Anda di halaman 1dari 60

KURSUS PROGRAM MBMMBI

STRATEGI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BACAAN DAN
KEFAHAMAN BAHASA MELAYU






ANJURAN :
JABATAN PELAJARAN WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

TARIKH : 19-21 OKTOBER 2010
TEMPAT : PKG SEGAMBUT JAYA
PKG KG. PANDAN
PKG BANGSAR

STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BACAAN DAN
KEFAHAMAN BAHASA MELAYU


1. PERINGKAT BACAAN DAN KEFAHAMAN
2. BENTUK LATIHAN PEMAHAMAN TEKS
3. TEKNIK SQ3R
4. TEKNIK OK5R
5. TEKNIK 3S
6. TEKNIK KWHL
7. TEKNIK 5W1H
8. RAMALAN


1. PERINGKAT BACAAN
DAN KEFAHAMAN


OBJEKTIF:

i. Mengenal pasti serta menyenaraikan
peringkat bacaan dan kefahaman mengikut
tahap dan kebolehan murid-murid.

ii. Menyediakan latihan sesuai dengan peringkat
pemahaman yang diajar.

iii. Menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
bacaan pemahaman yang berkesan dan
menarik.


AKTIVITI: Penerangan,perbincangan,
perbengkelan

LANGKAH PELAKSANAAN:

i. Memberi penerangan tentang tajuk
ii. Soal jawab tentang tajuk
iii. Memberi tugasan ,bengkel dan
pembentangan

Rumusan :Guru menguasai kemahiran
dan menyediakan latihan berkaitan.
PERINGKAT MENGAJAR BACAAN DAN
KEFAHAMAN
a.Peringkat Kefahaman Literal

Murid perlu faham perkataan dan
idea penulis. Kemahiran yang perlu
diberi penekanan oleh guru ialah :
*Makna perkataan (maksud )
*Makna ayat
*Huraian isi (mengecam dan mengingati
penjelasan isi-isi penting)
*Idea utama/idea sokongan dan isi-isi
penting
*Urutan idea ( contoh: susunan cara-cara
membuat wau )
*Perbandingan (mengecam dan mengingati
sama ada terdapat persamaan atau
perbezaan). Contoh: buah-buahan tempatan
dengan luar negara.
*Hubungan sebab dan akibat (guru membantu
murid dengan frasa sebab,kerana, akibat,
kemudian, oleh itu dan oleh sebab) yang
dicatat oleh pengarang teks/petikan
diperlukan.

b. Peringkat Kefahaman
Interpretasi
Murid dikehendaki mampu mentaksir
makna,iaitu keupayaan untuk membuat
ringkasan,interpretasi,generalisasi,
kesimpulan dan telahan.
Murid mampu melampaui apa yang
dicatat oleh pengarang bagi
menginterpretasikan apa yang
sebenarnya dimaksudkan oleh
pengarang.
Antara kemahiran yang diberi
penekanan ialah :
Membuat kesimpulan
Mengeluarkan idea pengarang (tidak
dinyatakan dalam teks secara terus tapi
perlu diandaikan oleh murid berdasarkan
petunjuk dalam petikan)
Membuat perbandingan (tidak
dinyatakan perbandingan secara jelas
dalam teks tapi murid buat andaian
setelah membaca dan mendapat
gambaran dan beberapa situasi)
Menunjukkan hubungan sebab dan akibat
(murid akan kenal pasti /membayangkan
hubungan sebab dan akibat yang tidak
dinyatakan terus dalam teks tetapi
berdasarkan petunjuk daripada isi teks)
Membuat jangkaan (berikan petikan,murid
buat ramalan @
telahan )
Memahami dan menghuraikan bahasa kiasan
(murid memberi interpretasi unsure bahasa
seperti peribahasa,metafora,
personikfikasi, ibarat dan lain-lain.)

c.Peringkat kefahaman Inferensi
Murid dikehendaki membaca secara
kritikal iaitu:
. Membuat penilaian terhadap bahan bacaan
. Membanding idea daripada bahan bacaan
. Membuat kesimpulan daripada bahan
bacaan dari segi ketetapan
dan kesesuaian idea.
. Membaca secara aktif dan kristis
. Tahu menggunakan maklumat daripada
bacaan untuk mengumpul idea dan membuat
keputusan
.
Antara kemahiran yang terlibat pada
peringkat
ini ialah:
> Membezakan kenyataan daripada fantasi
(membuat keputusan logik atau tidak
dengan alasan.)
> Membezakan antara fakta dengan
pendapat.
> Membuat analisis dari aspek bahasa dan
stail pengarang.
> Membuat kesimpulan tentang pengarang
daripada bahan.





d. Peringkat Kefahaman Menilai
. Melibatkan kebolehan murid
mengaplikasi maklumat dan
menghasilkan idea baru.

. Galakkan untuk murid mempunyai
pemikiran yang analitis,kritis dan kreatif.
Idea baru boleh dihasilkan dalam bentuk
penulisan kreatif,buku skrap,lukisan,
tarian dan lain-lain.
. Melibatkan reaksi atau perasaan/emosi murid selepas
membaca.Dapat mempengaruhi minat membaca murid.
Perlu pemilihan bahan yang sesuai dan menarik..


Murid akan menguasai kemahiran:
. Memahami bahasa kiasan

. Menggunakan imaginasi

. Menggunakan perasaan dan emosi

. Mempunyai kesedaran estetika.

Objektif :
1. Menyediakan bentuk latihan bacaan
dan kefahaman yang pelbagai kepada
murid murid berdasarkan petikan.
2. Menyediakan bentuk latihan mengikut
mengikut kebolehan aras dan minat
muridmurid.
3.Menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran bacaan pemahaman yang
berkesan dan menarik.


LANGKAH PELAKSANAAN :
1.Edarkan petikan teks dan membaca
senyap.
2.Bincangkan contoh contoh latihan
yang sesuai dengan bentuk tugasan.
3. Membentang dan merumus.

KEBUN ARNAB
Di dalam sebuah hutan, tinggal sekumpulan
binatang. Mereka berbaik baik antara satu
sama lain. Arnab merupakan binatang paling
rajin. Dia membersihkan kawasan hutan untuk
dijadikan kebun.
Kebun arnab tersusun rapi dan cantik.
Kebunnya terletak di tepi bukit dan
berhampiran dengan sebatang sungai. Pelbagai
buah buahan dan sayur sayuran terdapat di
kebun arnab.
Antaranya ialah pokok pisang, pokok
jambu,pokok rambutan, pokok ubi, pokok
jagung, kacang dan sayuran.

Tanamannya hidup dengan subur dan berbuah
lebat. Binatangbinatang lain seperti
rusa,pelanduk,kambing dan monyet sering
datang meminta makanan daripada arnab.
Arnab menasihatkan binatang binatang itu
supaya berusaha jangan hanya meminta
minta. Semua binatang sayang akan arnab.
Pada suatu hari, datang seekor gajah ke
kebun arnab untuk mendapatkan makanan.
Gajah bertindak ganas mengambil makanan
tanpa kebenaran arnab.Tanaman arnab
banyak yang rosak.
1. Soalan kefahaman mengikut aras
kesukaran Taksonomi Bloom
Pengetahuan Di manakah binatang itu
tinggal ?
Kefahaman Mengapakah arnab dianggap
rajin ?
Aplikasi - Apakah yang dimaksudkan
dengan bertindak ganas ?
Analisis Buktikan arnab seekor binatang
yang baik hati.
Sintesis Apakah tajuk yang sesuai untuk
teks tersebut ?
Penilaian Sekiranya anda berada di tempat
arnab, apakah tindakah anda terhadap gajah
?

2. Jawapan berupa kenyataan yang betul
atau salah.
3. Padankan atau suaikan jawapan.
4. Menyusun mengikut urutan yang betul
5. Bercerita semua isi kandungan petikan.
6. Menulis dialog berdasarkan teks
7. Memasukkan maklumat ke dalam peta
minda.
8. Menyenaraikan isi isi penting
9. Menyatakan idea utama dan idea
sokongan
10. Membuat kesimpulan / ramalan /
keputusan / menyelesaikan masalah
11. Membuat banding beza




12. Membuat lakaran berdasarkan teks.
13. Melakonkan semula isi teks.
14. Menyatakan pengajaran / nilai /
perasaan.
15. Membuat sintesis / meringkaskan
rumusan
16. Menganalisis dalam pelbagai aspek
bahasa, kandungan dan stail.
17. Maksud perkataan
18. Maksud frasa.




