Anda di halaman 1dari 6

[Document title]

1.0 PENGASAS TEORI

Anne Roe
1904-1991

Teori Pemilihan Kerjaya beliau saskan oleh Anne Roe yang lebih memberi fokus berkaitan
aspek gaya asuhan ibu bapa yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dan personaliti individu.
Menurut Jenkins, (2014), Anne Roe dilahirkan pada tahun 1904 di Denver, Colorado dan
dibesarkan dalam keluarga yang menghadapi masalah kewangan apabila syarikat ayahnya
muflis pada tahun 1920-an. Roe mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membesarkan
dua adik beradiknya serta melakukan tugas rumah tangga dari usia muda lagi. Beliau terus
menjaga dan menyokong keluarganya semasa belajar juga. Anne Roe menjadi pelajar
cemerlang di sekolah dan memasuki kolej selepas hari jadi ke-16. Beliau mempunyai hasrat
ataupun cita-cita untuk menjadi seorang guru Bahasa Inggeris kerana kerjaya guru adalah
bidang yang boleh diterima dan sesuai untuk wanita pada zaman tersebut.
Bagaimanapun, semasa mengikuti pengajian sarjana, beliau bertemu dengan seorang ahli
psikologi pendidikan dan profesor Thomas Garth yang sangat menggalakkannya memasuki
bidang psikologi. Selepas menamatkan pengajian BA dari University of Denver pada usia 19
tahun, Roe menjadi pembantu kepada Garth, yang penyelidikannya memberi tumpuan kepada
kumpulan etnik Southwestern. Pada masa ini Roe juga memulakan pengajiannya dalam
Program Sarjana Psikologi dan Pendidikan di Universiti Denver di mana beliau menulis
tesisnya mengenai analisis kritikal terhadap skor ujian kecerdasan Native American. Dengan
bantuan Garth, Roe mendapat pekerjaan dengan psikologi terkenal Edward L. Thorndike di
Columbia University.
Semasa penyelidikannya di Columbia, Roe bekerja sambilan untuk menampung
perbelanjaannya. Beliau memperoleh jawatan di Institut Pelman dan di klinik kanak-kanak
psikiatrik. Beliau juga menjadi pembantu psikologi kanak-kanak Mary Whitley di Columbia

1
[Document title]

Teacher's College dan kadang-kadang mengajar kelasnya juga. Pada tahun 1931, Roe mula
menjalankan penyelidikan untuk rakan sekerja Katherine McBride mengenai fungsi
intelektual. Roe mengumpul data dari pesakit di hospital-hospital Philadelphia yang terjejas
oleh aphasia, kelumpuhan, atau kecederaan yang tidak berkaitan dengan fungsi intelektual
(seperti kaki patah dan apendiks). Semasa mengumpul data daripada pesakit, Roe menyedari
betapa pentingnya pekerjaan yang dimainkan dalam kehidupan pesakit. Kesemua data dan
pengalaman yang diperoleh melalui kajian tersebut mempengaruhi penyelidikannya mengenai
pilihan pekerjaan, topik yang menyumbang kepadanya untuk menerbitkan beberapa buku
termasuk The Psychology of Occupations, dan Making of Scientist, yang menjadi salah satu
karya paling berpengaruh.
Pada tahun 1933, Roe memperoleh PhD dari Columbia. Pada tahun yang sama, beliau mula
bekerja di Worcester State Hospital sebagai pembantu professor. Pada tahun 1938 pula, Roe
berkahwin dengan kawan lamanya yang merupakan seorang paleontologi terkenal George
Gaylord Simpson. Hubungan Roe dan Simpson bermula sejak kanak-kanak lagi. Beliau mula
diperkenalkan kepada Simpson sebagai kawan abangnya. Simpson dan Roe mempunyai empat
anak perempuan. Selama setahun Roe tumpukan perhatian dalam menjaga anak-anak
perempuan sahaja. Tidak lama kemubeliau n beliau menawarkan kontrak untuk membantu
menganalisis buku teks tentang pendidikan alkohol yang dapat dilakukan semasa berada
dirumah sahaja. Kontrak ini memberi ilham untuk penyelidikan seterusnya. Dua anak
perempuan Anne Roe telah mempunyai Ph.d (doktor falsafah), seorang lagi anak
perempuannya telah meninggal dunia sebelum memperoleh ijazah dalam bidang sains
perpustakaan dan anak keempat Anne Roe merupakan seorang penulis, penyair dan ahli
sejarah.
Fokus utama kerja Anne Roe merangkumkan kajian fungsi intelektual di kalangan orang
dewasa normal, aphasic dan bercelaru mental, tingkah laku bayi yang baru lahir, status anak
angkat dari latar belakang yang berbeza, kesan pengambilan alkohol, personaliti artis dan ahli-
ahli sains, psikologi pekerjaan dan kreativiti, dan hubungan antara tingkah laku dan evolusi
serta juga antara pengalaman awal dan corak kerjaya. Pada tahun 1980, beliau mengalami
masalah jantung yang tidak baik dan terpaksa membelakangkan usaha kerjaya profesionalnya
untuk memajukan ke arah yang lebih tinggi. Anne Roe telah meninggal dunia pada tahun 1991

