Anda di halaman 1dari 6

KEMAHIRAN BELAJAR

PERSEMBAHAN
PERSEMBAHAN
Apakah yang dimaksudkan dengan persembahan?
Persembahan atau penyampain ialah permindahan
mesej daripada penyampai kepada pencerap dalam
dialog dua hala.
Pencerap mungkin seorang pelajar, guru, pensyarah,
ataupun penilai.
Sebelum melaksanakan persembahan, pertanyaan
penting yang perlu pertimbangan kita adalah,
siapakah pencerap atau audien anda?
Perkara yang kita hendak persembahkan perlulah
dapat menarik perhatian pencerap atau audien kita.
Kita perlu mempunyai pelbagai strategi, kaedah, dan
teknik untuk menyampaikan perkara yang kita ingin
sampaikan.
Dalam pada itu, kita juga perlu mengetahui apakah
perkara yang ingin dinilai oleh mereka.

Pada diri mereka letaknya penilaian sama ada


persembahan kita itu dapat mencapai matlamatnya,
menarik ataupun tidak.

Tanpa mereka persembahan kita tidak ada nilainya.


Oleh itu kita perlu mengetahui apakah perkara yang
ingin mereka nilai, apakah perkara pokok yang ingin
dinilai dan bagaimana persambahan kita dapat
dipersembahkan agar dapat memenuhi segala kriteria
penilaian yang akan diberikan kepada kita.

Ada pelajar yang syok sendiri dengan membuat


persembahan mengikut selera sendiri tanpa
menghiraukan siapa yang ada di hadapannya.

Perkara ini akan merugikan pelajar itu sendiri kerana


segala perancangan dan persiapan untuk menyiapkan
penulisan laporan akan menjadi sia-sia
Selepas berbulan-bulan kita menyiapkan penulisan
dan laporan kita tiba pada saat kita ingin
mempersembahkan laporan kita , kita tidak bersedia,
segala masa dan tenaga kita akan menjadi sia-sia.

Oleh itu beri perhatiandalam aspek ini agar segala


penat kita tidak terbuang begitu saja.

Kita haruslah membuat persediaan untuk


persembahan dengan rapi dan teliti.

Anda mungkin juga menyukai