Anda di halaman 1dari 12

Definisi

Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana


kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran
tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh
pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan
minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Dapatlah dirumuskan bahawa:
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau
ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi
terhadap proses yang dialami

Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
membolehkan pelajar:

mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dengan bijak

mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara


lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah

menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif

mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur


dan sempit

meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan


intelek mereka

bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina


keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan
alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir


Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?
Komponen utama KBKK:

Berfikir secara kritis,

Berfikir secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis?


KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk
menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan
dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti.
Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?
Kecekapan menggunakan minda untuk:

menjana dan menghasilkan idea,

mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada
bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.

menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah


seacara inovatif.

Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu?


Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:

membanding dan membeza:

membuat kategori,

meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.

menerangkan sebab.

membuat sekuen / urutan.

menentukan sumber yang dipercayai,

membuat ramalan,

mengusul periksa andaian,

membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:

mencipta analogi

menjana dan menghasilkan idea baru

mencipta metafora,

Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan


masalah?
Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen
berfikir secara kreatif.

Kepentingan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dalam Pengajaran dan


Pembelajaran

Kemahiran

berfikir

secara

kreatif

sangat

penting

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan


menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau
gabungan idea-idea yang ada. Keupayaan meningkatkan pemikiran ini sudah tentu
dapat membantu pelajar dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang
sedang mereka pelajari semasa pembelajaran.

Proses-Proses Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kreatif.

Berikut pula penerangan ringkas tiga proses yang terlibat dalam kemahiran berfikir
secara kreatif.

a) Menjana idea
Menjanakan idea merupakan satu proses menghasilkan sesuatu idea, pandangan
atau pendapat secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini
digunakan apabila pelajar hendak mencari idea baru dan mencari alternatif bagi
sesuatu perkara.

b) Membuat inferens
Merupakan tingkahlaku minda dalam membuat kesimpulan atau andaian awal
daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda bagi memperoleh
maklumat yang tersirat. Kesimpulan awal yang dibuat ini ada kemungkinan ianya
benar atau pun tidak kerana kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan
maklumat daripada sesuatu pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar
hendak merancangkan langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan; dan
menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.

c) Meramal
Merupakan sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat
jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa
akan datang berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. Aktiviti membuat ramalan

pula akan dilakukan sekiranya pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan
perkara yang dandaikan akan berlaku; dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu
perkara

Metakognitif.
Metakognitif merupakan suatu istilah yang diperkenalkan oleh Flavell pada tahun
1976. Menurut Flavell, sebagimana diambil dari Livingston (1997), metakognitif
terdiri

daripada

pengetahuan

metakognitif

dan

pengalaman

atau

regulasi

metakognitif. Pengetahuan metakognitif merujuk kepada pengetahuan mengenai


proses-proses kognitif, pengetahuan yang dapat digunapakai untuk mengawal
proses kognitif. Manakala pengalaman metakognitif adalah proses yang dapat
diterapkan untuk mengawal aktiviti kognitif dan mencapai tujuan kognitif.
Metakognitif ialah kesedaran dan pengawalan terhadap proses kognitif tersebut dan
kemampuan untuk menjanakan proses ini dalam mempertingkatkan daya pemikiran
dan pembelajaran (Babbs & Moe, 1983; Brown, 1987; Flavell, 1987; Jones,
Palincsar, Ogle & Carr; Stewart & Tei, 1983; Wong, 1986).
Sementara itu Margaret W. Matlin (1998:256) dalam bukunya yang berjudul
Cognition, menyatakan "Metacognition is our knowledge awereness and control of
our cognitive process". Metakognitif, menurut Matlin, adalah pengetahuan,
kesedaran dan kawalan terhadap proses kognitif yang terjadi pada diri sendiri.

PENGENALAN KEPADA ALAT ALAT CoRT 1

Marcapada ini, Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu


manusia menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini
menjadikan pemikiran manusia lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak berburu-buru
melakukan sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan
dengan bantuan alat-alat berfikirini.

Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta,idea,isi dan


konsep secara visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di
antaranya di dalam satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat
ini mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang
bermakna. Ia membantu murid dan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Alat-alat Berfikir ialah instrument yang membantu manusia berfikir
dan mengurus proses pemikiran secara visual dan terkawal.

