Anda di halaman 1dari 90

BELAJAR CARA BELAJAR

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Julai 2001

KANDUNGAN
Pengenalan Objektif Modul Rasional Belajar Cara Belajar Apakah Belajar Cara Belajar ? Peranan Guru dan Murid Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran Maklumat Strategi Metakognitif Pengurusan Masa Persediaan Peperiksaan Contoh Rancangan Pelajaran

1. OBJEKTIF MODUL

Menjelaskan konsep BCB. Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran. Membantu guru mengaplikasi BCB dalam p & p Membantu guru melatih guru lain BCB Menyediakan contoh rancangan p & p

2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR

Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran.

Melatih murid memperoleh maklumat tambahan di luar waktu sekolah.

Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat pendidikan untuk belajar seumur hidup.

3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR

Murid berupaya belajar sendiri tanpa guru.

Murid menggunakan pengetahuan rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.

Murid menilai tahap pembelajaran sendiri.

4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR

Belajar Cara Belajar adalah proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak

Kemahiran Belajar

Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti:

Kemahiran Belajar
Kemahiran Mendengar Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis Kemahiran Mengambil Nota Kemahiran Mengingat

a. Kemahiran Mendengar
Apa yang didengar ..........pelbagai teks seperti: Arahan Lakonan Puisi Berita Ucapan Syarahan Lagu Taklimat Pengumuman Penerangan

Mengapa perlu didengar.... untuk mendapatkan:


Maklumat Fakta Data Pengetahuan Penjelasan Penghayatan muzik, puisi, bunyi

Siapa yang didengar .


Sesiapa

sahaja yang memberi maklumat memberi penjelasan membuat pertanyaan memberi pendapat

b. Kemahiran Membaca

Skimming Untuk maklumat ringkas dan pantas Baca tajuk, pendahuluan dan rumusan
Scanning/ Imbasan Untuk maklumat lebih dalam daripada skimming Baca pendahuluan, rumusan dan bab Perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik, data

Bacaan Intensif

Untuk Maklumat Terperinci strategi : SQ3R Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan Question tajuk jadi soalan jawab Read baca perenggan untuk maklumat Recite ringkaskan, refrasakan perenggan Review lihat nota semula, pastikan ingat isi

Baca Laju
Boleh baca laju dan faham kandungan Tumpuan sepenuhnya masa membaca Kesan isi penting melalui tanda: tulisan condong/ bergaris/tebal graf/gambar rajah/peta minda Membuat catatan nota

Menulis Cepat
Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur: Kelajuan menulis Tulisan yang boleh dibaca

Mencatat Nota
Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta,maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.

Mengingat
Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.

Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar

Motivasikan diri untuk memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu Menumpukan perhatian pada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis Memandang ke arah guru.

KEMAHIRAN MAKLUMAT

KEMAHIRAN MAKLUMAT
Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah suatu aspek kemahiran belajar cara belajar yang penting.

Definisi Maklumat

Maklumat ialah pengetahuan,data,butiran,fakta, keterangan, atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang

Definisi Kemahiran Maklumat


Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.

Kemahiran maklumat terdiri daripada:

Kemahiran perpustakaan
Kemahiran belajar

Kemahiran penyelidikan
Kemahiran komunikasi dan penyampaian

SUMBER MAKLUMAT

Sumber berasaskan manusia


Contohnya ibu bapa, guru, pakar bidang, tokoh dan sebagainya.

Bahan audiovisual
Contohnya filem, video, aset, cakera laser, mirofilem, mikrofis, pita magnetik

SUMBER MAKLUMAT

Sumber berasaskan komputer


Contohnya dalam talian dan luar talian, cakera padat, dan internet.

Bahan bercetak
Contohnya buku, majalah, monograf,surat khabar, jurnal dan laporan.

JENIS SUMBER/BAHAN
1. Jurnal 2. Laporan /Statistik 3. Kertas Kerja 4. Paten 5. Standard/Piawaian 6. Tesis/Disertasi 7. Katalog Perdagangan 8. Ensiklopedia 9. Kamus 10. Tesaurus 11. Atlas/Peta 12. Gazetiar 13. Brosur/risalah 14. Akhbar 15. Majalah/Buletin 16. Buku teks/rujukan 17. Buku Tahunan 18. Monograf 19. Buku log/diari 20. Kitab suci/Hadith 21. Almanak 22. Indeks 23. Abstrak 24. Bibliografi 25. Ulasan/Resensi 26. Direktori 27. Biografi 28. Buku Panduan /Manual 29. Pangkalan Data Dalam Talian 30. Internet 31. CD-ROM

MENGENAL PASTI MASALAH DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN


Memahami tugasan Menggunakan pelbagai sumber rujukan Membaca (secara imbasan dan luncuran) pelbagai maklumat Membina soalan asas Menentukan maklumat yang diperlukan Mengenal pasti skop sumber Membuat sumbang saran untuk mentafsir dan mentafsir semula masalah

MENILAI DAN MENGUMPULKAN MAKLUMAT


Gunakan teknik imbasan dan luncuran Pilih bahan, baca, dengar dan tonton Pastikan sumber sama ada sumber primer atau sekunder Mentafsir maklumat visual seperti graf, peta dan carta. Kumpulkan bukti., alasan dan butiran yang dapat menyokong pandangan/hujah Menilai sumber maklumat dan laman web untuk mendapatkan yang tepat, boleh dipercayai, diperakui, dan sesuai dan pandangan.

Kemahiran Menemu Ramah


Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidang berkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa.

PERSEDIAAN MENEMU RAMAH


Tentukan maklumat yang diperlukan. Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemu ramah. Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan maklumat yang dikehendaki (latar belakang tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya). Buat janji temu dengan tokoh (tarikh, masa dan tempat). Sediakan dan susun soalan untuk mencungkil maklumat yang dikehendaki. Sediakan alat perakam, kamera dan sebagainya mengikut keperluan.

SEMASA MENEMU RAMAH


Tepati janji temu Beradab dan gunakan bahasa yang santun (memperkenalkan diri, menggunakan gelaran dan ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan, dan mengucapkan terima kasih). Bersikap ramah dan menunjukkan minat ketika tokoh bercerita atau menyampaikan maklumat. Adakan hubungan mata dan mendengar dengan teliti. Kemukakan soalan yang telah disediakan; ubah suai soalan jika perlu. Gunakan alat perakam dan catat butiran dalam buku catatan. Dapatkan bahan tambahan daripada tokoh (gambar foto dan lain-lain).

KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN

Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingat semuanya.

KAEDAH MENGESAN MAKLUMAT DAN MERUJUK KEPADA BAHAN DI PSS

menggunakan kad katalog

dengan pembaca mikrofis dengan komputer OPAC

MENGGUNAKAN LACI KAD KATALOG


Ada tiga jenis laci kad katalog :

Laci kad pengarang Laci kad perkara Laci kad judul


Anda boleh menggunakan satu daripada lacI tersebut berdasarkan maklumat yang anda ada seperti maklumat pengarang, perkara dan / atau judul.

Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakan Sistem Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini, terdapat sepuluh kelas maklumat iaitu:

000-099 100-199 200-299 300-399 400-499 500-599 600-699 700-799 800-899 900-999

Karya Am Falsafah Agama Sains Kemasyarakatan Bahasa Sains Tulen Teknologi Kesenian dan Hiburan Kesusasteraan Geografi, Sejarah dan Biografi

Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku


Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit belakang, halaman judul, halaman kandungan, indeks, bibliografi dan daftar kata/glosari menawarkan maklumat yang tertentu .

KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA ENSIKLOPEDIA Terdapat dua jilid ensiklopedia: Jilid maklumat umum atau jilid makro Jilid maklumat terperinci jilid mikro

Pilih jilid yang mengandungi perkataan atau huruf yang pertama yang dicap dengan huruf besar yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikesan seperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT, dan KEJADIAN.

KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA KAMUS Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa yang disusun mengikut urutan abjad.

Terdapat dua jenis kamus:

kamus umum
kamus khas atau kamus istilah.

MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM KAMUS 1. Pecahan makna bagi entri dan subentri (literal dan idiomatik) 2. Jenis kata 3. Maklumat etimologi 4. Label penggunaan 5. Rujuk silang 6. Varian 7. Ejaan 8. Sebutan 9. Istilah 10.Peribahasa 11.Contoh ayat

MENGESAN MAKLUMAT DARIPADA KAMUS

1. Perkataan atau kata masukan disusun mengikut abjad. 2. Pada sudut atas kiri setiap halaman dalam kamus tertulis kata pertama. 3. Pada sudut atas kanan tertulis kata terakhir bagi halaman tersebut.

4. Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama kata yang ingin dicari maknanya. Setelah dapat halaman, cari perkataannya.

Fabulous

entri frasa

ayat

fabulous wonderful a fabulous day It was a fabulous week. Everything went well

Keterangan

makna

Senarai enjin pencarian:


Infoseek (http://www.go.com) Alta Vista (http://www.altavista.com) Yahoo (http://www.yahoo.com) Google (http://www.google.com) Lycos (http://www.lycos.com) Cari (http://www.cari.com.my)

CONTOH ENJIN PENCARIAN

CARA MENCARI MAKLUMAT DARIPADA INTERNET


1. Pergi ke mana-mana pelayar Internet seperti Netschape, Internet Explorer dan sebagainya yang tertera pada skrin utama. 2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang ditetapkan.
3. Taip kata carian (search word/search term) yang berkait dengan perkara , topik atau tugasan yang dicari. 4. Sebagai contoh jika anda ingin membuat tugasan tentang keris taipkan keris jika enjin carian yang dipilh menyediakan versi Bahasa Melayu atau taip dagger sekiranya tiada

pilihan Bahasa Melayu. Selepas kata carian ditaip, skrin akan memaparkan laman-laman web yang akan memberikan rangkaian yang berkaitan dengan kata carian yang dimasukkan. 4. Klik halaman web (web page) yang dipaparkan untuk menentukan sama ada kandungannya sesuai dengan maklumat yang dikehendaki. 5. Cuba kata carian yang lain sekiranya anda masih tidak memperoleh maklumat yang sesuai atau kurang lengkap. Selamat Mencuba!

STRATEGI METAKOGNISI
An intellect is someone whose mind watches itself. - Albert Camus

Metakognisi ialah kebolehan mengetahui apa yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui.
(Costa, A.L.:1981)

Pengertian Metakognisi
Metakognisi ialah kesedaran tentang hal yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Kesedaran diri mengenai fikiran dan pembelajaran merupakan perkara penting dalam aspek metakognisi. Apabila kesedaran ini wujud, murid dapat mengawal fikirannya untuk merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari .

STRATEGI METAKOGNISI
Pelajar mengawal pembelajarannya dengan: I. Merancang apa yang ingin dipelajari. Ii. Memantau kemajuan pembelajaran diri. Iii Menilai apa yang dipelajari.

KEMAHIRAN MERANCANG

Meramal

Menyediakan diri

Membuat perancangan

KEMAHIRAN MEMANTAU
Kemahiran ini memerlukan: Murid bertanya soalan seperti:

Adakah ini membawa makna kepada saya? Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? Apakah soalan yang harus saya tanyakan?

KEMAHIRAN MENILAI
Murid perlu membuat refleksi: Mengapa kemahiran, nilai dan pengetahuan dapat dikuasai ?

Bagaimanakah sesuatu dapat dijalankan ?


Dengan pengetahuan itu pelajaran baru dipelajari dengan strategi yang sesuai.

CARA MENGAJAR METAKOGNISI

Metakognisi tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran. Metakognisi perlu disisipkan dalam kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan.

STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN METAKOGNISI MERANCANG Sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan, guru mengajarkan peraturan yang patut dipatuhi , strategi untuk menanangi masalah dan hala tuju yang harus diikuti. Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk berkongsi kemajuan, proses pemikiran dan pandangan tingkah laku mereka. Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta murid menilai sejauh mana peraturan itu dipatuhi .

KEPENTINGAN MENYOAL PADA SEMUA PERINGKAT METAKOGNISI


Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran. Galakkan murid menimbulkan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu.

PEMILIHAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMA

Bincang dengan murid tentang pemilihan mereka dari segi kesan baik dan buruk sebelum keputusan dibuat. Ini akan membantu pelajar mengikuti proses metakognisi .

MENILAI DENGAN PELBAGAI KRITERIA


Guru harus memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka mengikut dua atau lebih kriteria penilaian sama ada - membantu atau menghalang; - yang disukai dan tidak disukai; atau - baik dan buruk sesuatu aktiviti.

MENGAMBIL KREDIT
Guru harus meminta pelajar mendapatkan maklum balas daripada rakan dengan mengajukan soalan seperti:
Bagaimanakah tindakan itu harus diberikan pengiktirafan? Apakah tindakan yang membanggakn diri anda?

MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR


Pelajar harus menanyakan beberapa soalan:

Apakah informasi yang diperlukan? Apakah alatan yang diperlukan? Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tingkah laku berkenaan?
Soalan ini akan memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar tentang batasan yang diketahui dan apa yang perlu diketahui. Justeru, keyakinan murid dapat dipertingkatkan.

MENGGALAKKAN IDEA DARIPADA MURID


Guru boleh membantu murid dalam metakognisi dengan mengemukakan frasa-frasa tertentu atau memparafrasa pernyataan pelajar untuk menggalakkan mereka berfikir dengan lebih mendalam. Contohnya: GURU: Apa yang ingin anda nyatakan saya ialah GURU: Saya rasa anda ingin memberitahu saya tentang

MEMBERIKAN LABEL BAGI SESUATU TINDAKAN Guru boleh menyedarkan pelajar tentang tingkah laku kognitif mereka dengan memberikan label bagi tindakan itu dengan memuji dan memberi kan pengiktirafan seperti: Bagus, kamu sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi Apa yang kamu semua buat adalah satu eksperimen yang baik. Kamu sangat memberi kerjasama dan bantuan kepada rakan dan itu adalah satu sifat yang baik.

MENERANGKAN MAKSUD PERKATAAN

Biasanya murid mengeluarkan perkataan sepertitidak adil, tidak baik, sangat tegas.
Guru perlu bertanya dan menjelaskan apakah yang dimaksudkan tidak adil, tidak baik, atau sangat tegas kepada murid.

MAIN PERANAN DAN SIMULASI Dengan kaedah main peranan murid dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi secara metakognitif tingkah laku dan sifat peranan tersebut. Simulasi memberi mereka peluang untuk memikirkan bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi berlainan.

MENULIS JURNAL
Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu pengalaman dalam buku log/ harian sepanjang pengalaman itu. Ini membantu murid: - Mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbolik / grafik.

- Melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru.
- Mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara membuat keputusan. - Mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan mengingat kembali kejayaan dan kesulitan yang dialami.

MEMBERIKAN TELADAN

Contoh teladan oleh guru dan menjadi ikutan oleh murid adalah proses sangat berkesan.

Untuk tujuan ini, guru hendaklah menunjukkan dengan jelas bagaimana guru merancang, mengenal pasti dan menilai sesuatu tingkah lakunya supaya murid dapat mencontohinya.

PENGURUSAN MASA
Murid yang berjaya biasanya mempunyai: 1. Jadual waktu 2. Perancangan yang tersusun dan sistematik.

Apakah jadual waktu dan Perancangan ?


Jadual Waktu Pembahagian masa hari ke hari yang terperinci dan merangkumi: 1. Sesi pembelajaran 2. Aktiviti-aktiviti lain. Perancangan Pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain.

Bagaimana menghasilkan jadual waktu persendirian?


Tentukan masa untuk sesuatu mata pelajaran. Pilih keutamaan. Tumpuan kepada topik sukar. Pembahagian sama rata hari ke hari. Pilih masa yang paling sesuai. Peruntukan masa untuk aktivitiaktiviti lain.

Selain belajar, masa harus diperuntukkan untuk :


Berehat. Membuat kerja rumah. Bersukan. Membantu ibu bapa Aktiviti yang diminati Kelas tambahan

Apakah kelebihan mempunyai jadual waktu?


Mengurangkan pembaziran waktu. Fokus pada pelajaran. Teratur. Mengambil kira semua mata pelajaran. Keutamaan. Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja.

GAYA PEMBELAJARAN
Mengapa perlu mengenal pasti gaya pembelajaran?

Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Fokus terhadap apa yang diperlajari Memaksimumkan hasil pembelajaran.

Apakah Gaya Pembelajaran?


1. 2.

Gaya pembelajaran VAK Gaya pembelajaran Dunn & Dunn

1. Gaya pembelaran VAK


VISUAL
AUDITORI

KINESTETIK

2. Gaya Dunn & Dunn


Berasaskan beberapa aspek :

Alam Sekitar Emosi Sosiologi Fizikal Psikologi

Alam Sekitar
Bunyi Cahaya Suhu Pola

Emosi
Motivasi Ketabahan Tanggung Struktur

jawab

Sosiologi
Sendiri Pasangan Rakan

Sebaya Pasukan Guru Pelbagai cara

Fizikal
Persepsi
Makan Waktu Gerakan

Psikologi

Global atau Analitik Otak Kiri atau Otak Kanan Impulsive atau Refleksif

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Peperiksaan memberikan pelbagai pengalaman RISAU SUKA DUKA KECEWA dan sebagainya.

SEBELUM PEPERIKSAAN

Bersedia Latihan Tidur secukupnya Yakin Makan secukupnya Awal Tenang Jangan mengulang kaji pada saat-saat akhir

SEMASA PEPERIKSAAN

Baca arahan dengan teliti Anggarkan masa Teruskan kepada soalan yang lebih mudah Jangan panik releks

GURU PERLU:

Bantu murid tekun belajar. Tingkatkan minat murid terhadap kerja sekolah. Bantu murid memberi perhatian. Ajar murid teknik belajar yang betul

Contoh Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan : Masa : Tajuk : Bidang : Empat 80 minit Berita / Laporan Sukan Maklumat dan Interpersonal

Hasil pembelajaran:

7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea, utama dan isi penting tentang pelbagai bahan yang didengar, dibaca dan ditonton. 7.2 Memahami dan menyatakan maksud

Aras 1 (i) Mendengar dan memahami pelbagai teks. (ii) Mengenal pasti dan menyatakan gambaran umum dan idea utama dalam pelbagai bahan. Bersoal jawab secara bertatasusila dengan menggunakan soalan pelbagai aras. Aras 1 (v) Mengemukakan soalan mudah untuk berkongsi idea, pengetahuan serta pengalaman, dan memberikan jawapan yang sesuai dalam perbualan secara bertatasusila. 1.4

Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan menulis Sistem bahasa: Kosa kata

Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan menulis Sistem bahasa: Kosa kata Ilmu: Sukan Peraturan Sosiobudaya: bekerjasama, bertolak ansur dan patriotisme Kemahiran bernilai tambah: - Belajar Cara Belajar (merujuk kamus, membuat nota ringkas dan metakognisi) - Kajian Masa Depan

Langkah pengajaran dan pembelajaran:


1. Murid mendengar rakaman audio muzik montaj rancangan sukan TV, dan bersoal jawab tentang irama, lagu tema yang didengar. (set induksi)

2. Guru mengemukakan soalan sebelum memperdengarkan rakaman audio laporan sukan dan mencatat isi penting kepada murid. (metakognisi)

3. Murid dan guru bersoal jawab untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kandungan dan format laporan sukan yang didengar. 4. Murid mendengar rakaman audio temu bual dengan seorang ahli sukan terkenal dan menyenaraikan isi penting. (kemahiran mencatat isi) 5. Murid menyenaraikan isi penting dan membandingkan jawapan dengan senarai isi yang disediakan oleh guru. 6. Guru mengedarkan teks temu bual dan menerangkan cara mengesan isi penting dalam teks tersebut. (kemahiran mengenal isi penting)

7. Murid membaca teks yang diedarkan dan mengesan perkataan sukar serta merujuk kamus untuk mengetahui makna perkataan mengikut konteks kemahiran merujuk. 8. Murid menjalankan main peranan sebagai pemain badminton negara dan wartawan. Murid mengulas tentang teknik penyoalan dan kata yang digunakan dalam temu bual. Guru membuat ulasan dan rumusan. 9. Murid menulis semula perbualan yang diikuti dalam bentuk dialog

Anda mungkin juga menyukai