2
[Document title]

akibat komplikasi jantung. Menurut New Straight Times, (1991) beliau berusia 87 tahun
semasa meninggal dunia.
2.0 Latar Belakang Teori
Teori ini merupakan salah satu teori pemilihan kerjaya. Teori ini telah diasaskan oleh salah
seorang pengamal psikologi wanita iaitu Anne Roe. Anne Roe telah mengintegrasikan teori
personaliti dengan klasifikasi sesebuah pekerjaan. Anne Roe merupakan ahli psikologi wanita
yang cuba memasukkan perkaitan elemen kekeluargaan dalam membentuk dan mengasaskan
teori ini. Sebelum Anne Roe mengasaskan teori ini, beliau terlibat dalam bidang perkembangan
kerjaya melalui penyelidikan berkenaan trait personaliti individu golongan seni (artist). Kajian
beliau tentang faktor personaliti yang berkaitan dengan kreativiti artistik dalam kalangan
tersebut yang mendorong beliau untuk membuat beberapa siri penyelidikan utama berkaitan
ciri-ciri personaliti saintis terkenal. Penyelidikan selama beberapa tahun ini memberi pengaruh
yang besar pada perkembangan pandangan beliau berkaitan pemilihan kerjaya individu.
Pada peringkat awalnya, Roe membuat beberapa siri penyelidikan berkaitan ciri-ciri
personaliti, faktor latar belakang, kecenderungan atau bakat semula jadi dan kebolehan
intelektual kerana perkara-perkara ini berhubung kait dengan pemilihan kerjaya. Dapatan
utama daripada kajian itu diringkaskan dalam beberapa monograf berkaitan ciri-ciri individu
yang mempunyai reputasi yang cemerlang dalam bidang sains fizikal, biological dan tingkah
laku (sains sosial). Subjek awal kajian Roe adalah para ahli biologi, ahli fizik dan ahli kimia.
Mereka diberikan sekumpulan beberapa ujian projektif seperti Rorscach Inkblot Test dan
kadang-kadang Thematic Apperception Test (TAT) dan ujian kebolehan. Daripada ujian-ujian
itu, Roe berupaya melaporkan tentang perbezaan dan persamaan yang terdapat antara para
saintis daripada pelbagai bidang berbeza.
Kajian seterusnya adalah ke atas para saintis yang terkemuka. Mereka ini adalah kalangan
para saintis yang diakui terkemuka dalam bidang masing-masing oleh rakan-rakan dalam
bidang mereka. Roe sudah menjalankan ujian personaliti iaitu menggunakan ujian Thematic
Apperception Test (TAT) dan Rorscahch Inkblot Test dan temu duga ke atas subjek yang
dipilih. Aspek yang dibincangkan dalam temu duga beliau ke atas para saintis terkenal itu
secara mendalam dan meliputi perkara-perkara berkaitan latar belakang keluarga, pengalaman-
pengalaman semasa kanak-kanak, perkembangan psikososial, pengalaman beragamam serta
kepercayaan dan pengalaman kerja. Daripada kajian-kajian tersebut, Roe membuat kesimpulan

