Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN LABIS

JKR 147, JALAN YONG PENG,


85300, LABIS, JOHOR.

KERTAS KERJA
IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT SEKOLAH
SK LABIS SEGAMAT
TAHUN 2022/2023

ANJURAN
UNIT KURIKULUM SK LABIS
PANDUAN PROGRAM IHYA RAMADHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN LABIS
2023

1. PENGENALAN

Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi
menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan
sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan
seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan
al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan
Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan
sahsiah pelajar dan warga sekolah.

2. MATLAMAT
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar
penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti
warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

3. OBJEKTIF
3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti,
berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.
3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam
bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang
dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di
kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk
mereka yang kurang bernasib baik.
3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam
menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang
Ramadhan.
3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga sekolah dengan
masyarakat setempat dan para ibu bapa pelajar.

4. SASARAN

4.1. Murid-murid
4.2. Guru dan staf sokongan
4.3. Ibu Bapa

5. TEMPAT

Premis sekolah dan kawasan sekitar

6. CADANGAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

2
6.1. Aktiviti Utama

a. Program Di Ambang Ramadhan


b. Tadarus Quran Pelajar dan guru-guru serta staf sokongan ( Sepanjang Bulan
Ramadhan)
c. Majlis Khatam Al-Quran
d. Bakul Ramadhan
e. Iftar Jamaie
f. Banner ( Labbaika Ya Ramadhan )
g. Quranoke

7. JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM PERDANA IHYA RAMADHAN

7.1. Jawatankuasa Induk

Pengerusi
Pengetua / Guru Besar : SYAKIRIN BIN SAULANI
Timbalan Pengerusi
Penolong Kanan Pentadbiran : BAHARUDDIN BIN ABU BAKAR
Naib Pengerusi 1
Penolong Kanan HEM : NORYATIMAH BINTI ISMAIL
Naib Pengerusi 11
Penolong Kanan Ko-Kurikulum : MOHD NAJIF BIN RAMLAN

Setiausaha
Setiausaha MAKDIS
Penolong Setiausaha
Guru Pendidikan Islam

7.2 Ahli Jawatankuasa


a. JK Urusetia
b. JK Protokol dan Sambutan
c. JK Tadarus al-Quran
d. JK Majlis Khatam al-Quran
e. JK Majlis Qiamulail
f. JK Solat Tarawih
g. JK Ceramah Perdana
h. JK Rakaman & Dokumentasi
i. JK Pengacaraan dan Bacaan Doa
j. JK Persiapan Dewan dan Khemah
k. JK Hiasan Pentas
l. JK Keselamatan dan Kebajikan
m. JK Seranta dan Siaraya
n. JK Jamuan
o. JK Hadiah dan Cenderamata
p. JK Cenderahati
q. JK Risalah dan Brosur
3
r. JK Pertandingan
s. JK Penyambut Tetamu
t. JK Tugas-Tugas Khas

8. FAEDAH-FAEDAH YANG DIJANGKA DIPEROLEHI

8.1 Dapat menjana kemesraan dan semangat ukhuwah yang mantap antara warga
sekolah.
8.2 Dapat menerapkan cinta kepada sumber ilmu dan menghayati kepentingan
beramal dengan ajaran Islam khususnya di sepanjang Ramadhan.
8.3 Melahirkan rasa simpati dan prihatin di antara warga sekolah kepada orang yang
kurang bernasib baik dan yang memerlukan pertolongan.
8.4 Mendapat pengetahuan dan pengalaman secara langsung dari ilmuan dalam slot
raudhatul ilmi seketika bersama ilmuan.
8.5 Mewujudkan kembali budaya bergotong royong mengendalikan majlis antara
warga sekolah.

8. KELULUSAN

Disediakan oleh; Disemak oleh;

..................................... …………………………..
(Nur Atieqah Binti Mohamed
(Baharuddin bin Abu Bakar)
Noor)
Setiausaha GPK Kurikulum
SK Labis

4
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Program Ihya’ Ramadhan


SK Labis 2022/2023

Tidak Meluluskan Program Ihya’ Ramadhan SK Labis


2022/2023

Ulasan :

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

…………………………………….
SYAKIRIN BIN SAULANI
Guru Besar
SK Labis

Tarikh : ………………………………….

5
Lampiran 1

KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN

1. Program Di Ambang Ramadhan

Tarikh :

Tempat :
Dataran Kejat

Tempoh Masa :
30 minit – 1 jam

Sasaran:
Seluruh warga sekolah

Objektif :
1. Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang penuh berkat dan menambat
jiwa raga warga sekolah rasa seronok untuk beramal ibadat sepanjang Ramadhan.

2. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan bulan Ramadhan dan amalan
yang wajar digarap untuk mencapai maqam muttaqin.

3. Menghebahkan program yang dirancang sepanjang Ramadhan untuk makluman semua


warga sekolah.

Kaedah Pelaksanaan :
a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah
b. Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besar
c. Makluman / hebahan berkaitan aktiviti sepanjang Ramadhan.

