Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI

JALAN RAJA PEREMPUAN ZAINAB 11


16100 KOTA BHARU
KELANTAN

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN DAN BULAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN


BAHASA ARAB PERINGKAT SEKOLAH
SESI 2023/2024
UNIT : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM


Bulan Ramadhan merupakan bulan rahmat untuk sekalian alam. Bulan yang
penuh dengan keberkatan seperti yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. di dalam
kitab suci Al-Quranul Karim. Bagi merebut fadhilat di bulan yang mulia ini, maka
Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab telah merancang berbagai aktiviti bagi
menghidupkan bulan Ramadhan kali ini. Mengisi sambutan, dengan program
berunsur keagamaan bukan sahaja dapat memantapkan keimanan malah lebih
dari itu memberi peluang setiap umat untuk menyucikan hati dan jiwa dengan
aktiviti yang bermanfaat. Justeru dengan itu menyuburkan bulan Ramadhan di
peringkat sekolah khususnya kepada murid-murid merupakan satu usaha murni
dan langkah terbaik ke arah mencapai cita-cita tersebut.

2. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Dapat melahirkan murid yang beriman.
3.2 Dapat membentuk keperibadian yang luhur dalam diri semua murid.
3.3 Dapat melahirkan generasi yang beriman di masa akan datang.

3. KUMPULAN SASAR
Semua murid SK Panji : 540 orang murid

4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tempat : Dewan Za’aba dan kelas masing-masing
Tarikh / Hari : Sepanjang bulan Ramadhan 2023
5. BUTIRAN AKTIVITI :
5.1. Tadarus bacaan Al-Quran (Juzu’ Amma) di kalangan murid-murid
Tahap 2 di bawah penyeliaan guru
-Dilaksanakan pada waktu rehat setiap hari sepanjang bulan
Ramadhan
-Bertempat di Dewan Zaaba

5.2. Bacaan Surah-Surah Pendek di kalangan murid-murid Tahap 1


(Surah Al-Fatihah, Surah An-Nas, Surah Al- Falaq, Surah Al Ikhlas dan
bacaan dalam solat.
-Dilaksanakan pada waktu rehat setiap hari sepanjang bulan
Ramadhan
-Bertempat di Dewan Zaaba

5.3. Pertandingan Hafazan:


-Hafazan Tahap 2 (Surah An-Nas hingga Surah Ad-Dhuha)
-Bacaan dan hafazan Tahap 1 (Surah Al-Fatihah, Surah An-Nas,
Surah Al- Falaq, Surah Al- Ikhlas, Surah Al-Asr dan Surah Al-Kafirun -
mengikut sukatan buku teks)

5.4. Pertandingan Mewarna ( Tahap 1)


- Dilaksanakan pada minggu ketiga bulan Ramadhan
5.5. Kuiz Ramadhan ( Tahap 2)
- Dilaksanakan pada minggu ketiga bulan Ramadhan
5.6. Tabung Infaq Ramadhan
-Murid-murid diajar untuk bersedekah sempena bulan Ramadhan yang
penuh kemuliaan ini bagi mendapat ganjaran yang berlipat ganda di
sisi Allah.
-Sasaran : guru dan murid SK Panji

6. Penilaian Aktiviti/Program

6.1 Kekuatan Program :

i. Sokongan semua pentadbir dalam melaksanakan program.


ii. Kerjasama daripada semua guru dalam melaksanakan aktiviti yang
dijalankan.
iii. Murid2 begitu bersemanagat untuk menjayakan aktiviti.

6.2 Kelemahan Program :

i. Kekurangan budget untuk melaksanakan aktiviti yang lebih besar.


6.3 Cadangan Penambahbaikan : Kaedah pembahagian sijil dimasukkan ke
dalam fail murid supaya tidak rosak atau hilang.

6. Dokumentasi/ Lampiran : Gambar-gambar pelaksanaan aktiviti.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

…………………………… ……………………………….
( ASIAH BINTI YUSOFF) (EN.MOHD RIDZUAN BIN
S/U Program Ihya. Ramadhan Penolong Kanan HEM, SK Panji
Tarikh : Tarikh :

Disahkan Oleh :

…………………………………….( YM TUAN ISMAIL BIN TUAN IBRAHIM)


Guru Besar, SK Panji
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai