Anda di halaman 1dari 5

PENILAIAN PORTFOLIO Terdapat 4 peringkat dalam menilai portfolio. PERINGKAT 1.

Penilaian Awal

Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf pertama perancangan portfolio.

2. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut kriteria dengan skala Contoh: Sangat Tinggi (5) Tinggi (4) Sederhana (3) Rendah (2) Sangat Rendah (1)

Kriteria penilaian: - Pemikiran dan isi - Struktur dan organisasi - Strategi pengurusan - Variasi isi yang sesuai - Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan kumpulan sasar yang berlainan

3. Senarai ciri-ciri paling penting 4. Penentuan gred

Ini akan menentukan markah portfolio Mengambil kira markah yang diberi kepada tiap-tiap peringkat dan lain-lain bukti seperti nota anekdot dan refleksi pelajar.

PENILAIAN PORTFOLIO Apakah portfolio? Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Penilaian Portfolio Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

PENILAIAN PORTFOLIO Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina. 1. Porfolio kerja harian 2. Portfolio hasil terbaik 3. Portfolio dokumen. 1. Portfolio Kerja Harian 2. Portfolio Hasil Terbaik 3. Portfolio Dokumen

Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.

Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

Berbentuk sumatif Contohnya; Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

Contohnya; Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

Contohnya; Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan Portfolio Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.

PENILAIAN PORTFOLIO Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio. Perancangan Portfolio Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio: 1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki. 2. Kenalpasti isi kandungan portfolio. 3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio. 4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio. Bagaimana Portfolio dinilai? Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio

Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.

Penilaian awal penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala senarai ciri-ciri paling penting penetuaan gred.

PENILAIAN PORTFOLIO Kriteria penilaian I. II. III. IV. V. Struktur dan organisani Strategi pengurusan Variasi isi yang sesuai Struktur ayat dan gaya bahasa Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri. VI. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan buktibukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar. VII. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

Anda mungkin juga menyukai