Anda di halaman 1dari 4

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

JABATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

KKP 3113
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TUGASAN INDIVIDU :

REFLEKSI KEM KAUNSELING

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK
NUR SHUHANA BINTI MOHD KHAIDIR D20221102432

PENSYARAH:
ENCIK ZULKIPLI BIN MAMAT

TARIKH SERAHAN:
9 FEBRUARI 2023
Program Kem Kaunseling ini diadakan selama 3 hari 2 malam yang bertempat di
UPSI Adventure Park (UAP) pada 13 Januari 2023 sehingga 15 Januari 2023. Saya
sebagai salah seorang peserta bagi program ini. Ia terdiri daripada kalangan
mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)yang mengambil kursus
Pengantar Bimbingan dan Kaunseling Semester 1. Program Kem kaunseling yang
dijalankan ini adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri
seorang mahasiswa yang berkualiti. Program ini juga dianjurkan untuk melatih diri
saya dan memberi contoh untuk mahasiswa program bimbingan dan kaunseling
tentang profesion bidang kaunseling yang perlu berdepan dengan pelbagai orang
dan situasi.
Refleksi diri terhadap aktiviti Mencari Kaunselor adalah kita haruslah tidak sewenang
wenangnya mempercayai seseorang itu. Antara kelebihan yang saya peroleh
daripada program ini adalah dapat bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan yang lain
bagi melaksanakan program ini. Terdapat juga kekurangan diri saya iaitu saya juga
agak malu untuk berkomunikasi memberi arahan kepada ahli kumpulan yang lain
pada awalnya kerana tidak terlalu saling mengenali antara satu sama lain, tetapi hari
demi hari saya sudah berasa selesa dan tidak lagi susah untuk berkomunikasi
dengan mereka.

Hubungan interpersonal dengan orang lain adalah semakin akrab. Hal ini adalah
kerana saya sentiasa bekerjasama antara satu sama lain sama ada antara ahli
pasukan saya sendiri mahupun dengan ahli kumpulan yang lain. Program ini sudah
terbukti dapat mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa dan juga pensyarah
Pengantar Bimbingan Kaunseling. Walaupun pada awalnya, saya agak kurang
berkomunikasi tetapi apabila sudah selesa dan dapat menyesuaikan diri dengan
keadaan saya telah meningkatkan lagi keberanian untuk bersuara seperti kriteria
seorang pemimpin. Di samping itu, saya juga dapat memahami tanggungjawab
menolong kerana sudah biasa bekerjasama antara ahli kumpulan berbincang dalam
aktiviti yang dijalankan, membuat persediaan dengan menyediakan peralatan
memasak dan aktiviti jungle tracking. Jadi melalui ini, saya lebih memahami
tanggungjawab menolong yang perlu ada dalam diri seorang guru bimbingan dan
kaunseling.

Dengan adanya tanggungjawab tolong menolong dalam diri, ia dapat


mempercepatkan lagi kelancaran program berlangsung. Oleh itu, amalan tolong-
menolong ini merupakan perkara yang sangat penting dalam menganjurkan program
seperti ini. Kecintaan terhadap profesion perguruan juga turut hadir dalam diri saya
setelah menyertai program Kem Kaunseling ini. Sebagai arkitek sosial,guru
mempunyai tanggungjawab yang amat besar , bukan sekadar memberi pendidikan
dan menyampaikan ilmu. Melalui program seperti ini, munculnya semangat untuk
mendidik murid-murid dalam diri. Hal ini adalah kerana dengan menyertai program
seperti ini saya sebagai bakal guru dapat mengetahui cara untuk menguruskan dan
mendidik pelajar agar mematuhi segala arahan yang
ditetapkan dan sebagainya. Sebagai seorang peserta, saya dapat mempelajari untuk
lebih mengutamakan kebajikan, keperluan, dan keselamatan ahli kumpulan yang
lain. Oleh itu, secara tidak langsung saya telah berlatih untuk bertanggungjawab
atas pelajar apabila saya sudah bergelar seorang guru suatu hari nanti. Pembinaan
kendiri saya setelah mengikuti program ini adalah dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dan pengamalan dalam melaksanakan kem kaunseling ini. Saya telah
belajar banyak perkara sebagai seorang pemimpin seperti bercakap di khalayak
ramai . Saya juga belajar untuk saling bekerjasama antara satu sama
lain,berbincang, menerima idea rakan-rakan, membuat keputusan bersama-sama
dan lain-lain. Dengan adanya program seperti ini, apabila saya sudah terbiasa
mendidik peserta untuk sentiasa berdisiplin,oleh itu, saya juga merasakan bahawa
saya sudah bersedia untuk menjadi seorang pendidik pada suatu hari nanti.

Kesimpulannya, Program Kem Kaunseling ini berjaya mencapai matlamat objektif


program ini dan ia perlu diteruskan bagi menerapkan nilai-nilai murni yang terpuji
bagi mahasiswa UPSI yang bakal menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling
pada suatu hari nanti. Dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat
memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan bakat kepimpinan mereka.
Secara keseluruhannya, semua aktiviti yang dijalankan ini mempunyai impak positif
yang tersendiri. Program seperti ini sangatlah praktikal dan memberi banyak
imbuhan kepada para peserta dan mendidik menjadi seorang yang berdisiplin
berpatutan dengan ciri-ciri guru yang beretika, Antara cadangan yang boleh
saya bagi ialah supaya meningkatkan lagi aktiviti kumpulan yang boleh menguji
bakat kepimpinan pelajar untuk menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai