Anda di halaman 1dari 14

JUH 102/2

Pemikiran Kritis
Puan Fadilah Binti Haji Salleh
Email: dilasalleh@gmail.com
Topik 2: Konsep
Kemahiran Berfikir
Secara Kritis
Definisi Pemikiran Kritis
 “…berfikir secara serius (mendalam) dan seterusnya
membuat pertimbangan daripadanya.” – Dewey (1933)

 “…pemikiran kritis melibatkan aktiviti mental seperti


analisis, sintesis dan penilaian…” – Bloom (1956)

 “…pemikiran yang melibatkan usaha mengenal pasti


nilai (baik/buruk), soal fakta (benar/salah), soal bahasa
(jelas/kurang jelas) dan paling utama adalah soal hujah
(sah/tak sah).” – Mohd. Michael (1995)
 “Pemikiran kritis ialah kecekapan dan keupayaan
menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan
atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,
kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan
alasan dan bukti yang munasabah.” – Som dan Mohd
Dahalan (1999)
 Menurut Som dan Mohd Dahalan (1999), pemikiran
kritis terbahagi kepada 2 kategori:
i. Pemikiran Kritis Rendah
ii. Pemikiran Kritis Tinggi
Pemikiran Kritis Rendah
1. Membanding dan membeza
2. Membuat kategori
3. Membuat sekuens dan urutan
4. Meneliti bahagian–bahagian kecil dan keseluruhan
5. Menerangkan sebab
Pemikiran Kritis Tinggi
1. Membuat ramalan
2. Mengusul periksa andaian
3. Membuat inferens
4. Mengesahkan sumber maklumat
5. Membuat generalisasi
6. Mencari sebab dan membuat kesimpulan
Sifat-sifat pemikir kritis
a) Analitikal
b) Pragmatik
c) Objektif – Ketepatan
d) Proaktif
e) Tidak bias
f) Konsisten
g) Berdisiplin dan Beretika
Kemahiran berfikir secara
kritis
 Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk
menilai kemunasabahan dan kewajaran sebuah idea,

 meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah,


dan

 membuat pertimbangan yang wajar dengan


menggunakan alasan dan bukti
 Menurut Ainon dan Abdullah (1995), terdapat 8 stail
pemikiran kritis:

Stail Stail
Objektif Saintifik
Stail Stail
Analitikal Historis

Stail Stail
Negatif Reaktif

Stail Pemikiran Stail


Pragmatik Kritis Sistematik
Kemahiran berfikir secara
kreatif
 Kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan
menghasilkan idea,

 mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai


dan bernilai sama ada bersifat mawjud, abstrak, idea
atau gagasan,

 menerokai dan mencari makna, pemahaman dan


penyelesaian masalah secara inovatif.
 Menurut de Bono (1970) kreativiti memang berlaku
tanpa disedar oleh manusia itu sendiri

Gaya Hidup

Proses Proses
Imaginasi Kreatif Intelektual

Penghasilan
Produk/Objek
Pemikiran Lateral
 Diasaskan oleh Edward de Bono
 Satu cara penyelesaian masalah dengan
menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau
tradisional

 Lari dari idea-idea yang sudah biasa atau sudah lama


di amalkan

 Melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-


persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea
baru
“Kita tidak akan dapat
menggali lubang-lubang
baru di tempat-tempat lain
kalau kita asyik menggali
lubang yang ada supaya
lebih dalam lagi”
- Ainon Muhammad & Abdullah Hasan, 1996

Anda mungkin juga menyukai