Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan Kesihatan (PK) ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat
pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi
kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia
menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke
tahap kesihatan optimum. Kanak-kanak merupakan aset negara yang amat penting. Untuk
membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi.
Tetapi malangnya, pada saban hari, setiap helaian akhbar pasti ada melaporkan kes-kes kanak-
kanak seperti gangguan seksual, penyakit obesiti di kalangan kanak-kanak, kemalangan jalan
raya dan masalah konflik dengan keluarga. Masalah ini perlu dipandang serius agar keharmonian
masyarakat dapat dipelihara dan institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan.

Melalui Pendidikan Kesihatan, setiap individu dapat mengawal kesihatan diri, keluarga,
masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan
bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.
Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif, bijak dan
bertanggungjawab dalam menangani situasi berisiko. Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi
penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun
mengikut tiga modul utama iaitu kesihatan fizikal, kesihatan mental, emosi dan sosial, serta
kesihatan persekitaran.

Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan


Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai
budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan
cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan
persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan potensi individu ke tahap optimum.

1
2.0 PROSES KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
KESIHATAN
2.1 Definisi Kemahiran Berfikir

Kamus Dewan menyatakan bahawa, fikir bermaksud akal atau keupayaan untuk berfikir.
Manakala berfikir mengikut terjemahan kamus pula bererti menggunakan akal untuk
menyelesaikan sesuatu. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran berfikir ialah kemahiran
menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu. John Dewey brpendapat bahawa, berfikir ialah
satu operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta
yang lain supaya fakta dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Selain itu, menurut
Beyer pula, beliau mendefinisikan berfikir sebagai memanipulasi input deria dan persepsi yang
diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran, sebab, atau keputusan.

Kemahiran berfikir boleh dikelaskan kepada dua kategori utama, iaitu kemahiran berfikir
secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis dapat
dibahagikan kepada dua sub-kategori, iaitu kemahiran menganalisis secara kritis dan kemahiran
menilai secara kritis. Kemahiran menganalisis secara kritis dapat meningkatkan pemahaman dan
kebolehan menggunakan maklumat yang sedia ada. Kemahiran berfikir secara kritis bermaksud
penggunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah
dengan mendalam. Kemahiran berfikir secara kreatif pula bererti penggunaan operasi berfikir
yang asas untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baru, estetik dan membina.
Empat ciri kemahiran berfikir secara kritis ialah reaktif, penilaian, analisis dan logik. Kemahiran
berfikir secara kreatif pula dibahagikan kepada empat ciri iaitu keberanian, imaginasi,
perkembangan idea dan reka cipta.

2.2 Kemahiran Berfikir secara Kritis

Berfikir secara kritis bermaksud mempunyai kemahiran dan kecekapan menggunakan


minda untuk menilai kewajaran sesuatu idea (Ibrahim, 2016), meniliti kelebihan serta kebaikan
dan juga kelemahan sesuatu perkara sebelum membuat pertimbangan wajar dengan
mengemukakan bukti dan alasan yang benar serta berkaitan (Som Hj. Nor dan Dahalan, 2000).
Berfikir secara kritis dikaitkan dengan otak sebelah kiri.

2
Perkataan “kritis” berkaitan dengan perkataan “critical” yang berasal daripada “kritikos” yang
bermaksud menyoal atau mempertingkatkan pengetahuan. Bloom (1956) mengatakan bahawa
pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti minda iaitu analisis, sintesis dan penilaian.
Terdapat beberapa tahap yang mesti dilalui dan digunakan oleh individu apabila berfikir secara
kritis. Proses-Proses Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kritis:

a) Mencirikan

Proses ini melibatkan aktiviti bagi mengenal pasti kriteria sesuatu seperti ciri, sifat, kualiti dan
unsur sesuatu konsep atau objek. Aktiviti pemerhatian biasanya terlibat semasa proses
mencirikan ini dilakukan. Biasanya kemahiran ini digunakan untuk: Mendefinisikan konsep atau
item dan Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

b) Membanding dan membeza

Merupakan satu proses yang melibatkan pelajar mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan
kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini akan
digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan; dan Membuat pilihan atau
keputusan.

c) Mengumpul dan mengelas

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing


berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau
sifat sepunya. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat banyak item atau maklumat; dan item
atau maklumat yang tidak tersusun.

2.3 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

Bagi berfikir secara kreatif pula, bahagian otak yang paling banyak digunakan ialah
bahagian kanan. Individu yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif menggunakan
minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan asli
sama ada bersifat konkrit (wujud) mahupun secara abstrak (konseptual atau idea). Dalam hal ini,
perkara yang paling penting ialah individu tersebut berkemampuan menghasilkan sesuatu yang
baru (to create). Berikut merupakan beberapa contoh proses kemahiran berfikir secara kreatif:

3
a) Meramal

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu
atau data yang boleh dipercayai. Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan
mempertimbangkan pilihan.

Langkah penggunaannya adalah seperti berikut:

 Perhati atau kumpul maklumat.


 Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat.
 Buat jangkaan yang paling sesuai.

b) Mensintesis

Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran
yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan , esei, lukisan dan artifak. Kemahiran ini digunakan
untuk membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk. Kemahiran ini juga digunakan
bagi menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan.

Langkah penggunaan adalah seperti berikut:

 Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek.


 Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan.
 Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk, perkara
atau subjek.
 Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori, kategori dengan tajuk.

c) Mereka cipta

Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada
dalam bentuk maujud atau mujarad.

Langkah penggunaan adalah seperti berikut:

 Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan.


 Janakan idea.

4
 Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan.
 Mencuba dan menguji idea.
 Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih idea yang lain.

3.0 PEMIKIRAN POSITIF

Melalui pemikiran positif, seseorang atlet dapat melawan tanggapan negatif yang sering
muncul apabila atlet mula hilang keyakinan diri (Chong, 2016). Contohnya , atlet menyalahkan
diri sendiri atas kesilapan dan kekalahannya, mula meragui keupayaan diri , dan mula
menjangkakan kekalahan. Dalam situasi ini, atlet yang menetapkan matlamatnya sendiri akan
menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding atlet yang matlamatnya diterapkan oleh orang
lain (jurulatih). Hal ini menunjukkan bahawa pencapaian dapat ditingkatkan sekiranya individu
tersebut mengehendakinya.

Weinberg dan Gould, 1999 menyatakan seseorang perlu menitikberatkan pemikiran


dengan berkesan. Pemikiran negatif dan yang mengganggu dan meletakkannya di tempat yang
selamat serta tidak menunggu sahaja sehingga selesai perlakuan. Peletakan pemikiran
dilaksanakan dalam bentuk arahan (SELF TALK) atau secara visualisasi. Teknik ini sangat
efektif kepada atlet yang membawa isu-isu luaran ke dalam pertandingan.

Pemikiran yang positif merupakan suatu proses yang mana murid boleh dan akan
mencapai matlamat yang diingini. Berfikiran serta brecakap sendiri perlu sebagai arahan dan
motivasi berbanding membuat keputusan. Bercakap sendiri yang positif bukan sahaja boleh
membantu dalam persembahan yang spesifik tapi juga boleh mengekalkan motivasi dan
kekuatan yang tinggi. Pengalaman menyempurnakan sesuatu tugasan dengan jayanya akan
mengukuhkan dan menberi keyakinan.

Pemikiran yang positif ini merupakan suatu proses yang mana anda boleh dan akan
mencapai matlamat yang diingini. Berfikiran serta brecakap sendiri perlu sebagai arahan dan
motivasi berbanding membuat keputusan. Bercakap sendiri yang positif bukan sahaja boleh
membantu dalam persembahan yang spasefik tapi juga boleh mengekalkan motivasi dan
kekuatan yang tinggi. Pengalaman menyempurnakan sesuatu tugasan dengan jayanya akan

5
mengukuhkan dan menberi keyakinan. Berikut merupakan carta alir yang boleh digunakan oleh
guru untuk menggalakkan murid berfikiran postif:

Gambarajah 3.1: Carta alir Pemikran Positif

6
4.0 PERMAINAN KECIL

4.1 Periuk Api

Gamabarah 4.1: Permainan Periuk Api

Bilangan murid:

15-20 orang (3 atau 4 kumpulan)

Masa:

10 minit

Alatan:

 Makanan permainan
 Kain untuk diikat mata

Cara bermain:

Salah satu permainan yang memupuk semangat untuk bekerjasama dalam kumpulan. Dalam
permainan ini, murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan dan guru menyediakan ‘makanan
sihat’ untuk murid mengutip serta ‘makanan tidak sihat’ untuk murid mengelak. Halangan ini
dikenalali sebagai ‘periuk api’. Seorang murid daripada kumpulan akan diikat matanya dan
diarahkan untuk berjalan melintasi ‘periuk api’ berkenaan. Rakan sepasukannya bertindak

7
sebagai pengemudi untuk mengelak daripada melangar ‘periuk api’ berkenaan. Sambil mengelak
daripada terpijak ‘periuk api’ berkenaan, murid perlu mengutip ‘makanan sihat’. ‘makanan sihat’
dan ‘makanan tidak sihat’ adalah model makanan permainan. Guru menambahkan kesukaran
permainan dengan hanya membenarkan ahli kumpulan untuk menggunakan beberapa patah
perkataan sahaja untuk murid yang diikat mata.

Kemahiran : Komunikasi & kepercayaan

4.2 Tarik Tali 4 Hala

Gamabarah 4.2: Tarik Tali 4 Hala

Bilangan murid:

Melebihi 20 orang (dibahagi kepada 4 kumpulan)

Masa:

5 minit

Alatan:

 Tali
 Gambar makanan

8
Cara bermain:

Tarikh tali 4 hala merupakan permainan yang popular dalam menggalakkan pemikiran
kritikal dikalangan murid. Permainan ini sesuai untuk semua peringkat umur. Ia melambangkan
kekuatan bekerjasama secara berpasukan. Dalam permainan ini, dua kumpulan akan menarik tali
bagi menyingkirkan dua lagi kumpulan dengan memaksa mereka keluar dari posisi mereka.
Sebelum permainan bermula, guru menyediakan tali yang disambungkan kepada satu gelang besi
dan tali berkenaan dipanjangkan kepada empat penjuru. Dari penjuru tali berkenaan, guru
menandakan garisan beberapa langkah dari hujung tali tersebut. Selepas garisan tersebut, guru
meletakkan beberapa gambar makanan sihat. Murid yang mencapai gambar yang paling banyak
dianggap sebagai pemenang. Tatkala permainan ini semamangnya berkait rapat dengan kekuatan
ahli, ia juga merangkumi aspek taktikal seperti penyusunan pelajar dan pembentukan barisan
sepanjang tali. Permainan ini juga mempuk kerjasama antara pasukan dan komunikasi.

Kemahiran: Kerjasama & Semangat kesukanan

4.3 Tawan Bendera

Gambarah 4.3: Tawan Bendera

Bilangan murid:

15- 20 orang (dibahagi kepada 2 kumpulan)

Masa:

10 minit

9
Alatan:

 Halangan seperti tilam, papan


 Bendera yang mempunyai gambar buah-buahan

Cara bermain:

Permainan Tawan Bendera merupakan salah satu permainan yang popular. Dalam
permainan ini dua pasukan masing-masing berebut untuk mendapatkan sberapa banyak bendera
lawan yang dilukis dengan gambar buah-buahan sambil mempertahankan bendera-bendera
dirinya sendiri. Beberapa bendera yang berlainan warna dengan gambar buah-buahan di
tengahnya diletakkan dia hujung padang atau gelanggang. Sebagai contoh, pasukan biru dan
merah. Pasukan biru akan cuba merampas bendera merah di kawasan pasukan merah dan
membawanya dengan selamat ke kawasan biru, ini dilakukan oleh ahli pengempur di kumpulan
biru tersebut. Manakala ahli kumpulan biru yang bertindak sebagai ‘askar’ akan cuba
mempertahankan bendera mereka di kawasan biru. Perkara yang sama juga dilakukan oleh
pasukan merah. Pasukan yang Berjaya merampas bendera pihak lawan dan membawanya dengan
selamat ke kawasan mereka dianggap sebagai pemenag. Dalam cubaan merampas bendera, pihak
yang mempertahankan bendera akan baling bola yang berisi cat untuk menandakan pihak lawan
yang telah ‘ditangkap’. Pemain yang ditangkap tidak boleh meneruskan permainan dan akan
dipenjarakan di kawasan pihak lawan, selalunya satu petak di hujung gelanggang lawan sehingga
diselamatkan oleh ahli pasukan mereka. Pasukan yang mengumpul paling banyak bendera
dinobatkan sebagai pemenang.

