Anda di halaman 1dari 4

KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PAROI JAYA

KERTAS KERJA
PROJEK KECERIAAN KELAS PPKI ( MURAL )

TEMPAT :
KELAS PPKI SKTPJ
1.0 PENGENALAN
Projek kecerian kelas PPKI adalah projek berterusan yang mana matlamat utamanya adalah
menyediakan persekitaran pembelajaran yang ceria, menarik, segar dan kondusif khusus
untuk murid berkeperluan khas. Mural yang bertema serta mempunyai hubungkait dengan
kehidupan alam persekolahan pastinya akan menceriakan dan membangkitkan semangat
semua murid untuk lebih teruja hadir ke sekolah. Pemilihan projek mural juga bertepatan
dengan usaha untuk memastikan kelas PPKI sentiasa ceria dan bersifat holistik dalam
menyediakan kemudahan persekolahan yang terbaik untuk murid.

2.0 TUJUAN
Memperindahkan persekitaran kelas PPKI disamping menjadikan projek ini peluang untuk
menonjolkan Program Pendidikan Khas Integrasi yang ceria dan menarik.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memastikan persekitaran kelas PPKI ceria dan kondusif
3.2 Memastikan info-info berkaitan PPKI dapat disampaikan secara kreatif dan menarik
3.3 Memaksimumkan ruang kosong sedia ada untuk tujuan pengindahan

4.0 MATLAMAT

Menyediakan persekitaran pembelajaran yang mesra , kondusif serta ceria yang boleh
membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang positif di kalangan murid.

5.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh : November hingga Disember 2020


Tempat : Kawasan luar kelas PPKI ( Dinding kelas PPKI )

6.0 KONSEP MURAL

Mural yang dicadangkan berfokus kepada aktiviti seharian murid dalam kelas Pendidikan
Khas serta kemahiran-kemahiran yang diajatrkan kepada mereka berpandukan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut :

Bil Bahan Sumber Jumlah


1 Lukisan mural bertema MBK PCG Pendidikan Khas RM 1200.00
( Murid Berkeperluan Khas ) PSS dan B&K
Jumlah RM 1200.00
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa Pelaksanaan projek mural kelas PPKI adalah seperti berikut.

JAWATANKUASA PROJEK MURAL PPKI

Penasihat : Cikgu Zakri Bin Abd. Azizi ( Guru Besar )


Penyelaras Aktiviti : Cikgu Mohd Shukri Bin Ahmad ( PK Pendidikan Khas )
Setiausaha : Cikgu Rozilawati Bt. Shafie

AJK : Cikgu Mohd Ibrahim Bin. Mohd Zin


Cikgu Norwahida Bt. Abd. Aziz
Cikgu Jameah Bt. Mohamed
Cikgu Norhazizan Bt. Mohamad
Cikgu Syahida Bt. Mohamad Raship
Cikgu Engku Aeshah Bt. Engku Mustaffa
Cikgu Norfadzliwati Bt. Md. Nor
Ustazah Noor Elhaiyu Bt. Jumali
Cikgu Aszlina Bt. Mohd Arif

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Lukisan Mural bertemakan murid MBK ( dilukis dan disiapkan oleh pelukis mural
professional )

PENUTUP

Adalah diharapkan projek kecerian ynag dirancangkan ini dapat memberi nilai tambah dalam aspek
kecerian dan kondusif pembelajaran kepada murid serta warga PPKI dan warga sekolah secara
keseluruhannya.

Disediakan Oleh : DIsahkan Oleh :

…………………………………………………. …………………………………….
Mohd Shukri Bin Ahmad Zakri Bin Abd. Aziz
PK Pendidikan Khas Guru Besar
SK Taman Paroi Jaya SK Taman Paroi Jaya
CADANGAN GAMBAR MURAL

Anda mungkin juga menyukai