Anda di halaman 1dari 4

PANITIA PENDIDIKAN MORAL SMK BUKIT ROKAN

FELDA BUKIT ROKAN,


73200 GEMENCHEH,
NEGERI SEMBILAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA BIL 3/2017

Tarikh : 17 JULAI 2017


Tempat : Bilik mesyuarat
Masa : 4.00 petang
Kehadiran
1. En. Muhammad b Said (Penolong kanan KURIKULUM)
2. Pn. Tumerah bt Haron
3. Pn. Nurkamilah bt Hamzah (Ketua Panitia Pendidikan Moral)
4. En. Mohd Hazuan b Manap
5. Pn. Murniza bt Othman

Perkara 1 : Ucapan Pengerusi

1.1 Tuan pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan


kedatangan En. Muhammad b Said sebagai pentadbir dan kepada semua
guru Pendidikan Moral yang hadir ke mesyuarat Panitia Pendidikan Moral
kali ketiga tahun 2017. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-Fatihah.
Tindakan : Makluman

Perkara 2 : Pengesahan minit mesyuarat

Pengesahan oleh Pn. Murniza bt Othman


Disokong oleh En Mohd Hazuan b Abdul Manap

Tindakan : Makluman
Perkara 3 : Perkara berbangkit

3.1 Pelajar tingkatan empat yang mengambil aliran PVMA menghadapi


masalah yang sama dengan pelajar tingkatan lima iaitu silibus dan buku
rujukan tiada.
3.2 Pelajar tingkatan lima sudah siap menghasilkan kerja kursus pendidikan
moral dan akan di taksir oleh pentaksir dari JPNS.
3.3 Ujian selaras 2 tidak dijalankan kerana tidak ada tapak disediakan dalam
SAPS.

Tindakan : Makluman

Perkara 4 : Isu dan Laporan

4.1 Program sempena bulan kemerdekaan bagi panitia Pendidikan moral.


4.1.1 membuat KOLAM antara persatuan dan kelab bertemakan
kemerdekaan. Tujuan pertandingan ini adalah untuk pelajar
melayu
mengetahui cara membuat KOLAM tersebut kerana KOLAM
adalah satu tradisi bagi masyarakat India.
4.1.2 Setiap persatuan akan menghantar 4 wakil bagi setiap persatuan
untuk membuat KOLAM.
4.1.3 Pemenang bagi pertandingan ini akan diberikan sijil dan juga
hadiah lain.
4.2 Penggubal soalan akhir tahun 2017
4.2.1
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4

Pn. Kamilah Pn. Noridah Pn. Murniza En. Hazuan

4.2.2 soalan mestilah mengikut format peperiksaan yang betul.


4.2.3 bagi soalan tingkatan 4, format soalan mesti sama dengan format
PVMA yang telah diberi.
4.2.4 masa menjawab bagi menengah rendah adalah satu jam 15 minit
kecuali tingkatan satu. Masa menjawab bagi tingkatan satu adalah
dua jam.

Tindakan : Semua guru


Perkara 5 : Hal-hal lain

5.1 pelajar tingkatan satu pada tahun ini perlu membuat kerja kebajikan.
Masa yang diperuntukkan adalah 30 jam dalam setahun.
5.2 Pelajar tingkatan 4 dan 5 pada tahun ini tidak mengambil subjek
pendidikan moral untuk SPM.
5.2.1 Pelajar ini akan mengambil subjek moral aliran kemahiran. Guru
menghadapi masalah untuk mengajar pelajar kerana silibus yang
berlainan dan tiada buku dibekalkan.
5.2.2 Pelajar juga akan membuat kerja kursus yang akan dinilai oleh
guru yang mengajar.
5.2.3 Pelajar tingkatan 5 akan mengambil kertas pendidikn moral aliran
kemahiran untuk menggantikan pendidikan moral aliran perdana.
Tindakan : Semua guru

Perkara 6: Penangguhan Mesyuarat


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 4.45 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh:

............................................... ..............................................
Pn. Nurkamilah Bt Hamzah Pn. Tumerah Bt Haron
Ketua Panitia Ketua Bidang Kemanusiaan
Panitia Pendidikan Moral SMK Bukit Rokan
SMK Bukit Rokan.

Anda mungkin juga menyukai