Anda di halaman 1dari 19

JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR

720629065019001
SBEM 2103

Bimbingan bukanlah satu elemen yang baru dalam masyarakat kita. Sejak
dahulu lagi bimbingan telah wujud dan sebati dengan corak kehidupan masyarakat.
Pada masa itu orang yang lebih tua atau dewasa akan menegur dan memberi tunjuk
ajar kepada anak-anak atau dikalangan orang yang lebih muda. Mereka yang ditegur
atau yang telah diberi tunjuk ajar pula akan merasa senang kerana ia merupakan
nasihat dan panduan yang berguna daripada orang yang lebih berpengalaman.
Dari aspek pendidikan pula, masyarakat zaman silam juga tidak terkecuali
daripada mempraktikkan bimbingan dalam proses menyampaikan ilmu kepada anak-
anak mereka. Contohnya, ibu bapa akan memberikan bimbingan kepada anak-anak
jika berada di rumah, guru memberi bimbingan ketika berada di sekolah, para alim
ulama memberi bimbingan ketika berada di masjid-masjid atau di surau-surau dan
ketua kampung akan memberi bimbingan kepada anak-anak buahnya. Walaupun
semua bentuk bimbingan yang diamalkan ini secara tidak formal dan kadangkala lebih
mirip kepada aspek nasihat namun masyarakat pada masa itu berasa selesa dan mampu
menerimanya dengan hati yang terbuka.
Dengan arus perubahan yang semakin pesat dari semasa ke semasa,
masyarakat kita terpaksa akur dan perlu mengakui segala perubahan yang berlaku
sama ada dari aspek fizikal, persekitaran, sosial dan rohani. Masyarakat harus peka
dengan perubahan terutamanya dari aspek nilai yang berlaku keatas masyarakat pada
masa ini. Jika dilihat, gejala-gejala negatif berlaku serius dikalangan masyarakat
seperti melawan cakap orang tua, lari dari rumah, sumbang mahram, bersekedudukan,
penagihan dadah, pecah amanah dan kes-kes yang menyalahi peraturan , undang-
undang dan hukum hakam agama.
Pepatah melayu ada menyatakan “kalau melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Barangkali pepatah ini adalah sinonim dengan cara-cara menangani
segala permasalahan murid-murid pada masa kini. Bagi menjamin situasi ini, usaha-
usaha membenterasnya mestilah bermula di rumah yang menjadi tanggungjawab ibu
bapa untuk melaksanakannya. Namun begitu, sekolah mempunyai peranan yang besar
dalam mencorakkan kehidupan atau masa depan seseorang murid. Guru-guru
merupakan jentera utama untuk menggerakkan muridnya ke arah kecemerlangan. Ini

1
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

bererti sistem persekolahan juga seharusnya mampu mencorakkan masa depan murid
yang lebih terjamin. Perlu diingat, pelbagai kewujudan gejala masa kini berpunca dari
pendidikan masa kini. Oleh itu, sebagai usaha awal menangani dan menyekat daripada
terus merebaknya gejala-gejala sosial ini, program bimbingan di peringkat sekolah
rendah diperkenalkan. Dengan wujudnyan Unit Bimbingan dan Kaunseling secara
spesifik di sekolah rendah dan menengah dan dikelolakan oleh guru-guru yang terlatih
dalam aspek ini, diharapkan usaha pencegahan di peringkat awal akan lebih berkesan.
Namun begitu, semua pihak terutamanya para ibu bapa , masyarakat setempat , para
penguatkuasa dan badan-badan lain seharusnya bersama-sama mengembeling tenaga
dalam menangani permasalahan yang semakin serius ini.

Definisi Bimbingan dan kaunseling.


Ramai setuju bahawa bimbingan merupakan satu proses pendidikan yang
berterusan, tersusun dan sistematik serta dapat membantu individu melalui daya
usahanya sendiri untuk mengembangkan kemampuannya, memperolehi kesejahteraan
dalam hidupnya dan dengan ini dapat menyesuaikan dirinya dengan kehendak
masyarakat.
Terdapat banyak definisi berkenaan dengan bimbingan. Setiap definisi
bergantung kepada aliran dan falsafah yang dianuti oleh seseorang itu. Menurut Crow
dan Crow (1960), bimbingan dapat didefinisikan sebagai bantuan yang diberikan oleh
seseorang , baik lelaki atau perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang
memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya
mengarah kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihan sendiri dan menanggung
akibatnya sendiri.Bagi Shertzer dan Stone (1971), mereka mendefinisikan bimbingan
sebagai satu proses menolong individu untuk memahami dirinya dan alam
sekelilingnya. Proses ini menunjukkan satu usaha yang berterusan dan melibatkan
banyak langkah dalam mencapai matlamat. Bimbingan dilihat sebagai memberi
perkhidmatan kepada penuntut yang normal. Memahami diri dimaksudkan sebagai
memahami diri sebagai individu, identiti peribadi, kebolehan dan kelemahannya.
Mengikut Mathewson (1962), bimbingan adalah satu proses yang professional dan

2
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

bersistematik bertujuan untuk menolong individu melalui cara-cara pendidikan.