2. Tadarrus Al-Quran Guru dan Staf

Tarikh :
Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadhan

Tempat :
Ruangan kerja masing-masing

Masa :
Bergantung kepada kumpulan Tadarus

Objektif :
1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.
2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan warga pendidik dan staf dengan dibimbing
oleh seorang fasilitator atau qari.

6
3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk diamalkan
dalam kehidupan.
Kaedah Pelaksanaan :

a. Guru dan staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urusetia.
b. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan
c. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator
d. Selesai tadarrus semua warga pendidik dan staf disarankan solat berjemaah bersama
pelajar di Surau.

3. Tadarrus Al-Quran Pelajar

Tarikh :
Setiap hari persekolahan dalam bulan Ramadhan

Tempat :
Kelas masing-masing

Masa :
9.30-10.00

Sasaran:
Pelajar yang telah membaca al-Quran

Objektif :
1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.
2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan pelajar dengan dibimbing oleh seorang
fasilitator atau guru
3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk diamalkan
dalam kehidupan.

Kaedah Pelaksanaan :
a. Semua pelajar diarah berkumpul di kelas dalam keadaan berwuduk
b. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urusetia.
c. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan.
d. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru.

4. Majlis Khatam Al-Quran

Tarikh :

Tempat :
SK LABIS

Masa :
7.30-9.00 pagi

Sasaran :
Seluruh warga sekolah

7
Objektif :
1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran khususnya di
bulan Ramadhan.
2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan al-Quran.
3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah saw.

Kaedah Pelaksanaan :
a. Pilih pelajar mengikut kelas sebagai peserta Khatam al-Quran.
b. Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih di kalangan pelajar yang lancar bacaan al-
Quran.
c. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di Kelas masing-masing.
d. Peserta Khatam al-Quran diarak dengan diiringi oleh bunga manggar, bunga telur ke
Bilik GPK.
e. Majlis dipimpin oleh seorang khalifah atau guru pembimbing dan diikuti oleh semua
peserta khatam al-Quran sehingga selesai.
f. Majlis diakhiri dengan bacaan doa khatam dan selawat beramai-ramai dan bunga telur
dan bunga rampai diedarkan kepada semua hadirin.
g. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.

6 . Program Bakul Ramadhan

Tarikh :
Sepanjang Ramadhan

Tempat :
Persekitaran Sekolah

Masa :
Tiada penetapan masa

Sasaran:
Seluruh warga sekolah

Objektif :
1. Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan
warga sekolah turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang
bernasib baik.

Kaedah Pelaksanaan :
a. Pelancaran tabung dilancarkan oleh Pengetua / Guru Besar pada hari pertama
persekolahan di bulan Ramadhan.
b. Kempen mengisi tabung setiap hari melalui kelas semasa Tadaruss berjalan.
c. JK Tabung berusaha mendapatkan sumbangan dari individu atau syarikat.
d. JK Tabung mendapatkan senarai pelajar miskin dari setiap guru kelas.
e. Penyampaian sumbangan dilaksanakan pada hari Perutusan Aidil Fitri oleh Pengetua /
Guru Besar.

8
7 . Iftar Jamaie

Tarikh :

Tempat :

Masa :

Sasaran:
Guru dan Staf Sokongan

Objektif :
1. Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti,
berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.
2. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan
Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam
mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

Kaedah Pelaksanaan :
a. Semua guru dan staf sokongan dan tetamu berkumpul di dewan makan / tempat majlis.
b. Tazkirah / ceramah mengenai fadhilat Ramadhan oleh seorang guru Pendidikan Islam /
penceramah jemputan.
c. Membaca doa berbuka.
d. Berbuka puasa.
e. Warga sekolah dan tetamu bergerak ke surau untuk solat Maghrib.

8. Banner / Seranta

Tarikh :
Akhir Syaaban

Tempat:
Pintu utama Sekolah

Masa :
Sepanjang Ramadhan.

Objektif :
1. Untuk menyemarakkan bulan keberkatan melalui slogan yang menarik.

Kaedah Pelaksanaan :
a. JK Banner memilih cogankata atau slogan yang menarik untuk diletak dalam kain
banner.
b. Letakkan banner dilokasi yang strategik dan dapat dibaca oleh semua warga
sekolah.

9
c. Layout banner berasaskan kreativiti pihak sekolah dan sesuai dengan suasana
Ramadhan.

9. Majlis Perutusan Aidil Fitri Oleh Pengetua / Guru Besar

Tarikh :

Tempat :
Dewan Besar Sekolah

Tempoh Masa :
1 jam

Sasaran:
Seluruh warga sekolah

Objektif :
1. Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan ibadat sepanjang
Ramadhan.
2. Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam.
3. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari bulan syawal.

Kaedah Pelaksanaan :
a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah.
b. Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besar.
c. Penyampaian Sumbangan Tabung kepada pelajar yang kurang bernasib baik.
d. Tayang Multimedia rakaman aktiviti sepanjang Ramadhan.

10

Anda mungkin juga menyukai