Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian

pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir. KANDUNGAN PORTFOLIO Kandungan portfolio boleh ditentukan oleh pelajar atau guru atau secara kolaborasi oleh kedua-dua pihak. Kandungan boleh terdiri daripada bahan bukti pembelajaran (learning evidences) yang releven dan dihasilkan oleh pelajar sendiri - spt. esei, laporan, latihan, lembaran kerja, grafik organiser (cetakan, diskette, CD, rakaman audio/video dll.) bukti prestasi pelajar seperti kertas ujian yang telah disemak, penilaian rakan sebaya,penilaian kendiri atau penilaian guru bahan-bahan rujukan, refleksi pelajar yang dibuat dari semasa ke semasa sehubungan tugasan, aktiviti /pengalaman pembelajaran yang dilalui (sama ada dengan menggunakan grid refleksi atau format bebas) dan lain-lain yang releven.

JENIS PORTFOLIO Terdapat 3 jenis portfolio :-

1. Portfolio Kerja Harian (Working Portfolio)


Koleksi bahan bukti pembelajaran dan tugasan harian yang dikumpul dalam satu jangka waktu (satu semester/satu tahun). Bahan dipilih oleh pelajar.

2. Portfolio Dokumentari (Documentary Portfolio)


Portfolio jenis ini mempunyai bahan bukti pembelajaran yang dikumpul selaras/releven dengan objektif/hasil pembelajaran untuk sesuatu tugasan tertentu (task based) . Proses menghasilkan bahan tugasan perlu ditunjukkan dengan jelas (dari bentuk deraf hingga hasil akhir). Penilaian portfolio jenis ini adalah secara formatif dan sumatif.

3. Portfolio Hasil Terbaik (Show Portfolio)


Bahan bukti pembelajaran untuk portfolio jenis ini dipilih dari hasil yang terbaik di dalam portfolio kerja harian. Penilaian adalah penilaian sumatif . Proses menghasilkan tugasan tidak penting, yang lebih penting adalah hasil akhir yang terbaik KEGUNAAN PORTFOLIO

Guru amalkan penilaian holistik.

Pelajar diberi peluang mengawal dan memantau perkembangan diri, menentukan matlamat diri dan menanam rasa bangga dengan hasil pencapaiannya. Pelajar berpeluang menilai dan membuat refleksi kendiri. Guru boleh memantau perkembangan pelajar secara menyeluruh (kognitif, afektif dan psikomotor). Mempelbagaikan bukti penilaian (rekod pemerhatian, penilaian rakan sebaya, penilaian kendiri dll). Membolehkan pihak yang berminat selain guru untuk memantau perkembangan pelajar dengan mudah.

PERANCANGAN PORTFOLIO Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti diambil kira. a. Menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio. b. Menentukan isi kandungan portfolio. c. Menentukan siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana? d. Menentukan bagaimana portfolio dinilai CARA MEMBINA PORTFOLIO Setelah memahami peringkat dan strategi pembinaan portfolio, catatkan dalam ruang aktiviti cara bagaimana anda akan merancangkan setiap peringkat itu berdasarkan satu pelajaran anda. Ada 5 peringkat dalam menentukan cara membina portfolio :1. Menentukan tujuan portfolio. 2. Menentukan kandungan portfolio. 3. Menentukan pemilihan cara pengendalian portfolio. 4. Menentukan apa yang akan dinilai dan criteria penilaian. 5. Menentukan kaedah membuat anggaran perkembangan pembelajaran pelajar. PENILAIAN PORTFOLIO ? Terdapat 3 peringkat dalam menilai portfolio 1.Penilaian Awal Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf pertama perancangan portfolio.

2. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut

kriteria dengan skala Contoh: Sangat Tinggi (5) Tinggi (4) Sederhana (3) Rendah (2) Sangat Rendah (1)

Kriteria penilaian: - Pemikiran dan isi - Struktur dan organisasi - Strategi pengurusan - Variasi isi yang sesuai - Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan kumpulan sasar yang berlainan

3. Senarai ciri-ciri paling penting

Ini akan menentukan markah portfolio

4. Penentuan gred

Mengambil kira markah yang diberi kepada tiap-tiap peringkat dan lain-lain bukti seperti nota anekdot dan refleksi pelajar.

Senarai Semak Portfolio - Penilaian Peringkat Perancangan


Ya 1. Adakah perbincangan dibuat untuk menentukan topik/tajuk dan skop? Tidak

2.

Adakah objektif pembinaan portfolio jelas dan tepat?

3.

Adakah strateg mengumpul maklumat/data dipelbagaikan?

4.

Adakah jadual fleksi dimasukkan dalam kontrak pelaksanaan kerja?

5.

Adakah draf langkah-langkah pembinaan portfolio dibuat?

6.

Adakah pendedahan kepada pelbagai penilaian portfolio mencukupi?

Peringkat Perkembangan/Proses

1.

Adakah bimbingan perlu diberi secara berterusan?

2.

Adakah semua aktiviti-aktiviti yang merentasi semua aspek penilaian dijalankan?

3.

Adakah hasil aktiviti-aktiviti didokumentasikan?

4.

Adakah maklumat atau bukti-bukti didapati dari lain-lain aktiviti pembelajaran?

5.

Adakah catatan mengenai aktivitiaktiviti disalin dalam komputer/disimpan dalam portfolio?

6.

Adakah analisis maklumat dibuat dengan menggunakan segala

bahan/bukti terkumpul mengikut keperluan?

7.

Adakah penilaian kendiri dibuat bagi tiap-tiap peringkat?

8.

Adakah susunan maklumat/data/bukti pembelajaran disusun secara urutan dan logik?

9.

Adakah dokumentasi lengkap dimasukkan ke dalam komputer?

Peringkat Penilaian

1.

Adakah kriteria-kriteria tertentu ditetapkan untuk penilaian portfolio?

2.

Adakah penilaian memberatkan proses?

3.

Adakah penilaian dibuat dengan menggunakan Peta Pembelajaran Pelajar?

4.

Adakah hasil/bukti portfolio dinilai?

5.

Adakah aspek-aspek sahsiah juga dinilai?

Peringkat Refleksi/Penutup

1.

Adakah proses dan hasil mengikut objektif?

2.

Adakah portfolio dihasilkan dalam jangka masa mengikut kontrak pelaksanaan kerja?

3.

Adakah idea baru wujud dari penghasilan portfolio tersebut?

Komen tentang tahap pencapaian portfolio ini.

Anda mungkin juga menyukai