Anda di halaman 1dari 30

Dr.

Albert Ellis - ahli Klinikal Psikologi Tarikh lahir :27 Sept 1913 (Pittsburgh AS) Mempunyai 3 orang adik-beradik Jarang bersama dengan bapa yang selalu sahaja tidak berada di rumah. Berpendapat : bapanya seorang yang baik dan mengamalkan sikap berkecuali. Ellis melihat dirinya sebagai seorang yang cerdik, bermotivasi dan tabah hasil daripada warisan bapanya. Ibunya pula dianggap sebagai seorang yang boleh berdikari, selalu mempunyai pemikiran dan tingkah laku yang aneh, periang dan tidak menunjukkan sifat penyayang yang jelas (Gladding, 1996). 7 tahun : Mula belajar berdikari.

12 tahun: Ibu bapa bercerai. 5 Tahun: Hampir maut akibat radang tonsil 19 tahun: Menghidap penyakit nefritis (radang pada buah pinggang) Menjangkau usia 40 tahun : penyakit kencing manis. 1934: Ijazah pengurusan perniagaan daripada Universiti Bandar Raya New York. 1943: Ijazah Sarjana 1947: Ijazah kedoktoran Berkelulusan M.A. dan Ph.D. dalam bidang psikologi klinikal dari Universiti Columbia. 1959 : Mengasaskan Institut Terapi Rasional Emotif di New York. 1993 : Nama institut ini ditukar kepada Institut Rasional Emotif Behavioral merangkumi kognitif, emotif dan behavioral. Meninggal dunia: 24 Julai 2007

1957: Terbit buku pertama tentang REBT (Bagaimana untuk hidup dengan Neurotik)

1960 :Terbit buku The Art And Science of Love

1962 :Penulisan pertama telah disiarkan dalam Ellis Reason and Emotion in Psycotherapy. Mempromosi REBT Ellis tubuhkan satu Institut yang tidak mengaut keuntungan

Presiden di Institute Rational Emotive Therapy di N. York. (tawar program latihan sepenuh masa dan beroperasi sebagai klinik psikologi yang besar.

Dikenali sebagai bapa terapi kognitif tingkah laku

Melalui 3 peringkat perkembangan -1956- Rasional Therapy -1959- Rasional Emotif Therapy -1992- Rasional Emotif Behaviour Therapy Teori- Cabar dan patahkan sistem kepercayaan tidak rasional dan ganti dengan sistem kepercayaan yang lebih baik.

Theory REBT
Rational Emotive Behavioral Therapy Tumpuan REBT adalah menunjukkan bagaimana mengubah kepercayaan tak rasional yang menyebabkan kesan emosi (Ellis, 1979)

REBT melihat masalah yang dihadapi klien berpunca dari ketidaklogikan klien dalam berfikir. Tujuan: Mengatasi fikiran yang tidak logik tentang diri sendiri dan lingkungan seseorang itu. Kemudian klien dilatih untuk berfikir dan berbuat yang lebih rasional berdasarkan kepada tuntutan realiti. Keyword: Rasional

Dilahirkan bersama potensi :Pemikiran rasional dan pemikiran tidak rasional (+ve/-ve). Manusia berfungsi secara menyeluruh melalui 4 proses utama sikap prihatin(perceiving/sensing), berperasaan(feeling/emoting) bergerak (moving/act) dan berfikir (reasoning/ thinking). Masalah manusia berpunca daripada faktor dalaman dan luaran. Unik kerana ia mencipta kepercayaan yang mengganggu dirinya sendiri.

Manusia berfikir, berperasaan dan bertindak secara serentak. Hubungan ketiga-tiga sangat rapat tidak boleh dipisahkan. Apabila manusia berasa selesa bertindak dengan sesuatu cara tertentu, ia akan terus bertindak sedemikian sepanjang hayatnya, walaupun mereka sedar t/laku itu membawa kemusnahan atau kerosakan pada diri.

Ellis telah mengemukakan 11 pemikiran tidak rasional yang mengganggu sistem kepercayaan manusia iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Semua orang perlu dikasihi. Seseorang perlu sempurna dalam setiap perkara. Sesetengah orang adalah jahat. Maka seharusnya dihukum setimpal dengan kesalahannya. Lebih mudah lari daripada kesulitan dan tanggungjawab daripada menghadapinya. Setiap perkara yang dirancang perlu menjadi kenyataan. Manusia tidak berupaya untuk mengawal diri kerana kesengsaraan yang berlaku disebabkan oleh faktor-faktor luaran atau diluar kawalan individu.

