Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2008 ASRAMA SMK DURIAN MAS

RAMADHAN BULAN PENUH KEBERKATAN

TEMPOH PELAKSANAAN : SEPANJANG RAMADHAN TEMPAT : ASRAMA

1. PENGENALAN Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikannya. Amalan sunat seperti solat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah pelajar dan warga asrama SMK Durian Mas. 2. MATLAMAT Diharapkan program yang dirancang dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga asrama SMK Durian Mas supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai. 3. OBJEKTIF 3.1 Melahirkan warga asrama yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al-Mubarak 3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi. 3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga asrama serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik. 3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan , tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan. 3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah Islamiah antara warga asrama dengan masyarakat setempat. 4. SASARAN Semua warga asrama. 5. TEMPAT Premis asrama 6. PROGRAM IHYA RAMADHAN 6.1 Tadarus al-Quran 6.2 Ceramah Nuzul al-Quran 6.3 Majlis Khatam al-Quran 6.4 Solat Tarawih 6.5 Iftar Jamaei 6.6 Kuliah Isyak 7. SUMBER KEWANGAN Wang lebihan makanan

8. JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM IHYA RAMADHAN

PENGERUSI HAJI WAN OSMAN B WAN IBRAHIM PENGETUA

TIMBALAN PENGERUSI HAJI MOHD INDERAM YAACOB PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI I PN NORAINI ABD RAHMAN PENOLONG KANAN HEM

NAIB PENGERUSI II
EN MOHAMAD KAMAL KASIM NURZAMAN

PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

SETIAUSAHA CIK NORMILIYA DAUD WARDEN

PENOLONG SETIAUSAHA PN NORAZILA ABDUL WAHAB PENYELIA ASRAMA

AHLI JAWATANKUASA PELAJAR ASRAMA

9. FAEDAH-FAEDAH YANG DIJANGKA DIPEROLEHI 9.1 Dapat menjana kemesraan dan semangat ukhuwah yang mantap antara warga asrama 9.2 Dapat menerapkan cinta kepada sumber ilmu dan menghayati kepentingan beramal dengan ajaran Islam khususnya sepanjang Ramadhan 9.3 Mendapat pengetahuan dan pengalaman secara langsung dari ilmuan yang memberikan ceramah dan kuliah 9.4 Meneruskan budaya gotong royong mengendalikan majlis antara warga asrama 9.5 Dapat melahirkan ukhuwah dan kerjasama yang erat antara warga asrama

10. PENUTUP Semoga kehadiran Ramadhan Al-Mubarak ini akan memberikan pahala kepada setiap insan yang memuliakannya dengan memperbanyakkan amalanamalan sunat. Kesejahteraan hidup kita akan lebih terjamin dan diberkati.

Disediakan oleh, . (CIK NORMILIYA DAUD) Setiausaha Program Ihya Ramadhan Asrama SMK Durian Mas

Disemak oleh, .. (PUAN NORAINI ABD RAHMAN) PK HEM SMK Durian Mas

Disahkan dan diluluskan oleh, .. (TUAN HAJI WAN OSMAN WAN IBRAHIM) Pengetua, SMK Durian Mas, 23400 Dungun, Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai