Anda di halaman 1dari 7

1.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis

1.1

Konsep dan Definisi Kemahiran Berfikir Secara Kritis

KamusDewan (1992) memberi maksud perkataan kritis sebagai tidak dengan begiti
sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu atau menimbangkan baik buruk sesuatu
perkar terlebih dahulu. Bagi
Myfield (1997) pula menganggap pemikiran kritis melibatkan pemerhatian secara
sedar, membuat analisis taakulan dan menganalisis nerasaskan bukti-bukti.
Bloom (1956) dalam (Fisher1990), berfikir kritis sinonim denagn penilaian Enam
kemahiran berfikir yang disebut sebagai, Taksonomi Objektif Pendidikan terdiri
daripada:A.
B.
C.
D.
E.
F.

Pengetahuan (mengingat dan mengekalkan)


Pemahaman (menterjemah adan memahami)
Aplikasi (menggunakan)
Analisis (mencerakinkan)
Sintesis (menyalurkan semula)
penilaian (mempertimbang dan menilai)

Pemikiran kritis bagi Glaser (1941) melibatkan tiga aspek :A) Amalan sikap bertanya untuk mengenal pasti masalah dan
menyokong sesuatu yang dianggap benar.
B) Mempunyai pengetahuan mengenai andaian yang benar dan
bagaimana bukti-bukti yang logic ditentukan.
C) Mempunyai kedua-dua sikap dan pengetahuan yang dinyatakan

Munurut Ennis (1987), pemiiran kritis mrujuk kepada pemikiran reflektif dan
munasabah yang difokuskan kepada usaha memutuskan sama ada sesuatu perkara
boleh dipercayai atau tidak dipercayai. Pengusaan pemikiran reflektif menyebabkan
idea dan pengalaman lalu (Wilson & Lesley 1997).
Munurut Ennis dalam (Fisher 1990), 12 aspek kemahiran berfikir kritis yang
dianggap dapat mengelakkan daripada membuat kesilapan dalam berfikir. Aspek-aspek
tersebut merangkumi:1. Memahami makna satu kenyataan (Adakah ia bermakna?)
2. Mempertimbangkan sama ada terdapat kekaburan dalam penaakulan
(Adaklah ia jelas?)
3. Mempertimbangkan

samna

ada

kenyataan-kenyataan

bercanggah

(Adakah ia konsisten?)
4. Mempertimbangkan sama ada kesimpulan mengikut keperluan (Adakah
ia logical?)
5. Mempertimbangkan sama ada kenyataan bersifat khusus (Adaka ia
teliti?)
6. Mempertimbangkan sama ada kenyataan menggunakan prisip (Adakah ia
menjawab peraturan)
7. Mempertimbangkan sama ada kenyataan pemerhatian boleh dipercayai
(Adakah ia tepat?)
8. Mempertimbangkan adakah kesimpulan yang indutif diperlukan (Adakah
ia dapat dujustifikasikan)
9. Mempertimbangkan sama ada masalah telah dikenalpasti (Adakah ia
relevan?)
10. Mempertimbangkan sama ada sesuatu itu merupakan andaian (Adakah
ia dianggap sesuutu akan pasti berlaku?)
11. Mempertimbangkan sama ada sesuatu takrifan itu mencukupi ( Adakah ia
dianggap sesuatu akan pasti berlaku?)
12. Mempertimbangkan sama ada kenyataan yang diambil dengan aktiviti
boleh diterima (Adakah ia benar?)
Parker (1985) berpendapat pemikiran kritis sebagai pertimbangan yang teliti
sama ada seseorang harus menerima, menolak atau menagguhkan pertimbangan
terhadap sesuatu perkara dan sejauh mana tahap keyakinan seseorang untuk

menerima atau menolaknya. Pemikiran kritis merangkumi banyak kemahiran termasuk


kebolehan membaca dan mendengar dengan teliti, menilai hujah, mencari dan
mengenal pasti andaian tersirat serta mengesan akibat sesuatu dakwaan. Bagi Parker,
pemikiran kritis perlu mencakupi kebolehan membaca dan mendengar dengan teliti.
Clarke dan Biddle (1993) menganggap seseorang yang berfikir kritis boleh
menggunakan

secara teratur strategi yang berbeza bagi memenuhi tujuan yang

berbeza. Berfikiran kritis mengenai sesuatu mata pelajaran pada permulaannya


memerlukan seseorang membentuk tujuan untuk berfikir dan kemudian merancang
kaedah untuk mencapai tujuan tersebut.
Manakala Fisher (1990) pula menganggap berfikir kritis menggambarkan
bagaimanakah sesuatu perkara difikirkan oleh seseorang. Belajar untuk berfikir kritis
bermakna seseorang akan mempelajari bagaimana untuk menyoal dan apakh soalan
yang ditanyakan. Selain itu, belajar untuk berfikir kritis juga belajar untuk menaakul,
masa menaakul dan pakah kaedah penaakulan yang hendak digunakan.
1.2 Definisi Pemikiran Kritis
John Arul (1997) mentakrif pemikiran kritis sebagai satu aktiviti mental yang berkaitan
dengan menilai maklumat berdasarkan ciri-ciri dan kriteria tertentu. Pemikiran kritis dan
kreatif sering bertindak antara satu sama lain terutama dalam memyelesaikan masalah.
Menurut Som dan Mohamad Dhalan (1998), Kemahiran berfikir secara kritis
merupakan kecekapan dan keupayaan sseorang menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meniliti kebernasan, keesahan dan
mengenalpasti

kelemahan

sesuatu

hujah,

dan

membuat

pertimbangan

yang

sewajarnya dengan menggunakan alasan atau bukti yang munasabah.


2.
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
Kemahiran kreatif telah diberi tempat yang tinggi dalam kehidupan manusia. Tuhan
telah membekalkan potensi dan kreativiti kepada semua manusia bagi membolehkan
manusia menjalankan tanggujawab sebagai suruhan Tuhan. Manusia yang dapat
menunaikan tanggungjawab dengan baik, maka ganjaran pahala akan diterima. Di
Malaysia kemahiran berfikir kreatif sangat penting untuk mencapai cita Wawasan 2020

dan seterusnya dengan pengusaan yang maksimum oleh rakyat terhadapnya


membolehkan Malaysia menjadi negarara maju kelak.
2.1

Konsep dan Definisi Kemahiran Pemikiran Kreatif


Kamus Dewan (2002) memberi maksud kreatif sebagai mempunyai kebolehan
untuk mencipta, menghasilkan dan seterusnya mengembangkan sesuatu idea
yang baru dan asli. Kreatif juga merupakan keupayaan seseorang untuk
mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.
Bloom (1956) mendefinisikan kemahiran berfikir kreatif sebagai sintesis yang
bermaksud kebolehan seseorang menganalisis maklumat dan membentuk
semula maklumat tersebut supaya menjadi idea yang unik.
Torrence (1963) berpendapat pemikiran kreatif terbentuk daripada empat
kemahiran iaitu kelancaran, fleksibel, penghuraian dan keaslian. Kelancaran
merujuk kepada kebolehan seseorang menjana idea yang banyak. Fleksibel
pula bermaksud kebolehan memperluaskan dan menghasilkan idea yang
berbeza. Penghuraian pula bermaksud kebolehan memperluaskan dan
mengembangkan idea secara mendalam dan keaslian pula merujuk kepada
kebolehan berfikir secara luar biasa dan menggunakan sesuatu perkara dengan
cara tersendiri.
John Arul (1997) turut berpendapat pemikiran kreatif sebagai aktiviti mental yang
menumpukan kepada penghasilan kepada idea dan kaedah baru.
Perkins (1985) berpendapat pemikiran kreatif adalah pemikiran yang dicorakkan
untuk menghasilkan keputusan atau hasil kreatif. Menurut beliau, prinsip umum
yang dapat menyumbang kepada hasil kreatif adalah:
Pemikiran kreatif banyak melibatkan nilai estetika dan praktikal, iaitu
usaha untuk mendapatkan sesuatu yang asli
Pemikiran kreatif ke arah untuk mendapatkan tujuan dan hasil. Ia juga
memerlukan penerokaan matlamat, pendekatan alternative, menilai
secara

kritis,

memahami

masalah

dan

menyelesaikannya

serta

melakukan pengubahsuaian pendekatan


Pemikir kreatif akan sentiasa menimbang pelbagai pandangan, menilai
hasil, menghadapi kritikan dan berasaskan idea yang praktikal.

