Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID

BIL 4 2022/2023

Tarikh / Hari : 25/1/2023 (Rabu)


Masa : 1.45-3.30pm
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : 18/20

Nama Guru Yang Hadir :

1. En.P.Karthigasu BKM, PJK (GB)


2. Pn.A.Tamil Mathi (PK PENTADBIRAN)
3. En.S.Magesvaran (PK HEM)
4. En.M.Nadarajan (PKKK)
5. Pn.A.Premila
6. Pn.N.Hemawathi
7. Cik G.Peramala
8. Pn.P.Padmini
9. Pn.R.Jothi
10. En.N.Logeswaran
11. Pn.M.Chitradavi
12. Pn.Yamieni Devi
13. Pn.G.Palveena
14. Pn.M.Sasikala
15. Pn.S.Letchumy
16. En.S.Dinneish
17. Pn.S.Nirmala
18. Cik J.Saraswathy
Nama Guru Yang Tidak Hadir : 2/20
1. En.N.Saravanan (cuti sakit)
2. Pn.R.Devagi (cuti sakit)
BIL / PERKARA

I. DOA PEMBUKAAN

1. Bacaan doa oleh En.S.Magesvaran sebelum bermulanya mesyuarat.

II. UCAPAN ALUAN DAN PERUTUSAN PENGERUSI


2. En.S.Magesvaran selaku PK HEM telah mengalu-alukan kehadiran semua guru untuk mesyuarat HEM
kali keempat bagi sesi 2022/2023.
Makluman : -

3. Beliau mohon agar semua guru dapat memberikan komitmen yang padu untuk menjayakan bidang
HEM.
4. Beliau meminta semua guru supaya memberikan penekanan kepada aspek kebersihan, keceriaan, kesihatan
dan keselamatan di sekolah sepanjang masa.

Makluman : Semua guru

III. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

5. Minit mesyuarat yang lalu telah dibentang oleh PK HEM. Minit ini dicadang oleh Pn.S.Nirmala dan
disokong oleh Pn.N.Hemawathi.

IV. PERKARA BERBANGKIT


6. Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru kelas mengisi kehadiran APDM dengan cermat dan
mengikut waktu yang ditetapkan.

Tindakan : Guru kelas


V. APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

7. Guru besar mengingatkan semua guru kelas agar peka dengan arahan KPM mengenai pengemaskinian
APDM dari semasa ke semasa seperti gaji, tanggungan, no.telefon waris, maklumat penjaga utama dan
kedua serta maklumat yang lain.

8. Guru-guru diminta key in kehadiran mengikut ketetapan pihak KPM (sebelum 9.00 pagi). Beberapa guru
didapati tidak mengemaskini kehadiran mengikut ketetapan PPD. PK HEM menyatakan kebimbangan
mengenai perkara ini. Guru besar mohon kerjasama semua guru kelas agar perkara ini tidak berulang pada
masa akan datang.
Tindakan : Guru kelas
VI. BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

9. PK HEM telah memaklumkan bahawa BAP akan diagihkan pada 30/1/2023 jam 11.00 pagi hingga 1.00
tengah hari. Peringatan diberi iaitu, potongan yuran tidak dibenarkan sama sekali seperti yang diarah oleh
KPM. Peruntukan tambahan BAP perlu dimohon oleh pihak sekolah pada bulan Mac untuk murid tahun 1
dan tercicir.
Makluman : Semua guru
Tindakan : Penyelaras BAP
VII. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
10. Kutipan buku teks akan dilakukan pada 2/2/2023 manakala pemberian buku teks bagi sesi akan datang
dilakukan pada 9/2/2023. Guru-guru kelas diingatkan agar menyemak semua buku teks yang dikutip
sebelum diserah kepada penyelaras SPBT agar diambil tindakan sewajarnya sekiranya diconteng,
dirosak atau dihilangkan. Pn.A.Premila diminta memaklumkan keberadaan buku teks kepada PK HEM.

Tindakan : Guru kelas / Penyelaras SPBT

VIII. LANTIKAN BADAN KEPIMPINAN SEKOLAH


11. PK HEM telah mendapatkan cadangan untuk badan kepimpinan sekolah bagi sesi 2023/2024. Guru
disiplin diminta untuk menyediakan borang kriteria pemilihan ini yang melibatkan guru kelas, guru
subjek, guru disiplin dan pihak pengurusan sekolah. Pemilihan ini akan dimuktamadkan sebelum cuti
sekolah. Beliau meminta guru disiplin memaklumkan lantikan ini melalui surat kepada ibu bapa
berkenaan. Ketua pengawas dan dua orang penolong ketua pengawas akan memakai blazer mulai sesi
akan datang.
Tindakan : Guru disiplin

IX. PERBELANJAAN LAWATAN KL/MELAKA/PUTRAJAYA SESI 2022/2023


12. Bendahari lawatan Cik G.Peramala telah membentangkan penyata lawatan. Baki lawatan adalah
sebanyak RM1783.00. Wang ini akan digunakan untuk kebajikan murid.