3. TEKNIK SQ3R


OBJEKTIF :
1. Menyaring maklumat lebih berkesan
daripada aktiviti membaca dan
memahami.
2. Memberikan kesedaran untuk
membuat rujukan.
3. Menggalakkan murid membuat
rujukan yang betul.



AKTIVITI :
Penerangan, perbincangan,
perbengkelan.

i. Aktiviti pengajaran dan pengajaran
membaca dan memahami lebih
menarik.
TEKNIK SQ3R
S (Survey) imbas, tinjau,skimming
(baca sepintas lalu)
Q (Question) soalan-soalan untuk lengkapkan
maklumat tentang teks
- pembaca bertanya sendiri
R (Read) - baca semula teks
terjawab / tidak soalan-soalan yang
ditanya
R (Recite) sebut tujuan untuk mengingat
R (Review) semak semula

Survey (S)

Membuat tinjauan awal tentang petikan
melalui bacaan skimming (bacaan
geluncuran).
Antara aspek yang diperhatikan ialah :
tajuk
ayat pertama
pendahuluan perkataan yang dihitamkan
gambaran awal / ringkas tentang teks
Question (Q)

Soalan yang dikemukakan oleh murid
berdasarkan tajuk (pada diri sendiri)
Antaranya ialah :
Apakah yang saya tahu tentang pencemaran?
Apakah yang saya ingin tahu tentang
pencemaran?
Apakah kesan pencemaran?


Read (R)

Baca secara intensif- bacaan akliah
yang memerlukan :
Masa yang mencukupi
Memberi tumpuan
Menggunakan pemikiran dan tekun
Memberi tugasan latihan bacaan dan
kefahaman yang sesuai

Recite (R)

Sebut untuk mengingat semula
Ringkaskan maklumat penting tentang
teks penting
Ingat dan sebut serta catat
Contoh :
Maklumat yang saya perolehi daripada
petikan :
1.______________________________
2.______________________________
3.______________________________
Review (R)
Semak semula maklumat baru yang
diperolehi tentang pencemaran yang boleh
menambahkan pengetahuan tentang
perkara tersebut.


Apa yang anda ingin tahu
tentang pencemaran?



Apa maklumat baru yang
anda perolehi tentang
pencemaran daripada
teks?



Apakah maklumat yang saya masih ingin tahu?
1. __________________________________
2.__________________________________
3. __________________________________


Sumber rujukan
1._________________________________
2. __________________________________
Petikan Kefahaman
Pencemaran Sungai
Sungai penting kepada manusia.Kemajuan pesat dua dekad
kebelakangan ini telah memberi kesan terhadap kebersihan sungai
di negara kita.pembukaan kawasan baru untuk tujuan pembangunan
ekonomi telah menyebabkan pencemaran sungai. Kerja-kerja
merata tanah kerap menghasilkan hakisan. Tanah yang terhakis
dihanyutkan air ke sungai. Akibatnya air yang dulunya jernih
bertukar warna kehitaman dan berkeladak.
Pencemaran juga berlaku akibat pembuangan sampah dan
kotoran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam masa yang
sama kilang-kilang membuang sisa buangan termasuk bahan toksik
ke dalam sungai. Kegiatan pertanian dan perternakan turut
menyumbang ke arah pencemaran sungai, iaitu pembuangan najis
binatang.
Kajian mendapati pada tahun 1997 terdapat hanya 24
daripada 117 batang sungai masih belum tercemar, 68 sudah
tercemar dan 25 batang sungai mengalami pencemaran paling
teruk. Akibat daripada pencemaran banyak spesis hidupan laut
terancam dan tidak boleh menjadi habitat yang sesuai untuk
kehidupan laut. Oleh itu hargailah sungai kita.
4. TEKNIK 3S

OBJEKTIF :
1.Melatih murid membaca cepat/pantas
2.Dapat mengesan maklumat yang diperlukan
dengan cepat.
3.Melatih murid mengesan maklumat dengan
cepat.