3
[Document title]

bahawa perbezaan utama yang wujud daripada personaliti antara ahli sains fizikal dan
biological dengan ahli sains tingkah laku (sains sosial) adalah dari segi interaksi mereka sama
dengan orang ramai mahupun dengan benda-benda. Roe juga sudah membuat kesimpulan
kedua iaitu beliau mendapati perbezaan yang wujud antara para saintis terkemuka ini adalah
disebabkan mereka ini juga mempunyai pengalaman menerima bentuk penjagaan yang berbeza
sewaktu kanak-kanak dan perbezaan daripda segi hubungan ibu bapa dengan mereka pada
tempoh masa itu
Teori Anne Roe ini banyak menyentuh peranan keluarga dalam menentukan personaliti
dan kerjaya seseorang individu. Teori pemilihan kerjaya Anne Roe merupakan sebuah teori
yang memfokuskan kepada dua bahagian iaitu personaliti dan klasifikasi pekerjaan yang
bertujuan untuk mengetahui hubungan semua bidang kerjaya dengan latar belakang keluarga
dan pengalaman layanan ibu bapa semasa bersama kanak-kanak. Menurut Sharif Mustaffa &
Roslee Ahmad, (2006), Roe mengkaji hubungan gaya asuhan ibu bapa dalam pembentukan
diri sendiri. Anne Roe menyatakan bahawa pengalaman awal yang diperoleh semasa peringkat
kanak-kanak di rumah bersama kedua ibu bapa menjadi asas kepada pembentukan sikap dan
juga personaliti yang memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya. Bagi pemerhatian
kanak-kanak ibu bapa merekalah menjadi suri teladan iaitu ‘Role Model’. Kanak-kanak
sebenarnya telah menjadikan peranan dan tingkah laku ibu bapa sebagai model ataupun contoh
peranan dan tauladan.
Oleh hal yang demikian, pengalaman-pengalaman yang berkaitan dengan masa lampau
merupakan sesuatu yang signifikan dan penting kerana ianya dianggap sebagai sebuah asas
dan elemen yang penting dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam diri individu. Anne
Roe menyatakan spekulasi bahawa sebuah interaksi dan gaya layanan yang dibentuk oleh ibu
bapa yang diterima oleh diri individu merupakan elemen yang penting dalam membantu
individu dalam menentukan pemilihan kerjaya. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Anne
Roe sendiri, Anne Roe telah mengenalpasti bahawa ahli seni lukis sebenarnya mempunyai
beberapa tret personaliti tertentu iaitu pasif, sensitif dan mempunyai tahap intelektual yang
tinggi dan unik. Menurut Anne Roe lagi di dalam Brown dan Brook, 1984 beliau telah
mengenalpasti bahawa seseorang individu sebenarnya boleh dikelompokkan kepada pelbagai
jenis personaliti tertentu dan terdapat beberapa kerjaya tertentu yang sesuai dengan jenis
personaliti yang ada dalam diri individu.

4
[Document title]

Anne Roe (1956) telah memberikan penekanan bahawa pengalaman pada awal masa
kanak-kanak yang memainkan peranan penting dalam pencapian kepuasan dalam bidang yang
telah dipilih oleh seseorang individu. Menurut Sharif Mustaffa & Roslee Ahmad, (2006), Anne
Roe telah menggunakan pendekatan teori Maslow tentang hierarki keperluan manusia sebagai
asas ataupun dasar kepada pembentukan teori beliau. Teori Anne Roe juga biasanya dikenali
sebagai “a need theory approach to career choice”, teori pemilihan kerjaya berdasarkan
pendekatan keperluan. Menurut satu artikel Psychology Research and Reference, selama
beberapa tahun, Roe dan rakan-rakannya telah membangunkan dua versi Soal Selidik
Hubungan Peribadi (Personal-Child Relations Questionnaire) untuk membolehkan sikap ibu
bapa disiasat.

Rujukan

Jenkins, m. (2014). Biography of Anne Roe. Psychology's Feminist Voices.

Psychology Research adn Reference. (n.d.). Retrieved from


https://psychology.iresearchnet.com/counseling-psychology/history-of-counseling/anne-
roe/

Roe, A. (1956). The psychology of occupations. New York: John Wiley & Sons.

Sharif Mustaffa, M., & Roslee Ahmad. (2006). Bimbingan dan Kerjaya Konsep dan Amalan
Kontemporari. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Times, N. Y. (1991). Anne Roe Simpson, 87, A Clinical Psychologist.

Wrenn, R. L. (1985). The evolution of Anne Roe. Journal of Counseling and Development,, 267-
275.

5
[Document title]

Anda mungkin juga menyukai