Anda di halaman 1dari 3

SILANG KATA

MAAL HIJRAH PPKI SMK PEDAS

MELINTANG

2. Saidina Abu Bakar ra menemani Nabi saw berhijrah lalu singgah di Gua _______
7. Orang – orang Islam yang berpindah dari Makkah ke Madinah dinamakan ________
8. Nabi Muhammad SAW membina Masjid Nabawi sebagai tempat beribadah serta
perjumpaan umat ______________

MENEGAK

1. Hijrah dari segi bahasa ialah ________________


3. Hijrah dari segi istilah ialah perpindahan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berserta
sahabat – sahabat baginda dari Kota Makkah ke _______________
4. Baginda SAW mendirikan masjid yang pertama dalam Islam iaitu Masjid____________
5. Orang – orang Islam yang menerima kedatangan saudara – saudara Islam Makkah
dinamakan ______________
6. Sebelum ke Madinah ada sahabat-sahabat yang berhijrah ke Habsyah dan __________
SILANG KATA
MAAL HIJRAH PPKI SMK PEDAS
Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW

Sebelum ke Madinah ada sahabat-sahabat yang berhijrah ke Habsyah dan Taif. Setelah Allah
mengizinkan Rasulullah saw berhijrah, Rasulullah merancang taktik hijrah dengan menggunakan
segala kemampuan yang ada, pemikiran, kemahuan dan pandangan jauhnya. Inilah sebenarnya yang
menjaminkan pertolongan Allah dan janji-Nya.

Dari segi bahasa : berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat.


Dari segi istilah : perpindahan Rasulullah saw dan orang-orang islam dari Mekah ke Madinah.
Peristiwa hijrah berlaku pada 12 rabi'ul awal selepas 13 tahun nabi Muhammad menjadi rasul.

SEBELUM HIJRAH

1. Kaum Musyrikin Mekah berbincang cara untuk menghalang Rasulullah saw berpindah ke Madinah.

2. Pemuda Musyrikin mengepung rumah Rasulullah saw dan bersiap sedia untuk menyerbu serta
membunuh Baginda saw.

SEMASA HIJRAH

1. Atas bantuan Allah swt, maka Nabi saw pun dapat melepaskan diri daripada kaumnya yang ingin
membunuh Baginda saw.

2.  Saidina Abu Bakar ra menemani Nabi saw berhijrah lalu singgah di Gua Thur. Mereka berada di
sana selama 3 hari 2 malam.

3. Dalam perjalanan ke Madinah, Baginda saw singgah di Quba , berhenti rehat di sana selama 4
hari. Baginda saw sempat mendirikan masjid yang pertama dalam Islam iaitu Masjid Quba.

SELEPAS HIJRAH

1. Mempersaudarakan golongan Muhajirin & Ansar..Orang – orang Islam yang berpindah dari Makkah
ke Madinah dinamakan Muhajirin, sementara orang – orang Islam yang menerima kedatangan
saudara – saudara Islam Makkah dinamakan Ansar.

2. Membina Masjid Nabawi sebagai tempat beribadah serta perjumpaan umat Islam.

3. Membuat perjanjian dengan penduduk Madinah ( termasuk golongan Yahudi ) untuk mengiktiraf
Baginda saw sebagai pemimpin di Madinah.
SILANG KATA
MAAL HIJRAH PPKI SMK PEDAS

Anda mungkin juga menyukai