10
4.4 Baling Dalam Bakul

Gambarajah 4.4: Sususnan bagi permainan baling dalam bakul

Bilangan murid:

20 orang (dibahagi kepada 2 kumpulan)

Masa:

10 minit

Alatan:

 Modal makanan sihat (buah, sayur, roti, susu) dan makanan tak sihat (kek, coklat, air
berkarbonat)
 Bakul

Cara bermain:

Untuk bermain permainan ini, murid dibahagikan dalam 2 kumpulan. Bakul dan murid
disusun seperti dalam gambarajah. Setiap murid dari kumpulan tersebut dikehendaki membaling
modal yang diberi ke dalam bakul lawan dari tempat mereka berdiri. Pihak lawan hanya perlu
menangkapkan ‘makanan sihat’ dalam bakul mereka Markah diberikan berpandukan bilangan
modal ‘makanan sihat’ yang jatuh ke dalam bakul. Setengah markah akan ditolak kepada setiap
‘makanan tidak sihat’ yang jatuh ke dalam bakul. Murid perlu memikirkan strategi yang kreatif
untuk memastikan modal makanan ke dalam bakul. Permainan ini menggalakkan kemahiran
penyelesaian masalah dikalangan murid sambil mengasah kreativiti di kalangan mereka.

11
4.5 Jigsaw Buah-buahan

Gambarah 4.5: Permainan Teka-teki Jigsaw

Bilangan murid:

6-10 orang (dibahagi kepada 2 kumpulan)

Masa:

10 minit

Alatan:

 Permainan teka-teki jigsaw 1000 keping

Cara bermain:

Guru menunjukkan gambar jigsaw yang hendak disususn oleh murid untuk seketika sahaja.
Murid dalam kumpulam mereka perlu menyusun teka-teki jigsaw yang berselerak dalam masa
yang ditetapkan. Selepas menyusun teka-teki brkenaan, murid perlu melabelkan buah atau sayur
yang terdapat dalam teka-teki jigsaw tersebut. Kumpulan yang [aling banyak menyeneraikan
buah dinobatkan sebagai pemenang.

12
5.0 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU PENDIDIKAN KESIHATAN

5.1 Murid

Penglibatan para pelajar dalam pembelajaran kesihatan di sekolah masih pada tahap
rendah. Pendidikan Kesihatan khususnya di sekolah rendah sedang mengalami ketidakstabilan,
iaitu kurang diminati di kalangan para pelajar (Ismail & Muhamad, 2015). Malah kajian oleh
Ibrahim dan Abu Bakar (2008) mendapati hanya 15 peratus sahaja pelajar yang menyatakan
Pendidikan Kesihatan ‘Sangat Penting’. Kebanyakan pelajar kurang berminat dengan aktiviti
pembelajaran kerana beranggapan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan tidak mempunyai nilai
akademik, perubahan saiz badan, tidak sihat dan sebagainya. Alasan sedemikian telah digunakan
oleh pelajar untuk mengelakkan penglibatan diri dalam aktiviti Pendidikan Kesihatan di sekolah.

5.2 Persekitaran dan Kemudahan Sekolah

Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang berkesan, lancar dan selamat
banyak dipengaruhi oleh persekitaran sekolah dan juga kemudahan fizikal yang mencukupi.
Namun demikian, kekurangan kemudahan fizikal dan bahan bantu mengajar masih menjadi
cabaran pelaksanaan Pendidikan Kesihatan di sekolah sehingga kini. Kajian oleh Ismail dan
Muhamad (2016) mendapati faktor kekurangan kemudahan dan tempat menjadi halangan utama
pelaksanaan Pendidikan Kesihatan di sekolah Orang Asli. Selain itu, kekurangan alat bantu
mengajar juga berlaku kerana tidak diperbaharui oleh pihak sekolah kepada yang terkini.

Penguasaan optimum sesuatu kemahiran yang di ajar oleh guru juga bergantung kepada
kebolehcapaian ke atas kemudahan fizikal. Jumlah bahan yang mencukupi adalah penting agar
setiap murid dapat menggunakannya tanpa ebarang masalah untuk membelajar sesuatu
kemahiran yang diajar oleh guru. Murid yang berjaya menguasai sesuatu kemahiran akan lebih
bermotivasi untuk mempraktikkan kemahiran yang telah dipelajari dan akan mencetuskan
keseronokan di kalangan mereka (Liukkonen et al., 2010).

