunya penyakit merebak melalui kuman atau virus yang terdapat pada air liur, najis, darah, air kencing, cecair badan, pernafasan atau permukaan kulit. Makanan dan air minuman juga boleh menjadi agen pembawa penyakit berjangkit. Penyakit berjangkit boleh dikelaskan mengikut cara merebak atau jangkitan dan mudah dikenali melalui tanda-tanda serta simptomnya.

5.3.1 Penyakit Kulit


Pemeriksaan kulit biasanya dilakukan untuk menentukan kesihatan kulit secara langsung dan khusus. Ia juga berupaya mengenal pasti sebarang jangkitan penyakit dermatitis dan infestasi parasit seperti kudis buta, puru dan sebagainya. Masalah-masalah seperti pendedahan bahan kimia, radiasi dan beberapa masalah fisiologi seperti salah pemakanan, psoriasis, akne dan lain-lain juga boleh dikenal pasti. Masalah-masalah kulit yang biasa dihadapi a. Jerawat Jerawat adalah suatu bintik yang berisi nanah pada kulit, terutamanya di muka. Jerawat terbentuk apabila sejenis bahan berminyak yang dinamakan sebum dihasilkan dengan banyak oleh kelenjar-kelenjar dalam kulit. Rembesan sebum yang berlebihan akan menyumbat liang-liang kulit. Bulu yang tumbuh daripada liang tersebut mati. Sebum yang terperangkap di dalam liang kulit menyebabkan tisu-tisu di bawah kulit menjadi

merah dan radang. Liang tersebut diisi dengan nanah yang terdiri daripada sel-sel darah putih dan bakteria. b. Akne Akne ialah bintik-bintik yang kemerah-merahan pada kulit yang disebabkan oleh sejenis mikroorganisma yang dinamakan Acnevulgaris . Akne didapati pada muka, belakang leher dan bahagian-bahagian badan yang lain. Rembesan sebum yang berlebihan menyebabkan akne. Bakteria yang membiak dalam sebum akan merangsang salur darah untuk mengembang dan menghantar sel-sel untuk melawan serangan bakteria. Ini menimbulkan keradangan. Jangkitan akne menjadi lebih serius jika tisu-tisu dalam kulit cedera akibat daripada picitan akne. c. Menghadapi masalah-masalah kulit? Kebersihan diri, terutamanya kebersihan kulit adalah penting. Muka dan bahagianbahagian kulit lain yang mempunyai jerawat atau akne haruslah dibersihkan dengan sabun dan air serta dikeringkan dengan tuala yang bersih untuk mengeluarkan sel-sel kulit yang mati. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kedua-duanya memelihara kesihatan kulit. Dapatkan tidur yang cukup dan lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melegakan perasaan tegang sebab perasaan tegang juga menyebabkan pembentukan jerawat.

Berikut dinyatakan penyakit bawaan air dan makanan. a. Penyakit bawaan air Air merupakan keperluan asas bagi manusia. Namun air yang disediakan untuk keperluan seharian, tidak memenuhi syarat kualiti saniti dan higiene ditetapkan. Tanpa kawalan kualiti, kuantiti, dan aksesibiliti, dapat membuka peluang munculnya berbagai penyakit bawaan air (water borne diseases). Maka sumber-sumber air yang digunakan oleh pengguna telah menjadi penyebar mikroba patogen (true water borne diseases). Contoh penyakit yang ditimbulkan adalah diarea, kolera, typus, dan parathypus. Air juga dapat menjadi sarang penyebar penyakit (water related vector borne diseases). Contohnya penyakit dari serangan ini adalah demam berdarah dan malaria. Diarea Umumnya disertai dengan gejala demam tinggi, sakit perut, muntah yang teruk, kerap buang air besar disertai, ini mengakibatkan kelemahan tubuh kerana kekurangan cairan (dehidrasi). Hal ini berpunca dari pengambilan makanan ataupun minuman yang

tercemari dengan bakteria atau virus. Bakteria atau virus ini menyebabkan terjadinya iritasi. Selain daripada itu, mengambil makanan yang mengandungi garam-garaman seperti sup, juga akan membantu mempercepat proses pemulihan. Setelah tidak lagi menunjukkan gejala diarea, penderita harus segera memulihkan kondisi kecukupan nutrisi dalam tubuhnya, dengan makan makanan dalam jumlah yang cukup dan gizi yang memadai. Saniti perlu ditingkatkan. Penyakit bawaan air ini memburukkan keadaan kesihatan dan produktiviti seorang individu dan membawa kesan buruk yang bagi di sekitarnya dan akhirnya berpeluang merebak penyakitnya kepada orang lain. Masalah sanitasi memang pekerjaan yang berat. b. Penyakit bawaan makanan i. Foodborne Disease Apakah itu penyakit bawaan makanan? Penyakit bawaan makanan atau keracunan makanan terjangkit kalau makan atau minum bahan tercemar. Sebab dan gejala penyakit bawaan makanan Ada pelbagai penyakit yang boleh timbul kerana makan makanan tercemar. Penyebab umumnya adalah:

ii.

Kuman; Virus; dan Racun.

Gejalanya tak tentu. Ia bergantung dari penyebabnya iaitu cirit-birit, muntah, mual, sakit perut dan demam. Gejala lainnya mungkin sakit kepala, sakit kuning. c. Siapa yang terkena? Sesiapapun boleh terkena penyakit bawaan makanan, tetapi ada golongan yang lebih senang terkena: i. ii. iii. iv. Anak kecil; Orang dewasa; Orang yang sistem ketahanannya rendah; dan Wanita hamil.

d. Pengubatannya Jika gejalanya ringan maka cepat sembuh. Orang yang cirit-birit dan muntah, selalunya mereka dinasihatkan minum air yang banyak. e. Cara-cara Mencegah Penyakit Bawaan Makanan Langkah utama untuk menghindar penyakit bawaan makanan dan keracunan makanan adalah dengan melindungi makanan dari tercemar oleh kuman-kuman patogens yang boleh menyebabkan penyakit. Sebagai panduan asas, beberapa perkara berikut boleh dilakukan untuk mengelakkan makanan dari tercemar. i. Pemilihan Bahan Mentah Pemilihan bahan mentah yang berkualiti dan selamat. Bahan-bahan mentah seperti telur, ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan susu amat mudah tercemar oleh kuman. Bahan-bahan mentah ini perlulah dipilih dengan teliti dan elakkan daripada membeli bahan mentah yang telah diketahui disimpan atau dikendalikan dengan cara yang tidak bersih ataupun disimpan bercampur dengan bahan-bahan kimia ataupun bahan-bahan bukan makanan. Pastikan bahan segar seperti daging, ikan dan ayam berada pada suhu sejuk. Memandangkan musim panas ais akan mudah cair dan menjejaskan suhu penyimpanan semasa di jualan. Bagi makanan yang akan dimakan mentah seperti timun dan salad, ia perlulah dibasuh dengan sempurna sebelum ianya dimakan. Elakkan menggunakan air yang sama berulang kali untuk mencuci sayursayuran ini walaupun cara ini dapat menjimatkan air. ii. Penyimpanan Bahan Mentah Bahan mentah yang perlu disimpan lama seperti ayam, ikan dan daging perlu disimpan pada suhu sejuk beku. Penyimpanan dalam suhu sejuk beku yang sempurna dapat menahan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan keracunan makanan. Memasak Makanan Proses ini amat penting untuk mengelakkan kes keracunan makanan daripada berlaku. Proses memasak bukan hanya bertujuan menambahkan kelazatan dan lebih mudah dimakan tetapi juga bertujuan membunuh bakteria. Pada umumnya, masak pada suhu didih (100 C) pada jangkamasa 5 10 minit adalah cukup untuk membunuh bakteria. Penggunaan haba basah seperti kukus dan rebus adalah lebih berkesan berbanding

iii.

dengan haba kering seperti oven untuk membunuh bakteria. Walau bagaimanapun, bahan-bahan kimia dan toksin adalah stabil dan tidak musnah melalui proses memasak. iv. Penyimpanan Makanan Makanan yang telah dimasak dan disimpan lama pada suhu biasa (suhu bilik) memberikan keadaan yang amat sesuai untuk pertumbuhan bakteria. Keadaan ini menyebabkan makanan menjadi rosak dan basi. Bagi mengelakkan keadaan ini, makanan perlu disimpan di tempat yang bersih dan bertutup; tidak disimpan bersama dengan bahan mentah untuk mengelakkan pencemaran silang dan tidak terdedah kepada agen-agen pembawa bakteria seperti lalat dan lipas. v. Pemanasan Semula Makanan yang disimpan kaedah ini adalah amat penting kerana pemanasan semula makanan dapat membunuh bakteria yang mungkin telah mencemari makanan yang disimpan. Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya akan berfaedah jika pemanasan dilakukan hingga kepada suhu yang diperlukan dan rata kepada semua bahagian makanan. Suhu yang disyorkan adalah sekurangkurangnya 70 C selama 5 10 minit. Pemanasan yang berulang-ulang kali adalah tidak digalakkan. Menghidang Makanan Makanan yang dihidangkan secara terbuka akan mudah dicemari. Pencemaran boleh berlaku secara terus, melalui serangga seperti lalat dan lipas. Bagi mengelakkan hidangan dicemari ianya perlulah ditutup dengan sempurna dengan penutup yang bersih dan sesuai. Menggunakan surat khabar dan bahan cetak adalah tidak dibenarkan kerana ia boleh mengakibatkan makanan tercemar oleh dakwat yang merbahaya jika dimakan. Air Minuman Air minuman perlu dimasak terlebih dahulu. Bagi kawasan yang mengalami keputusan bekalan air paip, pastikan bekalan air daripada tangki-tangki yang dihantar oleh pihak Jabatan Bekalan Air ke rumahrumah ditadah, dibiarkan seketika sehingga ampaian atau habukhabuk yang terdapat di dalam air termendap ke bawah sebelum dimasak dan diminum. Dalam keadaan cuaca yang panas ini juga, pastikan jumlah air yang diminum mencukupi iaitu sekurangkurangnya 6 8 gelas sehari kerana tubuh mudah mengalami dehidrasi pada musim panas ini. Keadaan dehidrasi boleh menyebabkan penurunan tahap ketahanan (imuniti) tubuh terhadap sesuatu penyakit. Ibu bapa perlu memberi tumpuan kepada anak-

vi.

vii.

anak kerana mereka adalah golongan yang paling mudah diserang demam, batuk, selsema kerana ketahanan tubuh yang rendah. viii. Kebersihan Diri Pastikan tangan anda bersih setiap kali hendak memegang makanan. Ada yang menganggap cara ini sukar dipraktikkan semasa ketiadaan air. Pada musim catuan air dilakukan, sudah pastinya air bersih sukar diperolehi. Walau bagaimanapun, pengendali makanan tidak kira surirumah atau peniaga gerai makanan perlu memastikan amalan kebersihan dipatuhi. Pastikan bekalan air mencukupi sebelum menyediakan makanan walaupun cara ini memerlukan lebih masa dan tenaga. Adalah amat penting tidak berkuku panjang dan kotor. Elakkan diri daripada mengendali makanan jika terdapat penyakit kulit seperti bisul, kudis atau luka yang bernanah di tangan. Penyakit kulit seperti ini membawa bakteria yang boleh mencemarkan makanan. Pengendali-pengendali makanan juga harus menjalani pemeriksaan perubatan dan mengambil suntikan sebelum menjalankan perniagaan. ix. Menjaga Kebersihan Dapur dan peralatan memasak adalah amat penting seperti kain pengelap, papan cincang, pisau dan sebagainya dicuci bersih setiap kali selepas digunakan. Ia perlu disimpan di tempat yang bersih dan tidak digunakan untuk pelbagai tujuan lain. Kesimpulannya, Penyakit bawaan makanan adalah penyakit yang biasa menyerang orang ramai. Walau bagaimanapun, ia dapat dielakkan dan dikawal sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk melindungi makanan yang dimakan dari pada tercemar oleh bahan pencemaran yang boleh menyebabkan penyakit. Amalan kebersihan perlu dipraktikkan setiap masa. Keadaan cuaca panas dan ketiadaan bekalan air paip bukanlah suatu alasan untuk tidak mematuhi amalan kebersihan jika sikap suka kepada kebersihan telah sebati dalam diri setiap rakyat Malaysia. Oleh itu kita sebagai rakyat yang peka perlu sama-sama memastikan diri dan keluarga selamat dari gejalagejala penyakit ini.

Penyakit Jangkitan Seks


Penyakit jangkitan seks atau penyakit kelamin merujuk kepada sebarang penyakit yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin atau seks. Penyakit kelamin ini boleh disebabkan oleh virus, kuman, bakteria, ataupun kulat. Penyakit kelamin adalah sekumpulan penyakit yang dijangkiti dari seorang kepada seorang yang lain oleh bakteria, tetapi melalui manusia sendiri. Terdapat banyak jenis penyakit jangkitan seks, tetapi yang biasa terdapat di rantau ini ialah

AIDS,

Gonoria,

Siplis

dan

Hepatitis

B.

Di antara penyakit kelamin yang biasa di dapati adalah:


AIDS Chancroid Gonorrhoea Granuloma Hepatitis A Hepatitis B Herpes Jangkitan Saluran Kencing (Urinary Tract Infection) Jangkitan Yis (Kulat) Ketuat kelamin (Genital Warts - Condyloma Acuminata) Kutu ari-ari (Pubic Lice) Lymphogranuloma Molluscum Radang Pelvik Scabies Syphilis Trichomoniasis Vaginitis Bakteria Vaginosis

Walaupun pada masa sekarang, terdapat banyak rawatan yang boleh digunakan untuk merawat penyakit jangkitan seks, kebanyakan penyakit jangkitan seks tidak dapat sembuh secara 100%. Gejala penyakit kelamin akan kembali berulang dan pengidap penyakit kelamin perlu mendapatkan rawatan seberapa segera dan seberapa kerap yang perlu. Sekiranya pengidap penyakit kelamin ini tidak mendapatkan rawatan atau lewat mendapatkan rawatan kerana perasaan malu atau jahil, ia akan membawa akibat yang sangat buruk. Sesetengah penyakit kelamin seperti AIDs tidak boleh diubati langsung dan hanya boleh diperlahankan tetapi dengan kos yang teramat mahal. Walaupun menerima rawatan, pesakit

AIDs terpaksa bergantung hidup dengan memakan pelbagai jenis ubat-ubatan setiap hari, dan biasanya masih akan berakhir dengan kematian disebabkan virus dalam tubuh mulai menjadi kebal dengan ubat yang dimakan bertahun-tahun lamanya itu. Penyakit kelamin lebih sering tersebar dalam kalangan remaja. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti: a. Kurang pengetahuan mengenai penyakit kelamin. Tidak tahu cara ianya merebak. b. Salah faham terhadap penyakit kelamin. Contoh: penyakit kelamin tidak menular dalam kalangan orang muda. (Ini adalah salah. Kebanyakan penyakit kelamin merebak dalam kalangan remaja dan awal dewasa.) c. Tekanan pasangan untuk tidak menggunakan kondom. d. Kesukaran mendapatkan bekalan kondom. Ketiadaan kondom tidak mampu menghalang berlakunya hubungan seks, malah menambah risiko penyebaran penyakit kelamin dan risiko kehamilan. e. Fikiran cetek "Ia tidak mungkin berlaku pada saya. / Saya hanya melakukannya dengan pasangan yang rapat" f. Tidak tahu kesan buruk jangka panjang. "Saya kenal orang yang mengidap penyakit kelamin tetapi masih dapat hidup seperti biasa...." Kebanyakan penyakit kelamin boleh dilindungi dengan beberapa cara; a. Mengelak dari melakukan hubungan kelamin (bagi yang belum berkahwin); b. Mengamalkan hubungan yang sihat antara pasangan yang berkahwin; c. Menjauhi daripada melakukan hubungan rambang; dan d. Mengamalkan cara yang selamat ketika melakukan hubungan kelamin seperti menggunakan kondom dengan betul. Rajah 5.5 menyatakan penyakit-penyakit jangkitan seks yang utama.

Rajah 5.5: Penyakit-penyakit jangkitan Mari kita bincang penyakit-penyakit tersebut dengan lanjut.

seks

yang

utama

a. AIDS AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau Aquired Immuno Deficiency Syndrome. i. Apa itu HIV? HIV ialah singkatan perkataan Human Immunodeficiency Virus. Virus HIV berkembang biak dan merosakkan sel-sel darah putih yang berfungsi melawan serangan penyakit. Ianya menyebabkan kemusnahan sistem daya tahan tubuh badan melawan penyakit. HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan*, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS. Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.

ii.

Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit. Bagaimanakah HIV boleh HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:

iii.

dijangkiti?

Melalui perhubungan seks tidak selamat (seks tidak selamat adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks). Melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari. Melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.

HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjagajaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas. iv. Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti? HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selsema. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, di dalam air atau udara. HIV tidak boleh dijangkiti melalui:

Pendermaan darah; Berjabat tangan dan berpelukan; Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam; Berkongsi makanan dan perkakas dapur; Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur; Bersin, batuk, air peluh atau air kencing; Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang; dan Menjaga seseorang yang positif-HIV.

v.

Bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada saya telah dijangkiti? Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda telah dijangkiti adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV. Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV? Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selsema tiga sehingga enam minggu selepas jangkitan. Tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain; orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan menganggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko. Apakah seks selamat? Seks selamat adalah hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah tidak masuk ke dalam badan orang lain.

vi.

vii.

Seks selamat adalah hubungan seks menggunakan kondom lateks dan pelincir berasaskan air seperti gel K-Y. Seks selamat adalah perlakuan seks seperti bersentuhan atau melancap di mana kedua-dua pihak tidak mempunyai luka atau ruam pada tangan mereka.

Cara-cara ini dipanggil "seks selamat" kerana ianya meminimumkan risiko jangkitan, tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali. Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika salah seorang pasangan adalah positifHIV. Seks selamat juga boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin yang boleh meninggikan risiko jangkitan HIV. Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV menjangkiti sel-sel badan. viii. Jangkitan HIV/AIDS adalah melalui:

Melalui hubungan seksual seperti homoseksual (hubungan seksual sejenis), bisexual, dan hetrosexual. Berkongsi jarum suntikan yang dicemari oleh virus HIV penagih dadah berisiko tinggi untuk dijangkiti kerana sering berkongsi jarum suntikan.

Melalui ibu kepada bayi yang dikandung & dilahirkan Ibu yang mengandung dan dijangkiti Virus HIV akan menjangkitkan Virus tersebut kepada anak dalam kandungan. Maklumat untuk remaja yang ingin hidup sihat dan bahagia Sebagaimana yang anda mungkin telah ketahui AIDS berpunca dari serangan virus yang dipanggil HIV atau Human Immunodeficiency virus. HIV menyerang sistem daya tahan badan seseorang sehingga ia menjadi lemah dan punah lantas ia tidak berupaya melawan serangan penyakit, sekalipun penyakitpenyakit yang biasanya ringan dan boleh disembuhkan. Seseorang yang telah disahkan dijangkiti HIV dipanggil sebagai positif-HIV. Ini tidak semestinya bermakna orang itu menghidap AIDS.

AIDS pula adalah nama yang diberi kepada kumpulan penyakitpenyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang positif-HIV, akibat sistem daya tahan yang telah lemah. Penyakit-penyakit yang paling biasa adalah radang paru-paru, batuk kering, beberapa jenis barah, jangkitan kulat dan beberapa jenis penyakit kulit seperti kayap. Jangkitan-jangkitan oportunistik ini (yang mengambil kesempatan terhadap sistem daya tahan badan yang telah lemah) mungkin menyerang beberapa tahun selepas seseorang itu dijangkiti HIV. AIDs/HIV merebak melalui cara-cara berikut:

Melalui perhubungan seks tanpa kondom dengan orang yang telah dijangkiti HIV, di mana berlaku pemindahan cecair badab seperti air mani, air mazi, bendalir faraj atau darah (termasuk darah haid) dari tubuh orang yang telah dijangkiti HIV itu ke tubuh orang yang lain. Melalui darah yang telah dicemari dengan HIV, umpamanya melalui jarum suntikan yang tidak disteril, pemindahan darah dan organ-organ badan. Melalui ibu yang telah dijangkiti HIV kepada anaknya semasa kehamilan, kelahiran atau memberi susu badan.

Pada keseluruhannya, kira-kira 30% daripada bayi-bayi yang dilahirkan oleh wanita-wanita positif-HIV dilaporkan dijangkiti HIV melalui ibu mereka. Risiko ini boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat anti-HIV seperti AZT. Tanda-tanda Penyakit HIV/AIDS:

Hilang berat badan mendadak (lebih 10 %). Cirit birit atau demam berpanjangan (lebih 1 bulan). Jangkitan pneumonia. Jangkitan (pneumonia, brain, retinitis). Tibi ( paru-paru/extra pulmonari). Jangkitan fungus seperti candidiasis (dalam mulut), cryptococcus, (pneumonia & meningitis). Toxoplasmosis ( brain ). Jangkitan Herpes dan kayap. Jangkitan protozoa. Barah kulit atau mulut.

Langkah-langkah Pencegahan:

Jangan lakukan hubungan dengan mereka yang tidak dikenali. Jangan lakukan hubungan jenis dengan berbilang pasangan. Anda boleh gunakan kondom. Sampaikan maklumat kepada pasangan anda.

b. GONORIA Bakteria yang menyebabkan gonoria bernama "Gonococcus". Ia masuk ke dalam tubuh semasa berhubung jenis - dari organ lelaki atau perempuan orang yang telah terjangkit. Bakteria itu tinggal di dalam saluran kencing dan mula membiak dan menyebabkan penyakit di situ. Lapisan dalam saluran kencing adalah basah dan suam - tempat yang sesuai untuk bakteria ini membiak. Oleh kerana kuman-kuman berkehendakkan makanan untuk hidup mereka makan tisu dan membiak dengan begitu banyak. Badan kita cuba melawan penyakit ini dengan kekuatan sel-sel darah putih. Sel-sel darah putih mengelilingi kuman-kuman selepas mereka masuk ke dalam badan, mengeluarkan enzime untuk memusnahkan kumankuman. Walau bagaimanapun, dalam kes Gonoria sel darah putih ditawan oleh kuman. Tisu sekeliling akan terlibat dan sel-sel tisu itu akan mati. Sel tersebut, bersama dengan sel

darah putih, kuman yang mati dan cecair badan menjadi "nanah". Nanah yang keluar adalah gejala awal bagi Gonoria. i. Gejala Dalam satu minggu selepas persetubuhan sedemikian pesakit lelaki biasanya akan kencing bernanah. Membuang air kecil terasa pedih dan kerap kencing. Keadaan ini sangat menderitakan sehingga terpaksa meminta nasihat doktor.Ingat , seseorang pesakit mungkin tidak mempunyai sebarang gejala dan masih mengidap gonoria. Begitu juga pesakit perempuan akan mempunyai masalah yang sama. Tetapi dalam 70% wanita yang terjangkit gejala ini tidak dapat diketahui dan dikesan. ii. Komplikasi Jika pesakit ini tidak dirawat awal ia akan membiak kepada organorgan pembiakan. Organorgan ini akan merasa sakit. Mereka menjadi rosak dan tidak dapat menjalankan tugas biasanya. Akhirnya pesakit menjadi mandul tidak dapat melahirkan anak. Kuman gonococcus juga masuk ke dalam saluran-saluran darah dan pergi ke lain-lain bahagian badan. Kuman kemudian akan menetap di mana-mana organ, seperti hati atau jantung, merosakkannya. Kuman ini juga masuk ke dalam sendi-sendi dan menyebabkan kelumpuhan dan penyakit sendi. Gonoria juga boleh membutakan anak yang baru lahir. Seseorang ibu mengandung mengidap gonoria boleh menjangkitkan mata anaknya semasa proses kelahiran. Jika rawatan awal tidak diberi mata anak itu menjadi buta (sila rujuk Rajah 5.6).

Rajah 5.6: Genoria menyebabkan bayi yang dilahirkan menjadi buta

c. Siplis Bakteria yang menyebabkan siplis diberi nama 'spirochetes'. Spirochetes dijangkitkan dari seseorang pesakit ke orang lain yang sihat melalui persetubuhan sama seperti gonoria. Ia juga boleh, tetapi jarang, direbakkan melalui kulit-kulit yang luka. Mengikut pakar perubatan, penyakit siflis itu sebenarnya berpunca daripada serangan bakteria Treponema Pallidum (sila rujuk Rajah 5.7).

Rajah 5.7: Bakteria Penyakit ini terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu: i.

Treponema

Pallidum

Peringkat pertama Apabila kuman ini masuk ke dalam badan, mereka berlawan dengan sel-sel darah putih. Satu biji kudis mula ternampak pada organ lelaki atau perempuan, 10 hingga 90 hari selepas berhubung jenis. Kudis ini disebut 'chancre' biasanya mentah dan merah, ada keruping atau tidak dan tidak sakit, (iaitu berbeza dari kudis-kudis lain yang sudah tentu sakit). Biasanya terdapat satu chancre. Walaupun begitu cecair di dalamnya mengandungi beribu-ribu spirochetes. Kuman ini sangat mudah berjangkit kepada orang lain. Peringkat pertama selesai apabila kudis tersebut sembuh dengan sendirinya (tanpa rawatan!). Tetapi kuman itu tidak hilang. Kuman itu tidak pergi ke mana-mana.

ii.

Peringkat kedua Selepas 2-6 bulan penyakit ini memasuki peringkat kedua. Pesakit itu akan mempunyai satu atau lebih gejala seperti Rajah 5.8.

Rajah 5.8: Gejala penyakit siplis peringkat kedua Pesakit ketika ini sangat merbahaya dan terdapat banyak ruam pada seluruh badan tetapi tidak gatal, tompok-tompok putih dalam mulut, bengkak di kaki, keguguran rambut yang teruk, keletihan, ulser, hilang selera makan, suara parau. Tanda dan gejala ini boleh hilang tanpa rawatan tetapi kita hendaklah berjauh dari berhubung jenis dengan pesakit siplis. Bagaimanapun gejala yang serius ini akan hilang. Tetapi kumannya tidak hilang. Spirochetes itu masih sibuk membiak di dalam badan, hidup di tisu yang sihat dan merosakkannya. iii. Peringkat ketiga Selepas dua tahun tanpa rawatan, berjuta-juta spirochetes meneruskan membinasakan banyak tisu dan organ termasuk jantung dan otak. Kesudahannya menyebabkan lumpuh, buta atau gila. Di peringkat ini pesakit itu jarang membawa jangkitan. Kuman ini pun jarang terjangkit melalui perhubungan jenis. Walau bagaimanapun, pada mana-mana peringkat juga spirochetes boleh dijangkitkan dari ibu mengandung kepada janinnya. Kuman itu dapat mencari jalannya melalui uri dan tali pusat janin. Bayi yang dilahirkan itu akan mempunyai siplis semula jadi (congenital syphilis). Sifat- sifatnya tidak sempurna dan akan menjadi seorang manusia yang derita. iv. Bagaimana mendapat rawatan? Semua doktor boleh merawat kes-kes gonoria dan siplis, kerajaan atau swasta. Doktor itu akan memeriksa pesakit itu dan jika ia pasti penyakit itu ada rawatan akan diberi. Rawatan ini akan membunuh kuman-kuman berkenaan. Adalah mustahak pemeriksaan kedua dilakukan untuk menentukan ia (perempuan/lelaki) benar-benar sembuh. Semasa rawatan pesakit itu dinasihatkan supaya jangan bersetubuh. Sesiapa yang mempunyai gejala tersebut di bawah hendaklah mendapatkan rawatan awal dari doktor

v.

Sebarang kudis atau kencing bernanah hendaklah diperiksa oleh doktor. Kemungkinan ianya bukan penyakit kelamin tetapi juga memerlukan rawatan perubatan.

Jangan sekali-kali merawat penyakit kelamin sendiri. Rawatan yang salah melindungi gejalanya. Anda mungkin berfikir ianya sembuh tetapi tidak. Jangan memakan antibiotik tanpa nasihat doktor kerana ia boleh menyebabkan kematian kepada orang yang tidak 'bersetuju' kepadanya (allergic).

(vi) Penyakit kelamin boleh dicegah


Dengan tidak bersetubuh dengan seseorang yang telah berjangkit. Dengan mengurangkan kemungkinan jangkitannya. Dengan menggunakan sarung getah (kondom) dan jika digunakannya betul-betul ianya cara yang paling berkesan untuk pencegahan. Menghadkan pendedahan dengan menghadkan pasangan bersetubuhan. Kencing segera selepas bersetubuh. Membasuh organ dengan sabun dan air sebelum dan selepas bersetubuh.

d. HEPATITIS B Hepatitis B ialah penyakit yang menyerang hati yang disebabkan oleh sejenis kuman iaitu Virus Hepatitis B. i. Mengapa ia merbahaya? Hepatitis B merbahaya kerana sesetengah pesakit terus membawa virus Hepatitis B di dalam badan mereka walaupun mereka telah pulih daripada jangkitannya. Orang-orang seperti ini dipanggil pembawa. Pembawa Hepatitis B mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit-penyakit yang teruk seperti penyakit hati, kerosakkan hati dan barah hati. Barah hati adalah di antara sepuluh jenis barah yang kerap berlaku di dunia, termasuk di negara kita. Pembawa Hepatitis B juga mengancam kesihatan orang lain oleh kerana mereka boleh memindahkan virus itu kepada orang lain. Setakat ini, tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Oleh kerana bayi yang baru lahir mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk

menjadi pembawa Hepatitis B. Imunisasi ini adalah selamat dan tidak memberikan kesan sampingan. Tiga dos diperlukan untuk memastikan bahawa bayi menerima perlindungan lengkap terhadap Hepatitis B, (sila rujuk Jadual 5.2). Jadual 5.2: Tiga Dos Suntikan Hepatitis B mengikut Umur

Dos Dos pertama Dos kedua Dos ketiga

Umur Pada hari kelahiran Apabila umur satu bulan Apabila berumur lima bulan

e. HERPES Herpes II ialah jangkitan virus sama seperti herpes I yang menyebabkan kudis. i. ii. iii. Herpes II biasanya berlaku dibawah pinggang atau di bahagian genital. Bagaimana Herpes dijangkiti tidak diketahui hingga kini.

II

Bilangan kes Herpes sebenar tidak diketahui kerana ia tidak perlu dilaporkan kepada jabatan kesihatan, tetapi meningkat dengan kadar yang pesat.

Simptom Banyak kudis berbisa wujud dalam faraj, di genital luaran, di peha, dekat dubur, atau pada zakar. Bisul ini pecah menjadi luka terdedah dan menyakitkan. Luka terdedah ini mudah berjangkit. Lama-kelamaan simptom ini hilang, tetapi virus kekal dalam kulit dalam bentuk dorman. Herpes II boleh timbul semula apabila rintangan badan rendah akibat tekanan, diet yang tidak seimbang, keletihan dan sebagainya. Bagi setengah orang Herpes timbul semula mengikut kekerapan tertentu seperti kitaran haid. Pencegahan Jika kondom mencegah sentuhan daripada luka-luka herpes, ia boleh membantu untuk mencegah jangkitan virus. Jika kes itu aktif, persetubuhan harus dielakkan. Orang perlu berada dalam keadaan fizikal

yang sihat iaitu makan dengan cukup, banyak berehat dan melakukan senaman.

AKTIVITI 5.2
Apakah yang anda tahu tentang HIV/AIDS?

Ujian ringkas tentang HIV/AIDS dan penyakit jangkitan seks. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. HIV disebabkan oleh AIDS. AIDS memusnahkan sistem imun tubuh badan. Tiada rawatan bagi AIDS. Orang yang punyai AIDS biasanya mati. Penyakit jangkitan seks jangkit satu jantina saja Seseorang boleh dijangkiti tanpa disedarinya. Tiada cara untuk melindungi diri daripada AIDS. Contoh jangkitan seks ialah gonoria. Sukar untuk wanita menghadapi AIDS. SB SB SB SB SB SB SB SB SB SB

10. Orang sihat sukar dijangkiti HIV/AIDS.

TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Memilih kegiatan sukan dan rekreasi fizikal yang sesuai ke arah gaya hidup yang sihat dan aktif sepanjang hayat; 2. Membincangkan gaya hidup individu dan masyarakat serta implikasinya terhadap keperluan pemeliharaan kesihatan; 3. Menjelaskan amalan pemakanan berpandu kepada piramid makanan, makanan seimbang, kesan malnutrisi dan lebihan makanan; dan 4. Menerangkan bahawa gaya hidup boleh mempengaruhi kesihatan.

PENGENALAN
Anda mungkin berpendapat bahawa membentuk gaya hidup yang sihat adalah sesuatu yang abstrak dan hanya sesuai diamalkan oleh orang yang telah memperoleh pencapaian yang tinggi dalam bidang kepakaran yang tertentu misalnya seseorang pendidik, pengarah syarikat dan sebagainya. Sesungguhnya semua orang boleh membentuk gaya hidup yang sihat dengan memegang kepada beberapa aspek iaitu mempunyai konsep kendiri yang positif, bertanggungjawab terhadap sikap, keputusan dan tingkah laku sendiri serta mempunyai pegangan yang teguh. Gaya hidup yang sihat adalah penting bagi menjamin kesejahteraan kita daripada aspek kesihatan mental-emosi, sosial dan rohani. Oleh itu, kita harus cuba membentuk gaya hidup yang sihat yang pratikal lagi sesuai dengan tahap umur kita.

6.1 DEFINISI GAYA HIDUP SIHAT


Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan tabiat yang meningkatkan tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Gaya hidup yang sihat berasaskan kepada kegiatan fizikal yang agak rancak. Ia berkait dengan nilai kesihatan yang positif dan kehidupan sebaliknya sentiasa dikaitkan dengan nilai kesihatan yang negatif dan berpenyakit serta masalah kesihatan yang lain (Wee Aeng Hoe, 2002). Jika anda sentiasa melakukan sesuatu aktiviti dalam hidup atau sentiasa mengamalkan cara tertentu dalam melakukan aktiviti itu, anda dikatakan mempunyai gaya hidup tertentu. Gaya hidup individu boleh menjadi gaya hidup masyarakat jika semua individu dalam masyarakat itu mengamalkan gaya hidup yang sama. Gaya hidup individu dan gaya hidup masyarakat boleh mempengaruhi kesihatan.

6.1.1 Komponen Gaya Hidup Sihat


Gaya hidup sihat antara lain melibatkan enam komponen seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1 : Gaya hidup Mari kita bincang komponen-komponen tersebut dengan lebih mendalam.

sihat

a. Makanan seimbang Makanan sangat penting untuk kesihatan. Pengambilan makanan yang seimbang dapat merangsangkan tumbesaran yang normal. Kanak-kanak yang membesar dengan sihat akan dapat belajar dan berfikir dengan baik, melakukan aktiviti dengan cergas tanpa sebarang masalah kesihatan. Makanan yang seimbang adalah diperlukan untuk kita memelihara kesihatan agar tubuh badan kita boleh berfungsi dengan baik. b. Kebersihan diri Bagaimana tentang kebersihan pakaian, tubuh badan dan tempat kediaman kamu, adakah ia sentiasa bersih? Adakah perkara-perkara ini mendapat perhatian kamu? Sebenarnya perkara ini amat berkait dengan sikap dan tingkah laku kamu sendiri. Kebiasaan menjaga kebersihan diri dan persekitaran bukan sahaja amalan kesihatan yang baik tetapi juga menggambarkan sahsiah dan imej kendiri serta gaya hidup kamu yang sihat. Menjaga kebersihan tubuh badan dan peralatan peribadi adalah penting, kita seharusnya (sila rujuk Rajah 6.2):

Rajah 6.2: Aspek-aspek kebersihan diri Cadangan aktiviti dalam rancangan mengajar untuk kanak-kanak pra sekolah dan tahun satu persekolahan.

a. Menjaga kesihatan diri dengan menyatakan cara menjaga tubuh badan, mengamalkan tabiat baik untuk kesihatan dan menyatakan beberapa penyakit akibat daripada tidak menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Menyanyi lagu dan membuat gerakan membersih diri. Tunjukkan cara membasuh tangan, cara menggosok gigi, memotong kuku dan cara menggunakan alatan yang betul. Tunjukkan cara menggunakan tandas dengan betul. Membuat carta aktiviti harian dari pagi sehingga waktu tidur dan berbual mengenainya. Membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Membersihkan diri selepas membuat sesuatu tugasan.

Mengemas dan membersihkan tempat setelah digunakan. Berlakon- main peranan cara mengawal tabiat baik semasa makan, bermain dan sebelum tidur. Memakai kasut semasa keluar kelas/rumah. Menjemput pengawai penerangan. perubatan /pengawai kesihatan memberi

Bercerita melalui pengalaman sendiri. Berbual tentang penyakit melalui gambar.

b. Menjaga kebersihan pakaian, tempat dan peralatan dengan menyatakan perlunya menggunakan pakaian yang bersih, menyatakan cara membersihkan pakaian, tempat dan peralatan yang digunakan dan menguruskan persediaan tempat sebelum dan selepas menggunakan.

Bersoal jawab tentang pentingnya menjaga kebersihan pakaian. Aktiviti mencuci pakaian sendiri. Menjaga kebersihan pakaian, tempat dan peralatan yang digunakan.

c. Tidak menyalahgunakan bahan Gaya hidup sihat menuntut kita tidak menyalah gunakan bahan yang melibatkan perkara seperti: i. ii. iii. iv. Merokok; Mengambil dadah; Meminum alkohol; dan Penyalahgunaan dadah.

Semua golongan masyarakat di negara ini perlu bersama-sama melibatkan diri dalam menjalankan gaya hidup yang sihat. Rehat yang cukup Dalam kehidupan harian kita tidak dapat mengelak daripada mengalami ketegangan: Tidak kira apa keadaannya, kita harus berehat dengan tujuan:

. i. ii. iii. iv.

Melupakan bebanan dan perasan bimbang atau cemas; Rehat dan tidur perlu untuk tumbesaran kanak-kanak; Merehatkan otak; Memulihkan tenaga; dan Membolehkan mereka menjalankan aktiviti seterusnya.

Senaman Di peringkat remaja dan awal dewasa ada dikalangan kita mengamalkan gaya hidup yang kurang aktif dari segi fizikal dan penuh ketegangan. Contohnya suka berehat dengan menonton televisyen. Gaya hidup seumpama ini sesungguhnya tidak sihat lebih-lebih lagi bagi jangka masa panjang. Ekoran daripada gaya hidup yang kurang aktif dari segi fizikal, kita mungkin akan mengalami masalah kegemukan, hipertensi dan sakit jantung. Senaman adalah perlu untuk menjaga kesihatan dan pengekalan tahap kecergasan yang tinggi. Antara kelebihan senaman adalah seperti berikut: . i. ii. iii. iv. v. vi. Mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetis; Menambah kekuatan jantung dan paru-paru; Memperkuatkan tulang dan mencegah osteoporosis; Membakar lemak untuk mengawal berat badan berlebihan; Meningkatkan kolesterol 'baik' di dalam darah; Membantu untuk tidur yang baik; dan Mengurangkan ketegangan dalam diri.

Berat badan Berat badan merupakan salah satu penanda aras bagi mengukur tahap kesihatan seseorang individu. Hari ini, kebanyakan penyakit seperti penyakit jantung, diabetis, obesiti, strok, tekanan, kanser dan mandul berpunca daripada berat badan yang berlebihan. Manakala, kekurangan berat badan pula menunjukkan individu tersebut malnutrisi. Oleh yang demikian, setiap individu perlulah mencapai berat badan yang ideal bagi memastikan tahap kesihatan yang optimum. Indeks jisim badan (BMI) telah diperkenalkan bagi memudahkan kita mengetahui jisim badan seseorang. Indeks jisim badan dapat dikira melalui formula di bawah: Indeks jisim badan = Berat

---------(Tinggi)2

Berat tersebut mestilah diukur dalam kilogram (kg) dan untuk tinggi pula dalam meter (m). Ukuran tinggi tersebut mestilah digandakan dua. Indeks jisim badan ini akan diklasifikasikan mengikut Institut Kesihatan Nasional seperti berikut: . i. ii. BMI <18.5 kg/m2 = kurang berat badan. BMI 18.5 24.9 kg/m2 = berat badan ideal. BMI 25 kg/m2 = lebihan berat badan.

Oleh yang demikian, penjagaan berat badan adalah penting bagi mengelakkan berlakunya penyakit yang tidak diingini.

Kepentingan Gaya Hidup yang Sihat


Seseorang yang telah dapat membahagi masa dengan baik untuk berkerja, berehat, tidur, bergaul dan sebahagiannya telah menemui jalan untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk dirinya. (Waltes H. Cottingham) Berdasarkan petikan di atas bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa kita harus memilih,merancang, melaksanakan program atau penjadualan aktiviti dan menggunakan masa untuk rehat, rekreasi serta kesenggangan dengan bijak dan berkesan.

AKTIVITI 6.1
Benarkah gaya hidup kamu boleh mempengaruhi kesihatan? Bincangkan.

6.2 AMALAN PEMAKANAN


Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Makanan yang dipilih dengan betul boleh membekalkan nutrien makanan yang cukup bagi memenuhi keperluan badan. Pemakanan ialah suatu proses membekal dan menerima makanan yang diperlukan untuk kesihatan dan pertumbuhan. Pemakanan merupakan makanan yang dimakan dan bagaimana tubuh badan menggunakannya. Pendek kata, pemakanan ialah apa yang dimakan dan diminum oleh seseorang. Amalan pemakanan kita dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya ialah budaya, citarasa atau gaya hidup dan ekonomi. Faktor-faktor ini boleh memberi kesan negatif kepada pengambilan nutrien.

6.2.1 Piramid Makanan

Rajah 6.3: Piramid Makanan Berikut adalah antara aspek-aspek makanan seimbang:

makanan Seimbang

a. Makanan seimbang ialah sajian yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh bagi memenuhi keperluan pembesaran dan memelihara kesihatan (sila rujuk Rajah 6.3). b. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan boleh digunakan sebagai panduan bagi memilih makanan secara sihat. c. Makanan seimbang juga memerlukan kita mengimbangkan jumlah kalori yang kita ambil melalui makanan harian kita. d. Keadaan imbangan tenaga positif akan wujud jika jumlah tenaga yang diambil melalui makanan harian melebihi tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan. e. Imbangan tenaga seperti ini perlu untuk bayi, kanak-kanak dan remaja dalam proses pembesaran. f. Ia juga boleh menimbulkan masalah penambahan berat badan dalam kalangan orang dewasa jika diurus dengan baik. g. Sebaliknya imbangan tenaga negatif pula wujud bila jumlah tenaga diambil adalah lebih rendah daripada keperluan tenaga tubuh badan. h. Kekurangan tenaga mengakibatkan penurunan berat badan. Cadangan aktiviti dalam rancangan mengajar untuk kanak-kanak prasekolah dan tahun satu persekolahan.

a. Mengamalkan makanan dan pemakanan yang baik dan sembang dengan menyatakan makanan yang baik dan berkhasiat, mengenal pasti makanan yang rosak dan basi, menyatakan menu makanan seimbang.
o o o

Bercerita mengenai makanan yang digemari. Melukis dan mewarnakan gambar makanan. Menghasilkan mengenainya. buku skrap tentang makanan berkhasiat dan bercerita

Mengumpul, memotong dan menampal gambar makanan digemari dan berbual mengenainya. Bercerita tentang jenis makanan yang tidak berkhasiat. Menunjukkan contoh makanan yang basi dan rosak. Mengenal pasti tarikh luput makanan pada tin, paket, karton dan sebagainya.

o o o

Berbual mengenai menu untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Aktiviti memasak makanan. Menyediakan sajian makanan yang seimbang.

o o

6.2.2 Kesan Malnutrisi dan Kelebihan Makanan


Malnutrisi Berikut adalah aspek-aspek malnutrisi: a. Adalah keadaan yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan. b. Kekurangan zat makanan mungkin disebabkan oleh pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi, proses pencernaan makanan yang tidak sempurna atau masalah penyerapan zat makanan. c. Kekurangan satu jenis vitamin adalah sejenis malnutrisi, begitu juga dengan kekurangan makanan atau kebuluran. d. Bagi kanak-kanak malnutrisi protein menyebabkan keadaan kwashiorkor. yang dinamakan

e. Kanak-kanak ini mengalami pertumbuhan yang terbantut, anemia, metabolisme terjejas dan perut menjadi buncit. Jadual 6.1 menjelaskan fungsi zat makanan tertentu, kesan kekurangan dan kesan pengambilan berlebihan zat makanan tersebut. Jadual 6.1: Zat Makanan, Kesan Kekurangan dan Kesan Pengambilan Berlebihan Zat Makanan Mikro Vitamin A (retinol)

Fungsi Pembentukan retina untuk penglihatan yang normal Menggalakkan pertumbuhan,

Kesan Kekurangan

Kesan Pengambilan Berlebihan

Rabun malam Masalah penglihatan

Muntah, aneroksia, sakit kepala, rambut gugur

pembiakan keimunan lodin

dan

terbantut

Komponen horman tiroid iaitu horman pertumbuhan

Goiter (kelenjar) tiroid di bahagian leher membengka k Anemia Fungsi kognitif terjejas

Hipertiroidisme, beguk, ulser mulut, muntah

Zat besi

Komponen hemoglobin dan enzim untuk proses pengangkutan oksigen Komponen tulang dan gigi untuk pembekuan darah, fungsi otot dan saraf

Lesu, sakit sendi, kitar haid berhenti lebih awal

Kalsium

Riketsia (tulang tidak terbentuk baik), ostoeporosis Darah lambat beku Kejang otot

Fungsi saraf terjejas, sakit otot, penyakit karang (kidney stones)

Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, 2002

AKTIVITI 6.2
Dalam kumpulan bertiga, kumpulkan maklumat tentang salah satu penyakit berikut iaitu diabetes, hipertensi, penyakit jantung koronari dan ulser peptik. Bagi setiap penyakit dapatkan maklumat tentang penyebab dan cara mengatasinya. Daripada maklumat yang kamu peroleh buat satu poster untuk dipamerkan di papan kenyataan sekolah.

6.3 PENYALAHGUNAAN BAHAN


Gaya hidup sihat yang negatif sering dan selalu dikaitkan dengan penyalahgunaan bahan misalan penyalahgunaan dadah, rokok dan alkohol. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan atau NGO bagi mengatasi masalah penyalahgunaan bahan di Malaysia. Setiap anggota masyarakat dan negara juga harus memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah penyalahgunaan bahan.

6.3.1 Bahan yang Membahayakan Kesihatan


a. Dadah Dadah ialah sejenis bahan kimia asli atau tiruan yang boleh mengubah keadaan badan, perasaan dan kelakuan penggunanya. Dadah digunakan bagi merawat dan mengawal kesakitan pesakit tetapi jika bahan ini disalahgunakan ia akan mengakibatkan ketagihan, mengganggu kesihatan dan memberi penderitaan. Sesungguhnya, pengambilan ubatubatan yang melibatkan dadah perlu dilakukan menurut nasihat doktor. Jika pengambilan berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk kepada diri seseorang individu. i. Antara risiko yang dihadapi kesan daripada penyalahgunaan dadah:

Gangguan fikiran; Ketagihan; Hilang selera makan; Maut; Kerosakan akhlak; Menunjukkan sifat-sifat yang negatif; dan Tidak bermoral.

ii.

