Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM IHYA RAMADHAN SK PULAU TUBA

2021M / 1441H

1. PENGENALAN

Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi
menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Justeru itu,
program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan
Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah,
serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan . Oleh
itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini
khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid
dan warga sekolah.

2. MATLAMAT
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar
penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti
warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

3. OBJEKTIF
3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti,
berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.

3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam
bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang
dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di
kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk
mereka yang kurang bernasib baik.

3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam
menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang
Ramadhan.

3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga sekolah
dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa murid.
4. SASARAN

4.1. Murid - murid SK Pulau Tuba

4.2. Guru dan staf sokongan

5. TEMPAT

SK. PULAU TUBA, LANGKAWI

6. CADANGAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

6.1. Aktivit & Pengisian

a. Ceramah Ambang Ramadhan


b. Tadarus Quran - Murid dan guru-guru serta staf sokongan (2 kali/seminggu
sepanjang bulan Ramadhan)
c. Menyediakan Risalah/info berkaitan bulan Ramadhan (sekali/seminggu)
disudut info setiap bilik darjah.
d. Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid (Setiap pagi).
e. Tazkirah Ramadhan (5 Minit semasa Perhimpunan Pagi Sekolah)
f. Kutipan sedekah - galakan bersedekah 10 sen setiap hari (Tabung Infa’
Ramadhan)
g. Pertandingan-pertandingan seperti : kuiz, hafazan, khat, azan, tulisan Khat ,
mewarna dan lain-lain yang berasaskan Ihya' Ramadhan dan Aidil Fitri
h. Majlis Ramah Aidil Fitri & penyampaian wang zakat kepada golongan asnaf
(murid yang pakir miskin)
7. KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN

1. PROGRAM – CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN

Tarikh : 11 APRIL 2021

Tempat : DATARAN SK PULAU TUBA, LANGKAWI

Tempoh Masa : 30 minit

Sasaran : Seluruh warga sekolah

Objektif :

1. Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang


penuh berkat dan menambat jiwa raga warga sekolah rasa seronok untuk
beramal ibadat sepanjang Ramadhan.
2. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan tentang bulan
Ramadhan dan amalan yang wajar digarap untuk mencapai maqam muttaqin.
3. Menghebahkan program yang dirancang sepanjang
Ramadhan untuk makluman semua warga sekolah.

Kaedah Pelaksanaan :
a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi
Sekolah
b. Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besar
c. Ceramah Di ambang Ramadhan.

2. TADARUS QURAN MURID DAN GURU-GURU SERTA STAF SOKONGAN


Tarikh : Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadhan

Tempat : Surau SK Pulau Tuba, Langkawi

Masa : 10.30 – 11.00 ( Waktu Rehat )

Objektif :
1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.
2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan warga pendidik dan staf dengan
dibimbing oleh seorang fasilitator atau qari.
3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk
diamalkan dalam kehidupan.
Kaedah Pelaksanaan :
a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau/ kelas dalam keadaan berwuduk
b. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh
urusetia.
c. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan.
Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru

8. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran 1

9. TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran 3

11. PENUTUP
Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan
akhirat serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai
panduan hidup untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan berpuasa dan
berzakat serta bersedekah akan dapat melatih pelajar membantu rakan mereka yang
kurang bernasib baik.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH ,

---------------------------------- -------------------------------------
(Mohd Naim Bin Yaakob) ( )
Ketua Panitia pendidikan Islam PK Kurikulum SK Pulau Tuba

DISAHKAN OLEH,

----------------------------------------------

( )
Guru Besar, SK Pulau Tuba

Lampiran 2
PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN

BIL . AKTIVITI TARIKH

1. Ceramah Di ambang Bulan Ramadhan 11/04/2021


Sepanjang
2. Tadarus Al-Quran / Mengaji Iqra’ ( Waktu Rehat ) Ramadhan
Tazkirah 5 minit (Disampaikan oleh pengawas yang dipilih) Sepanjang
3. Ramadhan
Sepanjang
4. Tabung Infaq Ramadhan (Sedekah 10 SEN SEHARI ) Ramadhan

5. Pertandingan Mewarna Poster Bulan Ramadhan/ Aidil Fitri

6. Risalah/ Info Ramadhan 1/seminggu

7. Majlis Khatam Al-Quran

Penyampaian Sumbangan wang zakat kepada murid pakir


miskin Majlis Ramah
8.
Tamah Aidilfitri
- Salam Raya

Anda mungkin juga menyukai