Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI,

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNGA, TEL : 04-8905116


JALAN LEMBAH PERMAI, FAKS : 04-8904115
11200 PULAU PINANG EMEL : pba1011@jpnpp.edu.my

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

KALI PERTAMA TAHUN 2022/2023

Tarikh : 7 April 2022

Masa : 1.00 petang

Tempat : Bilik Pengurusan PPKI SKTB

Kehadiran :

1. Pn. Wan Sapinah Binti Wan Ahmad (Penolong Kanan PPKI)

2. Pn. Athie Letchumi A/P Chelliah (Setiausaha HEM PPKI)

3. Pn. Suriani Binti Omar (Guru PPKI)

4. Pn. Yushasmadihan Binti Md. Yusuf (Guru PPKI)

5. Pn. Azlina Binti Syed Sulaiman (Guru PPKI)

6. Pn. Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi (Guru PPKI)

7. Pn. Azlina Binti Syed Sulaiman (Guru PPKI)

8. Pn. Noorshakirah Binti Noordin (Pembantu Pengurusan Murid PPKI)

9. Cik Nurul Shuhada Binti Md Safar (Pembantu Pengurusan Murid PPKI)

10. Pn. Fauziah Binti Baharom (Pembantu Pengurusan Murid PPKI)

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN

1.1 Penolong Kanan PPKI mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru dan
PPM PPKI ke Mesyuarat Hal Ehwal Murid (HEM) PPKI Kali pertama bagi tahun
2022.

1.2 Puan Wan Sapinah berharap guru-guru dan PPM dan memberikan kerjasama untuk
memantapkan lagi pelbagai program yang dijalankan di PPKI.

Tindakan: Makluman
2.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada

3.0 PENGURUSAN HEM

3.1 Puan Wan Sapinah melantik Pn. Athie Letchumi Chelliah sebagai Setiausaha HEM
untuk tahun 2022/23.

Tindakan: Makluman

3.2 Puan Wan Sapinah meminta guru-guru kelas mengemaskini data APDM untuk tahun
2022/23. Guru-guru perlu semak dan kemaskini Fail Peribadi murid dan ”tagging”
murid sebagai inklusif separa. Beliau meminta guru-guru melengkapkan data
tersebut sebelum 15 April 2022. Kedatangan murid perlu diisi sebelum pukul 9 pagi
setiap hari.

Tindakan: Guru Kelas PPKI

3.3 Terdapat jawatankuasa HEM untuk tahun 2022/23. Perlu membuat carta disiplin
PPKI.

Tindakan: En. Yunus Bin Zakaria

3.4 Puan Wan Sapinah meminta mewujudkan perancangan strategik HEM.

Tindakan: Pn. Athie Letchumi Chelliah

4.0 PROGRAM HEM

4.1 Puan Wan Sapinah memaklumkan program-program yang dirancang untuk tahun
2022/23.

i. Bulan Autisme

ii. Hargai Dirimu

iii. Anugerah Kehadiran Penuh

4.2 Beliau memaklumkan bahawa terdapat 19 orang murid MBK yang layak menerima
EMK untuk tahun ini.

4.3 Puan Wan Sapinah juga memaklumkan tentang pakaian harian murid.

i. Isnin, Khamis dan Jumaat – Pakaian Seragam Sekolah

ii. Selasa – Baju Sukan

iii. Rabu – T-shirt Pengakap

Tindakan: Makluman
4.4 Puan Wan Sapinah memaklumkan tentang peraturan pergerakan murid semasa
datang ke sekolah dan pulang ke rumah :

i. Ikut laluan kelas pemulihan (dari tapak perhimpunan ke kelas).

ii. Tidak boleh berlari.

iii. PPM perlu iring murid di hadapan dan belakang.

iv. Murid masuk kelas pada pukul 7.30 pagi

4.5 Puan Wan Sapinah juga meminta guru-guru menggalakkan bacaan doa / ucapan
sebelum pengajaran dan pembelajaran (PdP) bermula dan memupuk budaya hormat
guru di kalangan murid sekolah.

4.6 Beliau juga meminta guru kelas memaklumkan pada ibu bapa untuk menyediakan
pakaian lebih di dalam beg murid untuk digunakan bila perlu.

4.7 Selain itu, Pn Wan Sapinah juga menasihati semua guru dan PPM supaya tidak
menghukum murid dalam apa jua keadaan/ cara. Mengamalkan cara yang lebih
profesional.

Tindakan: Makluman

5.0 RMT

5.1 Seramai 19 orang layak menerima RMT untuk tahun 2022/23 termasuk Anis.

Tindakan: Pn Yushasmadihan dan Pn Suriani

6.0 KECERIAAN KELAS

6.1 Seiiring dengan tema “Sekolahku Sejahtera” keceriaan kelas perlu penambahbaikan
dari masa ke masa. Papan kenyataan perlu dikemaskini oleh En. Yunus dengan
bantuan PPM.

Tindakan: En. Yunus dan semua PPM

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Pn. Azlina meminta guru SPBT PPKI ditukarkan kepada guru lain.

8.0 PENUTUP

8.1 Ucapan penangguhan oleh Penolong Kanan PPKI. Mesyuarat HEM PPKI kedua
akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Anda mungkin juga menyukai