Matlamat akhir ialah individu boleh membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri
potensinya dengan lebih jelas, dan boleh menghubungkan dirinya secara dengan lebih
baik lagi dengan keperluan dan nilai-nilai sosial serta moral di mana individu tersebut
berada. Fokus bimbingan ialah kepada individu tersebut, bukan kepada masalah yang
dihadapinya (James, 1945). Oleh itu, bimbingan dapat dirumuskan sebagai memberi
pertolongan yang positif.Arah diserahkan kepada yang dibimbing, kecuali dalam hal-
hal yang memerlukan pembimbing memainkan peranan yang aktif dan khusus.
Bimbingan adalah untuk semua orang tanpa mengira peringkat umur.
Manakala kaunseling pula merupakan satu perhubungan ‘menolong’. Menurut
Arbuckle (1961), proses kaunseling adalah untuk membantu individu mengemas atau
menghapukan galangan-halangan yang menyekat dan mengusutkan supaya ia dapat
menjadi dirinya yang sebenar. Menurut Blocher (1974) menyatakan kaunseling
merupakan proses menolong individu supaya lebih sedar tentang dirinya dan
bagaimana ia bertindak balas kepada pengaruh-pengaruh alam sekelilingnya. Ia juga
menolong individu membentuk satu pengertian peribadi bagi tingkah lakunya dan juga
untuk mengembangkan serta menjelaskan satu set matlamat dan nilai untuk tingkah
lakunya pada masa hadapan. Menurut Krumboltz(1965), kaunseling ialah apa sahaja
aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu
klien menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien.
Dengan ini kaunseling dapat dirumuskan sebagai perbincangan antara seorang
kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami
kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan meneliti
beberapa alternatif untuk mengatasi beberapa kecelaruan dan seterusnya
melaksanakan beberapa alternatif yang dipilih (Zainal Abidin, 2002).
Berdasarkan definisi-definisi yang telah diutarakan oleh pakar, Bimbingan dan
Kaunseling boleh dirumuskan sebagai proses pertolongan professional secara tersusun
dan sistematik untuk membantu klien memahami alam sekeliling serta mewujudkan
perubahan tingkah laku yang positif.

3
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

a) Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh dan contoh yang bersesuaian, bincangkan


kepentingan dan fungsi-fungsi teori dalam kaunseling.

Keupayaan seseorang guru bimbingan atau kaunselor di sesebuah sekolah


untuk memberikan bimbingan dan kaunseling dengan lebih berkesan adalah
bergantung kepada beberapa faktor. Antara faktor utama yang mendasari keupayaan
tersebut ialah kebolehan dalam mengungkap hasil-hasil kajian dan pandangan-
pandangan yang dikemukakan oleh pakar-pakar yang diiktiraf atau mempunyai
autoriti dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Dalam hal ini, seseorang guru
bimbingan perlulah mengembangkan teknik yang sesuai dengan dirinya dan tidak
terlalu terikat dengan satu teori sahaja agar perkhidmatannya lebih efektif. Apa yang
lebih penting, setiap pemilihan teori, pandangan dan teknik yang dibincang mestilah
mengambil kira faktor-faktor persekitaran masyarakat, infrastruktur, tahap kemahiran
dan pemikiran murid-murid juga kebolehan serta keupayaan penerimaan seseorang
murid di sesebuah sekolah.
Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai-bagai jenis teori dalam pelaksanaan
bimbingan dan kaunseling. Antaranya ialah teori Terapi Pemusatan Klien yang
diperkenalkan oleh Carl Rogers, Teori Behaviorisme, Teori Terapi Gestalt oleh
Fredrick Perls (1951), Teori kaunseling Psiko-Analisis oleh Sigmind Freud, Teori
Terapi Kewujudan oleh Van Kaam dan Frankl(1953),Teori terapi Rasional-emosi
yang dibentuk oleh Albert Ellis(1962) dan pelbagai teori lagi. Namun begitu kita tahu
bahawa teori-teori ini dibentuk sebagai satu andaian yang mengandungi beberapa idea
untuk memperjelaskan lagi sesuatu kejadian atau sesuatu fenomena yang terjadi.
Terdapat tiga fungsi sesuatu teori iaitu pertama, untuk menjelaskan sesuatu
kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa pemerhatian, kedua menggunakan
sesuatu teori untuk menguasai keadaan tertentu dan ketiga menggunakan sesuatu teori
untuk membuat ramalan. Sama ada kaunsling memerlukan teori atau tidak bergantung
kepada individu pengamal profesion kaunseling itu sendiri. Misalnya Arnold Lazarus
(1981) menyatakan bahawa kaunselor atau terapis tidak memerlukan teori. Ada pula
yang menyatakan pandangan sesuatu teori itu diberikan taraf kepentingan yang begitu

