Anda di halaman 1dari 7

Rancangan Pengajaran Harian Set 1

Nama Guru: Nurfarhanah Ahmad Tarmizi Sekolah: Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang Tarikh: 25 Mac 2012 Matapelajaran: Matematik Pemulihan Nama Murid Muhammad Zaki Zazali Hari: Ahad Kelas: 2 Terbilang Masa: 8.45 9.45 pagi

Tajuk

Menolak Dalam Lingkungan 10

Kemahiran

6. Operasi Tolak Dalam Lingkungan 10 6.1 Mengenal Konsep Tolak i. ii. iii. Menyatakan kuantiti nombor objek dalam kumpulan Membahagikan satu kumpulan besar objek konkrit dan kad nombor. Membahagikan satu kumpulan besar kepada dua kumpulan kecil menggunakan objek konkrit dan kad nombor. iv. v. Menulis ayat Matematik operasi tolak berdasarkan gambar. Menulis ayat Matematik operasi tolak dengan mengenalkan simbol tolak dan sama dengan.

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

i. ii.

Membina sekurang-kurangnya empat daripada lima ayat Matematik operasi tolak dengan betul. Menyelesaikan empat daripada lima ayat Matematik operasi tolak berdasarkan gambar dengan betul.

Pengetahuan sedia ada

Murid telah kenal nombor 1 10 Murid telah kenal simbol (-) Video kilp Mari Mengira, straw, Mesin Menolak, Lemabaran Kerja, Permainan Dat.

Bahan Batu Mengajar

Nilai Murni

Bekerjasama

Kemahiran Berfikir

Membuat keputusan, menyelesaikan masalah

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru menayangkan satu video kilp Mari Mengira kepada murid. 2. Murid diminta menyanyikan lagu tersebut berasama-sama iringan muzik. 3. Guru mengaitkan video kilp dengan isi oengajaran pada hari ini.

Set Induksi (5 mnit)

Langkah 1 (20 minit)

Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran

1. Guru menyediakan Mesin Mengira untuk murid. 2. Guru melekatkan nombor-nombor dan simbol tolak di kotak menjadi ayat Matematik operasi tolak lingkungan 10. 3. Murid diminta mengambil beberapa batang straw mengikut nilai nombor yang dilekatkan di kotak. 4. Murid diminta mengurangkan bilangan straw mengikut nilai nombor tolak yang dilekatkan di kotak. 5. Murid diminta melekatkan kad nombor di kotak sebagai jawapan dengan mengira bilangan batang straw

yang tinggal dan melekatkan jawapan di kotak. 6. Murid diminta menyelesaikan nasalah Matematik operasi tolak lingkungan 10 menggunakan straw berdasarkan ayat Matematik yang dilekatkan di kotak.

Langkah 2 (15 minit)

Lembaran Kerja

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 2. Murid dikehendaki membina ayat Matematik operasi tolak dengan betul. 3. Murid dikehendaki menyelesaikan ayat Matematik operasi tolak berdasarkan gambar.

Langkah 3 (15 minit)

Aktiviti Pengukuhan (Permainan)

1. Guru menyediakan satu set permainan dat untuk murid. 2. Di atas papan dat tersebut terdapat nombor-nombor yang mewakili kad-kad soalan yang perlu diselesaikan oleh guru. 3. Murid dikehendaki membaling dat ke atas papan dat yang terdapat nombor. 4. Murid dikehendaki mengambil kad soalan berdasarkan nombor yang terkena dat tadi. 5. Murid dikehendaki menyelesaikan soalan ayat Matematik operasi tolak lingkungan 10 yang terdapat pada kad soalan. 6. Jawapan hendaklah ditulis pada kad soalan tersebut.

7. Setiap soalan yang berjaya diselesaikan oleh murid akan diberi token.

Penutup (5 minit)

1. Guru merumuskan pengajaran pada hari ini. 2. Guru menunjukkan kad-kad soalan untuk memperkukuhkan kembali ingatan murid. 3. Murid dikehendaki menggunakan kotak Mesin Pengira untuk menyelesaikan soalan-soalan tersebut. 4. Guru memberikan token bagi setiap soalan yang berjaya dijawab oleh murid dengan betul. 5. Guru memberikan galakan pada murid unruk terus berusaha. 62= 72= 95=

Refleksi Pelajar

Hari ini merupakan hari pertama saya menjalankan pengajaran kepada Zaki. Saya agak berpuas hati dengan pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Zaki memberikan kerjasama yang baik dan patuh pada arahan saya. Set induksi yang dirancang dapat menarik minat murid kerana Zaki berupaya menyanyikan bersama-sama iringan muzik. Langkah 1 juga turut memperkenalkan Zaki kepada konsep tolak dalam lingkungan 10. Pengajaran pada hari ini dapat dijalankan secara berpusatkan murid kerana Zaki perlu melakukan semua tugasan dengan usaha sendiri dengan bimbingan guru. Pada langkah 2, Zaki berupaya menjawab hampir kesemua lembaran kerja yang diberi dengan baik. Bagi lembaran kerja yang pertama Zaki berupaya menjawab empat daripada lima soalan dengan betul dan bagi lembaran kerja yang kedua, Zaki hanya berupaya menjawab tiga daripada lima soalan. Ini bermakna hasil pembelajaran sebahagian besar tercapai. Langkah 3 pula berjaya meningkatkan daya kecerdasan murid kerana saya meenjalankan pengajaran mengikut teori Bermain secara Belajar. Zaki menunjukkan reaksi yang agak teruja ketika bermain permainan ini. Saya menyeduakan 40 kad soalan untuknya selesaikan. Zaki berjaya menyelesaikan masalah operasi Matematik sebanyak 20 kad soalan dalam masa 15 minit. Kelemahan yang saya dapat kesan pada pengajaran pada hari ini ialah saya tidak dapat meguruskan masa dengan baik. Ini adalah kerana beberapa kekangan iaitu murid datang ke kelas lambat dan langkah 1 bagi aktiviti interaksi pengajaran dan pembelajaran memakan masa lebih 10 minit. Saya perlu lebih bijak membahagikan masa dengan baik dengan mengesetkan masa dengan menggunakan jam. Dengan itu saya akan lebih peka dalam pengurusan masa. Saya berharap saya dapat menjalakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih tersusun dan mengikut perancangan masa yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai