Anda di halaman 1dari 4

Bumi Dilimpahi Rahmat

KERTAS KERJA
NAMA PROGRAM
SAM SUNGAI MERAB LUAR
2018 M / 1439 H

Anjuran:
Nama Panitia/Unit, Bidang Pengajian Islam,
SUMUR, BADAR, Asrama dan Surau Al-Azhar
SAM Sg. Merab Luar, Sepang
(SAMSML)

#SAMSML: BUMI DILIMPAHI RAHMAT


#SAMSML: BERGANDINGAN MENUJU KECEMERLANGAN

0
[SEKOLAH AGAMA MENENGAH SUNGAI MERAB LUAR] January 1, 2018

01. PENDAHULUAN
Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia
dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran
Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang
dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa
yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui
agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.

02. RASIONAL
Bulan Ramadhan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan
sunat agar kehadirannya dirasai. Matlamat akhir Ramadhan ialah bagi melahirkan insan
yang bersih dari rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain.
Justeru program Ihya Ramadhan: Aku, Ramadhan dan al-Quran dilaksanakan untuk
memastikan seluruh warga SAM Sungai Merab Luar dapat mengambil inisiatif sempena
bulan Ramadhan al-Mubarak agar dapat menghayati dan berjaya merebut segala ganjaran
yang dijanjikan Allah

03. OBJEKTIF
3.1 Menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak.
3.2Menyebarkan ilmu tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain.
3.3Menggalakkan ibadah membaca al-Quran di kalangan guru dan murid.

04. TARIKH
Sepanjang Bulan Ramadhan( 13 Jun hingga 1 Julai 2016)

05. ANJURAN
5.1 Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
5.2 SUMUR
5.3 Panitia Pendidikan Islam
5.4 Surau Al-Azhar

06. KUMPULAN SASARAN


6.1 Semua pentadbir, guru dan staf sekolah.
6.2 Semua murid dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

07. AKTIVITI
BIL BUTIRAN PERINCIAN AHLI JAWATANKUASA
1. Ambang Ramadhan Tempat: Surau Al-Azhar Pn. Norasmahani
Bual Bicara Tarikh: - 20. 5.2016 Pn. Asiah
-Adakah Kau Tahu? - 25.6.2016 En. Muhammad Yazid
-Menjelang Ramadhan Kain rentang Publisiti Ihya
Ramadhan -27.5.2016
2. Pelancaran Ihya Tempat: Surau Al-Azhar En. Muhammad Yazid
Ramadhan 1437H- Aku, Tarikh: 27. 5.2016 En. Khairuddin
Ramadhan dan Al-Quran Pn. Norasmahani
[SEKOLAH AGAMA MENENGAH SUNGAI MERAB LUAR] January 1, 2018

Tadarus Al-Quran

3. Solat Tarawih Tempat: Surau Al-Azhar En. Zunaidi


Setiap malam En. Zulkifli
Guru, Imam dan Bilal
dilantik
4. Tadarus al-Quran Tempat: Surau Al-Azhar dan En. Mohamad Yazid
Dewan Muhamad al-Fateh Pn. Asiah
Setiap hari selepas solat Pn. Rosmarina
Zuhur Naqib dan Naqibah

Ambang Ramadhan

Menempah banner untuk mewarwarkan kepada pelajar akan kedatangan bulan


mulia Ramadhan dan telah diletakkan di dataran SAMSMEL. Selain itu, telah
diadakan program Bual Bicara tentang penghayatan murid sambutan bulan Rejab,
Syaaban dan kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan iaitu
bulan Ramadhan.

Solat Tarawih

Solat terawih berlangsung setiap malam ramadhan di Surau Al-Azhar yang dipimpin
oleh pihak pentadbir dan guru SAMSMEL.

Tadarus Al-Quran

Program ini akan dijalankan setiap hari selepas menunaikan solat Zuhur pada jam
1.40 hingga 2.00 petang. Tadarus dilaksanakan dalam kumpulan kecil mengikut
kumpulan Usrah masing-masing di bawah bimbingan guru/murabbi. Murid dan guru
akan bertadarus membaca al-Quran

08. URUSETIA / JAWATANKUASA PENGELOLA


Kerjasama pihak BADAR, SUMUR, Panitia Pendidikan Islam, surau al-Azhar dan
asrama Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar.

09. ANGGARAN PERBELANJAAN


Sumber Kewangan:

Sumber Perbelanjaan

Perkara Jumlah Perkara Keperincian Jumlah

Aktiviti Agama RM 600.00 Kain Ihram 4 helai X RM50.00 RM 200.00

Saguhati Penceramah 1 X RM350.00 RM 350.00


[SEKOLAH AGAMA MENENGAH SUNGAI MERAB LUAR] January 1, 2018

Hadiah Kuiz 10 X RM 5.00 RM 50.00

Tabung PIBG RM360 Minum pagi 180 X RM2.00 RM 360.00

Surau Al Azhar RM180 Tanda Nama 180 keping X RM1.00 RM180.00

JUMLAH RM 1140.00

10. SUMBER KEWANGAN


9.1 Dana Aktiviti Ihya’ Ramadhan
9.2 Sumbangan

10. PENUTUP
Mudah-mudahan usaha sedikit ini akan berupaya mengimarahkan bulan yang penuh
dengan keampunan dan keberkatan iaitu Ramadhan al-Mubarak. Namun segala usaha ini
diharapkan mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada seluruh warga sekolah agar
matlamat dan objektif yang telah digariskan dapat dicapai dengan jayanya.

Disediakan oleh: Diluluskan oleh :

…………………………………………… ………………………………
(DOLAH BIN SALLEH) ( NURUL AMALI BIN MOHD SHAMSUDIN )
Setiausaha Program, Pengetua,
SAM Sungai Merab Luar SAM Sungai Merab Luar.

Anda mungkin juga menyukai