4
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

tinggi yang tidak sepatutnya (Smith & Glass, 1977). Pandangan begitu berasaskan
dakwaan bahawa semua kaunselor dan ahli terapis melakukan aktiviti yang sama,
mendapat keputusan yang sama, malah ada yang menggunakan teknik-teknk yang
tidak bersangkut paut dengan teori yang didukungnya. Ini bermakna teori yang
didukungnya itu tidak memberi apa-apa faedah. Seorang lagi pakar kaunseling iaitu
Jerome Frank (1971) berpendapat bahawa teori amat penting kepada seseorang yang
mengamalkannya. Baginya teori itu penting sebab ia memberi erti, keyakinan dan
halatuju kepada seseorang kaunselor. Jadi, kita boleh membuat kesimpulan daripada
keterangan Frank bahawa teori memberi fokus kepada kaunselor tentang apa yang
dilakukannya terhadap kliennya. Dengan demikian, kaunselor dapat memberi sepenuh
perhatian dan tenaga terhadap apa yang difikirnya menjadi punca masalah yang
dialami oleh kliennya.
Contohnya, jika kita menggunakan teori Pavlov yang menyatakan bahawa setiap
ransangan akan menimbulkan gerak balas. Contohnya apabila Ali telah
menunjukkankan peningkatan dan bersungguh-sungguh dalam mengikuti alternatif
yang disarankan oleh guru kaunselingnya bagi menangani masalahnya malas datang
ke sekolah, gurunya telah memberi ransangan, semangat dan galakan kepada Ali
dengan suara yang lembut seperti “Bagus Ali, saya dapati kamu lebih bersemangat
daripada dulu!”. Dengan ini Ali akan rasa tindakannya dihargai oleh orang lain dan
mendorong dia mengekalkan tindakannya itu.
Dengan ini teori ini boleh digunaan untuk membuat sesuatu penjelasan,
menguasai keadaan dan seterusnya membuat ramalan bagi tindakan yang telah
dilakukan. Misalnya, untuk membuat penjelasan mengapa seseorang murid itu suka
membaca? Kita boleh menjelaskan bahawa murid itu mungkin telah mendapat pujian
daripada guru atau ibu bapanya apabila dia membaca. Sekiranya teori ini hendak
digunakan, peneguhan mestilah diberikan sebanyak mungkin kepada murid yang
menunjukkan keinginan membaca apa sahaja bahan bacaan seperti buku cerita,
majalah, surat khabar dan sebagainya. Kaunselor juga perlu memberi komen positif
terhadap muridnya yang suka membaca selepas habis kerja kelas mengamalkan

5
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

perlakuan yang baik. Dengan ini boleh dirumuskan bahawa murid yang mendapat
komen positif (peneguhan) dari gurunya akan meneruskan tabiat suka membaca.
Teori-teori penting dalam proses kaunseling kerana ia memberi erti, keyakinan
dan halatuju kepada kaunselor. Teori juga memberi fokus kepada kaunselor tentang
apa yang hendak dilakukannya terhadap kliennya.Ia juga dijadikan panduan untuk
membuat racangan dan persediaan sebelum menjalankan proses kaunseling.
Di samping teori-teori yang dikemukakan oleh para orientalis barat,
pendekatan islam juga akan dikemukakan sebagai mengukuhkan lagi kefahaman
terhadap corak penyelesaian yang diamalkan dalam islam. Dalam pendekatan islam,
antara tokoh yang dianggap tersohor sehingga kini ialah Imam al-Ghazali. Walau
bagaimanapun, segala pandangan yang dikemukakan adalah sekadar menambahkan
pengetahuan dan membuat perbandingan antara pandangan yang dikemukakan oleh
barat dan pandangan islam. Aspek yang lebih penting ialah kebolehan dan
kebijaksanaan seseorang guru bimbingan atau kaunselor dalam memilih,
menyesuaikan dan mengaplikasikan segala teori yang dipelajari berdasarkan
kebolehan, kemampuan dan kemahiran yang ada tanpa membelakangkan latar
belakang murid, sekolah dan persekitarannya.

6
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

b) Pendekatan ketingkahlakuan dalam bidang kaunseling mempunyai sejarah


perkembangannya yang tersendiri. Berdasarkan penyataan ini, jelaskan komponen-
komponen utama yang telah membawa kepada kewujudan teori kaunseling
behaviorisme.