Antara

alat

berfikir

termasuklah

Soalan

dan

penyoalan,Peta

minda,Pengurusan Grafik dan CoRT Alat-alat ini digunakan oleh manusia untuk
membolehkan berfikir secaramendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran
berfikir. Alat ini tidak
berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping itu, alat-alat ini terdiri
daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga soalan-soalan. Kebiasannya, Soalan
bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh digelar sebagai
Pengurusan Lisan.

Di samping itu alat CoRT merupakan satu alat berfikir dan juga singkatan
bagi perkataan Cognitive Research Trust. Sebenarnya, CoRTmenggalakkan
individu untuk berfikir secara meluas. Terdapat tujuh jenis alat cort.
Antaranya termasuklah :

PMI : kebaikan, keburukan dan menarik


(Plus, Minus, Interesting)
CAF : Mengambil kira semua faktor
(Consider All Factors)

C & S : Kesan mengikut jangka masa


(Consequence Sequal)
AGO : Tujuan, matlamat dan objektif
(Aims, Goals & Objectives)
FIP : Keutamaan mengikut kepentingan
(First Important Priorities)
APC : Alternatif, kemungkinan dan pilihan
(Alternatives, Possibilities
and Choices)
OPV : Pandangan orang lain
(Other Peoples VieW)

Subjek
Alat

Fungsi

Kegunaan

i) PMI

Meluaskan

(Plus,minus,interesting)

tentang situasi.

baik,buruk,menarik

Elakkan

fikiran Untuk

Mata

Pelajaran

menangani

idea

dari

segi Geografi

reaksi kelebihan

Kajian Tempatan

beremosi.
ii) CAF

Meninjau

semua Mengambil

(Cinsiders All Factor)

aspek situasi dengan semua faktor yang Bahasa Melayu


lengkap

kira

dan terlibat

Bahasa English

menyeluruh .Elakkan

Sains

faktor yang terlupa.


iii)C&S(consequence

Menjangka apa yang Meralamkan kesan

&sequel)

akan berlaku selepas dan


Sesuatu

akibat

yang Bahasa Melayu

cadangan berturutan

Bahasa English

dijalankan.Meramal
kesan dan akibat bagi
keputusan tersebut.
iv) AGO

Sentiasa menupukan Tujuan , matlamat

(Aims,Goals,Objectives) perhatian
tujuan

asal

matlamat

terhadap dan objektif


supaya
Kemahiran Hidup

tercapai.Elakkan
perkara

yang

tidak

dibenarkan.
vi)FIP (First Important Mengambil
Prioriti)

kira Memberi

perkara-perkara yang keutamaan kepada Ekonomi

Rumah

penting .Menentukkan yang terpenting

Tangga

prioriti

Bahasa Melayu

perkara

.Elakkan
yang

tidak

patut diutamakan.
vii)

Alternatives Memikiran

Possibiltes Choise

perkara

beberapa Pilihan-pilihan

dan

dengan kemungkinan

srentak .Menentukan

Kemahiran Hidup
Kajian Tempatan

pilihan yang terbaik .


viii)

OPV

Peoples Views)

(Other Mengambil

kira Mendapatkan

pandangan orang lain pilihan orang lain

Bahasa Melayu

sebelum

Bahasa English

membuat

keputusan
terlalu
diri.

yang

memfokuskan

HURAIAN ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR

Aplikasikan Consider All Factor ( CAF) Terhadap Cadangan Berkongsi.


Consider All Factor (mengambil kira semua faktor) merupakan salah satu alat
aberkir yang diperkenalkan oleh seorang tokoh pemikir dari malta yang bernama
Dr.Edward De Bono dalam program Cognitive Research Trust (CoRT).Consider all
factor adalah alat untuk berfikir yang memerlukan seseorang individu untuk
mengambil kira semua faktor penting yang ada sebelum membuat keputusan yang
baik.
Teknik ini bertujuan untuk meluaskan sudut pandangan seseorang
individu.Ini kerana seseorang individu akan berfikir dengan menyenaraikan semua
faktor yang ada dan membuat keputusan yang diambil.
Selain itu , teknik ini juga melatih seseorang individu untuk mengarahkan
mindanya ke semua arah yang penting dan meninjau kepada semua aspek dengan
lengkap dan menyeluruh.Ini akan mengelakkan seseorang individu terlupa faktor
yang penting.
Kedah ini dapat dilaksanakan dengan menyenaraikan semua faktor penting
yang ada dan seterusnya mempertimbangkan satu per satu faktor yang ada.CAF
dapat

diaplikasikan dalam

menyelesaikan

beberapa

masalah

harian

yang

mudah.Misalnya ialah masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur.Masalah


Kesesakan lalulintas ini dapat dikurangkan dengan mengambil langkah-langkah
berkongsi kereta ke tempat kerja serta mengambil kira beberapa faktor seperti faktor
sosial ,faktor alam sekitar,faktor masa dan faktor kewangan

Faktor-faktor

Huraian
Dapat mengeratkan sillaturrahim semasa
rakan sekerja kerana sering berbual dan

Sosial

berbincang semasa dalam perjalanan ke


tempat kerja dapat mewujudkan integrity
antara kaum kerana kir=ta bebas untuk
menumpangkan

rakan-rakan sekerja

kita yang berlainan bangsa dan agama


secara

tidak

langgsung

dapat

mengekalkan perpaduan.
Dapat mengurangkan kadar pencemaran
Alam sekitar

di

Kuala

Lumpur

kerana

bilangan

kenderaan yang berada di jalan raya


telah berkurungan.
Dapat mengurangkan jumlah kereta yang
Masa

digunakan

untuk

seterunya

mengurangkan

jalan

raya

ke

secara

tempat

tidak

kerja

kesesakan
langsung

membolehkan kita datang awal tempat


kerja.
Dapat mengurangkan kos untuk membeli
Kewangan

minyak petrol keranq kebiasanya kita


akan berkongsi dengan rakan sekerja
yang lain untuk membelinya

Sebagai penutup, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 7 alat yang terdapat


dalam CoRTdan setiap alat mempunayi kelebihan untuk mengurangkan kesilapan
berfikir yang manusia biasa lakukan serta memilih alat CoRT yang sesuai mengikut
fungsinya.

REFELEKS

SIVAVICKNES A/L DHANYAN NO. Kad Pengenalan 890207-07-5219

Pertama sekali saya, bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya, saya
pelajar pengkhususan PPISMP Pemulihan Sem 2 telah berjaya menyiapkan kerja
kursus ini pada masa yang telah ditetapkan tanpa sebarang halangan.

Sebenarnya, kerja kursus ini banyak mendedahkan kepada diri saya dengan
pelbagai maklumat dan informasi mengenai ilmu kemahiran berfikir. Apakah itu yang
dimaksudkan dengan alat cort? Apakah pula jenis-jenis alat cort?. Memang tidak
dapat dinafikan lagi, kerja kursus ini sangat bermakna bagi saya.

Di samping itu juga, saya juga dapat memahami dan mengetahui kaedah
penyediaan peta minda Tony Buzan, sekaligus mengadaptasi peta minda dalam
menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Pengetahuan dan kemahiran membina peta
minda amatlah diperlukan bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran
(P&P) di sekolah dan di institusi pendidikan. Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini
telah membantu untuk menambahkan lagi nilai kompeten bagi seorang guru.

Dalam konteks saya sebagai seorang bakal guru, tugasan ini telah banyak
membantu saya dalam memperbaiki diri dalam pelbagai aspek terutamanya cara
dan kaedah pemikiran. Kaedah pemikiran yang betul dan tepat sangat diperlukan
dalam menghadapi mehnah dan tribulasi di zaman globalisasi ini. Kemahiran berfikir
sangat membantu dalam menghadapi masalah dalam hidup termasuklah masalah
individu, masalah masyarakat, Negara dan dunia, sekaligus akan melahirkan jiwajiwa kental dan sabar dalam mengahdapi masalah.

Di samping itu, saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk merakam
setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung terima kasih kepada pensyarah
Kemahiran Berfikir saya, dan juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak
membantu saya dari segi aspek sokongan moral dan buah fikiran yang bernas
dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Hanya Tuhan sahaja yang mampu
membalas jasa baik kalian.

Tuntasnya, saya dapat simpulkan bahawa tugasan seperti ini amat berguna
kepada saya sebagai seorang bakal guru agar mampu memperbaiki diri saya dari
semasa ke semasa dan seterusnya tabah menghadapi masalah pada masa akan
datang.Sesungguhnya tugasan ini memberi seribu makna buat orang yang hanya
mampu melihatnya dengan mata hati bukan dengan luaran sahaja.Maka amat
rugilah saya sekiranya tidak menjadikan tugasan ini sebagai satu pengalaman
mahupun motivasi dalam menjadikan kehidupan seharian saya lebih baik dari
semasa ke semasa. Akhirnya, saya berharap hasil tugasan ini dapat diterima oleh
semua orang dan akan dijadikan sebagai rujukan.

Anda mungkin juga menyukai