Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN LUKUT

71010 LUKUT, PORT DICKSON,


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


KALI PERTAMA 2023

TARIKH : 15 MAC 2023


HARI : RABU
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : Rizas Homestay Port Dickson

KEHADIRAN:

1. Cg. Datin Hjh Salmah Binti Hj Buang


2. Cg. Hilwani binti Mohd Hasnu
3. Cg. Noraniza Binti Aziz
4. Cg. Suhairah Binti Che Hassan
5. Cg. Nor Asmani Binti Harun
6. Cg. Rohayu bt Mohamad
7. Cg. Norhayati bt Harun
8.Cg. Hamidah binti Nazmuddin
9. Cg. Norshakila Binti Rusly
10. Cg. Siti Asyuura binti Jalaluddin
11. Cg. Sidek b. Mat Jusoh
12.Cg. Tuan Nor Fithri Yaani binti Tuan Bakhary
13. Cg. Siti Asiah Binti Md Salleh
14. Cg. Marina bt Idris
15. Cg. Zalifah binti Majid
16. Cg. Zainun Binti Mohamed
17. Cg. Norsalina bt Sarif

Tidak Hadir (Bersebab)

Tiada

1
Agenda:
1. Ucapan GPK Pentadbiran ( Datin Hjh Salmah Binti Hj Buang )
1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah.
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang hadir dalam
Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam kali pertama bagi tahun 2023.
1.3 Setiap ahli panitia hendaklah hadir pada setiap mesyuarat agar dapat mengetahui
perancangan dan pelaksanaan program panitia.
1.4 Mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dalam mesyuarat kali ini.
1.5 Berharap perancangan panitia lebih tersusun agar setiap perancangan dapat
dilaksanakan mengikut takwim yang telah ditetapkan.
1.6 Visi, Misi dan Hala Tuju Sekolah
Visi : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Hala Tuju :
a) Kualiti Guru : 100% guru Pendidikan Islam berada pada tahap cemerlang.
100% guru mengamalkan PdPc Abad 21 dalam bilik darjah.
100% guru mengamalkan KBAT dalam melaksanakan tugasan
harian.
b) Kualiti PBS : 80% murid tahap 2 mencapai sekurang-kurangnya Tahap
Penguasaan 4.
80% murid tahap 1 mencapai sekurang-kurangnya Band 4.

2. Ucapan Ketua Panitia


2.1 Mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ahli panitia serta mengalu-alukan
kehadiran semua ahli mesyuarat.
2.2 Menyatakan rasa bersyukur kerana masih dapat bersama-sama menjalankan amanat
mengajar dan berkolaborasi bersama pada tahun ini.
2.3 Ucapan penghargaan di atas komitmen yang tinggi terhadap segala perancangan
panitia bagi tahun 2022 dan berharap dapat diteruskan bagi tahun 2023.
2.4 Visi, Misi dan Hala Tuju Panitia:
Visi : Menghasilkan Muslim Yang Berilmu, Beriman, Beramal Soleh dan Berakhlak
Mulia Berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah.
Misi : Berusaha Menggembling dan Mempertingkatkan Kerjasama Guru Pendidikan
Islam dalam Melaksanakan Aktiviti Panitia.

2
Hala Tuju:
a) Kualiti Guru : 100% guru Pendidikan Islam berada pada tahap cemerlang.
100% guru mengamalkan PdPc Abad 21 dalam bilik darjah.
100% guru mengamalkan KBAT dalam melaksanakan tugasan harian.
b) Kualiti PBS : 80% murid tahap 2 mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4.
80% murid tahap 1 mencapai sekurang-kurangnya Band 4.

