Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM LIQA’ ILMU SEMPENA


AWAL MUHARRAM
2023

TARIKH:
16 JULAI 2023 (AHAD)

TEMA:
‘PENGHIJRAHAN PEMANGKIN KEMAKMURAN’

TEMPAT:
SURAU AL-MUQARRABIN

ANJURAN :
MAJLIS PERWAKILAN ASRAMA
SM IMTIAZ YT SETIU
1. PENGENALAN

Sempena kedatangan 1 Muharram 1445H, Majlis Perwakilan Asrama akan menganjurkan


Program Liqa’ Ilmu Sempena Awal Muharram. Majlis ini diadakan untuk meraikan peristiwa
penting di dalam kalendar Islam iaitu bulan pertama dan penuh sejarah dalam sejarah umat
Islam.

Adalah diharapkan dengan terlaksanannya majlis yang seumpama ini akan dapat membentuk
sikap murid yang positif dalam menghayati perjuangan dan sejarah hidup umat Islam terdahulu
khususnya para pejuang yang menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Ini kerana salah satu
punca keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada masa sekarang ialah kerana tidak
menghayati ajaran Islam dengan sepenuhnya sebagaimana yang telah disampaikan oleh
Junjungan Besar serta tidak mengambil berat tentang sejarah perjuangan umat Islam terdahulu.

Umat Islam khususnya generasi muda lebih cenderung dengan cara hidup barat dan
bertentangan dengan Islam seperti hendonisme yang akhirnya akan meletakkan umat Islam
dalam lemah jiwa dan mudah untuk dipengaruhi. Inilah punca utama mengapa umat Islam
diseluruh dunia diserang dengan serangan pemikiran dan peperangan.

2. OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan pengetahuan pelajar asrama tentang sejarah dan budaya umat
Islam di seluruh dunia.

2.2 Memberi iktibar dan pengajaran daripada hijrah Rasulullah SAW.

2.3 Memupuk perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati Rasulullah SAW
sepanjang masa.

2.4 Mengubah sikap pelajar dalam membentuk pelajar supaya berpegang teguh
kepada ajaran Islam yang sebenar
3. RASIONAL

Majlis ini dirancang untuk mengingati peristiwa penetapan kalendar dalam Islam
supaya pelajar asrama dapat mengingati serta mengambil pengajaran daripada peristiwa
tersebut dan sentiasa berwaspada dalam kehidupan seharian.

4. NAMA PROGRAM
Program Liqa’ Ilmu Sempena Awal Muharram

5. TEMA PROGRAM
‘Penghijrahan Pemangkin Kemakmuran’

6. BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 16 Julai 2023 (Ahad)
Tempat : Surau Al-Muqarrabin, SM Imtiaz YT Setiu.
Sasaran : Semua pelajar asrama (Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5).

7. SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN


7.1 Sumber Kewangan:
Bantuan Ko Kurikulum Asrama (BKKA)

7.2 Anggaran Perbelanjaan:

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1 Bayaran penceramah RM 300 x 1 orang RM 300.00

JUMLAH RM 300.00
8. TENTATIF PROGRAM
7.25 malam : Solat Maghrib

7.45 malam : Kuliah Maghrib

9.15 malam : Ceramah selesai, solat & makan malam

9. JAWATANKUASA INDUK

Ahli Jawatankuasa Program Liqa’ Ilmu Sempena Awal Muharram

Penaung
Puan Marhaini Binti Sulaiman

Penasihat
Puan Nur Haafiza binti Mohd Yusoff

Timbalan Penasihat
Puan Nurul Salehah binti Abdul Wahab
En. Wan Aswadi bin Wan Ahmed
En. Ismail bin Ibrahim

Pengarah Program
Muhamad Luqman Bin Mat Salleh

Unit Protokol & Pengisian


Saiful Azmi Bin Mat Jusoh
Muhammad Faiq Bin Mazlan

Unit Persiapan Tempat


Muhammad Abdul Baasit Bin Ramli

Unit Banner & Dokumentasi


Muhamad Shahril Ashraf Bin Ibrahim
10. PENUTUP

Di harap pelaksanaan program ini dapat menambahkan lagi ilmu, keimanan dan ketakwaan
dalam diri kepada semua yang terlibat terutama pelajar-pelajar asrama yang akan didedahkan
dengan peristiwa-peristiwa penting dalam sirah Nabawiah.

Disediakan oleh :

........................................................
(MUHAMAD LUQMAN BIN MAT SALLEH)
Warden Asrama,
Program Liqa’ Ilmu Sempena Awal Muharram,
Sekolah Menengah Imtiaz YT Setiu

Disemak oleh :

................................................................
(NUR HAAFIZA BINTI MOHD YUSOFF )
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Menengah Imtiaz YT Setiu

Diluluskan oleh :

.......................................................
(PUAN MARHAINI BINTI SULAIMAN)
Pengetua,
Sekolah Menengah Imtiaz YT Setiu

Anda mungkin juga menyukai