Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM TASIK UTAMA

LAPORAN

PROGRAM
SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL

PERINGKAT SEKOLAH
SRA JAIM TASIK UTAMA
TAHUN 2023

DI SEDIAKAN OLEH :

AJK Bulan Islam


SRA JAIM TASIK UTAMA
KERTAS KERJA
PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM TASIK UTAMA
TAHUN 2023

1. PENDAHULUAN
Bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, pihak sekolah
telah berusaha untuk mengadakan aktiviti serta program bagi mengenang dan memuliakan
junjungan besar ini. Sambutan maulidur Rasul di peringkat sekolah ini merupakan kesan
daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah saw. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin
mencontohi baginda dan berbangga menjadi umat baginda, Sebagaimana Allah bangga
terhadap baginda dengan memuji baginda didalam Al-Quran: “Sesungguhnya engkau (Wahai
Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia”. (al-Qalam:4)

Majlis sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang
diadakan di peringkat sekolah. Pada tahun ini, beberapa aktiviti sederhana telah dirancang,
yang akan melibatkan semua guru dan pelajar sekolah. Pelaksanaan majlis ini bertujuan
untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw disamping menghayati sirah hidup
baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi
akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah saw. Disamping itu perasaan
cinta dan kasih akan timbul terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW.

2. MATLAMAT

 Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan
setiap tahun demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad saw dengan
mengikuti agama dan cara hidupnya, mengamalkan sunnahnya, mematuhi perkataan
dan perbuatan baginda dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan
menjauhi larangannya.
3. OBJEKTIF PROGRAM

 Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah SWT disamping memperingati


perjuangan suci junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama
Islam.
 Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad SAW dan mengamalkan sunnah yang
dibawa Baginda.
 Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad SAW.
 Menimbulkan semangat, jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan tinggi
dikalangan murid-murid.

4. TARIKH, TEMPAT, MASA.

 Tarikh : 11 Oktober 2022 (Rabu)


 Tempat : SRA JAIM Tasik Utama
 Masa : 3.00 – 5.30 petang

5. SASARAN

 Semua warga SRA JAIM Tasik Utama


 16 orang guru, semua pelajar tahap 1 dan tahap 2.

6. ANJURAN

 AJK Bulan Islam SRA JAIM Tasik Utama

7. PROGRAM YANG DIJALANKAN

 Program Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah


8. JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Pn. Kamariah Bt Hj Ismail (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Muzani Ashraf Bin Mustapah (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi (1) : Pn. Rosni Binti Mohd Deni (GPK 1)
Naib Pengerusi (2) : Pn. Aldilla Bt Ishak (GPK HEM)
Guru Bulan Hijrah : Zahidah Binti Zaharullah

9. JAWATANKUASA KERJA

BIL TUGASAN / BIDANG TUGAS NAMA

1. Siaraya / gambar Norlizah Binti Karim

2. Ketua Alunan Selawat Muhammad Amir Zharfan Bin Azmani

3. Penyediaan kain sepanduk Noor Effalizzar Binti Ibrahim

4. Pengacara Program Muzani Ashraf Bin Mustapah


4. Pengawalan pelajar Semua Guru

10. CADANGAN TENTATIF PROGRAM


3.00 petang : - Loceng dibunyikan
- Semua warga sekolah bersedia tapak perhimpunan
- Perarakan bemula
- Alunan Selawat diketuai oleh Ustaz Amir
4.30 petang : - Rehat
5.00 petang : - Keputusan Pertandingan Reka Sepanduk Maulidur rasul
- Selawat ke atas Nabi Muhammad saw
5.30 petang : - Bersurai
11. IMPLIKASI KEWANGAN

Kain Sepanduk RM 7 x 12 Kelas RM 84.00


Tempat Pertama RM 3 x 35 orang pelajar RM 105.00
Tempat Kedua RM 2 x 35 orang pelajar RM 70.00
Tempat Ketiga RM 1 x 35 orang pelajar RM 35.00
Jumlah RM 294.00

12. LAPORAN PROGRAM


Program ini dimulakan dengan bunyian loceng pada jam 2.30 petang untuk makluman
kepada pelajar berkumpul didalam kelas untuk mengambil kedatangan. Pada jam 3.00
petang pelajar bekumpul di tapak perhimpunan dan mula untuk berarak. Pada jam
4.30 petang murid rehat seperti biasa. Pada jam 5.00 petang pengumuman bagi kelas
yang memenangi reka sepanduk maulidur rasul. Pelajar berselawat bersama-sama
selepas itu. Program ini telah dipantau oleh Pn Kamariah Binti Ismail selaku Guru
Besar SRA JAIM Taman Tasik Utama sepanjang program dijalankan. Program telah
berakhir pada jam 5.30 petang.

13. HARAPAN

Semoga dengan terlaksananya majlis seperti ini akan dapat menambahkan cinta
kepada baginda Nabi saw dikalangan murid-murid seterusnya meningkatkan
pengetahuan murid tentang sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW. Setinggi –tinggi
ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Mudah
– mudahan segala usaha dan tenaga yang telah disumbangkan diberkati Allah Taala.

14. LAMPIRAN
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

____________________________________ _____________________________
(MUZANI ASHRAF BIN MUSTAPAH) (KAMARIAH BINTI HJ ISMAIL)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar
SRA JAIM Tasik Utama SRA JAIM Tasik Utama

Anda mungkin juga menyukai