Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1 (individu) :

Kebelakangan ini, amalan budi Bahasa dam kesantunan berbahasa semakin


terhakis. Adab sopan juga semakin terkikis sehingga kerajaan mewujudkan
pelbagai program untuk memupuk kembali amalan berbudi Bahasa dan
kesantunan berbahasa. Malah, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan
Malaysia sentiasa proaktif dengan pelbagai usaha untuk mengubah sikap
masyarakat lataran menyedari kepentingan berbudi Bahasa dan kesantunan
dalam pembinaan jati diri masyarakat Malaysia.

Jelaskan konsep budi bahasa dan kesantunan bahasa. Kemudian, buat analisis
dengan kritis tentang kepentingan budi Bahasa dan kesantunan Bahasa dalam
membentuk jati diri rakyat negara Malaysia.
1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan (1984), kesantunan bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti,
beradab atau sopan. Kesantunan berbahasa setiap masyarakat ditakrifkan oleh tokoh-tokoh
terkenal, sama ada di tanah air atau pun di pentas antarabangsa. Menurut Dr.Asmah Hj.
Omar (2000), kesantunan merupakan kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur
untuk mencapai tujuan tertentu. Kaedah ini juga dikaitkan dengan tingkah laku dan tutur
kata penuh santun yang perlu diikuti. Awang Sariyan (2007), mendefinisikan kesantunan
adalah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Menurut dua orang
tokoh Bahasa yang terkenal, iaitu Brown dan Levinson (1987: 62) mengkaitkan kesantunan
sebagai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar.
Berdasarkan pentakrifan beberapa tokoh di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kesantunan
merupakan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga hati dan
air muka pendengar.

2.0 Konsep Budi Bahasa

“Budi Bahasa budaya kita” merupakan satu ungkapan yang tidak asing lagi didengar oleh
rakyat Malaysia. Sudah terang bahawa amalan budi bahasa ini sangat penting dan perlu
diamalkan oleh semua warga Malaysia dengan tidak mengira agama dan bangsa. Budi
bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tidak
kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. Bak kata pepatah “Budi Baik Dikenang
Juga”, jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dikenang sampai bila-bila masa.
Manakala dengan perkataan Bahasa, ialah satu sistem isyarat yang abstrak yang
mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat
(Ferdinand de Saussure, 1960). Perkataan budi dan bahasa apabila digabungkan akan
menjadi kata majmuk budi bahasa, merujuk kepada tutur kata, kelakuan sopan santun dan
tataterbit. Dalam Islam, budi Bahasa dimaksudkan sebagai ahklak atau peribadi yang mulia.
Nilai budi bahasa mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama Buddha. Dalam agama
Hindu, nilai budi bahasa dalam sistem kekeluargaan sangat dititikberatkan bagi mewujudkan
perpaduan yang erat. Seseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri bertimbang rasa,
bertoleransi, bertolak ansur, bersopan-santun, ramah mesra dan tidak mementingkan diri
sendiri.

3.0 Konsep Kesantunan Bahasa


Kesantunan Bahasa secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicara,(Leech, 1983) ia menerangkan bahawanya kesantunan berbahasa
secara amnya merujuk kepada penggunaan bahasa baik iaitu apabila kita bercakap dengan
seseorang, kita hendaklah bercakap dengan menggunakan bahasa yang bersopan dan
beradab. Kesantunan bahasa merujuk kepada strategi penggunaan kata gelaran, kata
sapaan dan kata ganti nama diri untuk menunjukkan perasaan hormat terhadap seseorang.
Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan
ragam. Pemilihan kata mestilah sesuai dengan situasi, topik perbualan dan hubungan antara
penutur dengan pedengar. Menurut WATTS ET.AL , kesantunan ialah perlakuan bahasa
yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam
kumpulan sosial. Secara rumusan, kesantunan bahasa merupakan kata-kata atau perlakuan
yang sesuai, tidak menimbulkan konflik, sentiasa menjaga air muka pendengar.

4.0 Kepentingan Budi Bahasa

Tidak dapat dinafikan bahawa budi bahasa mempunyai banyak kepentingan kepada negara.
Budi bahasa penting untuk membentuk jati diri rakyat negara Malaysia supaya melahirkan
insan yang mulia, mewujudkan perpaduan dan melahirkan masyarakat yang lebih
bertamadun. Amalan berbudi bahasa ini amat penting untuk menjaga dan memartabatkan
maruah diri dan keluarga. Iman al Ghazali mengatakan, “Apabila kamu hendak mengenali
wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada wajah”.
Kata- kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali
pengukur kepada setiap individu. Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat budi bahasa
sehingga tercipta peribahasa iaitu “hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati”.
Peribahasa ini memperjelaskan kepada kita kepentingan budi bahasa dalam membentuk jati
diri masyarakat kerana orang yang budi baik dibalas dengan kebaikan. Negara kita telah
meletakkan budi pekerti sebagai batu aras dalam pelbagai dasar dan falsafah
pembangunan negara. Budi ialah pekerti yang baik atau ahklak terpuji. Manusia akan
dipandang mulia jika berbudi bahasa. Penerapan sikap budi bahasa dianggap amat penting
dalam usaha melahirkan modal insan yang sempurna akhlaknya dan mempunyai kekuatan
jati diri. Amalan ini perlu dipupuk sejak kecil lagi. Penerapan budi bahasa ini sangat penting
dalam kehidupan masyarakat majmuk. Kita perlu sentiasa menggunakan tutur kata yang
sopan dan pekerti yang mulia. Oleh itu, kita akan dilihat sebagai insan yang berhemah dan
akan menjadi idola kepada orang lain. Kita perlu menghargai perbezaan agama dan idea
rakan sebaya. Penerapan amalan ini akan menjamin hubungan yang baik sesama rakan
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Perkataan budi dapat dinilai sebagai sesuatu yang
positif dan amat penting kerana terdapat impak yang berbeza kepada individu, masyarakat
dan negara. Tambahan pula, individu yang berbudi bahasa mudah didampingi oleh orang
lain di samping dapat bertindak mempengaruhi orang lain agar sentasa beretika dan
bersopan santun. Tuntasnya, pemupukan nilai berbudi bahasa amat penting menjadi
tanggungjawab semua warganegara untuk membentuk jati diri.

5.0 Kepentingan Kesantunan Bahasa

Setiap ahli masyarakat amat wajib untuk mengamalkan kesantunan berbahasa yang bersifat
santun dalam gerak-geri dan perilaku serta penggunaan bahasa. Dalam membentukkan jati
diri rakyat negara Malaysia, konsep kesantunan berbahasa dilihat amat penting sebagai
wadah untuk menjayakan usaha ini. Kesantunan dibahagi kepada bentuk kesantunan lisan
dan bentuk kesantunan penulisan.

Bentuk kesantunan lisan dibahagikan dengan dua, iaitu rasmi dan tidak rasmi. Bentuk yang
secara rasmi ialah mesyuarat, syarahan, ucapan dan lain-lain. Manakala yang tidak rasmi
ialah perbualan telefon dan perbualan di kedai kopi. Komunikasi lisan secara formal dan
tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata
panggilan. Bentuk lisan dapat mengeratkan silaturahim antara dua pihak sekiranya
dilaksanakan dengan penuh kesantunan.

Selain itu ialah bentuk kesantunan penulisan. Ia ialah kegiatan merakamkan idea atau
pendapat dalam bentuk tulisan untuk dibaca. Masyarakat wajar menggunakan penggunaan
kata panggilan yang betul, kata sapaan, gaya bahasa yang tepat dan pemilihan ayat yang
bersesuaian supaya tidak menyentuh isu sensitif dan akan menimbulkan perasaan hormat
kepada pembaca. Kesantunan berbahasa amat penting bagi mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni, saling bertolak ansur serta mewujudkan kerjasama.

Seterusnya, kepentingan kesantunan berbahasa ialah mempunyai kosa kata yang halus dan
bertatasusila. Ia akan mengeratkan hubungan sesama insan. Tambahan pula, melalui
kesantunan berbahasa juga, kita tidak akan menyinggung perasaan orang lain. Kesantunan
bahasa dapat membantu mewujudkan perpaduan. Apabila wujudnya sikap-sikap toleransi
dan saling hormat-menghormati akan lahirlah jati diri rakyat Malaysia yang sempurna dan
hidup dengan aman dan damai.

6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, menerapkan sikap kesantunan dapat membentuk jati diri dan sahsiah yang
terpuji sesuai dengan pembentukan modal insan. Secara tidak langsung, jelaslah bahawa
kesantunan masayarakat merupakan satu platform untuk membina ukhwah dan membina
silaturahim yang utuh dalam kalangan masyarakat. Rakyat di Malaysia perlu ada nilai
kesantunan dalam diri, supaya lahirlah masyarakat yang bersopan santun dapat dilahirkan
pada masa depan dan kesejahteraan kehidupan akan terjamin.

(1027 PP)

SUMBER RUJUKAN
BUKU :

Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Faridah bt. Nazir, Ratna Laila bt. Shamsudin. (2014). Kesantunan Masyarakat Malaysia.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Azizi Yahya dan Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk Identiti Remaja. Pahang: PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Teo Kok Sheng. (2003). Kesantunan berbahasa kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2007). Setia dan Santun Bahasa. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Radiah Yusoff dan Nor Aini Ismail. (2005). Linguistik Pengenalan. Selangor: Prentice Hall
Sdn. Bhd.

JURNAL :

Abdul Latib Abd Rahman et.al. (2014). Kesantunan Masyarakat Malaysia. IPG Kampus
Pulau Pinang: Jabatan Pengajian Melayu. 15-20.

Noriati A. Rashid. (2005). Konsep kesantunan dalam Masyarakat. Jurnal Antarabangsa


Dunia. 3, 112-118.

Internet :

Velter Jailih. (2014). Kesantunan Bahasa dalam komunikasi. Ambil daripada:


http://slideshare.net/mobile/velter97/kesantunan-masyarakat-malaysia-58244693 .
Akses pada 25 Ogos 2017.

Tesl Gegurls. (2015). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Ambil daripada:


http://kesantunanipgktik02.wordpress.com . Akses pada 29 Ogos 2017.

Noriati A. Rashid. (2005). Nilai kesantunan dalam konteks sosiobudaya Masyarakat. Ambil
daripada: http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23959/Article_11.PDF .
Akses pada 10 September 2017.

Anda mungkin juga menyukai