Anda di halaman 1dari 8

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

MARDHIAH ISMAIL SITI NUR AIN ZAINAL ARIFIN

PENGENALAN

Kemahiran bernilai tambah Kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global.
Antara contoh kemahiran bernilai tambah adalah kemahiran berfikir dan kemahiran belajar cara belajar

Konsep Kemahiran Berfikir


proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Melibatkan a) operasi mental b) pengetahuan c) sikap Diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan.

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

Merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah,dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:


1. membanding dan membeza: 2. membuat kategori, 3. meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. 4. menerangkan sebab. 5. membuat sekuen / urutan. 6. menentukan sumber yang dipercayai, 7. membuat ramalan, 8. mengusul periksa andaian, 9. membuat inferens

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF Kecekapan menggunakan minda untuk: menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif.

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kreatif:


1. mencipta analogi 2. menjana dan menghasilkan idea baru 3. mencipta metafora,

Anda mungkin juga menyukai