Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1442H / 2021M

SEKOLAH KEBANGSAAN KOLOMBONG,

KOTA KINABALU, SABAH

1.0 PENDAHULUAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala
yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan
untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan
mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan
pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap
sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman
yang ditimba melalui Program Ihya’ Ramadhan 1442H ini bakal diaplikasikan oleh
mereka apabila menempuh alam kedewasaan kelak.

Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu
perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-objektif yang di
rancang.

2.0 MATLAMAT

Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1442H ini dijalankan adalah untuk:

2.1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid yang
berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

2.3 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap
peserta.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.

3.2 Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa
mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap


mementingkan diri sendiri.

3.5 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
setiap situasi.

3.6 Murid-murid dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program Ihya Ramadhan ini akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : 7 Mei 2021/ 1442H

Hari : Jumaat

Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi

Tempat : Kelas Masing-masing

5.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua murid Tahun 1,2,3,4,5,6 . Tidak ketinggalan guru-guru
yang beragama Islam.
6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

Di antara aktiviti yang akan diadakan ialah :

Bil Aktiviti Sasaran


6.1 Pelancaran Ihya’ Ramadhan
Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid
6.2
( Halwa Ramadhan )
6.3 Tazkirah Ramadhan & 10 Akhir Ramadhan secara maya
6.4 Majlis Bacaan Yassin secara maya Tahap 1 & Tahap 2

6.5 Majlis Khatam Al Quran 1442 H mengikut SOP


6.6 Penyerahan duit Raya kepada semua murid Islam

7.      SASARAN
Semua guru dan murid islam Sekolah Kebangsaan Kolombong.

8.         ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam SK Kolombong.

9.         SUMBER KEWANGAN

            1.  Aktiviti pendidikan islam                              RM 500        


                    

                                      
10.         ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH

1. Duit Raya Murid


RM2 x 250 RM500

JUMLAH RM500
             

11.        AHLI JAWATANKUASA
           
         
Pengerusi : En Hussin Bin Amid (Guru Besar)
Naib Pengerusi : En Sugiharto Bin Kasimin (GPK 1)
:En Jatin Bin Indar (GPK KOKUM)

Penyelaras : Ustaz Mohd Fadzli Bin Ag Abd Ghani


Timb. Penyelaras : Md Airulsah Hj Salleh
Setiausaha :Ustazah Izzatul Muslimah
Bendahari : Ustazah Mariza Bt Mohd Adib

5. PENGAWALAN KELAS
• Ustaz Abdul Hadi Bin Asfar
• Ustazah Mariza Bt Mohd Adib
• Ustaz Muhammad Sham Bani Bin Ismail
• Ustazah Afiqah Bt Ahmad Bashir

8. Aturcara/ Jurugambar
• Ustazah Faizah Bt Abd Rahman

9. JURU AUDIO/ PA sistem


• En. Che Mohd Fakri Bin Ali
• En.Jackson Doisi
11. PENGERUSI MAJLIS
• En Haji Daud Bin Hj Ahmad Sabari

12. BACAAN DOA


• Ustaz Mohd Fadzli Bin Ag Abd Ghani

11.        PENUTUP 
            Adalah diharapkan supaya program aktiviti yang dirancang ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya serta mendapat sokongan daripada semua pihak serta diberkati oleh Allah
Subhanahu Wa Taala.

Disediakan oleh;                                                                         Diluluskan oleh;

……………………..                                                       ……………………..
USTAZ MOHD FADZLI BIN AG ABD GHANI

Ketua Panitia Agama Islam

Anda mungkin juga menyukai