Anda di halaman 1dari 8

Bab 1 : pengenalan kepada pemikiran

Keunikan manusia terletak pada keinginan untuk mengetahui sesuatu. Keupayaan intelek
perlu dipupuk untuk mengingatkan kualiti berfikir seseorang. Proses berfikir adalah seperti
operasi yang menggunakan fakta-fakta lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai
berdasarkan fakta yang sedia ada.

Pemikiran boleh diklasifikasikan proses berfikir yang berlaku di kotak pemikiran seseorang.
Bayangkan apakah yang berlaku dalam minda dan fikiran? Pastinya ada pemikiran ke arah
apa yang berlaku, di mana berlaku, apa yang terlibat dan untuk apa terjahan pemikiran itu
terjadi.

Terdapat banyak manfaat semasa proses berfikir. Setiap individu mempunyai kemahiran
berfikir secara ekslisit. Dengan berfikir kita mampu membuat keputusan positif, mampu
melatkkan diri kita kepada emosi individu lain, dapat mengenal pasti elemen berlaku, sebab
dan akibat sesuatu kejadian serta mempu mengasingkan fakta dan auta serta dapat menangani
isu personal secara professional.

Halangan berfikir
Mengaibaikan dan tidak mahu menerima kebenaran
Emosi
Ego
Tingkah laku luar kawal
Menyalahkan orang lain
Latar belakang seseorang
Tekanan
Minda kurang terbuka
Kurang kepercayaan
Perbezaan cara berfikir
Kemahiran berfikir secara :kreatif,kritis/kritikal,positif dan negatif.

Bab 2 : pemikiran kritikal
Perkataan kritis adalah berasal dari satu perkataan inggeris iaitu 'critic' kata dasar 'kritis'
merupakan perkataan greek 'kriths' (kritikos) yang membawa erti menimbang (judge) .
Menimbang pula bermaksud menilai ,membezakan ,mencetuskan dan menyoal samada
sesuatu itu benar atau salah.
Pemikiran kritis /kritikal ditakrif sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas untuk
menganalisis , mentafsir dan menilai sesuatu hujah yang mendalam.
kepentingan berfikir secara kritis
Bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah secara
lebih berkesan.
Aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ilah penghujahan ,iaitu cara memberi
alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.
Merupakan domain kemahiran berfikir secara umum.
Penting dalam ekonomi pengetahuan baru.
Dapat mempertingkatkan analisis kendiri.
Dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan kemahiran pembentangan.
Mempromosikan daya pemikiran kreatif.
empat (4) ciri pemikiran kritikal
Reaktif ,reaksi atau gerak balas terhadap idea yang sedia ada dan bukan penghasilan idea
baru.
Penilaian ,digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu idea itu patut dipercayai.
Analisis ,melibatkan penggunaan operasi dan kemahiran berfikir yang asas untuk
menganalisis sesuatu hujah supaya dapat ditafsirdan difahami dengan jelas.
Logik ,merangkumi kaedah memikul secara logik dan bersepadu dengan mempertimbangkan
andaian.

Bab 3 : kemahiran berfikir secara kreatif

Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk
menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan
bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Kemahiran berfikir secara kreatif
adalah keupayaan sesorang untuk menghasilkan dan mencetuskan idea yang baru dan
mempunyai originaliti yang tersendiri. Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil adea
yang diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada
kepentingan kemahiran berfikir secara kritis dalam pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan
bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.
Keupayaan meningkatkan pemikiran ini sudah tentu dapat membantu pelajar dalam
memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari semasa
pembelajaran.
proses-proses dalam kemahiran berfikir secara kreatif
Menjana idea ,menjanakan idea merupakan satu proses menghasilkan sesuatu idea,
pandangan atau pendapat secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini
digunakan apabila pelajar hendak mencari idea baru dan mencari alternatif bagi sesuatu
perkara.
Membuat inferens ,merupakan tingkahlaku minda dalam membuat kesimpulan atau andaian
awal daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda bagi memperoleh
maklumat yang tersirat. Kesimpulan awal yang dibuat ini ada kemungkinan ianya benar atau
pun tidak kerana kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan maklumat daripada
sesuatu pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak merancangkan
langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan; dan menganalisis sebab dan akibat
keputusan atau kesan.
meramal , merupakan sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat
jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang
berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. Aktiviti membuat ramalan pula akan dilakukan
sekiranya pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan perkara yang dandaikan akan
berlaku; dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara. Definisi


Halangan berfikiran kreatif
Berkelakuan negatif
Takut kegagalan
Tekanan
Mengikuti peraturan
Membuat tanggapan sendiri
Terlalu bergantung dengan logik

Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh
mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-
beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat
dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.

Dapatlah dirumuskan bahawa:

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang
wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi
dan metakognisi terhadap proses yang dialami

Tujuan

Antara tujuan kbkk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
membolehkan pelajar:

Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan bijak

Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama
ada di dalam atau di luar sekolah

Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif

Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit

Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka

Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk
memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi
pandangan dan kritik.

Jenis-jenis kemahiran berfikir
Apakah komponen utama kemahiran berfikir (kb)?
komponen utama kbkk:
Berfikir secara kritis,
Berfikir secara kreatif.
apakah kemahiran berfikir secara kritis?
kb secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu
hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
apakah kemahiran berfikir secara kreatif?
Kecekapan menggunakan minda untuk:
Menjana dan menghasilkan idea,
Mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat
maujud, abstrak, idea atau gagasan.
Menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara
inovatif.
Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu?
contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:
Membanding dan membeza:
Membuat kategori,
Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
Menerangkan sebab.
Membuat sekuen / urutan.
Menentukan sumber yang dipercayai,
Membuat ramalan,
Mengusul periksa andaian,
Membuat inferens
Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:
Mencipta analogi
Menjana dan menghasilkan idea baru
Mencipta metafora,
Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?
kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir
secara kreatif.

Stategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir
Kbkk diajar secara:
Terpisah,
Penyebatian.
Apakah yang dimaksudkan dengan terpisah?
Terpisah bermaksud:
Kbkk diajarkan secara berasingan,tidak dikaitkan dengan kandungan mata pelajaran,
Apakah yang dimaksudkan dengan penyebatian?
Penyebatian bermaksud:
Kbkk diajarkan secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata pelajaran,bersepadu
dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir.
Jenis-jenis penyebatian
Penyebatian penuh
Penyebatian separa
penyebatian penuh:
dilaksanakan dengan menggunakan lima langkah berikut:
1. Pengenalan kepada isi mata.pelajaran dan kbkk,
2. Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi mata.pelajaran dan
kbkk
3. Refleksi dan metakognitif,
4. Pengukuhan isi mp dan kbkk,
5. Aplikasi kbkk dalam situasi harian.
penyebatian separa:
kbkk digunakan di dalam mana-mana langkah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
mata pelajaran yang di ajar,sama ada pada peringkat permulaan,perkembangan dan penutup

Ciri-ciri pemikir bijak
Cekal
Luwes
Reflektif
Kurang impulsif
Ingin tahu
Mengambil risiko
Mahir menyoal
Tidak mudah putus asa
Asertif
Berkerjasama

Anda mungkin juga menyukai