3. Pengurusan Panitia
3.1 Fail Rekod Mengajar (FRM)
3.1.1 Datin Hjh. Salmah mengingatkan kepada semua ahli panitia supaya
menyiapkan dan menghantar FRM setiap minggu serta melengkapkan
segala maklumat yang diperlukan dalam tempoh tiga minggu.
Tindakan : AJK Panitia Pendidikan Islam

3.2 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
3.2.1 Semua ahli Panitia hendaklah menggunakan RPT dan RPH yang
diselaraskan.
3.2.2 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Dokumen Standard
Kandungan Pengajaran (DSKP) akan menggunakan QR Code.
Tindakan : AJK Panitia Pendidikan Islam
3.3 Borang Tasmik
3.3.1 Penggunaan borang tasmik akan diselaraskan dan Cg.Zalifah akan
menyediakan borang beserta muka hadapan borang tersebut. Selain itu,
terdapat 2 jenis borang pelaporan tasmik yang perlu disediakan, iaitu:
1. Borang pelaporan tasmik yang mengandungi laporan individu bacaan
murid yang perlu diisi semasa kelas tasmik.
2. Borang laporan yang mengandungi data bacaan tasmik keseluruhan
murid yang perlu diserahkan 3 bulan sekali kepada penyelaras tasmik,
iaitu Cg. Zalifah.
3.3.2 Semua GPI perlu menyediakan analisa dan rumusan tasmik 3 bulan sekali
dan hantar kepada penyelaras tasmik untuk tujuan pengumpulan data
tasmik.
Tindakan : Cg. Zalifah/
AJK Panitia Pendidikan Islam

3
3.4 Buku Tulis, Buku Aktiviti dan Buku Kerja serta buku rekod pencapaian program
j-QAF.
3.4.1 Penggunaan buku tulis adalah sebuah buku bagi setiap murid bagi bidang
Ulum. Sebuah bagi subjek Jawi dan al-Quran bagi murid tahap 2.
Manakala bagi tahap 1, hanya sebuah buku tulis sahaja yang diperlukan.
3.4.2 Buku kerja bagi tahap 2 boleh digunakan di rumah sebagai aktiviti
pengukuhan.
3.4.3 Pastikan semua buku-buku tersebut disemak secara berkala, catatkan
tarikh disemak dan pembetulan sekiranya ada. Ianya perlu direkodkan
dalam borang semakan buku kerja/ tulis.
3.4.4 Buku kerja diselaraskan untuk dibeli dan hanya digunakan oleh murid
tahap 2 dan tiada buku jawi.
3.4.5 Buku rekod pencapaian program j-QAF tahun satu akan diletakkan di bilik
j-QAF.
Tindakan : AJK Panitia Pendidikan Islam

3.5 Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD)


3.5.1 Semua ahli panitia diminta untuk menyediakan borang transit PBD
masing-masing.
3.5.2 Borang transit perlu diletakkan dalam fail RPH dan diselaraskan
borangnya. Softcopy borang perlu disimpan dalam google drive emel
sekolah bagi memudahkan urusan semua guru.
3.5.3 Penggunaan borang transit masih diteruskan dengan cara pentaksiran yang
sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Sebarang penambahbaikan akan
dimaklumkan nanti.
Tindakan : AJK Panitia Pendidikan Islam
3.6 Pentaksiran Pertengahan tahun / Jun 2022
3.6.1 Cadangan jadual penggubal soalan bagi bulan Jun telah disediakan bagi
melicinkan perjalanan pentaksiran.
TAHUN PENDIDIKAN ISLAM JAWI
TAHUN 1 SITI ASIAH NORSHAKILA
TAHUN 2 NORASMANI SUHAIRAH
TAHUN 3 NORANIZA NOR SALINA
TAHUN 4 ZALIFAH ROHAYU
TAHUN 5 ZAINUN SITI ASYUURA
TAHUN 6 NOR HAYATI SIDEK

4
3.6.2 Harapan agar semua guru bersedia dengan soalan KBAT dan dapat
membantu murid menyesuaikan diri supaya bersedia dan faham untuk
menjawab dengan betul bentuk soalan yang berunsur KBAT.

