Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

BIL 1/ 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN BAKERKONG

Tarikh :4 Januari 2018

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Operasi

Kehadiran :

1) En Jagu bin Shafie


2) En Mohd Khir Bin Nasiruddin bin Jolen
3) Pn Noor Fadhilah Binti Mat Hassan
4) Pn Khairunnisa Nur Afiqa Binti Abdullah
5) En Stanley ak Neddy Nangoi
6) Cik Faridah Hani Binti Abu
7) En Sylvian Montee Anak Nigel Juan
8) En Abd Halim Bin Isa
9) En Hirman Bin Hossen
10) En Muhammad Nuruttaufiq Bin Sulaiman

Agenda mesyuarat :

1. Ucapan pengerusi
2. Pelantikan Jawatankuasa
3. Pengurusan panitia
4. Ujian dan peperiksaan
5. Takwim panitia PSV
6. Hal-hal lain

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan ahli jawatankuasa panitia.
1.2 Beliau berharap agar mensyuarat kali ini berjalan lancar agar dapat memantapkan
lagi pengurusan dan program-program yang dirancang.
2.0 Pelantikan Jawatankuasa
2.1 Ketua Panitia : Pn Noor Fadhilah Binti Mat Hassan
Penolong : En Abdul Halim Bin Isa
Setiausaha : Pn Khairunnisa Nur Afiqa
Bendahari : Cik Faridah Hani
AJK : Semua guru

3.0 Pengurusan Panitia.


3.1 Jadual waktu mengajar Pendidikan Seni/Dunia Seni Visual
3.1.1 Pada tahun 2018 hanya empat kelas sahaja iaitu kelas tahun 1,kelas
bercantum tahun 2&3,kelas bercantum 4&5 dan kelas tahun 6.

3.2 Sukatan pelajaran,Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan


3.2.1 Semua guru mata pelajaran wajib memasukkan rancangan tahunan
PSV dalam buku rekod masing-masing.
3.2.2 Guru yang mengajar mestilah menyimpan dan merekod DSKP dalam
simpanan masing-masing.
3.2.3 Bagi guru yang mengajar kelas bercantum perlu mengiku pemetaan
kelas bercantum yang disediakan.

Tindakan : semua guru mata pelajaran DSV dan PSV

3.3 Penulisan Buku Rekod Mengajar/Format penulisan RPH.


3.3.1 Pada tahun semua guru perlu menulis RPH dalam buku rekod
persediaan mengajar yang telah disediakan.
3.3.2 Guru-guru perlu memastikan RPH dilengkapkan dan mengisi
maklumat-maklumat yang dikehendaki didalam buku persediaan.
3.3.3 Buku persediaan akan disemak pada setiap minggu oleh guru
besar/penolong kanan 1.

3.3.4 RPH KSSR


Tindakan : semua guru mata pelajaran DSV dan PSV

3.4 Nama guru yang mengajar pendidikan seni :


Tahun 1 : En Halim Bin Isa
Tahun 2&3 : En Mohd Khir Nasirruddin Bin Jolen
Tahun 4&5 : Pn Noor Fadhilah Binti Mat Hassan
Tahun 6 : Pn Khairunnisa Nur Afiqa Bin Abdullah

4.0 Ujian dan peperiksaan


4.1 Soalan ujian dan peperiksaan akan disediakan sendiri oleh guru yang mengajar
matapelajaran dunia seni visual/ pendidikan seni visual
4.2 Ujian akan diadakan 4kali setahun iaitu mac, mei,September dan November.

Tindakan : semua guru mata pelajaran DSV dan PSV


5.0 Takwim panitia PSV 2018
1- Pertandingan menghasilkan tanglung dan menghias tanglung antara kelas
2- Membuat kad ucapan hari ibu
3- Membuat kad ucapan gergasi sempena hari guru
4- Aktiviti membuat melukis poster hari gawai
5- Aktiviti membuat kad hari raya aildilfitri
6- Pertandingan mewarna dan melukis poster kemerdekaan
7- Aktiviti pasca UPSR- aktiviti akan dibincangkan kemudian.

6.0 Hal-hal lain


6.1 PK HEM En hirman mencadangkan untuk mengadakan mural “I am free” di
bawah program anti dadah dengan kerjasama panitia pendidikan seni. Maklumat
lanjut berkaitan program ini akan dibincangkan kemudian.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh ,
…………………………………
(PN KHAIRUNISSA NUR AFIQA BINTI ABDULLAH )

Setiausaha

Panitia Pendidikan Seni Visual 2018

Disemak Oleh ,
……………………………………………..
(PN NOOR FADHILAH BINTI MAT HASSAN )

Ketua Panitia
Panitia Pendidikan Seni Visual 2018

Anda mungkin juga menyukai