Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Merujuk kepada perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa perubahan sistem pendidikan atau sukatan pelajaran yang berorientasikan program bersepadu haruslah diambil perhatian oleh semua pihak termasuk penggubal dasar, pihak pentadbiran sekolah, ibu bapa dan guru. Kejayaan sesuatu perkara memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak terutamanya guru yang memainkan peranan penting dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru sepatutnya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik dan berkesan mengikut kesesuaian murid supaya memberi hasil pembelajaran kepada murid. Sekarang, sekolah dilihat sebagai institusi yang tidak hanya menyediakan murid untuk peperiksaan semata-mata tetapi lebih berperanan dalam mendidik dan membimbing murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran ke arah pembangunan dan pembentukan modal insan yang holistis. Sebagai pendidik, kita sepatutnya mempunyai sikap, pandangan dan visi yang positif terhadap tugas dan amanah kita bagi merealisasikan tujuan dan hasrat FPK. Guru wajar dan wajib memanfaatkan segala kepakaran dan ilmunya untuk membina modal insan dalam pelbagai aspek dan dimensi demi memenuhi tuntutan FPK yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di negara kita selama ini. Semua aspek yang diambil kira dapat memberi kesan positif kepada murid supaya mereka dapat mengaplikasikan ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan sebenar. Kesimpulannya, jika setiap pendidik memahami falsafah, objektif dan organisasi kandungan sukatan pelajaran yang ditetapkan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab profesion mereka dengan baik, sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan satu impian sahaja.

Anda mungkin juga menyukai