Tanda-tanda ketagihan dadah:


Mata dan hidung berair; Mata menonjol; Kesugulan; Resah;

Kurus; Huru-hara; Khayal; Mengantuk; Cepat marah; dan Fikiran terganggu.

iii.

Langkah-langkah pencegahan dan pengurusan bahan:


Penguatkuasaan undang-undang (Akta Dadah Berbahaya Pindaan 1986). Pendidikan kesihatan tentang bahaya penyalahgunaan dadah untuk memberi kesedaran kepda masyarakat. Ibu bapa mengawasi pergaulan dan tingkah laku anak-anak mereka. Menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sukan. Melalui peranan agensi pelaksana anti-dadah seperti Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM).

iv.

Maklumat Penggayaan

Jadual 6.2 menunjukkan tujuh sebab mengapa orang mengambil dadah di Malaysia. Jadual 6.2: Tujuh Sebab Orang Mengambil Dadah

Sebab Tekanan rakan sebaya Keseronokkan Percubaan Mengatasi tekanan mental Kesan rawatan awal Tidak sengaja Rangsangan seks

Peratus 41.1 36.8 15.6 4.6 1.0 0.4 0.1

AKTIVITI 6.3

Anjurkan satu pertandingan melukis poster kempen daripada salah satu tema iaitu antidadah, anti-alkohol ataupun anti-merokok dikalangan peserta daripada murid prasekolah ataupun kelas tahun satu.

b. Merokok Secara amnya, ramai yang menganggap merokok adalah amalan yang mudah. Merokok merupakan tabiat yang digemari ramai tidak kira umur, pangkat dan jantina. Walau apapun alasan seseorang itu merokok, yang jelasnya ia merupakan satu tabiat yang mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap kesihatan mereka. Penyakit jantung boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk pemakanan, gaya hidup (merokok) atau sejarah keluarga. Faktor ini tergolong kepada yang boleh diubahsuai dan tidak boleh diubahsuai. Salah satu contoh faktor yang boleh diubahsuai adalah merokok. Seseorang perokok dikatakan adalah tiga kali lebih mudah diserang sakit jantung. Rokok diperbuat daripada tembakau, iaitu daripada tumbuhan, nikotianatabacum. Hasil tembakau berbeza mengikut cara pemprosesannya. Untuk dijadikan rokok, berbagaibagai bahan kimia lain digunakan semasa memproses daun tembakau. Kajian juga menunjukkan bahawa dalam sebatang rokok, terdapat tidak kurang daripada 3800 jenis bahan racun yang disedut ke dalam tubuh semasa seseorang itu merokok. Rajah 6.4 menyenaraikan beberapa contoh bahan racun dalam rokok.

Rajah 6.4: Contoh bahan-bahan racun dalam rokok i. Punca suka menghisap rokok:

Sifat menentang; Ingin bergaya; Ingin tahu; Tekanan rakan sebaya; Berpendapat bahawa merokok memberi keyakinan; Kepercayaan bahawa menghisap rokok menjadikan diri seorang dewasa; Keluarga berpecah, penghisap bertambah; Pengaruh keluarga yang menghisap rokok; Menghisap rokok untuk menunjukkan diri sebagai ahli kumpulan; dan Pengaruh dari persekitaran.

ii.

Antara risiko yang dihadapi kesan daripada merokok:


Penyakit jantung; Pengecilan saluran darah; Barah; Penyakit pernafasan; Penyakit sistem pencernaan; Bronkitis; Emfisima; Penyakit mulut; and Kegencatan pertumbuhan anak di dalam rahim.

iii.

Langkah-langkah Am untuk Berhenti Merokok Empat cara yang disarankan oleh WHO dalam usaha berhenti merokok boleh mengurangkan sedikit demi sedikit kebiasaan perilaku merokok, adalah:

Kurangkan bilangan rokok yang dihisap daripada yang lazimnya. Lagi sedikit bilangan rokok dihisap, lagi dekat mencapai matlamat berhenti merokok. Kurangkan atau elakkan menyedut asap ke paru-paru atau pendekkan masa asap berada dalam paru-paru. Jangan hisap rokok sampai ke hujung atau melebihi daripada setengah, ataupun dua pertiga batang rokok tersebut. Padamkan apinya dan buang rokok itu. Elakkan daripada meletak rokok pada mulut apabila tidak menghisapnya. Biarkan rokok ditangan atau diletakkan di tempattempat rokok.

Jika perlu, cadangan berikut juga boleh membantu ke arah mula berhenti merokok:

Tukar jenama rokok kepada yang lain, mungkin kepada jenama yang anda tidak gemari. Mulakan merokok pada waktu lewat sedikit daripada biasa, misalnya jangan merokok sebelum sarapan, atau sebelum sampai ke tempat kerja, ataupun sebelum minum sewaktu rehat dan sebagainya. Berhenti merokok lebih awal daripada biasa, misalnya selepas menonton berita televisyen, atau makan malam dan sebagainya. Berjalan- jalan atau bersiar-siar selepas makan. Tinggalkan rokok di rumah atau di tempat lain. Elakkan daripada merokok di tempat-tempat tertentu di rumah (seperti di bilik TV, bilik rehat, dapur ) atau tempat lain, khususnya apabila bersama anak dan isteri. Elakkan daripada merokok semasa membuat kerja tertentu, seperti menelefon, membaca akhbar, menonton TV ataupun memandu. Pergi ke tempat-tempat 'Dilarang Merokok' yang disediakan di mana sahaja. Gunakan kenderaan awam untuk ke tempat kerja supaya anda tidak dapat merokok. Jadualkan kadar merokok kepada sejam sebatang, dan kemudian jarakkan lagi masa ini.

Gosok gigi serta-merta selepas makan supaya mengelakkan tangan mencari-cari rokok. Simpan gula-gula, kacang atau makanan ringkas yang lain dan bawa ke mana-mana sebagai ganti.

Sungguhpun bagi seseorang yang telah bersedia berhenti merokok, kini terdapat berbagai-bagai pendekatan khas untuk menggalakkan perokok itu berhenti. Umumnya ia dikenali sebagai 'terapi gantian nikotin'. c. Alkohol Alkohol sebenarnya satu kumpulan bahan kimia organik yang mengandungi kumpulan berfungsi OH. Alkohol adalah satu kumpulan bahan kimia organik yang besar kerana ia banyak terdapat di dalam produk pengguna tidak kira produk makanan ataupun produk kosmetik. Antara punca suka minum alkohol adalah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Tabiat; Rasa yang sedap; Keinginan untuk rasa mabuk; Tradisi keluarga atau kebudayaan; Berlagak untuk menunjukkan ketampanan; Terpengaruh oleh iklan atau tayangan gambar; Meraikan peristiwa keagamaan, kebudayaan dan sosial; Memberontak terhadap ibu bapa oleh orang muda; Ingin membuat percubaan untuk memenuhi keinginan untuk tahu; Sebagai saluran untuk menyelesaikan masalah, menghapus rasa bosan; dan Tekanan rakan sebaya atau untuk diterima oleh orang-orang tertentu.

Anda mungkin juga menyukai