Anda di halaman 1dari 16

KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR ( KEM.

BCB)

OBJEKTIF MODUL
Menjelaskan konsep belajar cara belajar. Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran. Membantu guru mengaplikasi BCB dalam p&p.

RASIONAL BCB
Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Melatih murid memperoleh maklumat tambahan diluar waktu sekolah. BCB sejajar dengan matlamat pendidikan untuk belajar seumur hidup.

OBJEKTIF BCB
Murid berupaya belajar sendiri tanpa guru. Murid menggunakan pengetahuan rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. Murid menilai tahap pembelajaran sendiri.

APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR?

BCB adalah proses atau teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak.

KEMAHIRAN BELAJAR
Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran : Kemahiran mendengar Kemahiran membaca Kemahiran menulis Kemahiran mengambil nota Kemahiran mengingat

KEMAHIRAN MENDENGAR
Apa yang perlu didengar?
Arahan Puisi Ucapan Lagu pengumuman Lakonan Berita Syarahan Taklimat Penerangan

Mengapa perlu kemahiran mendengar? Untuk mendapatkan: Maklumat Fakta Data Pengetahuan Penjelasan Penghayatan- muzik,puisi,bunyi

Siapa yang perlu didengar? Sesiapa sahaja yang boleh memberi : Maklumat Penjelasan Pertanyaan Pendapat

KEMAHIRAN MEMBACA
Skimming / luncuran
Untuk maklumat ringkas dan pantas. Baca tajuk, pendahuluan, dan rumusan.

Scaning / imbasan
Untuk maklumat lebih dalam daripada skimming. Baca pendahuluan ,rumusan & kandungan bab. Perhatikan kata kunci ,konsep,rajah,grafik,data.

Bacaan intensif
Untuk maklumat terperinci Menggunakan strategi SQ3R: Survey Question Read
Recite Review

- pendahuluan ,tajuk,ringkasan. - tajuk jadi soalan jawab - baca penerangan untuk maklumat - ringkasan,refrasakan perenggan. - lihat nota semula ,pastikan & ingat isi.

Baca laju Boleh baca laju dan faham kandungan. Tumpuan sepenuhnya masa membaca. Kesan isi penting melalui tanda: tulisan condong / bergaris / tebal / graf / gambar rajah / peta minda Membuat catatan nota.

KEMAHIRAN MENULIS
Menulis cepat
Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu ,menulis cepat memerlukan unsur: Kelajuan menulis. Tulisan yang boleh dibaca.

KEMAHIRAN MENCATAT NOTA


Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta,maklumat,dan isi penting daripada bahan yang dibaca , dilihat,atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah,ceramah,penerangan,temudug a, membaca buku atau bahan lain.

KEMAHIRAN MENGINGAT
Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar & deria lihat yang baik. Mengingat ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.

Bagaimana meningkatkan kemahiran mengingat? Memotivasikan diri untuk memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu. Menumpukan perhatian pada apa yang diperkatakan ,ditunjukkan dan ditulis. Memandang ke arah guru.

Anda mungkin juga menyukai