Anda di halaman 1dari 9

KREATIF DAN

KRITIKAL
• menekankan kebolehan analitikal: bagaimana untuk
meneliti hujah, bagaimana membanding, mengkategori dan
menyusun, dan bagaimana menggunakan penakulan
KRITIKAL deduktif dan induktif untuk mencapai kesimpulan.

• penerokaan idea, menjana kemungkinan- kemungkinan


baru, melihat fleksibiliti dalam jawapan dan
membangunkan pendapat yang membawa kepada
KREATIF penghuraian.
KRITIKAL
kritikal juga bermaksud melibatkan atau menggunakan penilaian atau pemerhatian kemahiran.

Berdasarkan maksud inilah perkataan “kritikal” dalam “pemikiran kritikal” digunakan.

Jadi, apabila kita menyebut “pemikiran kritikal”, kita maksudkan berfikir secara jelas dan intelektual.

Pemikiran kritikal merangkumi pelbagai kemahiran kognitif dan ciri-ciri intelektual yang diperlukan
untuk mengenal pasti, menganalisis dan menilai dengan berkesan hujah atau kebenaran sesuatu dakwaan.

Untuk berfikir secara kritikal bermaksud membongkar dan mengatasi prejudis dan bias peribadi,
menyediakan alasan-alasan meyakinkan untuk menyokong kesimpulan dan membuat keputusan rasional
dan bijak mengenai apa yang hendak dipercayai dan apa yang hendak dibuat.

Dengan kata lain, pemikiran kritikal boleh didefinisi sebagai „pemikiran berdisiplin yang dikawal oleh
piawai intelek yang jelas. Piawai intelek yang paling penting yang telah dikenal pasti adalah kejelasan,
ketelitian, ketepatan, relevan, ketekalan, kebenaran logik, kesempurnaan dan keadilan (Bassham, 2000,
ms. 7).
KREATIF
Bloom ( 1956 ) mendefinisikan kemahiran kreatif sebagai sintesis yang bermaksud
kebolehan seseorang menganalisis maklumat dan membentuk semula maklumat
tersebut supaya menjadi idea yang unik.

Torrance ( 1963) berpendapat pemikiran kreatif terbentuk daripada empat


kemahiran iaitu kelancaran,fleksibel,penghuraian dan keaslian.

Kelancaran merujuk kepada kebolehan seseorang menjana idea yang


banyak.

Fleksibel pula adalah k eboleh an m enghas ilkan idea yang


berbeza.

• Pengh ura ian pula b e r m a k s u d kebo le han m e m p e r l u a s k a n d a n


mengembangkan idea secara m e n d a l a m d a n keaslian pula
m e r u j u k kepada k eboleh an berfikir secara luar biasa d a n
m e n g g u n a k a n s e s u atu perkara d e n g a n sendiri.
John Arul (1997 ) turut
Mengenal pasti masalah
berpendapat pemikiran kreatif
,menjana idea dan
sebagai aktiviti mental yang
perancangan pula merupakan
menumpukan kepada
komponen dalam
penghasilan idea dan kaedah
menyelesaikan masalah.
baru.

Clarke dan Biddle ( 1993)


berpendapat berfikir secara
kreatif adalah proses yang
menggunakan teori untuk
menganalisis situasi , kejadian
masa depan dan
menyelesaikan masalah yang
dilalui.
Perkins (1985) berpendapat pemikiran kreatif adalah
pemikiran yang dicorakkan untuk menghasilkan
keputusan atau hasil kreatif.

CIRI – CIRI PEMIKIRAN KREATIF

Keberanian:Pemikiran kreatif mengandungi ciri keberanian untuk menjana


idea, dan sanggup menerima risiko dan kritikan orang lain.

Imaginasi : Pemikiran kreatif mengandungi ciri imaginasi serta kemahiran


sintesis untuk mencantumkan idea –idea sedia ada.

Perkembangan Idea : Pemikiran kreatif mengandungi ciri perkembangan idea


yang dapat menyediakan pelbagai alternatif yang baru.

Reka Cipta : Pemikiran kreatif mengandungi ciri reka cipta yang berasaskan
kemahiran sintesis untuk menghasilkan idea yang baru.
• Kesimpulannya, seorang penulis sejarah hendaklah berfikiran kritikal dan
kreatif dalm menghasilkan penulisan sejarah yang berkualiti dan bagus.

Anda mungkin juga menyukai