Pemikir kreatif lebih bergantung kepada motivasi instrinstik, iaitu membuat


sesuatu berdasrkan kemampuan sendiri.
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK)

Kemahiran Berfikir Secara Kritis


Membanding dan membezakan
Mengkategorikan
Mencirikan
Menghuraikan
Menyusun mengikut tertib,
kronologi atau keutamaan
Menaakul
Menganalisis
Merumuskan dan meramal
membuat inferens
Menilai maklumat dan inferens

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif


Menjana dan menghasilkan
idea
Membuat hipotesis
Meramal perkara baru
Mensintesis
Menghubungkait
Mencipta metafora, analogi
atau definisi
Mereka cipta
Mengarang cipta
Melukis

Kemahiran membuat
keputusan
Kemahiran menyelesaikan
masalah
Rajah 1 Perkaitan antara KBKK
3.

Kemahiran Berfikir Secara Metakognitif

3.1

Konsep dan Definisi Metakognitif

Dalam bidang pendidikan, operasi metakognitif boleh diajar kepada guru pelatih.Guru
pebimbing kepada guru pelatih boleh membimbing mereka ke arah meningkatkan
fungsi-fungsi intelek. Hasil bimbingan guru pembimbing ini diharap dapat meningkatkan
kualiti pemikiran, tingkah laku dan proses berfikir guru pelatih. Menurut Poh (1997)
pembimbing kognitif boleh dilaksanakan berasaskan tiga matlamat utama, iaitu :
Mewujudkan keyakinan diri guru pelatih
Memudahkan aktiviti pembelajaran bersama
meningkatkan budaya saling bergantungan antara satu dan lain

Nik Aziz (1999) menganggap metakognitif sebagai aspek penting perancangan,


pengawasan dan penilaian. Setiap aspek yang dinyatakan oleh Nik Aziz mempunyai
beberapa persoalan yang harus dikemukakan terhadap diri sendiri. Misalnya dalam
aspek perancangan , seseorang perlu menyatakan dengan jelas perkara yang ingin
dilakukan. Aspek pengawasan pula menyatakan dengan jelas perkara yang ingin
dilakukan. Aspek pengawasan pula memerlukan seseorang mengawasi kemajuan
tugas yang dijalnkan manakala aspek penilaian pula memastikan keberkesanan tugas
yang telah dijalankan.
Dua keupayaan yang berkait rapat dengan metakognitif adalah keupayaan
memantau prestasi tugasan dan keupayaan untuk memahami strategi pemikiran
(Presseisen 1987).
Semasa seseorang memantau prestasi tugasan, dia perlu sedar untuk
menjalankan tugas dengan baik dan mempunyai cara tertentu untuk mengatasi
kelemahan-kelemahan yang dihadapi. Gabungan pengalaman dan cara berfikir yang
bersistematik akan dapat meningkatkan lagi strategi berfikir seseorang.
4.
Kepentingan menguasai Kemahiran berfikir oleh guru dan pelajar
Kemahiran berfikir adalah kemahiran seumur hidup yang perlu dikuasai oleh semua
peringkat manusia daripada peringkat kanak-kanak hingga orang dewasa. Di Malaysia
kepentingan kemahiran berfikir telah dimasukkan dalam sisitem pendidikan negara dan
dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berikut :
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeleruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasrkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan warga

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

berakhlak
mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan
kesejahteraan
diri
Berdasarkan
kandungan Falsafah
Pendidikanmencapai
Kebangsaan
ini, terbukti
serta memberi
sumbangan
terhadap
keharmonian
dan kemakmuran
keluarga,
kementerian
Pelajaran
Malaysia
mengharapkan
kemampuan
potensi intelek
pelajar
masyarakat dan
negara
digembeleng
secara
bersepadu dengan perkembangan rohani, emosi

dan fizikal.

Dengan erti kata lain kemahiran inteleki iaitu kemahiran berfikir pelajar perlu
dikembangkan selari dengan pembangunan rohani dan fizikal pelajar. Dengan amalan

kemahiran berfikir ini, membolehkan pelajar lebih terbuka dan berfikiran kritis dan kreatif
bagi menghadapi zaman globalisasi yang tiada sempadannya. seandainya kemahiran
berfikir ini gagal dikuasai, maka mereka tidak dapat memimpin negara Malaysia dengan
cemerlangpada masa hadapan. Maka, kepentingan mengusai kemahiran berfikir adalah
berikut :Mengelakkan kesilapan berfikir, dan
Meningkatkan pemikiran secara kirtis dan kreatif

Anda mungkin juga menyukai