7. Peristiwa masa lalu dalam kehidupan individu menentukan tingkah laku manusia dan ianya tidak dapat diubah. 8. Jika sesuatu perkara itu merbahaya dan merosakkan individu sepatutnya seseorang itu mengambil berat dan sentiasa berwaspada sepanjang masa untuk mengelakkan segala kejadian yang tidak diingini. 9. Individu seharusnya bergantung kepada orang lain yang lebih berkuasa dan kuat. 10. Seseorang itu sepatutnya mengambil berat dan merasa susah hati dengan masalah orang lain. 11. Selalunya ada jawapan yang betul dan tepat kepada sesuatu masalah.

Mengenal pasti kecenderungan dan cara berfikir klien tersebut.

Perubahan klien melalui tingkahlaku Bimbingan daripada kaunselor.

PROSES KAUNSELING DALAM TEORI

Berhenti berfikiran negatif.

Merasionalkan klien.

A (Peristiwa)

B (Kepercayaan)

C (Konsekuen)

D (Intervensi)

E (Rentetan emosi baru)

Pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan itu perawatan juga dapat dilakukan dengan cepat. Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam menghadapi gejala yang lain. Klien merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara berfikir.

Ada klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, tetapi ada yang tidak. Ada setengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga sukar untuk membawanya ke alam nyata. Ada juga klien yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik.

Ada juga setengah klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup mereka

Nama Kelas Masalah Latar belakang

: Hamdan : Tahun 5 Bijak : Ponteng kelas

Hamdan seorang murid yang mempunyai latar belakang akademik yang baik. Namun begitu, semenjak 2 bulan kebelakangan ini, Hamdan sering menunjukkan sikapsikap negatif dalam kelas seperti ponteng kelas dan tidak menyiapkan kerja sekolah. Lantaran itu, guru kelas beliau merujuk Hamdan kepada kaunselor di sekolahnya.

Punca: Hamdan tidak sengaja dan terlupa untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. Kemudian, guru Matematik tersebut memarahi dan memalukan beliau di hadapan rakan-rakannya. Hamdan telah mula berkawan dengan sekumpulan murid yang dikategorikan sebagai murid nakal. Beliau telah terpengaruh dan mula melakukan kegiatan tidak bermoral seperti mencuri di pusat membeli belah.

ASPEK A (Peristiwa)

PENERANGAN Hamdan dimarahi guru kerana tidak meyiapkan kerja sekolah.

B Membenci guru tersebut dan menganggap semua guru jahat. (Kepercayaan) C (Konsekuen) D (Intervensi) E (Rentetan Emosi Baru) Hamdan berasa sedih, malu dan ponteng sekolah, menghisap rokok. Kaunselor merasionalkan kembali kepercayaan Hamdan. (Perasaan ibu bapa, efek kepada pembelajaran,cita2) Hamdan berfikiran positif

A (Peristiwa) Dimarahi guru

B (Kepercayaan) Anggap semua guru jahat

C (Konsekuen) Ponteng

D (Intervensi) Kaunseling

E (Rentetan emosi baru) Positif,mengejar cita2

Pendekatan ini jika dipraktik dengan betul akan banyak membantu dalam menangani masalah pelajar (cara mereka berfikir). Banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar sebenarnya timbul hanya kerana cara mereka berfikir yang tidak rasional. Teori REBT mengubah cara berfikir tidak rasional dengan memimpin dan memandu cara berfikir pelajar kepada yang lebih rasional.

Lee Keok Cheong (2012). Bimbingan & Kaunseling Kanak-Kanak. Oxford Fajar. Selangor. Muhd Mansur Abdullah(1993). Pengantar Kaunseling. Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur. Wan Yusoff Wan Hassan. Panduan Asas Kaunseling Keluarga. Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara.

Sumber video: http://www.youtube.com/watch?v=eBcY5bJeFt0 http://www.youtube.com/watch?v=dUurMLPfP Mg

Anda mungkin juga menyukai