Behaviorisme merupakan satu mazhab yang penting dalam psikologi


kaunseling dan masih kekal sebagai pendekatan psikologi yang berpengaruh hingga
kini. Ia kemudiannya dipopularkan oleh pakar-pakar psikologi terkenal seperti J.B.
Watson, B.F. Skinner dan E.L. Thorndike. Mengikut sejarah perkembangannya,
behaviorisme mula bertapak dalam bidang psikologi kaunselimg melalui kajian yang
dilakukan oleh seorang pakar fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov. Semasa mengkaji
sistem fisiologi seekor anjing, Pavlov dapati anjingnya mengeluarkan air liur apabila
terdengar bunyi loceng yang sebelumnya telah dipasangkan dengan makanan. Kajian
Pavlov dengan anjingnya telah buka jalan kepada prinsip pelaziman klasik yang sering
digunakan untuk mengubah suai tingkah laku manusia.
Seorang lagi pakar fisiologi Rusia yang bekerja dengan Pavlov iaitu Bechterev
telah membina sebuah teori dan sistem yang berasaskan kajian Pavlov. Sistem tersebut
dinamakan refleksologi dan beliau mengkaji tingkah laku manusia tanpa mengambil
kira faktor jiwa atau rohani manusia.
Walaubagaimanapun, pakar yang mempopularkan behaviorisme ialah J.B.
Watson yang memulakan kajian-kajian psikologi dengan teori ‘minda’ haiwan
(animal mind). Dalam kajian-kajian yang berasaskan teori tersebut, Watson hanya
menganalisis haiwan dari segi tingkah laku yang boleh dilihatnya. Dengan cara ini, ia
boleh meramal serta mengawal tingkah laku tanpa membuat apa-apa rujukan kepada
proses-proses mental. Pendekatan ini lebih dikenali dengan model ransangan gerak
balas (S-R model) yang menjadi batu pengasas kepada teori behaviorisme atai
psikologi tingkah laku.
Dalam teori kaunseling Behaviorisme ataupun teori yang menceritakan tentang
pendekatan ketingkahlakuan dalam kaunseling mempunyai sejarahnya yang tersendiri
iaitu terdiri daripada tiga komponen utama. Komponen yang pertama ialah komponen

7
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

yang dipetik daripada prinsip pelaziman klasik atau juga dikenali sebagai pelaziman
responden. Komponen yang kedua pula ialah pelaziman operan, manakala komponen
yang ketiga dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif.
Komponen utama dalam teori Kaunseling Behaviorisme iaitu prinsip
pelaziman klasik yang diasaskan oleh Hull (1943) dan Pavlov (1960). Menurut
Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Contohnya, kebanyakan
guru apabila mendengar loceng akan keluar dari bilik guru atau kelas untuk
mengawasi pelajar. Tingkah laku ini terbawa-bawa hingg ke rumah, iaitu apabila guru
mendengar loceng di rumah, beliau akan keluar dari bilik dan memerhati ahli-ahli
keluarganya. Daripada contoh ini, bunyi loceng tersebut ialah ransangan dan tindakan
guru tersebut ialah tindak balas. Hasil daripada kajian ini, Palvov berpendapat bahawa
ketingkahlakuan boleh berlaku akibat kaitan di antara ransangan dan gerak balas.
Katingkahlakuan yang berlaku ini dinamakan pelaziman klasik. Selain daripada
itu,beliau juga telah menjalankan kajian keatas seekor tikus putih dan seorang kanak-
kanak yang berumur 11 bulan bagi membuktikan bahawa perubahan ketingkahlakuan
boleh berlaku dalam proses pembelajaran dan begitu juga dengan emosi manusia yang
boleh dilazimkan secara klasik. Dalam kajiannya ke atas seorang kanak-kanak lelaki
yang bernama Albert. Beliau telah menunjukkan kanak-kanak tersebut kepada seekor
tikus (ransangan terlazim). Pada mulanya kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan
perasaan takut pada tikus tersebut. Tapi, apabila satu bunyi loceng yang kuat
(ransangan tak terlazim) dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut,
kanak-kanak tersebut mejadi takut dan menangis(respon terlazim). Keadaan ini
diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak-kanak tersebut
pada tikus putih. Contoh ini menjadi asas tentang kefahaman teori behaviorisme dan ia
jelas menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan
menggunakan prinsip pembelajaran. Berdasarkan penyelidikan ini, guru-guru boleh
mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan ransangan yang
akan didedahkan kepada seseorang pelajar tersebut dan jenis gerak balas yang akan
dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa ransangan, gerak balas tertentu dapat

8
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

dikaitkan dengan pelbagai situasi. Dalam proses kaunseling, guru hendaklah sentiasa
memilih ransangan yang menyeronokkan.

Bunyi loceng kuat Terperanjat dan rasa


(ransangan tak takut (respon tak
terlazim) terlazim)

DIGANDINGKAN Rasa takut (respon


terlazim)

Tikus putih
(ransangan terlazim)

Rajah 1 : Prinsip Pembelajaran pelaziman klasikal

Komponen kedua ialah teori pelaziman operan Skinner. Banyak kajian yang
melibatkan tikus, burung merpati dan juga manusia. Teori B.F Skinner merupakan
satu teori rankaian yang berasaskan ransangan dan gerak balas. Dalam pelaziman
operan, peneguhan digunakan untuk mempastikan sesuatu tingkah laku berulang.
Dalam eksperimennya, beliau meletakkan seekor tikus lapar ke dalam ‘kotak Skinner’.
Kotak itu dilengkapi oleh alat penekan pada dindingnya. Ketika ditekan alat itu, biji-
biji makanan akan terkeluar. Mula-mula, tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar.
Kemudian secara tidak sengaja, tikus itu terpijak alat penekan dan ini menyebabkan
biji-biji makanan terkeluar. Proses yang sama ini berulang beberapa kali sehingga

9
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

tikus itu mendapati bahawa apabila alat penekan dipijak, makanan akan diperoleh. Ini
menunjukkan bahawa tikus itu telah belajar cara untuk mendapatkan makanan di
dalam kotak itu. Seterusnya Skinner memutuskan hubungan makanan dan alat
penekan. Ini menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat penekan ditekan. Ini
menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat penekan ditekan. Situasi ini
menyebabkan tikus itu berhenti menekan alat penekan terebut. Perbuatan tikus
menekan alat penekan untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Ini
menunjukkan bahawa gerak balas akan berulang apabila wujudnya ganjaran. Begitu
juga dalam konteks psikologi kaunseling. Kaunselor akan mengunakan kaedah ini
untuk meningkatkan keyakinan di dalam diri pelajar yang bermasalah dengan
memberikan peneguhan kepada pelajar yang menunjukkan tingkah laku
positif.Contonya bagi pelajar yang tidak minat belajar sudah mula menunjukkan minat
untuk belajar. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan pertamanya untuk
memuaskan kehendak individu, keduanya untuk mengurangkan tekanan dan
meransang otak. Skinner membahagikan kepada lima jenis proses dalam teori
pelazimannya iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan dan pelupusan.
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu
ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam
kaunseling, peneguhan positif diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam
membantu pelajar-pelajar yang bermasalah. Menurut Brophy(1981), ciri-ciri
peneguhan positif yang memberi kesan ialah memuji dengan ikhlas, cepat, tanpa pilih
kasih, usaha dan cuba jaya, tingkah laku yang spesifik dan jawapan atau respon yang
spontan.
Peneguhan negatif pula ialah ransangan serta merta dan tidak selesa atau
menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya,
seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan
oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi menyiapkan
kerja sekolahnya. Tindakan anak membuat kerja rumah dapat mengelak daripada
ransangan yang tidak diingini iaitu leteran bapa.

10
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

Dendaan dan pelupusan akan mengurangkan tingkah laku berulang.Hukuman


ialah menambahkan ransangan yang menyakitkan atau tidak selesa. Contohnya seperti
dirotan selepas menghisap rokok. Pelupusan ialah mengurangkan sesuatu tingkah laku
yang tidak diingini seperti mencelah apabila orang tua bercakap. Untuk mengatasi
tingkah laku ini memadai dibiarkan sahaja atau tidak diberi sebarang respon pada
orang yang mencelah.
Dengan ini dapat dirumuskan bahawa peneguhan positif, negatif, hukuman dan
pelupusan perlu dalam proses bimbingan dan kaunseling kerana ia merupakan satu
kaedah psikologi yang boleh digunakan oleh seorang kaunselor dalam membantu
pelajar yang bermasalah. Dengan adanya Teori Pelaziman Skinner, kaunselor, ahli
psikoterapi dan ahli psikologi boleh gunakannya untuk mengubah tingkah laku
manusia atau dengan kata lain, tingkah laku yang tidak diingini boleh diubah kepada
tingkah laku yang diingini.
Komponen ketiga pula dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif atau
cognitive behavior therapy. Antara ahli-ahli mazhab kognitif ialah Kurt Koffka,
Wolfgang Kohler dan Max Wertheimer.Terapi ini adalah gabungan dua aliran
pemikiran yang berbeza iaitu satu pendekatan yang berunsur ketingkahlakuan sahaja
dan berunsur kognitif. Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran
adalah proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan
menggunakan ilmu.Dengan ini ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil
pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang belajar (Woolfolk, 1998).
Menurut ahli-ahli kognitif, dalam pembelajaran, murid membentuk struktur
kognitif dalam ingatannya. Setiap kali seseorang individu belajar, ia akan menyusun
segala pengalaman dan menyimpannya di dalam ingatan.
Mazhab Gestalt/kognitif berpendapat bahawa setiap manusia itu berfungsi
keseluruhannya dan segala konflik yang berlaku adalah hasil daripada proses
sosialisasi dan pengaruh alam sekitar. Oleh itu, terapi yang lebih menekankan
kesepaduan pengalaman serta kesedaran dan pertumbuhan manusia ini adalah sebagai
reaksi kepada terapi psikoanalisis. Di samping itu, ia juga menggabungkan fungsi akal
dengan fungsi jasad.

