TARIKH:
16 JULAI 2023 (AHAD)
TEMA:
‘PENGHIJRAHAN PEMANGKIN KEMAKMURAN’
TEMPAT:
SURAU AL-MUQARRABIN
ANJURAN :
MAJLIS PERWAKILAN ASRAMA
SM IMTIAZ YT SETIU
1. PENGENALAN
Sempena kedatangan 1 Muharram 1445H, Majlis Perwakilan Asrama akan
menganjurkan Program Liqa’ Ilmu Sempena Awal Muharram. Majlis ini diadakan untuk
meraikan peristiwa penting di dalam kalendar Islam iaitu bulan pertama dan penuh sejarah
dalam sejarah umat Islam.
Adalah diharapkan dengan terlaksanannya majlis yang seumpama ini akan dapat membentuk
sikap murid yang positif dalam menghayati perjuangan dan sejarah hidup umat Islam
terdahulu khususnya para pejuang yang menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Ini kerana
salah satu punca keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada masa sekarang ialah kerana
tidak menghayati ajaran Islam dengan sepenuhnya sebagaimana yang telah disampaikan oleh
Junjungan Besar serta tidak mengambil berat tentang sejarah perjuangan umat Islam
terdahulu.
Umat Islam khususnya generasi muda lebih cenderung dengan cara hidup barat dan
bertentangan dengan Islam seperti hendonisme yang akhirnya akan meletakkan umat Islam
dalam lemah jiwa dan mudah untuk dipengaruhi. Inilah punca utama mengapa umat Islam
diseluruh dunia diserang dengan serangan pemikiran dan peperangan.
2. OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan pengetahuan pelajar asrama tentang sejarah dan budaya umat
Islam di seluruh dunia.
2.3 Memupuk perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati Rasulullah
SAW sepanjang masa.
2.4 Mengubah sikap pelajar dalam membentuk pelajar supaya berpegang teguh
kepada ajaran Islam yang sebenar
3. RASIONAL
Majlis ini dirancang untuk mengingati peristiwa penetapan kalendar dalam Islam
supaya pelajar asrama dapat mengingati serta mengambil pengajaran daripada
peristiwa tersebut dan sentiasa berwaspada dalam kehidupan seharian.
4. NAMA PROGRAM
Program Liqa’ Ilmu Sempena Awal Muharram
5. TEMA PROGRAM
‘Penghijrahan Pemangkin Kemakmuran’
6. BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 16 Julai 2023 (Ahad)
Tempat : Surau Al-Muqarrabin, SM Imtiaz YT Setiu.
Sasaran : Semua pelajar asrama (Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5).
9. JAWATANKUASA INDUK
Penaung
Puan Marhaini Binti Sulaiman
Penasihat
Puan Nur Haafiza binti Mohd Yusoff
Timbalan Penasihat
Puan Nurul Salehah binti Abdul Wahab
En. Wan Aswadi bin Wan Ahmed
En. Ismail bin Ibrahim
Pengarah Program
Muhamad Luqman Bin Mat Salleh
Di harap pelaksanaan program ini dapat menambahkan lagi ilmu, keimanan dan ketakwaan
dalam diri kepada semua yang terlibat terutama pelajar-pelajar asrama yang akan didedahkan
dengan peristiwa-peristiwa penting dalam sirah Nabawiah.
Disediakan oleh :
........................................................
(MUHAMAD LUQMAN BIN MAT SALLEH)
Warden Asrama,
Program Liqa’ Ilmu Sempena Awal Muharram,
Sekolah Menengah Imtiaz YT Setiu
Disemak oleh :
................................................................
(NUR HAAFIZA BINTI MOHD YUSOFF )
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Menengah Imtiaz YT Setiu
Diluluskan oleh :
.......................................................
(PUAN MARHAINI BINTI SULAIMAN)
Pengetua,
Sekolah Menengah Imtiaz YT Setiu