Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT HEM BIL 2/2014

SJK (C) CHIN HUA, DALAT

Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:

27 Februari 2014
2.30 petang
Pusat Sumber Sekolah

Senarai kehadiran:
1. ONG HOCK ANN ( GURU BESAR )
2. SIM CHOON SENG ( PK )
3. SIM POH SIAN ( PK HEM )
4. PHILIS SIM PEI PEI( PK KK )
5. LO JOO SIE
6. CHIA CHAI FONG
7. LIM GEOK CHENG
8. RITA GOH CHIA PO
9. GOH MIN HUI
10.GOH MIN LEE
11.TAN MIANG SENG
12.TENG YIEN PING
13.TIONG MEE SIN
14.LEONG SIE PING
15.MELAYA AUDILEAUDRINE ANAK LOUIS
16.LEE SIEW LEE
17.TENG YIEN PING
18.LAW UNG HUA
19.LING SIEW SHAN
20.SOON SHI YIING
21.TAN CHING CHING
Tidak hadir bersebab :
1.

MOHD. NAZRI JAHRI (Cuti Rehat Khas)

Agenda:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kata Aluan Pengerusi


Pengenalan Mentor-Mentee
Penubuhan Jawatankuasa Mentor-Mentee
Pelaksanaan Mentor-Mentee di Sekolah
Tugas Mentor
Hal-Hal Lain

1. Kata-Kata aluan Guru Besar


1.1.Guru Besar mengucapkan selamat petang dan selamat petang.
1.2.Guru Besar juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru
yang hadir pada mesyuarat HEM pada petang ini.

2. Pengenalan Mentor-Mentee
2.1.
Konsep
2.1.1.
Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi

antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti


membimbing, menyokong dan memberi nasihat .
2.1.2.
Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee)
dan
perhubungan
psikologi
menteenya,
tetapi
juga
membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan
mengasah kemahiran -kemahiran lain seperti membuat
keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan
berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang
berguna kepada masyarakat dan negara.
2.1.3.
Program Mentor-Mentee bertujuan untuk Membangun
Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang.

2.2.
Rasional
2.2.1.
Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi

diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui


bimbingan dan panduan mentor.
2.2.2.
Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran
dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat
memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi
membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih
optimis dan menyeronokkan.
2.3.
Objektif
2.3.1.
Melalui

program
ini,
murid
diharapkan
dapat
mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling
hormat-menghormati antara mentor dan mentee.
2.3.2.
Disamping itu, program ini diharapkan akan dapat
membentuk murid yang mengamalkan budaya penyayang dan
saling menghargai antara satu sama lain.
2.3.3.
Selain itu, program ini mampu membina keyakinan diri
dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan

sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring)


terhadap kebajikan mereka.
Makluman : Semua Guru
3. Penubuhan Jawatankuasa Mentor-Mentee
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Naib Setiausaha
AJK

:
:
:
:
:
:
:

Encik Ong Hock Ann Guru Besar


Puan Sim Poh Sian PK HEM
Encik Sim Choon Seng PK1
Puan Phillis Sim Pei Pei PK KK
Puan Melaya Audileaudrine Anak Louis
Cik Ling Siew Shan
Guru Kanan Mata Pelajaran
Guru Panitia
Guru Kelas
Makluman : Semua guru

4. Pelaksanaan Mentor-Mentee di Sekolah


4.1.Program dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah dan
menengah.
4.2.Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi
sekolah mengikut kesesuaian masa seperti:
a. Waktu perhimpunan rasmi .
b. Waktu kokurikulum.
c. Selepas waktu persekolahan.
4.3.Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun.
Jangka masa perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan
1 kali dalam sebulan.
4.4.Perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor
Mentee yang mengandungi pengisian dari aspek;
a. Pembangunan Sahsiah Diri Murid
b. Peningkatan Disiplin Murid
c. Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan
d. Perkembangan Kerjaya
4.5.Strategi Pelaksanaan
a. Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan
kepentingan perlaksanaan kepada murid dan guru.
b. Mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor.
c. Perjumpaan diadakan di dalam kelas atau mengikut kesesuaian sekolah.
4.6.Pelantikan Mentor
a. Semua guru dilantik menjadi mentor.
b. Pelantikan mentor dibuat secara rasmi (bertulis).

c. Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan,modul dan senarai


mentee.
4.7.Pengagihan Mentee
a. Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas.
b. Setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang mentor.
Makluman: Semua Guru
5. Tugas Mentor
5.1.Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.
5.2.Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan.
5.3.Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee.
5.4.Membantu mentee yang memerlukan perhatian.
5.5.Mengambil kehadiran mentee.
Tindakan : Semua Guru

6. Hal-Hal Lain
6.1.Perjumpaan Mentor-Mentee yang tidak sempat dilaksanakan
pada bulan Januari akan digantikan pada bulan Mac.
6.2.Senarai nama dan jadual kehadiran perlu disediakan untuk
memudahkan Mentor-Mentor dilaksanakan.
Makluman : Semua Guru
Mesyuarat ditangguhakan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.........................................
(MELAYA AUDILEAUDRINE AK LOUIS)
Setiausaha Unit HEM
SJK Chin Hua, Dalat
Tarikh : 27 Februari 2014

.......................................
(SIM POH SIAN)
Penolong Kanan HEM
SJK Chin Hua, Dalat
Tarikh :

Disahkan oleh,
........................................
(ONG HOCK ANN)
Guru Besar
SJK Chin Hua, Dalat
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai