Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM IMARAH SURAU 2023

SK RPS BANUN
GERIK, PERAK

KERTAS KERJA

PROGRAM IMARAH
SURAU
SK RPS BANUN

Tarikh ;-

10 NOVEMBER 2023

Anjuran / Kelolaan :-

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

PENGESAHAN GURU BESAR


ULASAN TANDATANGAN

1
PROGRAM IMARAH SURAU 2023

KERTAS KERJA
PROGRAM IMARAH SURAU AL-AMEEN
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PETALING TAHUN 2019

1.0 MUQADDIMAH

Surau merupakan rumah Allah yang paling penting bagi semua umat Islam. Surau
menjadi nadi utama bagi program-program keagamanaan yang dilaksanakan di sekolah seperti
Sambutan Maal Hijrah , Program Maulidur Rasul , Sambutan Peristiwa Isra’ Mikraj , Program
Solat Hajat dan sebagainya

Surau yang selesa adalah penting untuk mencapai objektif – objektif program yang
dijalankan di surau. Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Islam SK RPS Banun berusaha
untuk menaik taraf surau Sekolah Kebangsaan RPS Banun bagi tahun 2023 agar surau sekolah
menjadi salah satu tempat yang selesa dan bermanfaat kepada murid dan warga sekolah.
Pada tahun ini, julung kalinya, Panitia Pendidikan Islam mengadakan Program Imarah
Surau untuk mengaktifkan murid dengan program keagamaan dan aktitiviti berkaitan
pembelajaran mereka. Pelbagai aktiviti dicadangkan untuk dilaksanakan untuk memupuk
sikap dan akhlak muslim dalam diri murid di samping membentuk murid berperibadi
sepertimana yang diajar oleh Islam.

2.0 OBJEKTIF
Program ini dijalankan untuk :
2.1 Menjadi medan dakwah kepada warga Muslim SK RPS Banun.
2.2 Mendidik murid khususnya untuk menghidupkan rumah Allah dengan pelbagai aktiviti
keagamaa.
2.3 Memupuk semangat memuliakan rumah Allah di kalangan murid

2
PROGRAM IMARAH SURAU 2023

3.0 TEMA
“SURAU SEKOLAHKU ADALAH SYURGAKU ”.
4. VISI & MISI SURAU
Visi: Pusat ilmu membina modal insan berkualiti serta cemerlang dunia dan akhirat
Misi: Memaksimakan fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran secara syumul
untuk membangunkan potensi individu dan kelompok ke arah membentuk peribadi murid
Muslim yang unggul mengikut al-Quran dan as-Sunnah.

5.0 JAWATANKUASA PROGRAM IMARAH SURAU


Pengerusi : En. Shamsukamal bin Anifar ( Guru Besar )
Timb. Pengerusi : Pn. Halimatun Sa’diah bt Bakar (Pen. Kanan HEM)
En. Nezir Khan bin Repikh Ali (Pen. Kanan Tadbir & Kurikulum)
Pn. Nor Akhirah bt Awang Kechik (Pen. Kanan Kokurikulum)
Pn. Syahida bt Mohamed Mokhtar (Pen. Kanan PPKI)
Ketua Panitia : En Sirajuddin Bin Mokhtar
Penyelaras : En. Nailan b Rosli
Setiausaha : Pn. Nurul Husna binti Abdullah
AJK : Semua Ajk Panitia Pendidikan Islam
1. En Muhamad Azlan B Md Ghazali
2. En Abd Samad b Abdol Aziz
3. En Naim B Hussin Lee
4. Pn Noor Shafawati bt Wahab
5. Noor Azilawati bt Mohamad nor
6. Pn Norlita bt Khamis
7. Pn. Siti Azwina Bt Md Zainudin
8. Pn Nurhanani Bt Ghazali
9. Pn Sawani Bt Abd Wahab
10. Pn. Siti Aisyah Bt Mohamad
11. Pn Nurul Ashikin bt Shaari
12. Pn. Norhazwani binti Rahim
13. Pn Nuraini bt Baharom
3
PROGRAM IMARAH SURAU 2023

6.0 AKTIVITI IMARAH SURAU

1. Pembelajaran al-Quran dan Iqra’


Proses pembelajaran bilik darjah bagi bidang al-Quran menjadikan surau sebagai tempat untuk
murid membaca al-Quran dan Iqra’ bersama guru yang ditetapkan. Begitu juga pembelajaran
Pendidikan Islam bagi sesetengah bidang seperti bidang al-Quran atau bidang lain.

2. Program Kem Bestari Solat dan Kem Cemerlang Jawi


Program wajib yang melibatkan semua murid iaitu Kem Bestari Solat (KBS) dan Kem
Cemerlang Jawi (KCJ) yang melibatkan murid terpilih turut menggunakan surau sebagai
tempat untuk menjalankan aktiviti.

3. Mendirikan Solat Sunat Dhuha


Surau turut dijadikan tempat kepada warga SK Desa Petaling yang ingin mengisi masa terluang
dengan mendirikan Solat Sunat Dhuha. Selain itu, murid juga diajar dan digalakkan untuk
medirikan Solat Sunat Dhuha pada waktu rehat.

4. Menunaikan Solat Fardhu Zohor berjemaah


Murid dan guru juga digalakkan untuk menunaikan solat Fardhu Zohor berjemaah jika ada
aktiviti selepas sekolah atau sebelum pulang ke rumah.

5. Aktiviti Majlis Tilawah al-Quran peringkat sekolah


Majlis Tilawah al-Quran merupakan aktiviti wajib tahunan di bawah panitia Pendidikan Islam.
Pelbagai pertandingan dijalankan seperti pertandingan tilawah al-Quran, hafazan, azan, nasyid
dan bercerita qisah dari al-Quran. Surau menjadi salah satu tempat murid membuat persediaan
dan tempat pertandingan.

6. Sedeqah Hari Jumaat


Keceriaan surau merupakan salah satu aktiviti untuk mengimarah surau. Oleh yang demikian,
bagi mengumpul dana untuk disumbang kepada aktiviti dan keceriaan surau, panitian
Pendidikan Islam menganjurkan Kempen Jom Bersedeqah di kalangan murid dan warga SK

4
PROGRAM IMARAH SURAU 2023

RPS Banun. Sumbangan ini diperlukan untuk membaik pulih kelengkapan di dalam surau di
samping untuk menceriakan surau.

7. Tahlil setiap Hari Jumaat


Tahlil dijalankan bersama warga SK RPS Banun sebulan sekali pada hari Jumaat. Majlis tahlil ini
dilaksanakan bersama kutipan sumbangan tahlil dari ibu bapa atau guru yang ingin meniatkan
tahlil kepada ahli keluarga mereka. Duit sumbangan ini juga dimasukkan ke dalam tabung
surau.

8. Bacaan Yasin dan Solat Hajat


Setiap tahun akan diadakan majlis bacaan Yasin dana solat bagi mendoakan kejayaan murid-
murid. Surau dijadikan tempat untuk menjalankan program ini.

7.0 GAMBAR PROGRAM IMARAH SURAU


Lampiran 2

8.0 PENUTUP

Akhir kalam, adalah diharapkan agar Program Imarah surau ini berupaya mencapai objektif
yang telah digariskan demi mng unggul.
Sekian , Wassalam .

9.0 ULASAN & KELULUSAN OLEH GURU BESAR


5
PROGRAM IMARAH SURAU 2023

……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………….

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

_____________________
(Nurul Husna binti Abdullah)
Setiausaha

Anda mungkin juga menyukai