11
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

Begitu juga dalam kes bimbingan dan kaunseling ini, kaunselor seharusnya
cuba memberikan seberapa banyak kaedah atau alternatif agar pelajar yang
bermasalah ini dapat mencari sendiri penyelesaian yang diingini untuk membantunya
menylesaikan masalah.Teori ini mempunyai satu gagasan yang berbentuk ilmiah
.Teori ini juga berpendapat bahawa, untuk membantu menyelesaikan sesuatu masalah
dengan lebih efektif, seseorang pelajar yang bermasalah itu amat bergantung rapat
kepada diri seseorang seperti kaunselor. Teori ini juga menggalakkan klien
melepaskan segala perasaan agar tidak lagi mengganggu cara berfungsi klien itu
sendiri. Ia juga adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam diri individu agar mereka
lebih bertanggungjawab, berdikari, tidak bergantung kepada orang lain dan
menyedarkan bahawa mereka juga berkemampuan melakukan sesuatu seperti orang
lain atau lebih baik daripadanya.
Selain itu terapi kognitif turut mengakui bahawa manusia akan
mempertingkatkan perkembangan dirinya melalui potensi yang ada jika berlaku
kekecewaan. Ini kerana kekecewaan yang wujud akibat kegagalan individu menangani
cabaran dan memenuhi tuntutan hidup atau mencapai kepuasan diri adalah pendorong
dan pencabar kepada perkembangan diri yang positif.
Dengan ini dapat dirumuskan bahawa teori kognitif mementingkan aspek
kesedaran individu terhadap prinsip ‘di sini dan sekarang’. Ini kerana apabila
seseorang itu sedar, segala urusan yang belum selesai akan muncul dan perkara inilah
yang akan diurus semasa sesi kaunseling (Mansur 1986). Teori ini menjelaskan
tentang tingkah laku yang tersekat perkembangannya dan sebab terjadinya tingkah
laku yang tersekat sehingga menyebabkan seseorang itu tidak boleh berfungsi dengan
berkesan. Justeru, matlamat kaunseling untuk membantu klien sedar dan boleh
menerima tanggungjawab ke atas dirinya sendiri dan seterusnya menikmati kehidupan
yang sempurna pada masa sekarang.

12
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

c) Berdasarkan prinsip-prinsip dalam teori kaunseling behaviorisme, nyatakan


bagaimana sesuatu tingkah laku maladjustif dipelajari? Seterusnya terangkan
bagaimana anda menggunakan strategi-strategi yang terdapat dalam teori kaunseling
behaviorisme bagi membantu klien yang menghadapi masalah tingkah laku
maladjustif.

Sesebuah negara yang sedang membangun sering menghadapai masalah


tentang perlakuan anak-anak yang tidak sesuai atau ditegah. Adalah menjadi satu trend
kepada ibu bapa pada hari ini untuk memantapkan kerjaya. Ini bermakna ramai anak-
anak balik ke rumah yang kosong atau duduk dengan orang gaji sahaja. Mutu didikan
dan asuhan orang gaji itu biasanya diragui. Lantaran itu, pelbagai masalah yang telah
timbul . Dari semasa ke semasa, terdapat pelajar yang terlibat dengan pelbagai
masalah seperti masalah sosial, penyalahgunaan dadah, kurang bermoral, salah laku
dan jenayah. Salah laku ini ternyata ditegah dan tidak sesuai di dalam sesuatu
masyarakat. Salah laku ini juga dikenali sebagai salah laku maladaptif (maladapted
behavior). Sekiranya seseorang itu melakukan perbuatan tersebut secara kekal, orang
itu dianggap tidak dapat menyesuaikan diri di dalam masyarakat sekelilingnya
(maladjusted person).
Mengikut pendekatan behaviorisme, tingkah laku maladaptif adalah dipelajari.
Ini bermakna tingkah laku yang dipelajari juga boleh dihilangkan atau
dibuang.Tingkah laku ini biasanya dipelajari dari ahli keluarga, media dan
persekitaran termasuk tempat tinggal, sekolah dan rakan sebaya. Selain daripada itu,
masalah sosial yang melanda remaja pada masa kini juga disebebkan oleh kurangnya
didikan agama dan kasih sayang daripada ibu bapa, pengaruh media cetak dan media
elektronik yang banyak mempengaruhi pemikiran remaja, pengaruh atau ugutan dari
rakan sebaya, kurang cara perubahan hidup di bandar-bandar metropolitan bagi remaja
kes yang berhijrah ke bandar dan mempunyai sikap ingin memcuba sesuatu yang tidak
baik. Contohnya masalah ‘vendalisme’ yang bermaksud merosakkan atau
membinasakan harta benda awam secara sengaja seperti merosakkan telefon-telefon
awam, bangku-bangku di taman rekreasi,, balai raya, lampu jalan raya, perpustakaan,

13
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

kerusi meja di sekolah serta kemudahan-kemudahan di luar sekolah. Penyakit


vendalisme ini merupakan satu perbuatan yang telah dipelajarinya daripada rakan
sebaya yang lain. Dengan ini tabiat maladaptif ini boleh dihilangkan atau dibuang
dalam diri seseorang pelajar tersebut. Melalui kaedah terapi kognitif, kaunselor boleh
membantu pelajar vendalisme ini dengan penerapan nilai-nilai murni ke dalam jiwa
mereka. Dengan cara ini pelajar akan lebih bertanggungjawab dan memupuk
kesedaran ke dalam diri pelajar-pelajar ini.
Contoh tingkah laku maladaptif yang kedua ialah masalah sosial dikalangan
remaja pada masa kini juga amat membimbangkan banyak pihak. Boleh dikatakan
keruntuhan akhlak remaja bagaikan seiring dengan pembangunan negara. Ini dapat
dilihat dengan pembangunan yang hampir ke kemuncaknya, akhlak remaja juga
semakin jatuh bagaikan tidak dapat dibendung lagi. Masalah penyakit sosial
sebenarnya telah lama bertapak dalam negara kita dan di hati anak-anak yang semakin
meningkat remaja. Masalah sosial remaja pada masa kini disebabkan oleh banyak
faktor antaranya suasana persekitaran berubah secara mendadak terutamanya pengaruh
media cetak dan media elektronik yang saban hari memaparkan tentang eksploitasi
terhadap wanita dan kebebasan remaja yang keterlaluan yang banyak mempengaruhi
pemikiran anak-anak terutamanya yang baru meningkat remaja, kurang didikan
agama dan kasih saying dari ibu bapa, perasaan ingin mencuba, desakan atau pengaruh
dari rakan sebaya. Ini semua dipercayai sebab terjadinya masalah sosial yang tidak
dapat dibendung lagi.
Kerajaan telah melakukan pelbagai-bagai cara untuk menarik minat remaja
dari melakukan aktiviti yang tidak berfaedah namun usaha kerajaan tidak begitu
berjaya. Ini adalah kerana tanggungjaab membenteras masalah sosial ini bukan sahaja
menjadi tanggungjawab kerajaan malah tanggungjawab semua pihak, terutama ibu
bapa yang mempunyai anak remaja. Ibu bapa haruslah memberi sepenuh kasih sayang
dan didikan agama yang mencukupi agar mereka tidak terjebak dalam aktiviti yang
kurang berfaedah. Pihak sekolah juga penting dalam melibatkan diri mengatasi
masalah ini dengan mengadakan sesi kaunseling. Biasanya klien yang menghadapi
masalah sosial ini adalah klien yang dirujuk tak kiralah dirujuk oleh ibu bapa, guru

14
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

disiplin atau pihak mahkamah. Klien ini biasanya sukar memberi kerjasama kepada
kaunselor untuk melicinkan sesi kaunseling. Sebaliknya kaunselor perlulah
mempunyai kesabaran yang teguh bagi menghadapi klien yang sebegini. Kaunselor
boleh menggunakan kaedah teori terapi pemusatan klien yang lebih mengarah kepada
hubungan kaunseling. Dalam rangka kerja pemusatan klien ini, teknik-teknik
penerimaan komunikasi, penghormatan, kefahaman dan perkongsian dengan klien
bagi membina perasaan. Penekanan yang diutamakan ialah sekarang ini iaitu mengikut
teori kognitif Gestalt. Kaunselor tidak patut tahu hal-hal yang sudah lepas, sejarah
masa lalu klien. Yang dipentingkan ialah apa yang terjadi sekarang dan bagaimana
menghadapi masa kini dan masa depannya. Perubatan dan perawatan tidak diperlukan
kerana ia mencadangkan bahawa manusia mempunyai kekuatan menimbangkan apa
yang benar bagi semua individu itu. Semua manusia bertanggungjawab terhadap
tindakannya. kaunselor boleh membantu klien membina kesedaran dengan
menggalakkan peluahan bebas, kemudian mencerminkan perasaan-perasaannya.
Dalam proses ini tidak ada masalah khas, keterngan khas, ataupun lain-lain unsure
intelektualisme yang ditekankan. Melainkan penekanan kepada keadaan semasa klien
sahaja. Dengan bantuan kaunselor klien akan dapat kesedaran bahawa setiap manusia
ada kelebihannya yang tersendiri. Manusia juga tidak ada yang baik dan tidak ada
yang jahat pada asasnya. Yang paling penting perlu disedari bahawa manusia sendiri
berkebolehan memerintah kehidupan mereka dengan berkesan.
Tingkah laku maladjustif juga adalah spesifik pada satu budaya, masa dan
kelas sosial dan situasi. Apa yang menjadi maladjustif dalam satu budaya boleh
dianggap adjustif dalam budaya lain. Yang berbezanya ialah mendapat peneguhan dari
orang terdekat, yang mempunyaai pengaruh memberi peneguhan. Contohnya, dalam
sebuah kumpulan samseng orang yang terdekat kepada ahli-ahli samseng itu dan yang
mempunyai kuasa memberi peneguhan kepada ahli-ahlinya dalam bentuk upahan yang
ialah ketua kumpulan itu. Oleh itu, arahan daripada ketua untuk melakukan sesuatu
tindakan yang tidak bermoral seperti merosakkan harta benda sekolah dengan mudah
dijalankan oleh pengikut-pengikutnya kerana ada peneguhan. Dalam konteks ini

15
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

tingkah laku yang dilakukan oleh kumpulan jenayah ini adalah adaptif dalam budaya
penjenayah tetapi dikatakan maladaptive dalam masyarakat umum.
Tingkah laku maladaptif yang lain pula dipelajari melalui proses pelaziman
operan oleh B.F. Skinner. Tingkah laku ini akan tebentuk, bertambah dan berterusan
dengan adanya peneguhan yang berikutnya. Sebagai contoh, Ahmad mengalami sakit
perut. Dengan keadaannya yang sakit perut menyebabkan ibu bapanya memberi
perhatian dengan penuh kasih sayang, simpati dan jagaan yang sangat selesa. Situasi
ini menyebabkan Ahmad mengambil kesempatan yang sama dalam situasi lain di
mana dia ingin mengelak daripada pergi ke sekolah. Jadi, dengan mengatakan dia sakit
perut, dia dapat mengelak membuat sesuatu yang tidak selesa iaitu pergi ke sekolah.
Tingkah laku yang dilakukan oleh Ahmad ini akan berulang kerana daripada
tindakannya dia mempelajari bahawa mengelak ransangan yang tidak selesa membawa
kesan baik, oleh itu tingkah laku “sakit perut” sukar dilupus. Berdasarkan beberapa
kajian Thordike menyatakan jika sesuatu tingkah laku diikuti oleh sesuatu ganjaran,
maka tingkah laku tersebut akan berlaku lagi berulang kali. Hukum ini menjadi asas
kepada proses pelaziman operan atau dikenali juga sebagai pelaziman instrumental.