AKTIVITI

S SCAN (Tinjau/rambang)
S Search (Cari)
S Summarise
LANGKAH
PELAKSANAAN:
i. Guru memberi petikan yang sesuai.
ii. Guru menyediakan tugasan sebelum
mengarahkan murid-murid membaca.
iii. Guru menjalankan teknik bacaan
imbasan (scanning)
iv. Murid-murid membaca secara imbasan
untuk mendapatkan maklumat- maklumat
yang diperlukan dengan cepat.
v. Guru dan murid-murid membincangkan
jawapan yang betul.
BAHAN RANGSANGAN POKOK KELAPA

Pokok kelapa banyak terdapat di negara kita, terutama
dipersisiran pantai. Terdapat pelbagai jenis pokok kelapa
dan biasanya dinamakan mengikut bentuk buahnya. Jenis
yang ditanam ialah kelapa mawar, kelapa gading, kelapa
puyuh dan kelapa hijau.

Hijau semua bahagian pokok kelapa ada kegunaan untuk
membuat ketupat.Buah kelapa sama ada tua dan muda
digunakan sepanjang masa.Santan daripada kelapa tua
digunakan untuk memasak atau dijadikan minyak.Air kelapa
muda dijadikan minuman atau penawar penyakit.Lidi kelapa
dibuat daripada penyapu.Kita pula boleh mendapatkan nira
daripada mayangnya.Nira boleh diminum untuk dijadikan gula
melaka.Nira yang diperam menjadi tuak atau cuka.Sabut
kelapa dijadikan berus atau pengalas kaki.Tempurung kelapa
boleh dibuat hiasan rumah.
Tugasan
Lengkapkan maklumat
berikut:
Kelapa Kegunaannya
1.Kelapa muda 1.
2.
2.Kelapa tua 1.
2.
3.Air kelapa 1.
2.
4.Nira kelapa 1.
2.
5. TEKNIK OK5R

OBJEKTIF:
Peserta dapat:
i. Membaca sepintas lalu untuk membuat
rumusan keseluruhan.
ii. Memberi kesedaran kepada murid akan
kepentingan maklumat daripada bacaan.
iii. Menggalakkan murid membuat rujukan.
iv. Menggalakkan murid membuat refleksi.

AKTIVITI:
Penerangan, Perbincangan dan
Perbengkelan
O - Overview (tinjauan keseluruhan)
K - Key idea (idea keseluruhan)
R - Read (baca)
R - Record (rakam)
R - Recite (sebut)
R - Review (semak)
R - Reflek (ingat kembali)
LANGKAH PERLAKSANAAN:
i. Overview(tinjauan keseluruhan)
Bacaan skimming (sepintas lalu).
Perhatikan tajuk dan mesej utama yang
hendak disampaikan kepada pembaca.
ii. Key idea (K)/ tema (persoalan)
Tanda (/)pada idea keseluruhan yang tepat.

1.Masyarakat tidak peka terhadap
kebersihan makanan.
2.Sikap cuai masyarakat punca
keracunan makanan.
3.Masyarakat suka makan di tempat
yang kotor.
Berdasarkan teks nyatakan idea sampingan
berdasarkan idea utama dibawah.

Masyarakat tidak mengambil berat untuk
mengawal kebersihan makanan.
i.
ii.
Masyarakat tidak beri perhatian dalam memilih
tempat makan.
i.
ii.
iii. Read (baca)
Baca secara intensif (akliah) yang memerlukan:

Masa yang mencukupi berdasarkan kemampuan murid.
Murid dapat memberikan tumpuan.
Menggunakan pemikiran.
Latihan pemahaman yang sesuai.

Berdasarkan teks, nyatakan sikap cuai masyarakat.
Sikap cuai masyarakat yang menyebabkan keracunan
makanan .
i.________________________________________
ii._______________________________________
iii._______________________________________
Cara penyediaan makanan dapat mengelak
daripada keracunan makanan.
i.
ii.
iv. Record (mengingat kembali)
Masukkan maklumat daripada teks ke
peta minda.
PUNCA
Punca keracunan makanan
v. Recite (sebut untuk mengingat)
- Membuat pembentangan kepada kelas
- Menyebut maklumat secara berpasangan

vi. Review (semak)
Maklumat baru diperolehi daripada teks
i.
ii.

Cara mendapatkan maklumat.
i.
ii.

vii. Reflek-tentang isi teks (tajuk)
Faedah yang didapati daripada teks.
i.
ii.



Petikan kefahaman
Keracunan Makanan
Kes keracunan makanan semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Menurut satu kajian didapati bahawa keracunan makanan berpunca
daripada sikap cuai dalam kalangan masyarakat itu sendiri.

Kebanyakan kes keracunan makanan terjadi disebabkan anggota
masyarakat tidak mengambil berat terhadap kawalan makanan.
Makanan dibiarkan terdedah kepada habuk dan kuman yang boleh
menyebabkan mutu makanan terjejas dan kerosakan serta beracun.

Pemilihan tempat membeli makanan perlu diberi perhatian. Membeli
makanan di kawasan sesak dan kotor seperti di setesen bas, kawasan
pembinaan dan sebagainya perlu dielak. Kita perlu memilih kedai
makan yang mengutamakan kebersihan.

Cara penyediaan makanan juga amat penting bagi menjamin
kebersihan. Sayur-sayuran bahan digunakan perlu dibasuh dengan
bersih agar tidak meninggalkan bahan kimia. Penggunaan tudung saji
untuk menutup makanan perlu diamalkan. Makanan yang bersih dapat
menjamin kesihatan yang baik.

6. TEKNIK RAMALAN
OBJEKTIF
1.MEMBUAT RAMALAN TEPAT BERDASARKAN MAKLUMAT DARIPADA
PETIKAN/SUMBER
2.MENGUASAI KEMAHIRAN MENTAFSIR PELBAGAI MAKLUMAT UNTUK
MEMBUAT RUMUSAN MAKLUMAT.
3.MEMBINA KEMAHIRAN KRITIS DAN KREATIF DALAM MEMBUAT
RAMALAN
AKTIVITI
.PENERANGAN
. PERBINCANGAN
. PERBENGKELAN
. PEMBENTANGAN

LANGKAH PELAKSANAAN
Guru memilih sebuah cerita yang sesuai untuk dibuat teknik ramalan
Bahan petikan cerita dipotong mengikut perenggan-perenggan seperti dalam urutan cerita
Guru mengedarkan keratan perenggan pertama, meminta murid membaca dengan teliti dan
meramal cerita seterusnya berdasarkan maklumat dalam petikan tersebut.
Guru meminta murid menulis ramalan cerita seterusnya dalam 5 ayat
Guru meminta murid membaca ramalan yang dibuat secara kuat.
Guru mengedarkan keratan potongan perenggan kedua
Murid membaca dan membuat perbandingan ramalan yang telah dibuat
Guru mengedarkan potongan perenggan yang seterusnya dan meminta murid membuat
ramalan seperti proses sebelumnya sehingga habis semua potongan perenggan
Murid mencantumkan semua perenggan dan menjadikannya satu petikan lengkap.
Guru menjalankan aktiviti kefahaman bacaan mengikut kemahiran yang dipilih/ditentukan.

RUMUSAN
Guru dapat menyediakan bahan pengajaran dan melaksanakan teknik dengan betul dan
berkesan

Bahan kursus
Definisi :
Kemampuan menggunakan minda membuat jangkaan terhadap sesuatu
perkara atau peristiwa berdasarkan maklumat dan bukti.

Tujuan :
Membuat tindakan yang sesuai dengan perkara yang akan berlaku
Membuat persediaan tertentu untuk menghadapi peristiwa-peristiwa baru
Mengelakkan diri daripada peristiwa buruk yang diramalkan akan berlaku
Mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku
Membuat keputusan berdasarkan maklumat dan bukti

Panduan Membuat Ramalan
Kumpul dan tapis maklumat bagi mengenalpasti corak/pola awal dalam
bahan
Kumpul dan bezakan maklumat yang ada untuk mengenalpasti perkara yang
sesuai diramal
Kaji kemungkinan-kemungkinan kejadian dan pilih kejadian yang besar
kemungkinan akan berlaku
Cari bukti sebenar yang mungkin menyebabkan kejadian berlaku

Apa yang boleh diramal ?
i.Tajuk cerita/buku
ii.Kulit buku
iii.Peristiwa yang akan/ telah berlaku
iv.gambar

Contoh Bahan Aktiviti
Mentari menampakkan wajahnya. Pak Karim tergesa-gesa bangun dek
kepanasan sinaran matahari menerjah wajahnya. Dia sedar dia perlu
menyelesaikan tugas sebelum ahli keluarganya bangun.




Pak Karim segera turun ke bawah rumah lalu mengambil cangkul. Bersama-samanya
ada sebungkus plastik hitam. Dia lantas menuju ke semak di belakang rumahnya lalu
menggali lubang.





Pak Karim merasa lega dengan tindakannya yang pantas. Dia telah berjaya
menanam bungkusan itu sebelum disedari oleh anggota keluarganya.




Namun jauh di sudut hati, dia berasa bersalah dan sedih kerana lewat malam tadi
ketika pulang dari surau, dia telah terlanggar Si Comel, kesayangan anaknya.



7. TEKNIK KWLH
OBJEKTIF
1.GURU MENGUASAI KEMAHIRAN MENGGUNAKAN KWLH DENGAN BETUL
2.GURU DAPAT MELAKSANAKAN TEKNIK KWLH DALAM AKTIVITI BACAAN
DAN PEMAHAMAN
3.GURU DAPAT MEMBINA BAHAN DAN MENJALANKAN AKTIVITI KWLH
DALAM SESI PENGAJARAN

AKTIVITI
.PENERANGAN
. PERBINCANGAN
. PERBENGKELAN
. PEMBENTANGAN

K (TAHU) / WHAT I KNOW (APA YANG
SAYA TAHU)
W (INGIN TAHU ) / WANT TO KNOW
L (TELAH DIPELAJARI) / LEARNED
H (BAGAIMANA) / HOW
LANGKAH PELAKSANAAN
Guru berbincang dengan murid tentang tajuk petikan
Guru mengedarkan borang KWLH dan menjelaskan maksud K,W,L,H
Murid diminta berbincang dan mengisi maklumat yang mereka TAHU (WHAT I KNOW)
tentang tajuk dalam petikan yang dikemukakan pada lajur Apa yang saya TAHU
Guru berbincang dengan murid apa yang mereka INGIN TAHU (want to know) atau ingin
diketahui daripada petikan atau tajuk yang dikemukakan.
Murid diminta menulis secara khusus soalan-soalan yang ingin diketahui/dipelajari tentang
tajuk atau petikan yang diedarkan.
Murid diminta menulis apa yang TELAH DIPELAJARI (LEARNED) daripada pembacaan teks.
Murid menyemak soalan yang ditulis dengan maklumat yang telah dipelajari.
Guru membuat perbandingan hasil kerja murid dan membincangkan cara-cara mendapatkan
maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.

RUMUSAN
Guru dapat membina bahan dan melaksanakan teknik dengan betul dalam aktiviti bacaan dan
kefahaman
Bahan Kursus
Konsep
Teknik ini digunakan untuk mengaktifkan pengetahuan sedia ada (PSA) murid
Merupakan model berfikir aktif semasa membaca
K(Know/Tahu) untuk membantu murid mengingat apa yang diketahui tentang
perkara/tajuk
W(Want to/Ingin tahu) untuk membantu murid menentukan apa yang hendak
dipelajari daripada petikan /bahan bacaan
Petikan, borang grafik
L (Learned/Pelajari) untuk membantu murid mengenalpasti apa yang dipelajari
setelah mereka membaca petikan
H(How/Bagaimana) untuk membantu murid menentukan cara untuk mengetahui
/belajar maklumat tambahan daripada sumber-sumber lain.


TUGASAN BENGKEL BERKUMPULAN :
Rancang dan laksanakan langkah pengajaran bacaan dan pemahaman yang
menggunakan teknik KWLH

Bahan Rangsangan
Aktiviti
KHAZANAH HUTAN

Hutan Negara kita antara yang terkaya dan tertua di dunia mungkin akan
lenyap menjelang sepuluh tahun yang akan datang jika langkah pengawalan
tidak diambil. Menurut kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar,
hutan-hutan di negara kita sedang ditebang pada kadar dua minit sehektar
untuk tujuan mendapatkan balak dan untuk tujuan pembangunan. Hal ini
bermakna bahawa kebanyakan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan di dalam
hutan menghadapi bahaya kepupusan kecuali yang terdapat di hutan-hutan
simpan dan Taman negara.

Negara kita kini sedang menghadapi cabaran yang paling getir dan mungjin
akan kehilangan hutan-hutan serta hidupan liar seperti harimau, badak,
gajah, enggang dan sebagainya. Menurut Persatuan Pencinta Alam negara
kita, kini hanya terdapat kira-kira lima ratus ekor harimau sahaja, iaitu di
dalam hutan di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di negeri
pantai barat Semenanjung Malaysia pula, harimau telah diburu sehingga
pupus. Apakah yang akan terjadi jika negara kita tiada lagi hutan simpanan?

LEMBARAN KWLH
Apa yang saya mahu
tahu (w)
Apa yang
saya tahu (K)
Apa yang saya
pelajari (L)
Bagaimana saya
dapati maklumat
lain (H)
8. TEKNIK 5W1H
OBJEKTIF
1.MENYEDIAKAN SOALAN KEFAHAMAN YANG MUDAH DIFAHAMI
2.MELATIH MURID-MURID MENJAWAB DENGAN TEPAT
3.MEMBERI MOTIVASI KEPADA MURID-MURID YANG LEMAH

MEMBINA
SOALAN
1 Husband 5 Wife
HOW
Bagaimana
WHAT
Apa
WHO
Siapa
WHEN
Bila
WHERE
Di Mana
WHY
Kenapa
LANGKAH PELAKSANAAN
Murid membaca senyap (akliah) untuk mendapatkan maklumat terperinci . Murid
perlu:
Memberi tumpuan
Membaca dengan tekun
Diberi masa yang mencukupi

Murid mencari maklumat yang terkandung dalam teks berdasarkan soalan-soalan.
Apa aktiviti yang dijalankan?
Siapa terlibat dalam aktiviti?
Mengapa aktiviti dijalankan?
Bagaimana aktiviti dijalankan?
Bagaimana suasana semasa aktiviti dijalankan?

Murid mencari maklumat yang terkandung dalam teks berdasarkan soalan-soalan.
Murid mencari maklumat secara berpasangan dalam kumpulan
Murid membentang

RUMUSANsemua aktiviti dapat dijalankan mengikut perancangan.

Bahan Ransangan Aktiviti
Contoh bahan aktiviti teknik 5W1H

Kampung Permatang Buloh terkenal dengan kebersihannya. Penduduknya terkenal dengan sifat
ringan tulang, terutama dalam memastikan kampung mereka bersih dan cantik. Begitu juga
bila ada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang lain, mereka akan bergotong-royong
memastikan program tersebut akan berjalan lancar.

baru-baru ini, Kampung Permatang Buloh telah mengadakan aktiviti gotong royong
membersihkan kampung. Pak Darus selaku Ketua Kampung telah meminta semua anak buahnya
hadir. Pada pukul 8.00 pagi lagi telah kelihatan penduduk kampung berhimpun di balai raya.
Mereka datang membawa pelbagai alatan seperti parang, pongkes, cangkul, sabit dan
sebagainya. Ada yang ditugaskan membersihkan balai raya, taman permainan, tempat ibadat
dan sebagainya.

Pada pukul 10.00 pagi, mereka dihidangkan dengan kudapan yang disediakan oleh kaum ibu.
Suasana agak riuh rendah dan penuh kemesraan.

Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Sekali lagi mereka berkumpul untuk menikmati
makanan tengahari. Nasi dan pelbagai lauk serta pencuci mulut disediakan. Kepuasan
terbayang pada wajah mereka.

SELAMAT BERJAYA
JUMPA LAGI

Jika tujuan anda jelas,
anda boleh mencapainya
dengan mudah
Lao Tze

Anda mungkin juga menyukai