Makluman : Semua guru

X. RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)


13. PK HEM telah mengutarakan beberapa isu pelaksanaan RMT seperti murid ganti RMT dan membawa
bekalan RMT ke rumah. Guru besar menegaskan bahawa murid ganti perlu makan RMT di kelas dan
tidak dibenarkan membawa bekalan tersebut ke rumah atas faktor keselamatan. Beliau juga mohon
kerjasama guru-guru kelas agar memantau pelaksanaan RMT dengan lebih teliti. PK HEM menegaskan
agar penyelaras RMT, penyelaras kantin, guru bertugas RMT dan setiausaha HEM harus sentiasa
memantau pelaksanaan ini agar berjalan lebih lancar.

14. PK HEM menyatakan bahawa penyelaras RMT juga perlu membantu PK HEM dalam menyediakan
pesanan dan baucer RMT.

15. Semua guru diminta berjumpa terus dengan PK HEM sekiranya ada masalah dengan pelaksanaan
RMT. Jika terdapat kekurangan dalam kualiti dan kuantiti RMT, guru bertugas RMT harus menulis
komen dalam buku catatan RMT.

Makluman : Semua guru


Tindakan : Semua guru
XI. SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN TAHUN ENAM
16. Guru-guru kelas tahun 6 diminta untuk menyediakan sijil tamat persekolahan tahun 6. Tugasan ini
harus diselesaikan sebelum bermulanya cuti sekolah.

Tindakan : Guru kelas tahun 6S & 6V


XII. HAL-HAL LAIN

17. PK HEM menegaskan isu kebersihan kelas harus diberi perhatian kerana ada beberapa kelas masih
dalam keadaan kotor. Ada aduan diterima daripada pekerja am.

18. Guru bertugas mingguan diminta menanda skala kebersihan selepas tamatnya waktu persekolahan agar
ia dapat menepati objektif pelaksanaan ini.

19. Guru besar mohon kerjasama semua guru untuk memberikan komitmen kepada PK HEM agar segala
program dan tugasan HEM berjalan lancar. PK HEM juga menyatakan bahawa ada beberapa guru
tidak memberikan komitmen yang dikehendaki oleh beliau. Beliau mahu teguran daripadanya dilihat
secara profesionalisme.

20. PK HEM meminta guru-guru mematuhi jadual waktu guru ganti yang disediakan olehnya sewaktu
tiada PK Pentadbiran.

21. PK HEM menyatakan bahawa telahpun mengisi kajian ambilan air kosong tempoh hari.

22. Beliau juga menyatakan bahawa alat pemadam api kesemuanya dalam keadaan amat baik. Data
kerosakan alat pemadam api telahpun dimaklum kepada pihak PPDKBB tempoh hari.

23. Penjimatan air dan elektrik ditegaskan oleh pihak pengurusan. Masih ada pembaziran elektrik di kelas.

24. Kualiti persembahan murid sewaktu perhimpunan rasmi perlu ditingkatkan.

25. Semua pengawas tahap 2 harus menghafaz Rukun Negara dengan baik.

26. Seramai 6 murid tahun enam telah mohon Kelas Seliaan Negeri (KSN).

27. Peti Cadangan akan disediakan dalam tempoh terdekat. Makluman berkaitan penulisan borang aduan
atau cadangan akan dimaklum menerusi WhatsApp kelas.

28. Semua guru diminta agar mengemaskini papan kenyataan bidang tugas HEM masing-masing dari
semasa ke semasa.

29. Guru Bantuan Sekolah diminta untuk menyemak semua borang PB1 dan PB2 sebelum diserah kepada
PK HEM sebelum cuti sekolah.

30. Cg Jothi, Cg Nirmala, Cg Chitradavi dan Cg Magesvaran telah menyumbang sejumlah wang untuk
lawatan sekolah. Para penderma lain juga diucapkan terima kasih atas sumbangan wang dan makan
minum. Dato Sivarajah telah menyumbangkan wang sebanyak RM2000.00. Cenderahati akan
diberikan kepada beberapa penderma. Pihak sekolah juga mengucapkan syabas kepada Cg Dinneish,
Cg Chitra dan Cg Logeswaran kerana telah berusaha mencari derma untuk lawatan.

31. Semua guru diingatkan agar terus mengisi data amalan baik dalam SSDM. Guru disiplin diminta
memantau data ini.

32. PK HEM menjelaskan kandungan Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah (SPKS) kepada semua
guru. Data ini telahpun diisi tempoh hari.

33. Food Bank berjalan lancar. Seramai 25 murid menerima sarapan setiap hari. PK HEM menguruskan
program ini.
34. PK HEM berterima kasih kepada Cg Palveena atas penyediaan data murid untuk rawatan pergigian
yang dikehendaki oleh pihak PKD Kulim.

35. KPI kehadiran (95%) masih rendah. Guru-guru kelas diminta mendapatkan maklumbalas ibu bapa
mengenai ketidakhadiran khasnya mereka yang ponteng.

36. Borang edaftar menengah harus diserah kepada PK HEM pada 26/1/2023.

37. PK HEM mohon penelitian semasa menyediakan minit curai, minit mesyuarat atau apa-apa laporan.

38. Guru-guru juga diminta membaiki cara penulisan RPH.

39. Semua guru diminta untuk mengemaskini fail-fail HEM sebelum cuti sekolah bermula.

Makluman : Semua guru


Tindakan : Semua guru

UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir ke mesyuarat ini. Beliau juga
mengucapkan syabas atas segala komitmen dan mohon kerjasama erat bagi menjayakan semua program HEM
pada masa akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................. ................................

Anda mungkin juga menyukai