KESIMPULAN
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa bimbingan dan kaunseling adalah
pentingbagi melahirkan generasi muda yang lebih bermoral dan bertamadun bagi
menyahut seruan pemimpin kita ke arah negara yang lebih maju menuju wawasan
2020. Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis teori yang diwujudkan oleh ahli-
ahli psikologi dalam membantu personalis kaunseling dalam membantu menjalankan
dan menyelesaikan sesuatu masalah klien termasuklah kaunseling ketingkahlakuan
iatu behavioristik . Di samping teori-teori yang dikemukankan oleh para orientalis
barat, pendekatan islam juga digunakan untuk mengukuhkan kefahaman terhadap
penyelesaian yang diamalkan dalam islam. Walau apa pun teori yang digunakan oleh
personalis kaunseling, matlamatnya hanyalah satu iaitu menolong klien menjadi lebih
selesa dan lega, berfungsi dengan baik, berjaya dalam hidup dan dapat menjalani
hidup yang lebih gembira untuk masa akan datang. Peranan kaunselor dan klien begitu

16
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

perlu. Ia merupakan jambatan yang menghubungkan jurang yang luas yang selama ini
memisahkan mereka. Justeru itu, apabila jambatan sudah terentang dan matlamat
tercapai, barulah kaunseling benar-benar mendapat kejayaan.
Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
di sekolah amat penting dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Segala program
yang dirancang untuk kebaikan semua pihak dan mereka perlu juga mengambil
tanggungjawab agar ia dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Di samping itu,
segala program yang dirancang mestilah bersistematik dan teliti agar matlamat-
matlamat yang diinginkan tercapai. Masyarakat juga bertanggungjawab menghulurkan
bantuan sama ada dalam bentuk material, idea atau tenaga kerana sekolah dan
masyarakat saling memerlukan antara satu sama lain. Sesungguhnya kejayaan sekolah
dalam melahirkan insane yang cemerlang dan sempurna dari semua aspek juga
merupakan kejayaan anggota masyarakat.
Sekarang jelas pada kita bahawa kaunseling ketingkahlakuan mempunyai
pendekatan yang dianggap penting dalam memberikan keberkesanan dalam sesuatu
kaunseling. Dengan memusatkan pada tingkah laku tertentu terutama pada tingkah
laku yang bakal diubah oleh kliennya, kaunselor dapat membantu klien memahami
apa yang bakal dicapai dalam bahagian kaunseling mereka. Seperti firman Allah
dalam surah al-Zilzul ayat tujuh hingga lapan yang bermaksud “Sesiapa yang
membuat baik sebesar zarah, Allah akan melihatnya, dan sesiapa yang membuat jahat
seberat zarah, allah akan melihatnya juga”. Semoga dengan adanya bantuan para
kaunselor akan dapat membimbing anak-anak kita ke jalan yang betul. Amin….

17
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

Ibrahim Ahmad, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah,


Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur 2002.

Aziz salleh, Kaunseling Islam Asas.


Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur 1996.

Zulkifli Yusuf. Panduan Khidmat Bimbingan (Untuk Guru dan Bakal Guru).
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.Kuala Lumpur 1998.

Fauziah Abd. Ralip. Permasalahan Remaja dan Kaedah Mengatasinya (Bahagian 2).
Pustaka segar Kuala Lumpur 2003.

Muhd. Mansur Abdullah. Kaunseling, Teori, Proses dan Kaedah.


Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya 1986.

Noraini Ahmad. Konsep dan Amalan Kaunseling.


Utusan Pumbications & Distributors Sdb. Bhd. Kuala Lumpur 2003.

Noraini Ahmad. Kaunseling Remaja.


Utusan Publications & Distributors sdn. Bhd. Kuala Lumpur 2002.

Ee Ah Meng. Bimbingan dan Kaunseling I dan II.


Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam 1999.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan


Kaunseling di sekolah. Dwan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia
kuala Lumpur 1992.

18
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
SBEM 2103

Tang Chee Yee. Bimbingan & Kaunseling untuk Sekolah Rendah dan Menengah.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur 1997

Suradi Salim. Bimbingan dan kaunseling. Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur 1996.

Amirah Hj. Hashim, Arthur P.Lloyd. Bimbingan dan Kaunseling. Federals


Publications kuala Lumpur 1995

19

Anda mungkin juga menyukai