3.6.3 Pastikan penyedia soalan membuat JSU untuk bulan Jun dan September
seperti yang dikehendaki adalah bagi memastikan aras soalan menepati
kemampuan murid dan juga sediakan skema jawapan. Dan selepas ujian,
guru perlu membuat post mortem bagi mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan daripada murid.
3.7 Program kompetensi guru (PLC) dan Program kompetensi Murid (PCG)
3.7.1 PLC dan PCG akan diteruskan pelaksanaannya. Penetapan hari akan
dimaklumkan kelak.
Tindakan : Makluman
3.8 Pengurusan Fail
3.8.1 Mohon setiausaha untuk mengemaskini fail bagi tahun 2023.
Tindakan : Cg. Siti Asyuura binti Jalaluddin
3.9 SKPMG2

3.9.1 Pengerusi mengingatkan ahli mesyuarat berkenaa sub aspek ketiga 3.1.2.3
iaitu Program Peningkatan Pencapaian Murid perlu diurus secara
sistematik dan terancang. Antara evidens adalah seperti semakan
headcount dan penggunaan tools seperti Grow dan tapak analisis soalan
dan juga tapak pelaporan. 

Tindakan : Makluman

4. Post Mortem e-Pelaporan 2022


4.1 e-Pelaporan dibentangkan oleh pengerusi bagi pihak penyelaras bagi pencapaian
al-quran Oktober 2022. Selain daripada itu, pengerusi memberi cadangan dan teknik
bagi murid untuk khatam al-quran dengan cepat, iaitu dengan cara melangkau ayat
bacaan dalam buku Iqra 4-6 mengikut kemampuan murid.

Tindakan: AJK Panitia Pendidikan Islam

5
4.2 Keseluruhan data model khatam quran telah mencapai KPI yang telah ditetapkan
oleh pihak PPD iaitu sebanyak 96.3% . daripada 90.6% iaitu KPI PPD. 11 orang
murid tidak melepasi al-quran dan masih berada pada tahap Iqra’. Pihak sekolah
perlu menyediakan intervensi bagi perkara tersebut. Selain itu, terdapat seramai 27
orang murid tahun 5 masih berada pada tahap Iqra’
Tindakan: Cg. Sidek bin Mat Jusoh

4.2 Sijil j-QAF telah diserahkan kepada murid tahun bagi pencapaian tahun lepas.
Tindakan: Cg. Sidek bin Mat Jusoh

5. Perancangan Panitia
5.1 Perkembangan Guru
Untuk makluman semua ahli panitia, setakat ini kita mempunyai 16 orang GPI dan
5 orang GBA untuk menampung keperluan 33 buah kelas perdana, 2 buah kelas
prasekolah dan kelas KPKP.
Tindakan : Makluman

5.2 Papan Maklumat


5.2.1 Pastikan segala maklumat di ruang sudut Panitia dipenuhkan dengan perkara
berkaitan panitia. Teruskan usaha yang telah dijalankan pada tahun lalu.
Tindakan : AJK Panitia Pendidikan Islam

5.3 Kem Bestari Solat (KBS)


5.3.1 Kem Bestari Solat akan dijalankan dua kali dalam setahun. Mengharapkan
perjalanan Kem Bestari Solat pada tahun 2023 berjalan lancar dengan
bantuan dan sokongan daripada ahli-ahli panitia dan guru-guru Sekolah
Kebangsaan Lukut.
Tindakan : Cg. Zainun binti Mohamed

5.4 Kem Celik Jawi (KCJ)


5.4.1 Memaklumkan Kem Cemerlang Jawi akan dilaksanakan 2 kali setahun dan
peruntukan disediakan oleh pihak KPM.
Tindakan : Makluman

6
5.4.2 Semua murid tahun 2 akan menduduki ujian diagnostik KCJ sebelum bulan
Jun bagi mengenalpasti murid yang belum menguasai jawi. Manakala tahap
penguasaan murid-murid yang lain akan dikenalpasti berdasarkan maarkah
pentaksiran akhir tahun 2022.
Tindakan : Cg.Noraniza bt Aziz

5.5 Kem Literasi Al-Quran (KLAQ)


5.5.1 Penyelaras diminta untuk mengenal pasti dan menyenaraikan murid tahap 2
yang masih belum melepasi bacaan Iqra’ 3 untuk diadakan literasi. Diharap
pada tahun 2023, KLAQ dapat dijalankan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
Tindakan : Cg. Suhairah binti Che Hassan
5.5.2 Pengerusi mengingatkan guru-guru supaya meminta murid turus mengajarkan
rakannya yang masih lemah dalam bacaan Iqra’ ataupun al-quran melalui
Program Sinar Pagi sebagai intervensi murid yang masih belum menguasai
bacaan Iqra’3.
Tindakan : Cg. Suhairah binti Che Hassan
5.5.3 Cg. Zainun mencadangkan supaya murid-murid tahun 6 Putra boleh menjadi
pembimbing kepada rakan-rakan mereka yang masih Iqra’. Pelaksanaanya
adalah dengan meminta mereka berada di musolla sekolah pada jam 7.00
pagi- 7.30 pagi bersama guru pendidikan Islam. Ini juga adalah salah satu
intervensi bagi menangani isu murid tahap 2 yang masih membaca Iqra’
Tindakan : AJK Panitia Pendidikan Islam
5.6 Minggu Panitia (Ihya’ Ramadan)
5.6.1 Pengerusi mengharapkan kerjasama daripada semua ahli supaya dapat
memberikan komitmen yang terbaik sepanjang menjayakan Program Ihya’
Ramadan 2023 seperti tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah berkat
kerjasama yang baik, perjalanan program pada tahun 2022 telah berjalan
dengan lancar.
Tindakan : Makluman

5.6.2 Bagi tahun 2022, program Ihya’ Ramadan akan berlangsung selama 15 hari
sahaja iaitu pada 27 Mac sehingga 19 April 2023. Penyelaras diminta untuk
merancang program yang bermanfaat sesuai dengan peruntukan masa yang
ada.
Tindakan : Cg. Siti Asyuura binti Jalaluddin
7
5.7 Penilaian PAFA
5.7.1 Pengerusi akan merujuk semula kepada pegawai PPD PD berkenaan PAFA
berkenaan pelaksaannya di sekolah sama ada masih diteruskan ataupun tiada.
Tindakan : Cg. Sidek bin Mat Jusoh

5.8 Tasmik Al-Quran


5.8.1 Memaklumkan bagi subjek Tasmik Al-Quran penglibatannya oleh semua
guru Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

5.8.2 Guru digalakkan menggunakan modul I-Zaki sebagaimana yang telah


ditaklimatkan sebelum ini.
Tindakan : Semua AJK Panitia Pendidikan Islam

5.8.3 Cg. Norhayati mencadangkan agar panitia membeli buku Iqra’kerana


sekolah kekurangan buku tersebut. Beliau turut mencadagkan agar ia
dibeli menggunakan peruntukan PCG Panitia Pendidikan Islam.
Tindakan: Cg. Sidek bin Mat Jusoh

5.9 Khatam Al-Quran Perdana


5.9.1 Program Khatam al-Quran perdana akan dilaksanakan pada tahun ini
melibatkan murid-murid tahap 2 yang telah mengkhatamkan al-quran.

Tindakan : Cg. Sidek bin Mat Jusoh


5.10 Program bacaan Yasin.
5.10.1 Pengerusi mengingatkan ajk supaya menasihati murid masing-masing
didalam kelas terutama murid tahun 1 tentang adab semasa bacaan yasin
di tapak perhimpunan.
Tindakan : Cg. Sidek bin Mat Jusoh

5.11 Solat Zohor Berjemaah


5.11.1 Pelaksanaan solat Zohor secara berjemaah masih diteruskan pada tahun ini
dengan kerjasama guru KAFA petang dan melibatkan murid KAFA
Tindakan : Cg. Sidek bin Mat Jusoh

8
5.12 Sambutan Isra’ Mikraj
5.12.1 Program ini tidak dilaksanakan pada tahun ini kerana cuti penggal
persekolahan
Tindakan : Makluman

5.13 Sambutan Maal Hijrah


5.14.1 Pengerusi erharap program ini dapat dijalankan mengikut takwim yang
ditetapkan iaitu pada 19 Julai 2023.
Tindakan : Cg. Norhayati binti Harun

5.14 Maulid Nabi


5.14.1 Pengerusi berharap program ini dapat dijalankan mengikut takwim yang
ditetapkan, iaitu pada 28 September 2023.
Tindakan : Cg. Salina binti Sarif

6. Bilik-bilik Khas
6.1 Cg. Siti Asyuura sebagai penyelaras bilik berkenaan memohon agar bersama-sama
menjaga kebersihan dan keceriaan bilik tersebut kerana ia digunakan untuk tujuan
Pdp murid.
Tindakan : Cg. Siti Asyuura bt Jalaluddin

7. Kewangan Panitia
7.1.1 Pengerusi memaklumkan kedudukan kewangan Panitia pendidikan Islam dan
Moral dimana baki PCG pada tahun 2022 adalah sebanyak RM 414.94 dan
peruntukan tahun 2023 adalah sebanyak RM 1070.35.

7.1.2 Pengerusi mengingatkan penyelaras setiap program supaya menyediakan kertas


kerja dan jumlah bajet yang diperlukan dengan kadar segera sebelum program
dijalankan selain mengisi nota minta dan diserahkan kepada pihak kerani pejabat
bagi urusan pengeluaran bajet program.
Tindakan : Penyelaras Program

9
8. Hal-hal Lain
8.1 Pn. Hjh Datin Salmah berharap agar semua guru dapat masuk ke kelas mengikut
jadual yang ditetapkan. Sila maklumkan kepada pasangan mengajar sekiranya tidak
hadir atau tidak dapat masuk ke kelas kerana urusan kecemasan agar murid-murid
tidak berkeliaran di luar kelas.
Tindakan : Makluman

8.2 Cg. Sidek mengingatkan supaya setiap penyelaras program dapat menyiapkan awal
kertas kerja masing-masing dan dihantar kepadanya untuk dibincangkan bersama
pihak pentadbir bagi mendapatkan kelulusan.
Tindakan : AJK Panitia Pendidikan Islam

8.3 Cg. Noraniza meminta GPI tahun 2 agar dapat menghantar al-quran kelas masing-
masing ke surau dan GPI lain boleh mengambil al-quran tersebut di surau bagi
keperluan kelas-kelas lain. Al-Quran kelas tahun 2 akan digantikan dengan yang
baharu. Selain itu, beliau meminta GPI tahun 2 agar dapat menuliskan nama murid
masing-masing pada al-quran baharu tersebut.
Tindakan : AJK Panitia Pendidikan Islam

8.4 Cg. Noraniza memohon bantuan GPI supaya dapat mengumpulkan semula buku
Iqra’ yang berada di kelas dan diletakkan di SPBT, manakala jika terjumpa buku
Penilaian j-QAF bewarna oren, mohon dapat disimpan di bilik j-QAF. Bagi al-
quran yang rosak pula, mohon kumpulkan didalam almari yang berada disusur ke
musolla sekolah untuk tujuan pelupusan sekiranya tidak dapat dibaik pulih.
Tindakan : AJK Panitia Pendidikan Islam

8.4 Cg. Norhayati mencadangkan adar doa waktu pagi diselitkan zikir dan bacaan surah
Toha ayat 1-5.
Tindakan : AJK panitia Pendidikan Islam

9. Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli GPI yang sudi hadir pada
mesyuarat kali ini. Beliau berharap agar perkara yang telah dibincangkan akan mendapat
perhatian semua yang terbabit dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Perjumpaan
diakhiri dengan bacaan doa penutup.

10
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………......... …………………......................
Cg. Siti Asyuura binti Jalaluddin Cg. Sidek bin Mat Jusoh
Setiausaha Panitia Pendidikan Islam Ketua Panitia Pendidikan Islam
SK Lukut SK Lukut

Tarikh: 15 Mac 2023

11

Anda mungkin juga menyukai