Namun demikian, kajian lepas mendapati sekolah masih menghadapi masalah untuk
mempunyai bahan pembelajaran yang terkini. Kajian oleh Rahim (2004) mendapati 34.2%
kekangan oleh sekolah di bandar adalah untuk mendapatkan sumber kewangan bagi
melaksanakan aktiviti Pendidikan Kesihatan. Keadaan ini menyebabkan pengajaran Pendidikan

13
Kesihatan dilakukan di kawasan kurang membataskan pergerakan dan ruang yang diperlukan
oleh bilangan murid yang ramai. Kajian oleh Ali et al. (2014) juga mendapati 80% ibu bapa
sangat setuju dengan keadan ini, bahan bantu mengajar yang tidak mencukupi, peralatan rosak
dan tidak diganti serta perasaan janggal murid di kelasa menjadi kekangan pelaksanaan
Pendidikan Kesihatan yang berkesan di sekolah.

6.0 PENUTUP

Dalam usaha untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sahsiah, maka mata pelajaran Pendidikan Kesihatan sememangnya tidak boleh
diabaikan. Kreativiti dan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran akan berupaya memotivasikan
murid untuk terus berusaha menguasai sesuatu kemahiran yang diajar. Oleh itu, pihak pentadbir
sekolah perlu mempunyai visi dan misi yang jelas untuk meletakkan kepentingan pelaksanaan
mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang berkesan dan menyeluruh di sekolah.

Kesimpulannya, Pendidikan Kesihatan memainkan peranan penting dalam mendidik dan


meningkatkan aspek psikomotor, afektif dan kognitif pelajar. Namun demikian, ianya tidak akan
dicapai dengan mudah sekiranya masih terdapat faktor kekangan untuk melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang berkesan di sekolah tidak dapat diatasi. Oleh itu
juga, setiap pihak seperti pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa perlu memahami dengan jelas
mekanisme cabaran yang telah dibincangkan untuk memastikan murid lebih bermotivasi
melibatkan diri dalam pelaksanaan aktiviti jasmani dan fizikal seterusnya mengamalkan budaya
hidup sihat sepanjang hayat. Semoga kepentingan, cabaran pelaksanaan serta cadangan yang
dikemukakan dalam kertas konsep ini dapat memberikan gambaran menyeluruh kepada pihak
penggubal dasar tentang isu pelaksanaan Pendidikan Kesihatan di sekolah menengah seterusnya
mengambil kira kesemua faktor tersebut untuk meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaannya
di peringkat sekolah.

14
RUJUKAN

Ismail, W.A.W. & Muhamad, T.A. (2015). Hubungan faktor penghalang terhadap penglibatan
pelajar dalam Pendidikan Kesihatan di sekolah menengah. (Tesis sarjana tidak diterbitkan).
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail, W.A.W. & Muhamad, T.A. (2016). Kepentingan dan halangan dalam pelaksanaan
pengajaran Pendidikan Kesihatan di sebuah sekolah orang Asli. Jurnal Penyelidikan
MUADDIB, 1(1), 1-10.

Jani, J. (2004). Teras pengetahuan mengajar guru mata pelajaran Pendidikan Kesihatan di
sekolah menengah daerah Batang Padang, Perak. Perak, Malaysia: Tanjong Malim Fakulti
Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris

Liukkonen, J., Barkoukis, V., Watt, A., & Jaakola, T. (2010). Motivation climate and student’s
emotional experiences and effort in physical education. The Journal of Education Research,
103(5), 295-308.

Lunenberg, M. & Korthagen, F. (2009). Experience, theory, and practical wisdom in teaching
and teacher education. Teacher and Teaching: Theory and Practice, 15(2), 225-240.

Davis, K.S., Burgeson, C.R., Brener, N.D., McManus, T., & Wechsler, H. (2005). The
relationship between qualified personnel and self-reported implementation of recommended
physical education practice and program in U.S. Schools. Research Quarterly for Exercise and
Sport, 76(2), 202-211.

Chong, A.L. (2016). Pengaruh pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dalam
mencetuskan keseronokan murid terhadap aktiviti fizikal. (Tesis PhD tidak diterbitkan).
Universiti Kebangsaan Malaysia

Ahmad Marzuki, Maziah and Rahman, Saemah and Hassan, Hamidah and Savage, Eileen.
(2015). Pembangunan Program Pendidikan Kesihatan kanak-kanak 3-6 tahun dalam
pencegahan obesiti. UKM.

15

Anda mungkin juga menyukai